Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (1397 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Collection: Koleksi Petikan Pengajian Melayu
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Perkembangan dan perubahan adat Negeri Sembilan
"Negeri sembilan mempunyai adat tersendiri yang dikenali sebagai adat perpatih. Adat ini yang mengawal keseluruhan hidup masyarakat, meliputi bidang sosio-ekonomi dan politik, yang jika dibandingkan dengan sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Melayu lain di Tanah Melayu menunjukkan perbezaam yang agak jelas."
Text
Penulisan Adat Negeri Sembilan
" Apabila Inggeris datang dan menjajahi negeri-negeri Melayu yang menganggotai persatuan Negeri Sembilan demi kepentingan politik dan ekonomi, mereka telah juga memberi intrepetasi baru terhadap peraturan dan perjalanan adat."
Text
Perundangan Adat dan Barat
"Inggeris tidak sahaja telah memberi intrepetasi sistem adat dilihat dari kacamata budaya mereka tetapi lebih lanjut mereka juga telah memasukkan elemen barat ke dalam peraturan hidup masyarakat Negeri Sembilan. Peraturan yang jelas sekali diubah agar sesuai dengan selera penjajah ialah pewarisan tanah."
Text
Adat Istiadat
" Satu lagi aspek yang membezakan adat Negeri Sembilan dengan masyarakat lain ialah adat istiadat. Pada zaman tradisi, ritual-ritual adat dalam sesuatu perayaan itu sangatlah kompleks. Ketua-ketua adat memainkan peranan penting dalam setiap ritual itu. Tanpa kehadiran ketua adat berserta dengan alat kebesarannya majlis tidak akan berlansung; kalau berlangsung juga, tuan rumah akan dikenakan hukuman. Hari ini, selepas terdedahnya anak-anak negeri kepada nilai-nilai dan norma-norma baru, ritual dan peralatan ini hilang begitu sahaja."
Text
Melayu
sistem adat
Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah...
" Pada hakikatnya, kewujudan adat perpatih di Negeri Sembilan adalah atas dua dasar utama, iaitu kekeluargaan/ kekerabatan dan tanah. "
Text
Melayu
sistem adat
Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan...
" Sejak zaman awal masyarakat Negeri Sembilan menguruskan kehidupan mereka melalui garis nasab-ibu. Ia telah mengumpulkan ahli-ahlinya ke dalam kelompok- kelompok tertentu berdasar garis keturunan tersebut. "
Text
Melayu
sistem adat
Kadim, Besar, Buapak serta anak buah-anak buah akan melantik...
" Kadim, Besar, Buapak serta anak buah-anak buah akan melantik ketua suku yang dipanggil Lembaga. "
Text
Melayu
sistem adat
Adat perpatih tidak hanya penting daripada segi organisasi politiknya, tetapi...
" Adat perpatih tidak hanya penting daripada segi organisasi politiknya, tetapi juga merupakan kerangkakerja bagi ekonomi bersawah-padi tradisi. "
Text
Melayu
sistem adat
Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan...
" Dalam sistem adat perpatih, tidak ada perhambaan yang boleh menjatuhkan harga diri seseorang sehingga menjadi barang tidak berguna; tetapi masing-masing mempunyai tempat, boleh memberi sumbangan, menjalankan peranan dan berfungsi untuk kemajuan kelompok dan seterusnya masyarakat adat. "
Text
Melayu
sistem adat
Jadi, adat perpatih itu adalah budaya dan...
" Jadi, adat perpatih itu adalah budaya dan bukan aspek budaya kerana ia mempunyai fungsi menyeluruh dalam semua sistem kemasyarakatan : ideologi,kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan kepercayaan. "
Text
kesan
kota
Memang tidak dapat dinafikan kota...
"Memang tidak dapat dinafikan kota memberi segala kesenangan dan kemewahan hidup, namun pada hakikatnya kita didedahkan kepada nilai-nilai negatif kemanusiaan."
Text
Tinjauan umum kosa kata asas Cham barat dialek Kaoh Soutin
" Jumlah orang Cham di Kemboja sukar ditentukan. Walaupun catatan rasmi dikatakan sekitar 230,000 orang tetapi jumlah ini mungkin lebih besar menjangkau sehingga 700,000 orang (Islam, Kamboja, Koleksi Diskusi Isnet, September 1998, 2)."
