Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (114 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Peribahasa Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Bagai ayer titek ka-batu
174. Bagai ayer titek ka-batu
Pengejaran yang baik hendak di-masokkan pada orang yang jahat terlalu lambat berbekas atau berubah.
Text
Bagai bajak wangkang makan di-angkat
193. Bagai bajak wangkang makan di-angkat
Orang gemar di-puji, bila di-puji sahaja akan rajin bekerja, dan usaha dalam sa-suatu perbuatan.
Text
Bagai balam dengan ketitiran
194. Bagai balam dengan ketitiran
Hal dua orang yang selalu ta'semuafakat, masing-masing dengan perasaan memegahkan diri-nya.
Text
Bagai baling-baling di-atas bukit
195. Bagai baling-baling di-atas bukit
Fikiran yang ta' tetap sa-kejap menurut itu dan sa-kejap menurut ini pula.
Text
Bagai belachan di-kerat dua, yang pergi busok dan yang tinggal hanyir
197. Bagai belachan di-kerat dua, yang pergi busok dan yang tinggal hanyir
Sa-suatu ke'aifan yang tertimpa antara kedua belah pehak.
Text
Bagai Belanda meminta tanah
196. Bagai Belanda meminta tanah
Sa-saorang yang telah di-luluskan permintaan-nya, ia ber-kehendak lebeh-lebeh lagi daripada itu bahkan dengan tuan-tuan-nya sa-kali.
Text
Bagai beliong dengan asahan
198. Bagai beliong dengan asahan
Kaseh yang amat akrab.
Text
Bagai belut di-getir ekor
200. Bagai belut di-getir ekor
Menyatakan kederasan lari sa-saorang, atau binatang.
Text
Bagai belut di-regang
199. Bagai belut di-regang
Hal badan orang yang kurus sahaja, atau orang yang selalu sahaja sakit pinggang teregang-regang sahaja tangan-nya.
Text
Bagai bulan di-pagar bintang
203. Bagai bulan di-pagar bintang
Pengantin yang chantek di-hias pula dengan penuntun- penuntun atau pengiring-nya yang chantek pula, atau ber-padan benar akan kechantekan sa-pasang pengantin.
Text
Bagai bulan empat belas hari
202. Bagai bulan empat belas hari
Chantek rupa paras sa-saorang perempuan.
Text
Bagai bulan kesiangan
201. Bagai bulan kesiangan
Anak gadis yang berubah wajah muka-nya hingga puchat, kerana kasakitan atau kurang tidor kerana merindu.
Text
Bagai bumi dengan langit
204. Bagai bumi dengan langit
Perbedzaan atau perselisehan antara dua benda yang amat jauh.
Text
Bagai emak mandul baharu beranak
184. Bagai emak mandul baharu beranak
Kegirangan yang amat sangat bagi orang yang mendapat sa-suatu benda yang sangat di-idam-idamkan-nya, dan ta' pernah dapat pula sa-belum dari itu.
Showing 101 to 114 of 114 results
Page
of 3
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->