Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (114 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Peribahasa Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Bagai ayam mabok tahi
191. Bagai ayam mabok tahi
Orang yang di-lamun oleh angan-angan yang burok.
Text
Bagai antan penchongkil duri
192. Bagai antan penchongkil duri
Membuat pekerjaan yang mustahil akan berjaya, sia-sia sahaja.
Text
Bagai bajak wangkang makan di-angkat
193. Bagai bajak wangkang makan di-angkat
Orang gemar di-puji, bila di-puji sahaja akan rajin bekerja, dan usaha dalam sa-suatu perbuatan.
Text
Bagai balam dengan ketitiran
194. Bagai balam dengan ketitiran
Hal dua orang yang selalu ta'semuafakat, masing-masing dengan perasaan memegahkan diri-nya.
Text
Bagai baling-baling di-atas bukit
195. Bagai baling-baling di-atas bukit
Fikiran yang ta' tetap sa-kejap menurut itu dan sa-kejap menurut ini pula.
Text
Bagai Belanda meminta tanah
196. Bagai Belanda meminta tanah
Sa-saorang yang telah di-luluskan permintaan-nya, ia ber-kehendak lebeh-lebeh lagi daripada itu bahkan dengan tuan-tuan-nya sa-kali.
Text
Bagai belachan di-kerat dua, yang pergi busok dan yang tinggal hanyir
197. Bagai belachan di-kerat dua, yang pergi busok dan yang tinggal hanyir
Sa-suatu ke'aifan yang tertimpa antara kedua belah pehak.
Text
Bagai beliong dengan asahan
198. Bagai beliong dengan asahan
Kaseh yang amat akrab.
Text
Bagai belut di-regang
199. Bagai belut di-regang
Hal badan orang yang kurus sahaja, atau orang yang selalu sahaja sakit pinggang teregang-regang sahaja tangan-nya.
Text
Bagai belut di-getir ekor
200. Bagai belut di-getir ekor
Menyatakan kederasan lari sa-saorang, atau binatang.
Text
Bagai bulan kesiangan
201. Bagai bulan kesiangan
Anak gadis yang berubah wajah muka-nya hingga puchat, kerana kasakitan atau kurang tidor kerana merindu.
Text
Bagai bulan empat belas hari
202. Bagai bulan empat belas hari
Chantek rupa paras sa-saorang perempuan.
Text
Bagai bulan di-pagar bintang
203. Bagai bulan di-pagar bintang
Pengantin yang chantek di-hias pula dengan penuntun- penuntun atau pengiring-nya yang chantek pula, atau ber-padan benar akan kechantekan sa-pasang pengantin.
Text
Bagai bumi dengan langit
204. Bagai bumi dengan langit
Perbedzaan atau perselisehan antara dua benda yang amat jauh.
Showing 101 to 114 of 114 results
Page
of 3
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2