Text
"Sanjak ialah bentuk prosodi Acheh..."
"Sanjak ialah bentuk prosodi Acheh yang asli .Sanjak ialah puisi naratif. Sanjak tidak seperti syair Syira, Setiap baris sanjak terbahagi kepada dua bahagian iaitu dipisahkan dengan hentian atau jeda di tengah baris."
Text
"Di samping rima akhir yang...
"Di samping rima akhir yang seragam, sanjak memperlihatkan skeama-skema rindu dalam bahasa yang menarik.
Text
Sumber utamanya mungkin cerita-cerita...
"Sumber utamanya mungkin cerita-cerita lisan yang didengar daripada pembawa tradisi yang mengalami atau menyaksikan sendiri peristiwa yang diriwayatkan dalam hikayat ini."
Text
Hikayat Pocut Muhamat disampaikan dalam ...
"Hikayat Pocut Muhamat disampaikan dalam benuk puisi yang disebut sebagai sanjak. Sanjak ialah puisi naratif dan digunakan untuk menyampaikan karya epik Acheh."
Text
"Hikayat Pocut Muhamat dikarang pada pertengahan...
"Hikayat Pocut Muhamat dikarang pada pertengahan abad ke-18 oleh seorang teungku yang berasal dan tinggal di Lam Rukam. Oleh itu, beliau dikenali sebagai Teungku Lam Rukam."
Text
Air tebu rebus RM1 pilihan sejak 50 tahun
Air tebu rebus menjadi tumpuan orang ramai sejak 50 tahun lepas. Air tebu rebus tersebut dihasilkan daripada tebu yang sudah matang dan dipotong sebelum direbus selama lima jam.
Text
Filem
Malaysia
Filem Malaysia: Antara 'yang tahu' dan 'yang pandai'
"Para akademis sudah menganggap bahawa pertumbuhan filem Melayu Malaysia bukan sahaja menjadi tanggungjawab orang filem (pengarah, penerbit), tetapi setiap orang yang mempunyai kebolehan dan rasa cintakan negaranya sendiri."
Text
agama
Melayu
Mesjid2 sering dibangunkan dalam bentuk
"Mesjid2 sering dibangunkan dalam bentuk bangun-an peribumi Indonesia, dengan dua, tiga atau lima lapis atap, dan menjadikannya kelihatan seperti pa-goda.Bangunan ini merupakan satu kenang - kenangan zaman sebelum Islam (masih digunakan untuk kuil Hindu di Bali), ketika ia digunakan untuk menggam-barkan gunung dewa2, yaitu Gunung Meru orang2 Hindu. Seringkali menaranya tidak ada ;muazzin (modin atau bilal) kemudian membuat bang dari satu pelantaran di salah satu bagian atap mesjid itu; se-lalunya satu tabuh besar dipalu untuk memberitahu-kan waktu sembahyang."
Text
Dalam teks kreatif, soal latar...
"Dalam teks kreatif, soal latar dan watak dalam karya mesti latar belakangkan dunia dan bangsa Melayu, bukanlah syarat sah karya itu tercakup atau terkeluar dari konsep sastera Melayu. Hal ini kerana sastera Melayu harus berjiwa global, berkembang dinamik dan bukannya statik."
Text
Sastera Melayu terlalu luas cakerawalanya...
"Sastera Melayu terlalu luas cakerawalanya. Sastera Melayu bukan tumbuh di dunia Melayu sahaja bahkan muncul dan berkembang selagi sasterawan Melayu mampu berkelana di bumi ini."
Text
Tetapi watak dalam Janji Paramaribo ...
"Tetapi watak dalam Janji Paramaribo dan Amigo Possa berbeza. Dalam novel Muhd Mansur Abdullah ini, tidak ada seorang pun watak Melayu dalamnya sepertimana novel Malim Ghazali. Namun begitu, karya itu masih layak diletakkan sebagai novel Melayu kerana menggunakan bahasa Melayu."
Text
Penulis melihat aspek naratif sebagai...
"Penulis melihat aspek naratif sebagai hal yang sekunder. Sebenarnya aspek yang perlu dipertahankan oleh pengarang dan sasterawan Melayu ialah nilai keindahan karya supaya dapat memenuhi sifat sejarah Melayu yang sebenarnya."
