Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi ...
"Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi nama dengan huruf besar Latin : A,B,C.D dan seterusnya. Dalam hubungan kekeluargaan naskah-naskah itu berkedudukan sebagai arketaip dan hipertip. Arketaip ialah nenek moyang naskhah-naskhah yang tersimpan. Manakala, hipertaip pula adalah ketua keluarga naskhah-naskhah dan penting dalam naskhah yang sama versi."
Text
Menurut Sri Wulan Mjiati Mulyadi...
"Menurut Sri Wulan Mjiati Mulyadi, ( 1994 ), kodilogi ialah 'sebuah disiplin, sebuah ilmu dan sebuah teori untuk mendekati karya-karya masa silam. Ia berhubungan dengan pernaskhan dan teks.' Di antara kepentingannya ialah untuk penyelenggaran mansukrip-manuskrip masa silam itu supaya ia dipelihara, dikekalkan dan dibaca oleh masyarakt terkini."
Text
Perlekapan merupakan antara langkah yang...
"Perlekapan merupakan antara langkah yang telah digunakan untuk menjalankan usaha penyelengaraan naskhah lama. Kaedah ini digunakan untuk membaiki semula kertas-kertas yang telah rosak atau uzur di dalam sesebuah naskhah. Caranya ialah melekapkan kembali helaian-helaian kertas terbabit melalui proses perlekapan."
Text
Salah satu unsur terpenting yang...
"Salah satu unsur terpenting yang merosakkan kertas ialah kandungan asid yang terdapat pada fiber. Ini akan boleh merosakkan keadaan kertas dan tanpa disedari naskhah yang disimpan menjadi reput. Sekiranya kandungan asid ini tidak dibersihkan, usaha pemuliharaan seperti membaiki kertas, mengawal serangga, membaiki jilidan dan juga lain-lain penyelengaraan tidak akan berjaya dan sia-sia sahaja."
Text
Selain langkah-langkah di atas...
"Selain langkah-langkah di atas, para penyelidik juga menekankan teknik percetakan dalam menyelenggarakan sesebuah naskhah. Hal ini kerana, para pengkaji mendapati bahawa adalah sesuatu yang sukar bagi mereka untuk menyalin semula sesuatu penulisan dalam jumlah naskhah yang banyak dengan menggunakan tangan."
Text
Kritikan struktual ini juga disebut...
"Kritikan struktual ini juga disebut dengan kritikan formalistik atau analitik. Kriteria yang digunakan adalah melihat karya sebagai karya, iaitu melihat unsur-unsur intrinsiknya iaitu unsur-unsur yang membina hasil karya. Kajian ini dianggap cukup objektif dan dapat meneliti aspek-aspek yang membangunkan karyanya dahulu."
Text
Sesebuah karya sastera kaya dengan ...
"Sesebuah karya sastera kaya dengan segala macam citra dan nilai kemasyarakatan. Pendekatan ini meneliti persoalan, gambaran, konflik dan unsure sosiologisme yang terakam dalam sesebuah teks itu. Tidak syak lagi sesebuah karya klasik akan menggambarkan wajah manusia dan budaya zaman silam. Kita akan mengetahui feudalisme dan bagaimana konsep raja dan kerajaan dengan menggunakan pendekatan ini."
Text
Kriteria kritikan ini ialah melihat...
"Kriteria kritikan ini ialah melihat karya sastera dari sudut pendidikan, pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan. Pendekatan ini berusaha untuk menilai sejauh mana ciri-ciri moralnya dan bagaimana ciri-ciri tersebut disampaikan. Sastera dilihat dari aspek kemanfaatnya dalam mendidik manusia."
Text
Kajian ini melihat karya sastera ...
"Kajian ini melihat karya sastera daripada perspektif kejiwaan, melihat aspek pergolakan dan gejolak jiwa watak dan penceritaan serta melihat sebab-munasab kejadian yang terjadi daripada kacamata kejiwanan. Pendekatan psikologikal mengkaji aspek kejiwaan si pengarang, menghuraikan perwatakan, fungsi karya kepada jiwa manusia dan hubungan aspek-aspek kejiwaan dalam kesuluruhan karya."
Text
Kajian stilistik lebih menumpukan kepada...
"Kajian stilistik lebih menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam karya. Bahasa dalam pandangan stailistik merangkumi segala bidang pengkaryaan, bahasalah yang menjadi alat komunikasi dan ekspresi dalam karya. Kajian dan kritikan ini meletakkan fungsi bahasa itu lebih utama daripada komponen karya yang lainnya."
Text
Pendekatan arkitaip pula lebih menjurus...
"Pendekatan arkitaip pula lebih menjurus ke arah kajian melihat aspek-aspek yang berhubungan dengan unsur-unsur mitos, legenda, dongeng, fantasi dan sejarah dalam karya. Sastera klasik memang kaya dengan unsur-unsur demikian, maka sangat wajarlah pendekatan ini digunakan untuk memahami sastera klasik itu."
