Pameran Koleksi Unik Perpustakaan Pengajian Melayu
Pengenalan
Pameran maya ini disediakan untuk mengangkat sebanyak 20 judul terpilih daripada koleksi Perpustakaan Pengajian Melayu. Kebanyakan buku ini adalah dalam bidang sastera Melayu berupa novel, dan antologi cerpen penulis tempatan tersohor. Selain itu terdapat juga buku travelog para penulis. Hanya terdapat 4 buku ilmiah berkaitan sastera budaya dan teologi.
Tujuan
Antara tujuan pameran ini diadakan adalah untuk
1.Mengalakkan pinjaman koleksi Perpustakaan Pengajian Melayu;
2 Pendekatan kesedaran pengguna tentang koleksi sediaada perpustakaan;
3. Penyediaan maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran;
4. Memberikan idea dan inspirasi untuk penyelidikan.
Kriteria Pemilihan
Untuk menjadi lebih objektif, pemilihan buku-buku ini adalah berdasarkan dua (2) kriteria berikut:
1.Julat tahun
Julat tahun antara 1960an hingga- 1980an. Memandangkan koleksi Perpustakaan Pengajian Melayu telah mula dibangunkan oleh Jabatan Pengajian Melayu sebelum penubuhannnya pada tahun 1959. Oleh yang demikian banyak buku yang diterbitkan antara tahun- tahun tersebut telah diperolehi.
2.Keadaan fizikal
Keadaan fizikal buku turut dinilai. Meskipun terdapat banyak judul dalam julat tahun yang ditetapkan, namun hanya 20 judul yang dilihat berkeadaan baik dan sesuai untuk dipinjam oleh pengguna.
Penutup
Menerusi inisiatif ini diharapkan, peminjaman terhadap bahan Perpustakaan dapat ditingkatkan. Seterusnya maklumat yang terdapat dalam buku dapat dimanfaatkan untuk sebagai rujukan dan menjana pengetahuan baru menerusi pembacaan dan penyelidikan.
Credits
Haslan Tamjehi