Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Setelah tersebarnya Islam ke Alam Melayu...
"Setelah tersebarnya Islam ke Alam Melayu sejak abad ke -12, maka lahirlah kerajaan Islam di rantau sini dengan kewujudan kerajaan-kerajaan Islam. Kerajaan Islam itu berkembang dengan kebudayaan Islam. Oleh itu, sastera Melayu yang bercorak Islam juga terhasil melalui buku-buku agama."
Text
Sebagai sebuah karya sastera yang...
"Sebagai sebuah karya sastera yang bercorak Islam, Tajus Salatin telah menekankan beberapa aspek kepercayaan dan keimanan kepada Allah sebagai asas kehidupan manusia . Terdapat tiga fasal dalam karya ini iaitu fasal pertama, kedua dan ketiga yang telah menyatakan tentang kepentingan manusia mengenali Allah, tidak kira sama ada zat ataupun sifat-Nya."
Text
Pada keseluruhannya,fungsi buku ketatanegaraan...
"Pada keseluruhannya, fungsi buku ketatanegaraan ini bertujuan memberi nasihat, panduan dan petunjuk bagi raja-raja agar dapat memimpin dengan baik. Setiap fasal dikarang oleh Bukhari al-Jauhari yang memberikan pengajaran yang berguna yang boleh menjadi iktibar kepada manusia. Pengajaran yang terdapat dalam buku ini dibahagikan kepada empat bahagian utama."
Text
Sepertimana yang jelas, Tajus-Salatin ...
"Sepertimana yang jelas, Tajus-Salatin dihasilkan berlandaskan corak kepimpinan Islam. Pengarang buku ini ialah Bukhari al-Jauhari. Ia memperlihatkan gaya penulisan yang berunsur Islam. Di dalam buku ini, Bukhari banyak merujuk surah dalam al-Quran dan hadith-hadith bagi mengukuhkan lagi kekuatan dan kewibawaan dan interpretasi fasal-fasal tertentu."
Text
Kedudukan Raja Ali Haji sebagai ...
"Kedudukan Raja Ali Haji sebagai pendidik ilmu tasawuf kepada orang-orang besar di istana kerajaan Riau dan juga kepada rakyat umum. Raja Ali Haji mampu hasilkan karya yang kritis dan indah. Melalui Tuhfat al-Nafis, beliau menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dengan teliti. Namun begitu, kritikan yang beliau luahkan diwujudkan dalam bentuk satira."
Text
Kita tertarik membicarakan Tuhfat al-Nafis...
"Kita tertarik membicarakan Tuhfat al-Nafis, bukan sahaja kerana buku itu karya pentingnya, tetapi memancarkan fenomena baru dalam kreativiti sastera. Satu hal yang ketara dalam penulisan sastera moden ialah wujudnya penerokaan ke dalam jiwa masyarakat yang ditulis, dibongkar dan diberi pengertian. "
Text
Suatu lagi kekuatannya sebagai teks..
"Suatu lagi kekuatannya sebagai teks sejarah ialah melalui Tuhfat al-Nafis juga. Ia menyaksikan perpindahan kuasa keterunan pemerintah Melayu di Johor-Riau ke tangan Bugis. Perpindahan kuasa ini berlaku secara berperingkat iaitu bermula dengan perjanjian Sultan Sulaiman, anakanda Sultan Abdul Jalil yang dibunuh oleh Raja Kecik di Pahang dengan opu-opu Bugis lima saudara."
Text
Begitu juga kita lihat Raja Ali Haji..
"Begitu juga kita lihat Raja Ali Haji, dapat diterima sebagai seorang penulis puisi. Dia menulis Gurindam Dua Belasnya yang bertemakan budi pekerti, nasihat - nasihat dan pengajaran - pengajaran hidup yang penting. "
Text
Kira-kira selama 400 tahun...
"Kira-kira selama 400 tahun, sastera Islam telah menapak dan memperjasakan dirinya keribaan sastera Melayu. Pembinaan kesusasteraan Melayu sebenarnya adalah berasal dari Al-Quran. Bahasa Melayu sengaja dipilih oleh Islam untuk menjadi bahasa Islam di nusantara ini."
Text
Dasar sastera Islam ialah kitab ...
