Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16666 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Novel bercorak peperangan
"Bentuk novel terakhir yang turut tercipta dalam tahap 1946-1949 ialah novel bercorak peperangan. Novel bercorak begini dimaksudkan sebagai novel yang membicaraka pelbagai persoalan tentang peperangan yang timbul dalam Perang Dunia Kedua; termasuklah persoalan-persoalan tentang peperangan menentang Jepun dan kesan-kesannya ke atas kehidupan rakyat."
Text
Novel kebangsaan
"Novel-novel bercorak kebangsaan yang lebih berhasil waktu itu adalah ciptaan Harun Aminurrashid. Dua buah novelnya yang baik ialah 'Siapakah yang bersalah?' (1949) dan 'Sebelum ajal(1949)' .
Text
Novel kemasyarakatan
"Novel-novel Lufti mengambil masyarakat, khususnya masyarakat semasa, sebagai bahan cerita.Segala permasalahan semasa yang dihadapi oleh masyarakat Melayu zamannya sering mendapat perhatian dan tumpuan utama Ahmad Lufti untuk digarap dalam novel-novelnya."
Text
Novel: Perkembangan dalam tahun-tahun 1946-1949
"Perkembangan dalam kemajuan novel-novel Melayu tahap ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial dan politik yang wujud. Tahap ini adalah tahap baru berakhirnya Perang Dunia Kedua yang kesannya masih dapat dirasakan oleh masyarakat, khususnya kesan kepincangan hidup dan moral."
Text
Novel: Pengenalan
"Masyarakat pembaca zaman ini bukanlah merupakan golongan pembaca yang pasif dan beku; mereka kini adalah pembaca yang kritis, yang bukan lagi berupaya untuk hanya sekadar membaca sahaja, tetapi menghayati sebagai tujuan untuk melaksanakan kritikan dan kajian."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan: Corak dan pemilihan tema
"
"Perubahan yang berlaku di desa banyak memberi ilham kepada para penulis terutamanya akibat daripada usaha-usaha pembangunan yang dilakukan oelh kerajaan. Tema yang berunsurkan pembangunan ini dengan sendirinya melibatkan konflik-konflik iaitu tertentu pertentangan antara niai-nilai hidup lama dengan nilai-nilai hidup baru."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Pertumbuhan sastera Melayu dalam dekad 1970-an ini menjadi lebih bererti apabila pihak kerajaan turut memberikan pengiktirafan terhadap karya kreatif bangsa Melayu iaitu dengan pemberian Hadiah Karya Sastera bermula dari tahun 1971 hingga tahun 1976."
Text
Latar perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Perkembangan dalam tahun-tahun 70-an memperlihatkan suatu proses penulisan cerpen Melayu yang semakin dewasa dan matang dalam berbagai-bagai aspek."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan: Corak dan pemilihan tema
" Penelitian terhadap bidang cerpen selanjutnya memperlihatkan beberapa pendekatan tertentu, sesuai dengan konsep yang diamalkan oleh para penulis. Aspek-aspek yang menyentuh ilmu falsafah, psikologi dan sosiologi dianggap sama pentingnya untuk dibicarakan seperti juga halnya dengan aspek struktur dalam sesebuah cerpen."
Text
Perkembangan tahun-tahun enam puluhan
"Perkembangan dalam tahun-tahun 1960-an ini juga dapat dikatakan sebagai perkembangan 'selepas kemerdekaan' dan dengan itu perkembangan cerpen Melayu terus mendapat perhatian yang sungguh-sungguh yang sekaligus membawa tenaga baru dalam sastera Melayu."
Text
Latar perkembangan dalam tahun-tahun enam puluhan
"Tahun-tahun 1960-an memberikan satu gambaran bahawa dunia cerpen Melayu bukan lagi merupakan laungan melulu atau jeritan dan perledakan kemarahan anak-anak muda."
