Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16348 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Amir Hamzah
"Pada tahun 30an terdapat pembaruan puisi sebagai terlihat pada sajak-sajak. Amir Hamzah yang terkumpul dalam Nyanyi Sunyi."
Text
Rustam Effendi
"Percubaan yang berani belum lagi benar-benar dimulai. Ini sebenarnya baru dimulai oleh Rustam Effendi dalam sajak-sajaknya yang terkumpul dalam antologinya Percikan Permenungan."
Text
Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa...
"Karya-karya Hamzah Fansuri sentiasa mengandungi kritikan-kritikan tajam terhadap dunia politik dan raja-raja sehinggakan beliau serta pengikutnya tidak disenangi oleh kalangan istana. Disebabkan itu, nama Hamzah Fansuri tidak termaktub dalam kitab penting sejarah Acheh iaitu Hikayat Acheh dan Bustanus-Salatin."
Text
Puisi Melayu moden di Indonesia: Masa awal
"Puisi Melayu biasanya dibagi dua, puisi lama dan puisi baru. Perbezaan ini sebenarnya tak begitu tepat, kerana yang disebut puisi lama masih dipakai sekarang,misalnya pantun."
Text
Seorang sufi ialah yang meyakini ...
"Seorang sufi ialah yang meyakini hakikat kesaksiannya bahawa segala sesuatu dalam alam fenomena atau kejadian itu tidak kekal dan tetap berubah, dunia ini merupakan persinggahan sementara."
Text
Abdul Rauf Singkel juga salah ...
"Abdul Rauf Singkel juga salah seorang yang sangat terkenal sebagai sasterawan negara. Beliau juga merupakan seorang ulamak dan ahli tasawuf yang turut menyumbangkan karyanya dalam menjayakan polisi pemerintahan Kerajaan Acheh pada masa Sultan Sasiatuddin."
Text
Seloka sesungguhnya digunakan untuk ...
"Seloka sesungguhnya digunakan untuk menggambarkan citra kelucuan atau perwatakan atau situasi peristiwa. Bagi tujuan untuk mengindahkan, seloka juga dapat memberi kesan kesenorokan bacaan, justeru makna yang telus dan lurus tetapi berisi jenaka."
Text
Misa Melayu juga membuktikan kehadiran ...
"Misa Melayu juga membuktikan kehadiran sistem ekonomi feudal yang menetapkan raja dan pembesar memonopolikan kegiatan tersebut manakala rakyat sekadar pekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata."
Text
Dalam buku tentang sejarah Perak ...
"Dalam buku tentang sejarah Perak ini, hampir secara keseluruhannya bersetuju memperakukan bahawa Perak mempunyai sistem perwarisan tahta dan penggantian raja dalam satu struktur yang tersusun."
Text
Struktur politik yang dimaksudkan di ...
"Struktur politik yang dimaksudkan di Perak memperlihatkan keunikannya. Raja tidak memerintah secara mutlak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat pembesar demi negara dan demi kepentingan rakyat."
Text
Misa Melayu juga tidak meneruskan...
"Misa Melayu juga tidak meneruskan sifat karya sastera sejarah yang memasukkan unsur mitos dan dongeng tetapi Misa Melayu adalah kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat temoatan dan orang luar."
Text
Hubungan kebudayaan awal antara Alam...
"Hubungan kebudayaan awal antara Alam Melayu dengan benua kecil India dapat dilihat melalui perdagangan antarabangsa yang melibatkan kedua-dua wilayah tersebut. Kesan pertembungan dengan kedua-dua budaya tersebut menyebabkan beberapa unsur bahasa dan sastera India telah diterima dan diubahsuai oleh golongan terpelajar di Alam Melayu."
Text
Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan...
"Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan kepada dua kelas sosial yang utama. Golongan pertama meliputi golongan pemerintah serta bangsawan manakala golongan yang kedua ialah golongan yang diperintah atau rakyat."
Text
Penggunaan senjata seperti panah dalam...
"Penggunaan senjata seperti panah dalam Sejarah Melayu terkenal dalam epik Hindu Mahabharatha dan Ramayana. Upacara menyambut kelahiran bayi dalam Sejarah Melayu juga dikenal pasti berunsur budaya Hindu. Mereka mengaitkan peruntukan warna kuning kepada kerabat diraja dengan warna kuning pakian suci sami Hindu dan Hindu."
Text
Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan...
"Wolters juga membicarakan unsur kebudayaan India dalam kesusasteraan Melayu klasik. Beliau menggunakan catatan Cina bagi mengenal pasti beberapa ciri masyarakat Melayu maritime. Dengan ini, beliau menunjukkan kepentingan karya Sejarah Melayu dalam tradisi persejarahan Melayu."