"Dasar sastera Islam ialah kitab al-Quran. 'Al-Quran' berasal dari perkataan 'qaraa' yang bereti baca. Al-quran ialah sesuatu yang dibaca dengan suara nyaring atau recite. "
Text
Sastera sufi adalah pecahan sastera...
"Sastera sufi adalah pecahan sastera Islam. Sastera Sufi adalah penghasilan golongan sufi. Sebagai contoh, sastera Sufi mempunyai ajaran tajalli iaitu suatu istilah sufi yang memberi erti terasa kebesaran dan kehebatan Allah. "
Text
Kesusasteraan atau al-adab ...
"Kesusasteraan atau al-adab dalam takrifan lebih merujuk kepada hasil kesusasteraan yang dapat membentuk peradaban atau kebudayaan. Kesusasteraan menekankan aspek dalaman, fikiran dan intelektualisme sesuai dengan sifat 'al-aql' yang menjadi teras pemanusiaan. Sastera Islam adalah pancaran orang yang muqarabbin dengan Illahi secara rohaniah dan badaniah. Tegasnya, sastera Islam itu adalah sastera untuk pengabdian."
Text
Menurut kronologis penyebarannya, sastera kreatif...
"Menurut kronologis penyebarannya, sastera kreatif agak terbelakang kehadirannya dalam kesusasteraan Melayu. Risalah dan Kitab telah mendahului dan berfungsi sebagai memberi pengajaran. Sastera kreatif mula menjalankan peranannya selepas Risalah dan Kitab. Terdapat pengaruh Hindu-Islam saling bercampur-aduk contohnya Hikayat Marakah yag menjadi Hikayat Si Miskin."
Text
Perkembangan sastera dan bahasa sastera...
"Perkembangan sastera dan bahasa sastera zaman Islam itu membangkitkan bangsa Melayu berfikir lebih akliah dan rasional. Orang Melayu kaya dengan mitos, lagenda dan dogeng yang dijunjung oleh zaman sastera rakyat dan zaman Hindu. Ia telah meninggalkan pemikiran anmisme. Oleh itu, orang Melayu telah mengalami proses pengajaran dan pembudayaan berfikir kritis seperti yang diajarkan Islam."
Text
Puisi
Walaupun ada pendapat mengatakan puisi Melayu moden telah dicipta lebih awal lagi dari tahun 1993, namun kedudukan Muhammad Yasin Maamor (Pungguk) dan teman-teman sezamannya seperti Kasmani Haji Ariff, Ngumba, Mohd. Yusof Arshad dan lain-lain sebagai pelopor kepada pertumbuhan awal puisi modern tidak dapat disangkal lagi.
Text
Latar perkembangan puisi dalam zaman Jepun (1942-1945)
"Bagi memudahkan urusan, pentadbiran Jepun telah menyatukan pentadbiran Sumatera dan Semenanjung yang beribu pejabat di Syonanto (Singapura). Sebuah persidangan wartawan Sumatera dan Malaya telah diadakan di Singapura bagi mengorientasi mereka kepada dasar-dasar Jepun."
Text
Perkembangan puisi zaman Jepun (1942-1945)
"Pelajar-pelajar yang berpendidikan Inggeris seperti Abdul Rahim Kajai, Abdul Samad Ismail dan Ishak Haji Muhammad tidak ramai yang tertarik kepada kesusasteraan. Dengan pengetahuan kesusasteraan Melayu dan bakat tentulah dapat kita harapkan perkembangan kreativiti yang lebih menjanjikan."
Text
Penyair dan warna persajakan zaman Jepun
" Ruangan kesusasteraan bagi akhbar dan majalah Berita Malai, Fajar Asia, Semangat Asia, Sinaran Matahari dan Suara Timur menerima sumbangan daripada penyajak Indonesia (khasnya dari Sumatera) dan Malaya. Pertembungan ini tentulah lebih merancakkan rungan sajak dalam akhbar dan majalah ini."
Text
Bentuk puisi zaman Jepun
"Walaupun semangat untuk berjuang telah timbul dalam jiwa penyajak di zaman Jepun, namun mereka tidaklah dapat membebaskan dirinya daripada pola pantun dan syair. Sajak-sajak mereka pada umumnya masih mempertahankan unsur-unsur kemerduannya."