Text
Dalam beberapa petikan dari teks ...
"Dalam beberapa petikan dari teks Amigo Possa, akan terlihat pemikiran dan falsafah pengarang dengan jati diri Melayunya yang sifat bawah sedar kolektif ( collective unconscious ). Ia memberikan harkat dan harga diri yang tinggi kepada citra wanita . Collective unconscious ini merupakan naluri individu dan merupakan unsur-unsur kebudayaan atau pengalaman masyarakat yang telah dilupakan tetapi wujud di dalam fikiran pengarang atau sasterawan."
Text
Dalam teks ini juga pengarang...
"Dalam teks ini juga pengarang Melayu ini memberikan nilainya yang tersendiri mengenai aspek keseniaan, cinta dan juga seni. Keberagaman atau adanya variasi baharu dalam sastera Melayu akan memperlihatkan berlakunya pelbagai budaya dalam sastera Melayu mahupun sebagai sebuah fiksyen yang melakarkan realiti kehidupan masyarakat atau bangsa Sepanyol pada abad ke -20 dan 21."
Text
Pengarang kita ini juga menggunakan...
"Pengarang kita ini juga menggunakan kata bahasa Melayu bertaraf tinggi dalam teksnya. Kata yang penuh romantik itu akan menjadi gaya retorik Melayu dalam membangkitkan kesan rasa dan keindahannya."
Text
Johor
Sebelum kedatangan Barat ke alam Melayu...
"Sebelum kedatangan Barat ke alam Melayu tidak wujud pendidikan formal yang sistematik seperti yang lazim difahami kini. Walau bagaimanapun, pengetahuan dan pengalaman masih dapat disebarkan dan golongan rakyat tertentu menerima pendidikan sebagaimana yang terdapat ketika itu."
Text
Johor
Sebagai seorang pemerintah mutlak yang...
"Sebagai seorang pemerintah mutlak yang banyak mendapat pengaruh Barat, Abu Bakar telah memperkenalkan institusi dan teknik pentadbiran Barat di Johor hinggakan beliau telah dianggap sebagai artkitek Johor moden. "
Text
Johor
Peristiwa-peristiwa Reformation dan Counter Reformation...
"Peristiwa-peristiwa Reformation dan Counter Reformation, Enlightenment, Zaman Materialisme, pelayaran eksplorasi, revolusi-revolusi industri, saintifik, pertanian, demokratik dan Perancis membuka pintu negara-negara Barat menerima pandangan dunia luar. "
Text
Johor
Orang Cina datang ke Tanah Melayu...
"Orang Cina datang ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong-lombong dan dalam kes negeri Johor, di ladang-ladang gambir dan lada hitam. "
Text
Johor
Alam Melayu amnya dan Johor khususnya...
"Alam Melayu amnya dan Johor khususnya, telah lama menerima pengaruh berbagai-bagai tamadun dan budaya yang terdapat di Timur. "
Text
Johor
Apabila Johor didedahkan sepenuhnya kepada...
"Apabila Johor didedahkan sepenuhnya kepada pengaruh Barat melalui Singapura pada awal abad ke ke-19, budaya barat moden diperkenalkan sebagai satu unit yang kukuh- sebagai satu gabungan yang padu dan bukan sebagai satu komposit dua jenis unsur budaya yang berbeza, iaitu unsur Barat dan unsur moden. "
Text
Johor
Di ambang kedatangan Barat (Inggeris) ke Johor...
"Di ambang kedatangan Barat (Inggeris) ke Johor pada awal tahun-tahun 1800-an kuasa golongan Temenggung telah mula terserlah. "
Text
Johor
Keazaman Sultan Abu Bakar terutamanya untuk...
"Keazaman Sultan Abu Bakar terutamanya untuk menghalang Inggeris daripada mencabuli kebebasan Johor dan baginda sendiri tidak menyenangkan pihak Inggeris, terutamanya Gabenor Weld. "
Text
Johor
Menyedari akan niat Inggeris untuk...
"Menyedari akan niat Inggeris untuk mengawal Johor, pemerintahnya telah berusaha menghalang niat itu daripada menjadi satu kenyataan dengan melaksanakan beberapa perubahan dalam corak pemerintahan. Usaha-usaha ini memperlihatkan kesan pengaruh Inggeris itu. "
Text
Johor
Hasil titah Sultan itu, undang-undang Johor...