Text
Perkembangan dalam tahun 1955-1959: Corak dan persoalan cerpen
"A. Samad Said dapat dianggap sebagai pengarang sindiran yang berjaya. Cerpen-cerpen sindiran yang pernah diperkenalkan oleh A. Samad Ismail dan Ishak Haji Muhammad mendapat tenaga baru dan menjadi satu gaya pula di tangan A. Samad Said."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun 1955-1959
"Sejak tahun 1955 telah muncul beberapa orang penulis muda yang merupakan golongan penulis baru selepas ASAS 50. Daripada kalangan mereka ditemui penulis-penulis seperti Ajikik, Malungun, A.R. Kamaludin, Zulastry, Ahmad Mahmud, Yahya Samah, Kala Dewata, Isma Mesra, Rosmera, Maskam, Salmah Mohsin, Rokiah Abu Bakar, Robinda, Zawiyah Mohd. Noh, Rosbiwo, Nora Johor, Hasbima, A.Nurdin Johor, Asmaranda, A. Wahab Ali, Robinda dan lain-lain lagi yang bekerja dengan badan-badan penerbit."
Text
Latar perkembangan dalam tahun-tahun 1955-1959
"Zaman gemilang ASAS 50 dapat disaksikan hanya berlaku antara tahun 1950 hingga tahun 1955. Selepas tahun-tahun itu angkatan ini tidak lagi cergas dalam bidang kesusasteraan kecuali dua tiga orang yang masih bergiat seperti Keris Mas, Usman Awang, Masuri S.N. dan WIjaya Mala."
Text
Perkembangan dalam zaman ASAS 50: Corak dan pemilihan tema
"Kebanyakan penulis ASAS 50 amat commited dengan masyarakat dan pergolokan zamannya. ASAS 50 mengemukakan tema berlatarbelakangkan masyarakat yang diakibatkan oleh penyusunan dan keadaan sosial yang tidak adil, dan masyarakat kelas bawahan yang sentiasa tertindas di samping tema darurat, tema peperangan dan pergolakan tanah air."
Text
Perkembangan dalam zaman ASAS 50
"Tahun-tahun 1950-an adalah puncak satu kebangkitan kolektif masyarakat Melayu dan kebangkitan ini sebenarnya adalah hasil daripada satu kesedaran terhadap persekitaran mereka."
Text
Latar belakang perkembangan dalam zaman ASAS 50
"Kegiatan-kegiatan yang dilakukan dalam lapangan kesusasteraan cukup dirasakan dalam tahun-tahun 1950-an. Angkata Sastera 50 (ASAS 50) yang ditubuhkan di Singapura pada 6 Ogos 1950 telah berhasil menjadikan genre cerpen dan sajak sebagai bentuk kesusasteraan yang popular dan serius."
Text
Perkembangan cerpen sebelum ASAS 50: Corak dan pemilihan tema
"Selalunya apabila membicarakan tema dan persoalan dalam cerpen-cerpen Melayu selepas perang, kita sering cuba mencari sebarang perubahan, kiranya ada, lalu memberikan sebanyak pengertian tentang perkembangan yang berlaku melalui cerpen-cerpen yang dihasilkan oleh para penulis."
Text
Pendekatan arkitaip pula lebih menjurus...
"Pendekatan arkitaip pula lebih menjurus ke arah kajian melihat aspek-aspek yang berhubungan dengan unsur-unsur mitos, legenda, dongeng, fantasi dan sejarah dalam karya. Sastera klasik memang kaya dengan unsur-unsur demikian, maka sangat wajarlah pendekatan ini digunakan untuk memahami sastera klasik itu."
Text
Perkembangan cerpen sebelum ASAS 50
"Meneliti perkembangan dan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu pada zaman sebelum ASAS 50 (1946-1949) secara tidak langsung melihat dua peristiwa sejarah yang penting dan sekaligus mempengaruhi perkembangan pemikiran penulis dan pertumbuhan kesusasteraan Melayu,"
Text
Kajian stilistik lebih menumpukan kepada...
"Kajian stilistik lebih menumpukan kepada penggunaan bahasa dalam karya. Bahasa dalam pandangan stailistik merangkumi segala bidang pengkaryaan, bahasalah yang menjadi alat komunikasi dan ekspresi dalam karya. Kajian dan kritikan ini meletakkan fungsi bahasa itu lebih utama daripada komponen karya yang lainnya."