Text
Sastera zaman Islam itu, selain...
"Sastera zaman Islam itu, selain pemikiran nasional, mewacanakan sastera dan menjana kekuasaan bahasa Melayu, juga memiliki nilai keindahan yang unik dan tersendiri. Keindahan dalam islam adalah disandarkan kepada kecantikan yang fitrah, mengandungi pembersihan jiwa dan material, dan dalam konteks inilah keindahan itu berjaya membina pancaran pandangan hidup Melayu."
Text
Latar perkembangan dalam tahun-tahun lima puluhan
"Oleh kerana bangsa Melayu erat tradisinya dengan ajaran agama Islam, hal ini makin memperteguh matlamat penyajak zaman Jepun untuk mencapai arah yang lebih dinamik lagi."
Text
Islam juga telah memberikan kedudukan...
"Islam juga telah memberikan kedudukan pengarang pada suatu tempat yang istimewa. Islam sedar bahawa pengarang adalah manusia yang paling berpengaruh, yang ertinya memiliki karisma sehingga apa yang dihasilkan mempengaruhi pemikiran dan menguasai jiwa masyarakat. "
Text
Penyajak ASAS 50 dan karyanya
"Selain Usman Awang (Tongkat Warrant) dam Masuri S.N., penyajak ASAS 50 itu termasuklah Awam-il Sarkam, Noor S.I., Abdul Ghani Rokambul, A. Samad Said, Mas, Asraf, Keris Mas, Rosmera, Salmi Manja, M. Ghazali dan A.S. Amin. Usman Awang dan Masuri S.N adalah tokoh yang mewakili ASAS 50."
Text
Pemikiran dan wajah orang Melayu ...
"Pemikiran dan wajah orang Melayu tidak hanya tercerita pada dunia kepengaran dan intelektualismenya, ia juga terlihat dalam dunia seni hiburan iaitu cerita jenaka. Cerita Jenaka hidup dalam masyarakat Melayu kerana ia memiliki nilai murni dan pengajaran . Contohnya, cerita Pak Pandir, Pak Kaduk dan Pak Belalang."
Text
Bentuk persajakan lima puluhan
"Keindahan pantun dan syair tetap mempengaruhi penyair daam tahun-tahun lima puluhan. Ini dapat kita maklumi kerana pantun dan syair adalah dasar estetika yang mempengaruhi kehidupan penyair-penyair Melayu."
Text
Drama berasal daripada perkataan Inggeris...
"Drama berasal daripada perkataan Inggeris yang asalnya diambil daripada bahasa latin iaitu draw, yang bermaksud gerakan atau aksi. Drama ialah sejenis karya seni yang menggunakan gerak, imej, citra, bunyi, simbol dan cahaya sebagai media dan wahananya. Ia disampaikan oleh manusia yang melakonkan watak untuk menyampaikan ceritanya."
Text
Persajakan di Luar ASAS 50
" Secara kebetulan anggota ASAS 50 seperti Asraf, Keris Mas dan Tongkat Warrant (Usman Awang) menjadi sidang editor dalam akhbar Utusan Zaman dan majalah Mastika pada tahun lima puluhan."
Text
Wayang kulit merupakan drama tradisional...
"Wayang kulit merupakan drama tradisional Melayu yang pertama. Wujud sejak abad ke-13 dan 14. Wayang kulit berasal dari Jawa dan mula berkembang di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan merupakan drama asli Indonesia yang wujud sejak abad pertama sebelum Masihi lagi."
Text
Bentuk persajakan lima puluhan
" Keindahan pantun dan syair tetap mempengaruhi penyair dalam tahun-tahun lima puluhan. Ini dapat kita maklumi kerana pantun dan syair adalah dasar estetika ang mempengarahi kehidupan penyair-penyair."
Text
Menurut Mubin Shepperp sebuah drama...
"Menurut Mubin Shepperp sebuah drama baru yang berkembang kira 200 tahun dahulu di istana Kelantan bernama mak yong. Mak yong adalah kepunyaan orang asli orang Melayu. Intisari mak yong seperti 'Anak Raja Gondang' adalah kepunyaan penglipurlara Kelantan."