Text
Kritikan stilistik lebih menumpukan kepada...
"Kritikan stilistik lebih menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam karya. Bahasa dalam pandangan stilistik merangkumi segala bidang pengkaryaan, bahasalah yang menjadi alat komunikasi dan ekspresi dalam karya. "
Text
Pendekatan arkitaip lebih menjurus ke arah...
"Pendekatan arkitaip lebih menjurus ke arah kajian melihat aspek-aspek yang berhubungan dengan unsur-unsur mitos, lagenda, dongeng dan sejarah dalam karya. Sastera klasik memang kaya dengan unsur-unsur demikian, maka sangat wajarlah pendekatan ini digunakan untuk memahami sastera klasik itu."
Text
Kini, terdapat dua belas buah ..
"Kini, terdapat dua belas buah teori sastera pascamoden ( Julian Wolfrey. 1999 ) . Teori - teori sasteraa tersebut ialah strukturalisme, feminisme, teori-teori sastera Marxist, teori-teori respons pembaca , studi gay, studi budaya, kritikan psikoanalsis, dekonstruksi, pascastrukturalisme, pasca-modenisme, new historisisme dan teori pascakolonial"
Text
Feminisme yang berasal daripada perjuangan...
"Feminisme yang berasal daripada perjuangan wanita untuk mendapat tempat yang sederjagat dengan lelaki. Wanita sudah lama tertindas. Daripada aspek agama, wanita juga mewarisi original sins yang menyebabkan manusia terlempar ke dunia dan melahirkan konsep misogini bahawa wanita itu adalah setan betina yang harus dihindari."
Text
Teori-teori Sastera Marxist berpangkal...
"Teori-teori Sastera Marxist berpangkal kepada fungsi sastera kepada masyarakat. Marx merujuk kepada situasi dan kondisi produktiviti masyarakatnya. Teori-teori Marxist berpecah kepada lima moden iaitu model cermin, produksi, pengetahuan, genetik dan bahasa . "
Text
Teori ini merujuk kepada peranan...
"Teori ini merujuk kepada peranan dan mekanisme khalayak berdepan dengan teks sastera, membaca, mengapresiasi, memahami, menanggapi dan mencari maknanya. Teori respon pembaca adalah memberi perhatian kepada peranan pembaca terhadap pemberian makna karya sastera."
Text
Teori psikoanalisis adalah pengkajian sastera...
"Teori psikoanalisis adalah pengkajian sastera yang menghubungkan analisis kejiwaan. Terdapat tiga lapisan kesedaran iaitu sedar, separuh sedar atau tanpa sedar ataupun conscious, subconscious dan unconscious."
Text
Dekonstruksi adalah satu-satunya milik...
"Dekonstruksi adalah satu-satunya milik Derrida, dia sebenarnya memulakan serangan terhadap seluruh tradisi pemikiran rasionalisme Barat dan dasar strukturalisme. Ia mengajak masyarakat melakukan pembongkaran, penggalian dan penyusunan semula terhadap segala falsafah dan pandangan terhadap dunia."
Text
Pascastrukturalisme adalah fahaman yang menandakan...
"Pascastrukturalisme adalah fahaman yang menandakan berakhirnya struktuturalisme . Kemunculan pascastrukturalisme adalah akibat daripada dekonstruksi yang menentang strukturalisme. Terdapat tiga kumpulan pascastrukturalisme iaitu Derrida, Kristeva dan Barthes."
Text
Pascamodenisme adalah teori sastera yang...
"Pascamodenisme adalah teori sastera yang muncul kemuncak daripada perbicaraan kelahiran dekonstruksi dan pascastrukturalisme. Pascamodenisme ialah sebuah isme sastera yang menjadi pusat perbincangan besar dalam tradisi sastera dunia. Fahaman pascamoden dalam sastera hampir-hampir dijadikan sebagai katalis pembukaan dunia baru dalam kritikan."
Text
New historisime teori sastera yang ...
"New historisime teori sastera yang lahir di zaman pascamoden. Kebanyakan teori pascamoden adalah menolak sejarah, tetapi mengajak masyarakat sastera masuk ke dalam sejarah. Fahaman teori new historisisme ini dipengaruhi oleh fahaman marxist. "
Text
Teori pascakolopnialisme adalah teori sastera ...
"Teori pascakolopnialisme adalah teori sastera yang berhubungan dengan analisis karya di negara pascamerdeka. Tokoh teori pascakolonial ialah Said, Homi Bhabha, Gayatri Spivak, Gail Ching-Liang Law, Rew Chow dan lain-lainnya. Boleh dikatakan di negara-negara pascakolonial memiliki tokoh-tokohnya sendiri."