" Hasil titah Sultan itu, undang-undang Johor yang pada mulanya diasaskan kepada undang-undang Islam telah diubah suai kepada undang-undang Inggeris bertujuan mengatur dan mengawal pentadbiran negeri. "
Text
Johor
Penyusunan semula organisasi kerajaan...
"Penyusunan semula organisasi kerajaan bermula dengan pemindahan secara rasmi pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pda pada tahun 1866 bertujuan mewujudkan satu sistem pentadbiran yang baik, cekap dan serupa dengan yang terdapat di Singapura. "
Text
Johor
Lembaga Penasihat Johor telah ditubuhkan...
"Lembaga Penasihat Johor telah ditubuhkan di London pada tahun 1886 untuk membolehkan Sultan berhubung secara langsung dengan Pejabat Tanah Jajahan apabila perlu dan tidak melalui Singapura. "
Text
Johor
Akibat perubahan bercorak Barat yang...
"Akibat perubahan bercorak Barat yang diperkenalkan ke dalam kerajaan dan pentadbiran Johor, terutama pada tahun-tahun 1862-1895, Inggeris tidak mempunyai alasan untuk mengenakan kawalan secara formal ke atas Johor sungguhpun terdapat beberapa perkara yang kurang menyenangkan mereka dalam tindak tanduk Sultan Abu Bakar. "
Text
Johor
Pada tahun 1855 apabila Gabenor Blundell...
"Pada tahun 1855 apabila Gabenor Blundell telah memulakan perbincangan tentang pendidikan anka-anak Melayu di Singapura dan Johor, Temenggung Ibrahim telah menyambutnya dengan sikap yang positif."
Text
Johor
Untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan...
"Untuk mentadbir dan mengurus hal ehwal pendidikan pada tahun 1883, Johor telah menubuhkan sebuah Jabatan Pelajaran yang diketuai oleh Datuk Bentara Dalam, iaitu Datuk Munsyi Ibrahim (SSD, 1883)."
Text
Johor
Sehubungan dengan penyusunan semula sistem pelajaran...
"Sehubungan dengan penyusunan semula sistem pelajaran, sukatan pelajaran dianggap sesuai juga telah dikeluarkan dengan disertakan peraturan mengajar bagi kemudahan dan panduan guru-guru. "
Text
Johor
Mata pelajaran yang disediakan untuk sekolah Melayu...
"Mata pelajaran yang disediakan untuk sekolah Melayu dan Inggeris adalah secara umumnya serupa, sungguhpun dari segi kandungannya terdapat perbezaan tertentu. "
Text
Johor
Sekolah Pertukangan Johor atau Johore Trade School...
"Sekolah Pertukangan Johor atau Johore Trade School telah ditubuhkan pada tahun 1932 sebagai sebahagian daripada dasar menyusun semula sistem pendidikan negeri itu. "
Text
Johor
Datuk Menteri Johor ketika itu...
"Datuk Menteri Johor ketika itu telah menekankan agar semua surat kerajaan ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan abjad Arab, yang dikenali sebagai tulisan Jawi."
Text
Johor
Tanah dan tanaman
Apabila kuasa Barat sampai di Johor, telah terdapat di situ sistem ekonomi dan pemilikan tanah, yang dari kaca mata Barat kelihatan agak mudah dan serba kekurangan.
Text
Johor
Di Johor, terdapat surat-surat tertentu yang...
"Di Johor, terdapat surat-surat tertentu yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah tradisi bagi menunjukkan bahawa seseorang penduduk itu telah memperoleh kebenaran untuk meneroka hutan dan seterusnya bercucuk tanam di situ. "
Text
Johor
Suatu kegiatan pertanian yang agak tersusun...
"Suatu kegiatan pertanian yang agak tersusun di Johor bermula dengan kegiatan menanam gambir-lada menerusi sistem kangcu. "
Text
Johor
Sultan dianggap sebagai mempunyai hak usufructuary...
"Sultan dianggap sebagai mempunyai hak usufructuary ke atas tanah dan rakyatnya memerlukan Surat Akuan atau Surat Kebenaran Tebang-tebas untuk meneroka hutan dan menjadikannya kebun. "
Showing 1151 to 1200 of 1397 results
Page
of 28
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->