Text
Latar perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan
"Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, namanya telah ditukar kepada Persekutuan Tanah Melyu. Tidak syak lagi ara sasterawan telah memberikan sumbanganny terhadap kemerdekaan tanah air. Kuala Lumpur sekarang menjadi pusat pemerintahan negara yang merdeka."
Text
Hanya pada abad ke-19...
"Hanya pada abad ke-19 masihi, drama Melayu mempunyai bentuk yang memperlihatkan kesempurnannya sebagai sifat sebuah drama dan tidak bercorak setempat lagi. Drama berkembang ke seluruh negara dan dikenali dengan nama bangsawan yang juga asal usul bukan hasil seni asli Melayu. Bangsawan adalah merupakan satu bentuk teater Melayu yang popular di alam Melayu pada awal abad ke-19. Bangsawan dikatakan mempunyai sifat-sifat persamaan dengan bentuk teater Jatra Banggali dari India, wayang Cina dan juga Zarzuela dari Sepanyol."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan
"Pada pertengahan 50-an A.Samad Said muncul dengan sajak-sajaknya. Sajak-sajak awalnya dipengaruhi oleh suara Usman Awang dan Charil Anwar."
Text
Bangsawan mengalami zaman kegemilangannya selama...
"Bangsawan mengalami zaman kegemilangannya selama 35 tahun iaitu dari tahun 1902 hingga 1935. Pada ketika itu, kumpulan bangsawan mendapat sambutan di mana-mana sahaja mereka menunjukkan permainannya. Terdapat banyak kumpulan ditubuhkan . Boleh dikatakan pada zaman kegemilangan ini muncullah kumpulan-kumpulan Bangsawan yang berselisih ganti dengan penggunaan pelbagai nama."
Text
Megat terawis yang menjadi protagonis...
"Megat terawis yang menjadi protagonis drama ini, tinggal di sebuah pedalaman bersama orang darat iaitu puak Semang dan Sakai, dan dia telah dilantik menjadi ketua penduduk pedalaman itu. Megat Terawis merupakan seorang yang gagah perkasa, mempunyai ilmu kesaktian dan kebatinan yang tinggi. Orang yang seperti ini yang hidup di zaman purbakala, sudah pasti mendapat tempat yang utama dalam masyarakat tempatan."
Text
Di Perak sebenarnya hingga sekarang...
"Di Perak sebenarnya hingga sekarang ini Megat Terawis adalah merupakan Hang Tuah Perak yang menumpukan segala taat setia kepada raja . Hang Tuah dan Megat Terawis mempunyai beberapa sifat persamaan iaitu dari sudut keilmuan, ketaatan, pengembaraan dan lain-lain unsur yang membina kepahlawanan keduanya."
Text
Buat pertama kali Megat Terawis..
"Buat pertama kali Megat Terawis telah dipentaskan pada tahun 1950 yang dilakonkan oleh Kelab Permainan Guru Library Guru Melayu Ipoh. Persembahannya adalah untuk amal kutipan derma untuk University of Malaya Dund,Ipoh Library Building Fund and Club Permainan Guru-guru Melayu Ipoh. Pementasan itu mendapat bantuan, nasihat dan restu dari Encik E.C Hicks."
Text
Buat pertama kali Megat Terawis..
"Buat pertama kali Megat Terawis telah dipentaskan pada tahun 1950 yang dilakonkan oleh Kelab Permainan Guru Library Guru Melayu Ipoh. Persembahannya adalah untuk amal kutipan derma untuk University of Malaya Dund,Ipoh Library Building Fund and Club Permainan Guru-guru Melayu Ipoh. Pementasan itu mendapat bantuan, nasihat dan restu dari Encik E.C Hicks."
Text
Sebelum Megat Terawis, tidak ada ...
"Sebelum Megat Terawis, tidak ada naskah drama yang tercetak dalam bentuk drama. Yang ada cuma tulisan hasil dari terjemahan atau saduran dari bahasa Inggeris. Dalam Megat Terawis terdapat unsur kebangsawanan dalam teater pendramaan tanah air."
Text
Perkataan filologi merujuk kepada kosakata ...
" Perkataan filologi merujuk kepada kosakata philos dalam bahasa Yunani, makna asalnya ialah cinta. Sementara perkataan logos atau logy merujuk kepada ilmu. Dengan itu, filologi diertikan sebagai kegiatan menyinta ilmu. Pengertian ini dikembangkan kepada makna sebagai suatu proses belajar, proses bertutur dan beretorik."