Text
Studi budaya atau cultural studies...
"Studi budaya atau cultural studies adalah kajian atau penelitian terhadap aspek-aspek budaya dalam teks-teks sastera. Tokoh-tokoh pengkaji sastera ini ialah Womack, Miller, Sinfiled, Williams, dan Chambers."
Text
Muhammad Haji Salleh telah menggunakan...
"Muhammad Haji Salleh telah menggunakan sepenuhnya unsur sastera Melayu tradisi dan klasik untuk membina teorinya ini. Beliau menunjukkan sastera klasik berfungsi sebagai penawar dan penghibur serta memiliki aspek magis bahasa dan kehalusan susunannya."
Text
Sebuah lagi teori sastera Melayu...
"Sebuah lagi teori sastera Melayu iaitu Teori Pengkaedahan Melayu yang dihasilkan oleh Hashim Awang. Teori ini dihasilkan selepas kehadiran Teori Muhammad Haji Salleh Puitika Sastera Melayu. Ia berdasarkan sepenuhnya kepada budaya, cara dan sikap hidup, pandangan dunia, perspektif alam semesta dan agama Islam."
Text
Unsur-unsur tradisi sungguh kaya ...
"Unsur-unsur tradisi sungguh kaya dalam drama yang ditulis oleh Noordin Hassan. Kejayaannya dalam pengembalingan tradisi dan sejarahnya sendiri. Teks-teks Noordin Hassan adalah reaksi daripada kesedaran fenomena budaya dan politik tanah air tetapi dengan merujuk sastera Melayu klasik atau tradisioanal."
Text
Faisal Tehrani seorang penulis prolific...
"Faisal Tehrani seorang penulis prolific, muda dan bergata telah menulis sebuah novel 1515 karya. 1515 sesuai kepada remaja yang mempunyai minda terbuka dan berani menyelongkar setiap inti dan makna yang dipersembahkan oleh penulis. Novel ini akan membawa pembaca ke satu aspek persejarahan baru yang boleh memancing minat pembaca dengan intrig demi intrig yang penuh suspens."
Text
Pengaplikasikan sastera klasik dalam puisi...
"Pengaplikasikan sastera klasik dalam puisi dapat kita contohkan seperti yang dikejarkan oleh Muhammad Haji Salleh. Penyair ini ikonik dengan kisah dongeng Si Tenggang."
Text
Di sini, ingin pula kita ...
"Di sini, ingin pula kita bincangkan bahawa sejarah, tradisi, dan klasisme, teks sastera lama itu dapat dimanfaatkan dalam kreativiti penulisan teks-teks sastera kreatif. Dalam tradisi penulisan teks kreatif, telah muncul genre-genre yang dinamakan sebagai novel sejarah, drama sejarah atau fiksyen sejarah. Ia memasukkan bersama unsur-unsur tradisi, mitos, lagenda, dongeng, fantasi dan utopia."
Text
Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat...
"Sementara teori teksdealisme merujuk Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah menjadi wira kita semua. Hikayat Hang Tuah ialah sebuah teks sastera yang tinggi mutunya dan sebuah teks kanonikal."
Text
Cerita-cerita binatang diciptakan untuk...
"Cerita-cerita binatang diciptakan untuk memberi nasihat, pengajaran dan pendidikan kepada pendengar. Misalnya, binatang kuat dan sombong dapat dikalahkan oleh binatang yang kecil lagi lemah seperti cerita Helang Dengan Siput dan Arnab Dengan Kura-kura."
Text
Watak utama dalam cerita jenaka...
"Watak utama dalam cerita jenaka Melayu seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Pak Belalang, Si Luncai, Mat Jenin, Musang Berjanggut dan sebagainya. Cerita ini berdasarkan kepada peristiwa seharian dan berlatarbelakangkan masyarakat Melayu tradisional melalui pengalaman dan pandangan masyarakat."
Text
Jampi juga boleh menjadi pendinding...
"Jampi juga boleh menjadi pendinding. Dengan demikian pengamalnya tidak dikacau syaitan. Konsep syaitan adalah luas. Apa juga bentuk gangguan halus atau ghaib adalah dianggap syaitan."
Text
Dalam khazanah genre cerita jenaka...
"Dalam khazanah genre cerita jenaka ini, kita menemui dua kategori iaitu cerita jenaka yang telah sebati dengan masyarakat Melayu seperti Pak Pandir dan Pak Belalang. Yang kedua ialah cerita jenaka yang masih memperlihatkan unsur-unsur luar terutama sekali Arab dan Parsi iaitu cerita Musang Berjanggut dan Abu Nawas."
Text
Jenaka Melayu yang mempunyai bijaklakana...
"Jenaka Melayu yang mempunyai bijaklakana ialah Abu Nawas. Beliau menggunakan kepintarannya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh sultan."