Text
Kajian ini melihat karya sastera ...
"Kajian ini melihat karya sastera daripada perspektif kejiwaan, melihat aspek pergolakan dan gejolak jiwa watak dan penceritaan serta melihat sebab-munasab kejadian yang terjadi daripada kacamata kejiwanan. Pendekatan psikologikal mengkaji aspek kejiwaan si pengarang, menghuraikan perwatakan, fungsi karya kepada jiwa manusia dan hubungan aspek-aspek kejiwaan dalam kesuluruhan karya."
Text
Cerpen Melayu selepas Perang Dunia Kedua
"Salah satu perkembangan yang menarik selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu ialah pertumbuhan yang amat pesat dalam bidang percetakan dan oenerbitan. Pertumbuhan i ni seringkali dikaitkan dengan kesedaran orang-orang Melayu khasnya terhadap perkembangan politik yang berlaku di tanah air."
Text
Kriteria kritikan ini ialah melihat...
"Kriteria kritikan ini ialah melihat karya sastera dari sudut pendidikan, pengajaran dan mesej yang hendak disampaikan. Pendekatan ini berusaha untuk menilai sejauh mana ciri-ciri moralnya dan bagaimana ciri-ciri tersebut disampaikan. Sastera dilihat dari aspek kemanfaatnya dalam mendidik manusia."
Text
Cerpen Melayu zaman pendudukan Jepun : Corak dan pemilihan tema
"Sesungguhnya para penyelenggaraan akhbar dan majalah terpaksa akur dengan kehendak pemerintah Jepun supaya media massa dipenuhi dengan unsur-unsur propaganda Jepun, mereka tidak selamanya dapat bertahan dengan syarat-syarat yang telah dikenakan."
Text
Sesebuah karya sastera kaya dengan ...
"Sesebuah karya sastera kaya dengan segala macam citra dan nilai kemasyarakatan. Pendekatan ini meneliti persoalan, gambaran, konflik dan unsure sosiologisme yang terakam dalam sesebuah teks itu. Tidak syak lagi sesebuah karya klasik akan menggambarkan wajah manusia dan budaya zaman silam. Kita akan mengetahui feudalisme dan bagaimana konsep raja dan kerajaan dengan menggunakan pendekatan ini."
Text
Cerpen Melayu zaman pendudukan Jepun
"Ada beberapa faktor yang menyebabkan cerpen berkembang dengan subur sebelum Perang Dunia Kedua. Dari tahun 1876-1941 terdapat sebanyak 153 akhbar dan majalah berkala yang kebanyakannya memuatkan cerpen."
Text
Kritikan struktual ini juga disebut...
"Kritikan struktual ini juga disebut dengan kritikan formalistik atau analitik. Kriteria yang digunakan adalah melihat karya sebagai karya, iaitu melihat unsur-unsur intrinsiknya iaitu unsur-unsur yang membina hasil karya. Kajian ini dianggap cukup objektif dan dapat meneliti aspek-aspek yang membangunkan karyanya dahulu."
Text
Cerpen
"Buat beberapa tahun lamanya cerpen Melayu terus berkembang dengan pesatnya dan ia bukan sahaja menjadi salah satu alat yang memancarkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu, tetapi juga menjadi penting sebagai hasil kesusasteraan yang memberikan gambaran tentang sesuatu zaman sama ad peristiwa-peristiwa yang berhubung dengan masalah sosial, politik, ekonomi dan sebagainya."
Text
Persajakan wanita baru
"Sejak Hadiah Sastera diwujudkan pada tahun 1971, Zurinah menerima hadiah untuk puisinya hinggalah tahun 1976, tahun akhir Hadiah Sastera tersebut diadakan Suaranya adalah suara seorang wanita yang memahami pergolakan tanah airnya, diri dan dunia wanita yang dialaminya."
Text
Selain langkah-langkah di atas...