Text
Perkembangan kesusasteraan berlaku di Nusantara ...
"Perkembangan kesusasteraan berlaku di Nusantara hampir serentak dengan di Barat , dengan pengaruh-pengaruh tertentu seperti pengaruh animisme Hindu dan Islam. Masyarakat di Nusantara mempunyai berbagai-bagai bentuk tulisannya sendiri sebelum abad ke-5 lagi. Aktiviti ini menyebarkan hasil-hasil karya berpengaruh Hindu untuk beberapa abad dan zaman perkembangan Islam menandakan kemuncak aktiviti pengkaryaan Melayu dalam berbagai-bagai genre."
Text
Sehubungan dengan itu juga, filologi...
"Sehubungan dengan itu juga, filologi bererti ilmu pengetahuan tentang segala sesuatu yang pernah diketahui orang. Para filologis akan memilih naskhah tertentu untuk kajiannya. Filologi pernah dipandang sebagai pembelajaran sastera secara ilmiah."
Text
Teks atau naskah dalam penilitian...
"Teks atau naskah dalam penilitian sastera karya klasik yang masih dalam tulisan tangan yang tentunya dihasilkan pada masa silam. Naskhah atau teks tertulis di daun-daun lontar, kulit kayu, kulit binatang dan sebagainya. Teks atau naskhah itu biasa hadir sebagai buku-buku di dalamnya ada pelbagai jenis karya seperti cerita-cerita ,hikayat, puisi dan sebagainya."
Text
Persajakan kabur
"Puisi tentulah mempunyai asas-asas tertentu untuk memahaminya. Ia tidak dapat difahami secara memahami matematik. Ada unsur-unsur tertentu dalam bahasa yang digunakan penyair seperti imej, lambang, personafikasi, nada, wawasan dan sebagainya yang perlu difahami."
Text
Kita telah menyaksikan bahawa menyalin...
"Kita telah menyaksikan bahawa menyalin atau tradisi penyalinan itu adalah sesuatu yang mentradisi. Peristiwa ini berlaku zaman berzaman sehingga ia menjadi suatu tradisi. Penyalinan itu akan memperbanyakkan naskhah, tetapi sebenarnya untuk memelihara atau melestarikan keasliannya."
Text
Persajakan enam puluhan
"Dalam tahun-tahun 60-an juga terdapat tiga penyajak muda Brunei turut menulis dalam mingguan dan majalah tanah air. Penyajak tersebut adalah Badaruddin H.O., Yahya M.S. dan Adi Rumi."
Text
Sajak-sajak protes
"Pada 16 September 1963 negara Malaysia lahir ke dunia. Persekutuan Tanah Melayu menerima negeri-negeri Singapura, Sarawak dan Sabah merdeka melalui Malaysia. Pusat kerajaan masih tetap di Kuala Lumpur. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak mempunyai Ketua Menteri tetapi anehnya Singapura mempunyai Perdana Menteri."
Text
Apabila kita telah menentukan untuk...
"Apabila kita telah menentukan untuk meniliti sesebuah naskhah , maka langkah pertama ialah mencatat naskhah dan teks cetakan yang berjudul sama atau berisi cerita yang sama, yang termuat dalam dalam katalog di berbagai perpustakaan, terutamanya di tempat atau perpustakaan yang menyimpan naskhah tersebut. "
Text
Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi ...
"Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi nama dengan huruf besar Latin : A,B,C.D dan seterusnya. Dalam hubungan kekeluargaan naskah-naskah itu berkedudukan sebagai arketaip dan hipertip. Arketaip ialah nenek moyang naskhah-naskhah yang tersimpan. Manakala, hipertaip pula adalah ketua keluarga naskhah-naskhah dan penting dalam naskhah yang sama versi."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Sajak-sajak protes bukan sahaja merupakan manifestasi kurang senang mereka kepada golongan pemerintahan tetapi turut memperlohatkan gejala kebangkitan mereka untuk membuat sesuatu perubahan baik dari segi sikap sosiopolitik, ekonomi mahupun dari sudut kreativiti."
Showing 501 to 550 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->