Text
Sejarah Melayu adalah sebuah teks...
"Sejarah Melayu adalah sebuah teks kanon. Sama kedudukannya dengan Hikayat Hang Tuah. Sejarah Melayu berjaya menggambarkan budaya hidup orang Melayu zaman feudal."
Text
Liaw Yock Fang juga mempunyai...
"Liaw Yock Fang juga mempunyai pandangan yang hampir sama dengan Emeis . Beliau menyatakan bahawa Sejarah Melayu boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarkatan. Ini adalah kerana karya ini memberi gambaran yang jelas tentang cara hidup penduduk Melaka pada abad ke-15 Masihi."
Text
Dalam Sejarah Melayu, kita temui ....
"Dalam Sejarah Melayu, kita temui gambaran kehidupan dan budaya kerajaan Melaka atau budaya feudal. Isinya mengandungi jurai keturunan raja dan pembesar negara dan hulubalangnya."
Text
Sejarah Melayu pada satu bahagian ....
"Sejarah Melayu pada satu bahagian bersifat mitos dan mengandungi isi-isi yang menceritakan asal-usul raja, asal-usul nama tempat dan istiadat yang disaluti dengan unsur imaginasi. Namun, isi ceritanya berbentuk sejarah seperti pembukaan negara, aktiviti-aktiviti raja dan undang-undang yang dikeluarkan."
Text
Jebat juga terkenal sebagai seorang ....
"Jebat juga terkenal sebagai seorang yang suka berterus terang, radikal dan tegas. Baginya tidak ada sifat berselindung atau memuji-muji apalagi bekerja untuk mendapatkan nama atau sanjungan."
Text
Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh ....
"Hikayat Hang Tuah digerakkan oleh unsur mitos dan lagenda yang penuh dengan unsur kesaktian dan magis. Peristiwa yang terjadi di dalamnya mempunyai motif yang jelas iaitu menunjukkan kebesaran Melaka dan kepahlawanan Hang Tuah sebagai wira Melayu."
Text
Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur...
"Perwatakan kepahlawanan dalam sastera berunsur Islam juga menekankan sifat berpegang teguh kepada janji seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Dalam Hikayat Amir Hamzah, Amir Hamzah digambarkan sebagai seorang wira yang sentiasa mematuhi segala janji yang telah dibuatnya."
Text
Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai...
"Perwatakan Amir Hamzah ialah sebagai wira dan pahlwan Islam untuk menegakkan kebenaran dan kebaikan. Beliau berjuang untuk mengembalikan sesuatu pemerintahan yang hak dan menghapuskan segala sesuatu yang tidak diingini seperti penyelewangan dan sebagainya."
Text
Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan...
"Hikayat Amir Hamzah juga memperlihatkan perpaduan dan keutuhan orang Islam. Apabila mereka berhadapan dengan musuh, mereka menentang dengan penuh keberanian dan kegagahan, walaupun jumlah musuh itu amat ramai."
Text
Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam...
"Sebagai sebuah hikayat bercorak Islam, Hikayat Amir Hamzah menekankan kesejagatan agama Islam. Hikayat ini menonjolkan agama Islam sebagai agama universal yang boleh dianuti oleh manusia di seluruh pelosok dunia tanpa mengira bangsa, kelas dan warna kulit."
Text
Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan...
"Hikayat Amir Hamzah membawakan persoalan peperangan yang pusat pengembangan plot ceritanya. Peperangan pada asasnya berlaku antara dua pihak iaitu pihak yang ingin menegakkan kesucian Islam dan pihak yang ingin menentang ajaran agama ini."
Text
Gambaran Amir Hamzah sebagai wira ...
"Gambaran Amir Hamzah sebagai wira telah diberikan sejak beliau masih kecil. Nama Amir Hamzah ini diberikan oleh pembesar Parsi . Kegagahan beliau terselah sejak kecil lagi. Contohnya semasa beliau berumur 7 tahun, beliau membunuh seorang pendekar yang gagah dan berjaya membunuh 70 orang penunggu berhala."
Text
Seorang wira Islam bukan sahaja ...
"Seorang wira Islam bukan sahaja bersedia untuk memberi ampun kepada musuh-musuh mereka yang tewas, mereka juga suka melakukan kebajikan kepada rakyat dengan bersifat pemurah dan selalu menghulurkan segala bantuan kepada mereka yang memerlukan. Wira-wira dalam hikayat berunsur Islam terdiri daripada tokoh-tokoh yang terkemuka seperti panglima perang dan raja-raja Islam."