"Selain langkah-langkah di atas, para penyelidik juga menekankan teknik percetakan dalam menyelenggarakan sesebuah naskhah. Hal ini kerana, para pengkaji mendapati bahawa adalah sesuatu yang sukar bagi mereka untuk menyalin semula sesuatu penulisan dalam jumlah naskhah yang banyak dengan menggunakan tangan."
Text
Salah satu unsur terpenting yang...
"Salah satu unsur terpenting yang merosakkan kertas ialah kandungan asid yang terdapat pada fiber. Ini akan boleh merosakkan keadaan kertas dan tanpa disedari naskhah yang disimpan menjadi reput. Sekiranya kandungan asid ini tidak dibersihkan, usaha pemuliharaan seperti membaiki kertas, mengawal serangga, membaiki jilidan dan juga lain-lain penyelengaraan tidak akan berjaya dan sia-sia sahaja."
Text
Persajakan islam
"Walaupun akhbar dan majalah tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada puisi berunsur islam, tidak bermakna penyair ini tidak menulis tema keislaman. Mereka berkembang menurut kemampuan dan bakat kepenyairannya masing-masing."
Text
Perlekapan merupakan antara langkah yang...
"Perlekapan merupakan antara langkah yang telah digunakan untuk menjalankan usaha penyelengaraan naskhah lama. Kaedah ini digunakan untuk membaiki semula kertas-kertas yang telah rosak atau uzur di dalam sesebuah naskhah. Caranya ialah melekapkan kembali helaian-helaian kertas terbabit melalui proses perlekapan."
Text
Sajak-sajak eksperimen
"Puisi Melayu moden menerima pengaruh bukan sahaja dari Indonesia tetapi juga dari perkembangan puisi-puisi Barat dan dari Amerika Latin. Hal ini dimungkinkan oleh pembacaan dan juga komunikasi langsung para penyair."
Text
Persajakan nafas baru
" Kemunculan Muhammad Haji Salleh, Latiff Mohidin dan Baba Zain dalam tahun 70-an memberikan peningkatan pada puisi Melayu moden. Dalam sebuah tulisannya, Mana Sikana beranggapan bahaw tahun 70-an adalah tahun bagi Muhammad Haji Salleh dan teman-temannya."
Text
Menurut Sri Wulan Mjiati Mulyadi...
"Menurut Sri Wulan Mjiati Mulyadi, ( 1994 ), kodilogi ialah 'sebuah disiplin, sebuah ilmu dan sebuah teori untuk mendekati karya-karya masa silam. Ia berhubungan dengan pernaskhan dan teks.' Di antara kepentingannya ialah untuk penyelenggaran mansukrip-manuskrip masa silam itu supaya ia dipelihara, dikekalkan dan dibaca oleh masyarakt terkini."
Text
Perkembangan dalam tahun-tahun tujuh puluhan
"Sajak-sajak protes bukan sahaja merupakan manifestasi kurang senang mereka kepada golongan pemerintahan tetapi turut memperlohatkan gejala kebangkitan mereka untuk membuat sesuatu perubahan baik dari segi sikap sosiopolitik, ekonomi mahupun dari sudut kreativiti."
Text
Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi ...
"Naskah-naskah yang diperbandingkan diberi nama dengan huruf besar Latin : A,B,C.D dan seterusnya. Dalam hubungan kekeluargaan naskah-naskah itu berkedudukan sebagai arketaip dan hipertip. Arketaip ialah nenek moyang naskhah-naskhah yang tersimpan. Manakala, hipertaip pula adalah ketua keluarga naskhah-naskhah dan penting dalam naskhah yang sama versi."
Text
Apabila kita telah menentukan untuk...