Text
Dalam Cerita Pak Pandir pula...
"Dalam Cerita Pak Pandir pula, nasihat yang harus diberi ialah supaya memastikan seseorang itu berpengetahuan. Pendidikan adalah sangat penting kerana jika tidak dididik hidup kita akan menjadi terumbang ambing kerana asyik bergantung kepada orang lain dan menyusahkan orang lain."
Text
Hikayat Ramayana adalah salah satu ...
"Hikayat Ramayana adalah salah satu peninggalan yang memberi kesan dalam hasil kesusasteraan. Cerita ini telah mempengaruhi kelahiran cerita Melayu lainnya."
Text
Karya Hikayat Seri Rama mempunyai...
"Karya Hikayat Seri Rama mempunyai unsur pemikiran , ia membawa masyarakat untuk berfikir tentang kesetiaan. Nilai kesetiaan itu ialah sesuatu sikap positif namun dalam Hikayat Seri Rama sikap kesetiaan ini juga telah digambarkan secara negatif."
Text
Kekuatan Melaka terpaksa diakui oleh...
"Kekuatan Melaka terpaksa diakui oleh musuhnya seperti Siam dan Majapahit. Sokongan China memudahkan Melaka menyebar pengaruh Islam tanpa tentangan yang hebat atau nyata setelah memperbaiki hubungan dengan Siam, Majapahit dan China."
Text
Semua karya zaman Islam itu...
"Semua karya zaman Islam itu dapat dikatakan sebagai hasil 'Kesusasteraan Islam'. Dan ia dibahagikan kepada dua iaitu Sastera Kreatif dan Sastera Bukan Kreatif. Sastera Kreatif dibahagikan kepada dua pola iaitu prosa dan puisinya."
Text
Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah...
"Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah terpengaruh dari Parsi. Boleh dikatakan sedikit pengaruh dari prosa Arab. Tetapi jelas kesemuanya sebagai genre sastera tidak berkembang setelah pertembungan Arab-Parsi."
Text
Menyentuh tentang hikayat dalam sastera...
"Menyentuh tentang hikayat dalam sastera Parsi, ia dibahagikan menurut klasifikasi yang lain, tetapi bila masuk ke dalam sastera Melayu ia digolongkan ke dalam hikayat sahaja. Pendeknya apa saja kisah yang berbentuk penceritaan ia segera dinamakan sebagai hikayat."
Text
Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat...
"Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat, telah dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu hikayat berunsur Hindu, hikayat berunsur Hindu-Islam, dan hikayat berunsur Islam. Pembahagian kelompok ini dipengaruhi oleh zaman kelahiran cerita-ceritanya tersebut yang telah diresapi oleh bingkai atau struktur hikayat."
Text
Hikayat berbingkai ini adalah original...
"Hikayat berbingkai ini adalah original mengisahkan khalifah zaman Islam dan pertumbuhannya ada hubungan dengan kejadian yang berlaku dalam masyarakat Islam itu sendiri. Dua bentuk puisi yang kadang-kadang disebut juga sebagai prosa lirik iaitu firdausi dan nizami. Kedua-dua ini menggunakan struktur berbingkai ini."
Text
Sastera hikayat berfungsi sebagai alat ...
"Sastera hikayat berfungsi sebagai alat hiburan orang Melayu. Watak-wataknya berhubungan dengan dunia khayal dan dunia nyata. Selalunya watak-watak ini terdiri daripada anak-anak raja dan anak-anak puteri yang jelita. "
Text
Pengarang karya sastera sejarah tradisional...
"Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai."
Text
Nilai suka mengampun merupakan satu...
"Nilai suka mengampun merupakan satu sifat yang terpuji yang memang dianjurkan oleh agama Islam. Sifat ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang mengampunkan musuh ketatnya yang pernah menetangnya. Sifat ini juga menjadi ikutan kepada watak-watak wira dalam hikayat pahlawan Islam."
Text
Seterusnya perwatakan wira Islam ialah...
"Seterusnya perwatakan wira Islam ialah mereka merupakan orang yang bijaksana dalam memimpin tentera dan rakyatnya. Sifat - sifat ini telah digambarkan pada watak Amir Hamzah. Sebagai sastera bercorak Islam, watak-watak wira dalam hikayatnya berperanan sebagai pengembang agama Islam."
Text
Seorang wira Islam bukan sahaja ...
"Seorang wira Islam bukan sahaja bersedia untuk memberi ampun kepada musuh-musuh mereka yang tewas, mereka juga suka melakukan kebajikan kepada rakyat dengan bersifat pemurah dan selalu menghulurkan segala bantuan kepada mereka yang memerlukan. Wira-wira dalam hikayat berunsur Islam terdiri daripada tokoh-tokoh yang terkemuka seperti panglima perang dan raja-raja Islam."
Showing 801 to 850 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->