Skip to main content
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Search using this query type:
Keyword
Boolean
Exact match
Search only these record types:
Item
File
Collection
Report
Advanced Search (Items only)
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
Collection Tree
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Previous Page
Page
of 28
Next Page
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Gambaran Amir Hamzah sebagai wira ...
"Gambaran Amir Hamzah sebagai wira telah diberikan sejak beliau masih kecil. Nama Amir Hamzah ini diberikan oleh pembesar Parsi . Kegagahan beliau terselah sejak kecil lagi. Contohnya semasa beliau berumur 7 tahun, beliau membunuh seorang pendekar…
Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan...
"Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan peperangan yang pusat pengembangan plot ceritanya. Peperangan pada asasnya berlaku antara dua pihak iaitu pihak yang ingin menegakkan kesucian Islam dan pihak yang ingin menentang ajaran agama ini."
Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam...
"Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam, Hikayat Amir Hamzah menekankan kesejagatan agama Islam. Hikayat ini menonjolkan agama Islam sebagai agama universal yang boleh dianuti oleh manusia di seluruh pelosok dunia tanpa mengira bangsa, kelas dan warna…
Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan...
"Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan perpaduan dan keutuhan orang Islam. Apabila mereka berhadapan dengan musuh, mereka menentang dengan penuh keberanian dan kegagahan, walaupun jumlah musuh itu amat ramai."
Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai...
"Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai wira dan pahlwan Islam untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan. Beliau berjuang untuk mengembalikan sesuatu pemerintahan yang hak dan menghapuskan segala sesuatu yang tidak diingini seperti penyelewangan dan…
Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur...
"Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur Islam juga menekankan sifat berpegang teguh kepada janji seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Dalam Hikayat Amir Hamzah, Amir Hamzah digambarkan sebagai seorang wira yang sentiasa mematuhi segala…
Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh ....
"Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh unsur mitos dan lagenda yang penuh dengan unsur kesaktian dan magis. Peristiwa yang terjadi di dalamnya mempunyai motif yang jelas iaitu menunjukkan kebesaran Melaka dan kepahlawanan Hang Tuah sebagai wira Melayu."
Jebat juga terkenal sebagai seorang ....
"Jebat juga terkenal sebagai seorang yang suka berterus terang, radikal dan tegas. Baginya tidak ada sifat berselindung atau memuji-muji apalagi bekerja untuk mendapatkan nama atau sanjungan."
Sejarah Melayu pada satu bahagian ....
"Sejarah Melayu pada satu bahagian bersifat mitos dan mengandungi isi-isi yang menceritakan asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan istiadat yang disaluti dengan unsur imaginasi. Namun, isi ceritanya berbentuk sejarah seperti pembukaan negara,…
Dalam Sejarah Melayu, kita temui ....
"Dalam Sejarah Melayu, kita temui gambaran kehidupan dan budaya kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan pembesar negara dan hulubalangnya."
Liaw Yock Fang juga mempunyai...
"Liaw Yock Fang juga mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Emeis . Beliau menyatakan bahawa Sejarah Melayu boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarkatan. Ini adalah kerana karya ini memberi gambaran yang jelas tentang cara hidup penduduk…
Sejarah Melayu adalah sebuah teks...
"Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Sama kedudukannya dengan Hikayat Hang Tuah. Sejarah Melayu berjaya menggambarkan budaya hidup orang Melayu zaman feudal."
Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan...
"Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan India dalam kesusasteraan Melayu klasik. Beliau menggunakan catatan Cina bagi mengenal pasti beberapa ciri masyarakat Melayu maritime. Dengan ini, beliau menunjukkan kepentingan karya Sejarah Melayu dalam…
Penggunaan senjata seperti panah dalam...
"Penggunaan senjata seperti panah dalam Sejarah Melayu terkenal dalam epik Hindu Mahabharatha dan Ramayana. Upacara menyambut kelahiran bayi dalam Sejarah Melayu juga dikenal pasti berunsur budaya Hindu. Mereka mengaitkan peruntukan warna kuning…
Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan...
"Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan kepada dua kelas sosial yang utama. Golongan pertama meliputi golongan pemerintah serta bangsawan manakala golongan yang kedua ialah golongan yang diperintah atau rakyat."
Hubungan kebudayaan awal antara Alam...
"Hubungan kebudayaan awal antara Alam Melayu dengan benua kecil India dapat dilihat melalui perdagangan antarabangsa yang melibatkan kedua-dua wilayah tersebut. Kesan pertembungan dengan kedua-dua budaya tersebut menyebabkan beberapa unsur bahasa dan…
Misa Melayu juga tidak meneruskan...
"Misa Melayu juga tidak meneruskan sifat karya sastera sejarah yang memasukkan unsur mitos dan dongeng tetapi Misa Melayu adalah kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat temoatan dan orang luar."
Struktur politik yang dimaksudkan di ...
"Struktur politik yang dimaksudkan di Perak memperlihatkan keunikannya. Raja tidak memerintah secara mutlak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat pembesar demi negara dan demi kepentingan rakyat."
Dalam buku tentang sejarah Perak ...
