Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (114 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Peribahasa Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Alah bisa tegal biasa
48. Alah bisa tegal biasa
Sa-suatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan, walau bagaimana sukar sa-kali pun tidak menjadi hal lagi bagi-nya
Text
Akar terumbai tempat siamang bergantong, dahan menganjor tempat tupai meniti
47. Akar terumbai tempat siamang bergantong, dahan menganjor tempat tupai meniti
Keterangan-keterangan dari orang salah itu-lah sendiri biasa-nya menjadi alasan menguatkan tudohan ka-atas-nya.
Text
'Akal akar berpulas ta'patah
46. 'Akal akar berpulas ta'patah
Orang-orang cherdek ta' akan kehabisan modal-nya dalam sa-suatu perbahathan.
Text
"Akal labah-labah, di-gua burok suka merakut
45. 'Akal labah-labah, di-gua burok suka merakut
Orang yang burok perangai suka menipu orang dengan ta' terduga.
Text
Akan memikul tidak berbahu, akan menjunjong tidak berkepala
44. Akan memikul tidak berbahu, akan menjunjong tidak berkepala
Ta' upaya sa-saorang itu hendak melakukan sa-suatu per-buatan kerana tidak ber'ilmu.
Text
Akan di-jadikan taboh singkat, akan di-jadikan gendang berlebeh
43. Akan di-jadikan taboh singkat, akan di-jadikan gendang berlebeh
Barang sa-suatu yang ta' dapat di-gunakan pada sa-barang tempat.
Text
Ajak-ajak ayam
42. Ajak-ajak ayam
Mengajak atau mempelawa dalam sa-suatu perkara atau makan tidak bersunggoh-sunggoh, sa-kadar menunjok ingatan baik sahaja.
Text
Ageh-ageh kongkang
41. Ageh-ageh kongkang
Orang yang sangat pemurah, dalam membahagikan sa-suatu, ia sendiri ta' dapat apa-apa.
Text
Ada jarum hendak-lah benang-nya
40. Ada jarum hendak-lah benang-nya
Tiap-tiap sa-suatu itu hendak-lah di-charikan pasangan-nya baharu-lah sempurna.
Text
'Adat orang mengail, kalau ikan terlepas besar-lah
39. 'Adat orang mengail, kalau ikan terlepas besar-lah
Sa-memang sudah menjadi kebiasaan, sa-suatu keuntongan itu walau pun kechil sahaja jika ta' dapat, di-sangka besar-lah faedah dan besar-lah kerugian-nya.
Text
Ada tangga hendak memanjat tiang
38. Ada tangga hendak memanjat tiang
Perbuatan orang yang bodoh, meninggalkan jalan yang sejahtera kerana mengikut jalan yang sukar.
Text
Ada persembahan ada-lah kurnia
37. Ada persembahan ada-lah kurnia
Pemberian kapada sa-saorang yang berbangsa atau ber-kesopanan itu akan ada-lah pembalasan-nya.
Text
Ada hulam hendak-lah sambal-nya
36. Ada hulam hendak-lah sambal-nya
Tiap-tiap sa-suatu itu hendak-lah di-chari pasangan-nya baharu-lah sempurna.
Ada gula ada-lah semut
1.Ada gula ada-lah semut:
Barang di-mana juga tempat mewah dan Ma'mor ada-lah orang berkumpul menchari rezekinya.
Showing 101 to 114 of 114 results
Page
of 3
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->