Text
Seterusnya perwatakan wira Islam ialah...
"Seterusnya perwatakan wira Islam ialah mereka merupakan orang yang bijaksana dalam memimpin tentera dan rakyatnya. Sifat - sifat ini telah digambarkan pada watak Amir Hamzah. Sebagai sastera bercorak Islam, watak-watak wira dalam hikayatnya berperanan sebagai pengembang agama Islam."
Text
Nilai suka mengampun merupakan satu...
"Nilai suka mengampun merupakan satu sifat yang terpuji yang memang dianjurkan oleh agama Islam. Sifat ini dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri yang mengampunkan musuh ketatnya yang pernah menetangnya. Sifat ini juga menjadi ikutan kepada watak-watak wira dalam hikayat pahlawan Islam."
Text
Pengarang karya sastera sejarah tradisional...
"Pengarang karya sastera sejarah tradisional menggunakan berbagai-bagai unsur mitos dan lagenda untuk dijadikan sebagai bukti subjektif dalam penulisannya. Bila hikayat itu menceritakan tentang sesuatu yang lebih dekat dengan zaman kini, barulah bukti objektif seperti unsur realiti dan sejarah sebenar dipakai."
Text
Sastera hikayat berfungsi sebagai alat ...
"Sastera hikayat berfungsi sebagai alat hiburan orang Melayu. Watak-wataknya berhubungan dengan dunia khayal dan dunia nyata. Selalunya watak-watak ini terdiri daripada anak-anak raja dan anak-anak puteri yang jelita. "
Text
Hikayat berbingkai ini adalah original...
"Hikayat berbingkai ini adalah original mengisahkan khalifah zaman Islam dan pertumbuhannya ada hubungan dengan kejadian yang berlaku dalam masyarakat Islam itu sendiri. Dua bentuk puisi yang kadang-kadang disebut juga sebagai prosa lirik iaitu firdausi dan nizami. Kedua-dua ini menggunakan struktur berbingkai ini."
Text
Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat...
"Dalam arus perkembangannya, sastera hikayat, telah dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu hikayat berunsur Hindu, hikayat berunsur Hindu-Islam, dan hikayat berunsur Islam. Pembahagian kelompok ini dipengaruhi oleh zaman kelahiran cerita-ceritanya tersebut yang telah diresapi oleh bingkai atau struktur hikayat."
Text
Menyentuh tentang hikayat dalam sastera...
"Menyentuh tentang hikayat dalam sastera Parsi, ia dibahagikan menurut klasifikasi yang lain, tetapi bila masuk ke dalam sastera Melayu ia digolongkan ke dalam hikayat sahaja. Pendeknya apa saja kisah yang berbentuk penceritaan ia segera dinamakan sebagai hikayat."
Text
Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah...
"Pertumbuhan hikayat Melayu sebenarnya adalah terpengaruh dari Parsi. Boleh dikatakan sedikit pengaruh dari prosa Arab. Tetapi jelas kesemuanya sebagai genre sastera tidak berkembang setelah pertembungan Arab-Parsi."
Text
batu nisan
bertukang batu
...2 more
Sumba adalah sebuah pulau dalam...
"Sumba adalah sebuah pulau dalam gugusan kepulauan Nusa Tenggara yang terletak di sebelah timur pulau Jawa. Orang Sumba terkenal dengan kemahiran mereka bertukang batu dan adalah menjadi kebanggaan sosial bagi mereka membuat batu nisan atau keranda batu berukir yang megah di atas kubur-kuburan."
Text
Masyarakat Badui
petempatan
...1 more
Wessing (1977) telah membuat kajian tentang...
"Wessing (1977) telah membuat kajian tentang masyarakat Badui dan mendapati suatu hubung jalin yang menarik antara petempatan, geografi dan kosmologi. Orang Badui membahagi wilayah kediaman mereka kepada dua kawasan; 'kawasan dalam' dan 'kawasan luar'. Kawasan dalam dianggap sebagai tempat yang suci dan lebih tinggi statusnya. Penduduk kawasan dalam memakai jubah putih dan mengamalkan pantang larang dengan sangat tertib. Sebaliknya, penghuni kawasan luar menggunakan jubah hitam (indigo) dan bersedia menerima pengaruh luar hingga had-had tertentu."
Text
Masyarakat Badui
petempatan
...1 more
Masyarakat Badui tinggal di wilayah Banten...
"Masyarakat Badui tinggal di wilayah Banten Selatan di hujung bahagian barat pulau Jawa. Mereka hingga kini masih berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang dan menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh luar sama ada pengaruh Hindu mahupun Islam. Beberapa perbuatan yang mereka anggap moden dijadikan 'taboo', seperti menulis, menggunakan wang, menanam padi di sawah, menggunakan jendela cermin dan lain-lain."