"Dalam buku tentang sejarah Perak ini, hampir secara keseluruhannya bersetuju memperakukan bahawa Perak mempunyai sistem perwarisan tahta dan penggantian raja dalam satu struktur yang tersusun."
Misa Melayu juga membuktikan kehadiran ...
"Misa Melayu juga membuktikan kehadiran sistem ekonomi feudal yang menetapkan raja dan pembesar memonopolikan kegiatan tersebut manakala rakyat sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata."
Seloka sesungguhnya digunakan untuk ...
"Seloka sesungguhnya digunakan untuk menggambarkan citra kelucuan atau perwatakan atau situasi peristiwa. Bagi tujuan untuk mengindahkan, seloka juga dapat memberi kesan kesenorokan bacaan, justeru makna yang telus dan lurus tetapi berisi jenaka."
Abdul Rauf Singkel juga salah ...
"Abdul Rauf Singkel juga salah seorang yang sangat terkenal sebagai sasterawan negara. Beliau juga merupakan seorang ulamak dan ahli tasawuf yang turut menyumbangkan karyanya dalam menjayakan polisi pemerintahan Kerajaan Acheh pada masa Sultan…
Seorang sufi ialah yang meyakini ...
"Seorang sufi ialah yang meyakini hakikat kesaksiannya bahawa segala sesuatu dalam alam fenomena atau kejadian itu tidak kekal dan tetap berubah, dunia ini merupakan persinggahan sementara."
Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa...
"Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa mengandungi kritikan-kritikan tajam terhadap dunia politik dan raja-raja sehinggakan beliau serta pengikutnya tidak disenangi oleh kalangan istana. Disebabkan itu, nama Hamzah Fansuri tidak termaktub dalam kitab…
Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang...
"Hamzah Fansuri dikenali sebagai seorang ulama tasawuf dan sasterawan. Namun, beliau juga dikenali sebagai perintis dan pelopor dalam bidang kerohanian, keilmuan, bahasa, sastera dan falsafah."
Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelapor...
"Hamzah Fansuri terkenal sebagai pelapor puisi Islam yang bersifat agama dan tasawuf atau sufi. Ruba'i Hamzah Fansuri mengandungi 42 buah rangkap syair yang berinti ajaran Wahdatul Wujud."
Sastera keagamaan boleh dibahagi kepada...
"Sastera keagamaan boleh dibahagi kepada tiga cabang iaitu ilmu kalam, ilmu fikh dan ilmu tasawuf. Ilmu tasawuf mempunyai unsur rohaniah, ilmu kalam ialah ajaran Islam itu sendiri dan ilmu fikh merupakan makanan mukmin dalam kehidupannya."
Ilmu tasawuf adalah yang terdekat...
"Ilmu tasawuf adalah yang terdekat dengan perkembangan sastera Islam. Ilmu tasawuf mampu menghuraikan hubungan manusia dengan Tuhan yang begitu suci. Timbul rasa kesyukuran manusia terhadap Tuhan kerana mempercayai bahawa Tuhan yang mencipta manusia…
Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan...
"Beberapa tokoh yang dapat diperkatakan dalam menyentuh perihal ilmu tasawuf dalam sastera Islam selain Hamzah Fansuri ialah Nurrudin Al-Raniri dan Abdul RaofSingkel dan Shamsuddin al-Sumatrani. Nurrudin Al-Raniri dan Abdul RaofSingkel mewakili ilmu…
Puisi mistik ini adalah puisi...
"Puisi mistik ini adalah puisi musafir seseorang ahli sufi yang sedang merinsui Tuhannya. Banyak istiarah, metafora dan perlembagaan yang digunakan seperti laut, kekasih dan anggur sebagai. Perlembagaan itu harus difahami untuk memahami puisi…
Syair Perahu adalah sebuah teks...
"Syair Perahu adalah sebuah teks semiotikal dan hermenutik yang tinggi nilainya. Dalam Syair Perahu ini, tubuh manusia dilambangkan sebagai sebuah perahu yang dalam pelayaran di laut yang bergelora. Pelayaran ini amat memberhaya dan keselamatan dapat…
Hamzah Fansuri membawa reformasi dalam...
"Hamzah Fansuri membawa reformasi dalam pemikiran yang dicetuskan melalui puisi-puisinya. Ungkapan dan stilistik Hamzah Fansuri mengaplikasikan bahasa Melayu yang sistematik dan rasional dalam melahirkan karya-karya berunsurkan mistikal yang tinggi…
Hukum Kanun Melaka bukannya tertua...
"Hukum Kanun Melaka bukannya tertua dan menjadi rujukan tetapi masih relevan hingga dewasa ini. Hukum ini menjadi khazanah yang cukup keemasan dan tinggi nilainya."
Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu...
"Perkahwinan di dalam masyarakat Melayu.merupakan suatu peristiwa yang dijalankan menurut adat dan telah menjadi kelaziman masyarakat setempat. Perkahwinan ini dianggap suatu peristiwa yang penting dalam masyarakat Melayu."
Adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu...
"Adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada dua iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih atau dikenali dengan nama Adat Naning. Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan Naning, mereka menggunakan Adat Naning."
Wilayah yang mengamalkan sistem adat ...
"Wilayah yang mengamalkan sistem adat Naning ini terletak di Melaka Utara, yang melingkungi satu kawasan seluas kira-kira 250 kilometer persegi. Wilayah ini mempunyai 25 mukim iaitu 22 buah di daerah Alor Gajah dan tiga buah lagi terletak di daerah…
Adat Berinai pula akan dijalankan...
"Adat Berinai pula akan dijalankan terhadap pengantin perempuan kira-kira dua hari sebelum majlis akad nikah dan ia juga dikenali sebagai Berinai Besar yang dilakukan sehari sebelum majlis perkahwinan iaitu pada waktu malam sebelum majlis akad…
Adat Mandi Berhias turut diadakan...
"Adat Mandi Berhias turut diadakan selepas sehari atau dua hari majlis perkahwinan diadakan. Ini diikuti adat bertandang ke rumah pengantin lelaki yang dikenali sebagai 'menyalang'."
Isi Kitab Tajus-Salatin ini...
"Isi Kitab Tajus-Salatin ini dapat dibahagikan kepada ;lima perkara penting iaitu soal agama, pemerintahan raja, tanggngjawab pembear, hubungan rakyat dengan pembesar, hubungan rakyat dengan raja dan soal pendidikan.."
Tajus-Salatin adalah perkataan yang...
"Tajus-Salatin adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab. Taj bermaksud 'Mahkota' manakala al-Salatin pula membawa maksud 'Raja=raja'. Tajus-Salatin membawa maksud 'Mahkota Raja-raja' dan merupakan sebuah karya sastera Melayu Klasik yang begitu…
Manusia terjadi daripada empat anasir...
"Manusia terjadi daripada empat anasir iaitu tanah, air, api dan angin. Kehidupan manusia dibahagikan Allah kepada tiga bahagian iaitu permulaan, pertengahan dan penghabisan."
Nama sebenar Raja Ali Haji ...
"Nama sebenar Raja Ali Haji ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad Haji. Dilahirkan di Penyengat, Riau dalam tahun 1809. Ayahnya seorang tokoh intelektual tradisonal Riau yang pernah melibatkan diri dalam perkembangan politik di sekitar kepulauan…
Tuhfat al-Nafis mencungkil pengalaman...
"Tuhfat al-Nafis mencungkil pengalaman pahit dan kehampaan orang Melayu kerana kehilangan hak pemerintahan. Kehilangan kuasa Melayu berpunca daripada kejahilan raja Melayu yang tidak nampak muslihat Bugis."
Tuhfat al-Nafis merupakan sebuah...
"Tuhfat al-Nafis merupakan sebuah. karya agung yang bersifat sejarah yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji pada tahun 1865. Isi kandungannya mengisahkan tentang peristiwa sejarah yang berlaku di Kepulauan Melayu terutamanya Melaka, Singapura, dan…
Orang-orang Melayu mula boleh ...
"Orang-orang Melayu mula boleh membaca dan menulis kira-kira 500 tahun dulu di zaman keagungan Melaka. Pada ketika itu, sudah ada tradisi pembelajaran dan pembacaan Al-Quran yang merupakan suatu kewajipan kepada anak-anak sebelum mereka mempelajari…
Para pendakwah Islam juga menekankan...
"Para pendakwah Islam juga menekankan bahawa semua bidang kebudayaan manusia termasuk seni sastera harus digalakkan untuk meninggikan syiar Islam. Oleh itu, karya sastera yang bercorak prosa dan puisi mestilah membawa pengajaran Islam."
Sebalik sahaja umat Melayu menganut...
"Sebalik sahaja umat Melayu menganut agama Islam dengan cepatnya, kesusasteraan memainkan peranannya sebagai bidang kesenian dan pendakwahan. Sastera tersebut berlandaskan kepada akaliah dan intelektualisme."
Tidak ada catatan yang istimewa...
"Tidak ada catatan yang istimewa mengenai kemasukan Islam di Singapura. Malah Singapura tidak pernah tercatat sebagai pusat Islam seperti di Melaka dan Acheh. Dari catatan Munshi Abdullah, Singapura pernah menjalankan budaya Islam."
Brunei Darussalam pula sememangnya terkenal...
"Brunei Darussalam pula sememangnya terkenal sebagai sebuah negara Islam. Dalam abad ke-14, Islam telah teguh dan menjadi sebuah negara Islam. Brunei menggunakan syair sebagai genre pilihan untuk menggambarkan politik dan hal-hal yang berhubung…
Syair Arab Jahiliah mempunyai bentuk...
"Syair Arab Jahiliah mempunyai bentuk dan isi yang unik. Aspek yang dipentingakn ialah unsur-unsur rentak yang disebut 'al-mizan' dan mereka menitikberatkan juga penggunaan bahasa yang indah, canik, tetap dan sedap dibaca dan didengar."
Previous Page
Page
of 28
Next Page
Output Formats
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2