Text
barat-timur
paksi
...2 more
Peri pentingnya paksi barat-timur ini...
"Peri pentingnya paksi barat-timur ini kadang-kadang demikian kuat pengaruhnya sehingga ada suku bangsa, misalnya Toraja dan Nuaulu yang percaya bahawa cara orang tidur pun perlu mengikut paksi-paksi tersebut; kalau tidak, sudah tentu penyakit atau malapetaka akan datang menimpa. Paksi barat-timur sangat mempengaruhi orientasi rumah-rumah tradisional."
Text
kepercayaan
matahari
Dalam kebanyakan kepercayaan asli, arah barat...
"Dalam kebanyakan kepercayaan asli, arah barat dan timur mempunyai makna khas yang sangat penting kerana ia dikaitkan dengan lambang hidup dan mati; matahari terbit melambangkan kehidupan, manakala matahari terbenam melambangkan kematian. Perjalanan hidup adalah selari dengan peredaran matahari dari timur ke barat."
Text
ahli etnografi
pembahagian rumah
Pembahagian rumah kepada tiga lapisan...
"Pembahagian rumah kepada tiga lapisan merupakan gabungan hasil kajian para ahli etnografi yang berasingan. Wessing (1978) misalnya, membuat kajian mengenai rumah-rumah orang Sunda, Wetering (1923) mengenai rumah-rumah di Pulau Roti manakala Errington (1979) mengenai rumah-rumah orang Bugis."
Text
rumah
seni bina
...1 more
Dari segi visual, pemisahan badan rumah...
"Dari segi visual, pemisahan badan rumah dan kolong rumah biasanya ditekankan dengan memasang papan kambi. Papan ini ada yang bersifat struktur tetapi ada juga yang bersifat hiasan sahaja; hiasan itu ada yang sederhana, tetapi banyak pula yang penuh dengan ukiran."
Text
rumah
seni bina
Kawasan sebelah bawah atau kolong...
"Kawasan sebelah bawah atau kolong rumah merupakan tempat paling kotor; di situlah sampah sarap dibuang, air kumbahan dapur dicurahkan dan binatang ternakan dipelihara dan ditambatkan."
Text
kosmos
rumah tradisonal
...1 more
Waterson mendapati bahawa pembinaan struktur...
"Waterson mendapati bahawa pembinaan struktur rumah-rumah tradisional yang juga terdiri daripada tiga bahagian: iaitu kolong, badan rumah dan bumbung merupakan cerminan daripada konsep kosmos berlapis tiga."
Text
petempatan
rumah
...1 more
Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan...
"Dalam masyarakat tradisional, rumah dan petempatan merupakan unsur-unsur yang membantu mewujudkan 'rasa lokasi' (sense of location) yang mereka perlukan untuk mengorientasikan diri di alam semesta ini."
Text
Minangkabau
Pulau Jawa
...1 more
Teknik seni bina yang bersamaan...
"Teknik seni bina yang bersamaan boleh melambangkan tanduk kerbau di daerah Minangkabau, perahu di tanah Toraja atau dewi seri pelindung padi di Pulau Jawa."
Text
rumah
seni bina
...1 more
Dumarcay (1990) menyatakan bahawa simbolisme...
"Dumarcay (1990) menyatakan bahawa simbolisme diserapkan sedikit demi sedikit ke dalam struktur rumah-rumah dengan tujuan memberi bentuk konkrit kepada susunan yang selalu mereka idamkan di tempat rumah itu didirikan. Simbolisme itu tumbuh secara perlahan-lahan dan bila teknik lama lambat laun berubah atau dilupakan, hanya bentuk yang nampak dikekalkan dan dibina dengan teknik baru."
Text
Asia Tenggara
kosmologi
...3 more
Asia Tenggara adalah sebuah wilayah...
"Asia Tenggara adalah sebuah wilayah yang sangat kaya dengan warisan seni bina yang sesuai dijadikan tempat penyelidikan pengaruh idea kosmologi terhadap rumah dan pola petempatan (Waterson, 1991)"
Text
Kebudayaan
seni bina
...1 more
Seni bina tradisional merupakan pewujudan...
"Seni bina tradisional merupakan pewujudan kebudayaan dalam bentuk fizikal dan mencerminkan keperluan, cita-cita, nilai-nilai serta keghairahan masyarakat yang mendukung kebudayaan itu."
Showing 5051 to 5100 of 16348 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2