"Apabila kita telah menentukan untuk meniliti sesebuah naskhah , maka langkah pertama ialah mencatat naskhah dan teks cetakan yang berjudul sama atau berisi cerita yang sama, yang termuat dalam dalam katalog di berbagai perpustakaan, terutamanya di tempat atau perpustakaan yang menyimpan naskhah tersebut. "
Text
Sajak-sajak protes
"Pada 16 September 1963 negara Malaysia lahir ke dunia. Persekutuan Tanah Melayu menerima negeri-negeri Singapura, Sarawak dan Sabah merdeka melalui Malaysia. Pusat kerajaan masih tetap di Kuala Lumpur. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak mempunyai Ketua Menteri tetapi anehnya Singapura mempunyai Perdana Menteri."
Text
Persajakan enam puluhan
"Dalam tahun-tahun 60-an juga terdapat tiga penyajak muda Brunei turut menulis dalam mingguan dan majalah tanah air. Penyajak tersebut adalah Badaruddin H.O., Yahya M.S. dan Adi Rumi."
Text
Kita telah menyaksikan bahawa menyalin...
"Kita telah menyaksikan bahawa menyalin atau tradisi penyalinan itu adalah sesuatu yang mentradisi. Peristiwa ini berlaku zaman berzaman sehingga ia menjadi suatu tradisi. Penyalinan itu akan memperbanyakkan naskhah, tetapi sebenarnya untuk memelihara atau melestarikan keasliannya."
Text
Persajakan kabur
"Puisi tentulah mempunyai asas-asas tertentu untuk memahaminya. Ia tidak dapat difahami secara memahami matematik. Ada unsur-unsur tertentu dalam bahasa yang digunakan penyair seperti imej, lambang, personafikasi, nada, wawasan dan sebagainya yang perlu difahami."
Text
Teks atau naskah dalam penilitian...
"Teks atau naskah dalam penilitian sastera karya klasik yang masih dalam tulisan tangan yang tentunya dihasilkan pada masa silam. Naskhah atau teks tertulis di daun-daun lontar, kulit kayu, kulit binatang dan sebagainya. Teks atau naskhah itu biasa hadir sebagai buku-buku di dalamnya ada pelbagai jenis karya seperti cerita-cerita ,hikayat, puisi dan sebagainya."
Text
Sehubungan dengan itu juga, filologi...
"Sehubungan dengan itu juga, filologi bererti ilmu pengetahuan tentang segala sesuatu yang pernah diketahui orang. Para filologis akan memilih naskhah tertentu untuk kajiannya. Filologi pernah dipandang sebagai pembelajaran sastera secara ilmiah."
Text
Perkembangan kesusasteraan berlaku di Nusantara ...
"Perkembangan kesusasteraan berlaku di Nusantara hampir serentak dengan di Barat , dengan pengaruh-pengaruh tertentu seperti pengaruh animisme Hindu dan Islam. Masyarakat di Nusantara mempunyai berbagai-bagai bentuk tulisannya sendiri sebelum abad ke-5 lagi. Aktiviti ini menyebarkan hasil-hasil karya berpengaruh Hindu untuk beberapa abad dan zaman perkembangan Islam menandakan kemuncak aktiviti pengkaryaan Melayu dalam berbagai-bagai genre."
Text
Perkataan filologi merujuk kepada kosakata ...
" Perkataan filologi merujuk kepada kosakata philos dalam bahasa Yunani, makna asalnya ialah cinta. Sementara perkataan logos atau logy merujuk kepada ilmu. Dengan itu, filologi diertikan sebagai kegiatan menyinta ilmu. Pengertian ini dikembangkan kepada makna sebagai suatu proses belajar, proses bertutur dan beretorik."
Text
Sebelum Megat Terawis, tidak ada ...
"Sebelum Megat Terawis, tidak ada naskah drama yang tercetak dalam bentuk drama. Yang ada cuma tulisan hasil dari terjemahan atau saduran dari bahasa Inggeris. Dalam Megat Terawis terdapat unsur kebangsawanan dalam teater pendramaan tanah air."
Text
Buat pertama kali Megat Terawis..
"Buat pertama kali Megat Terawis telah dipentaskan pada tahun 1950 yang dilakonkan oleh Kelab Permainan Guru Library Guru Melayu Ipoh. Persembahannya adalah untuk amal kutipan derma untuk University of Malaya Dund,Ipoh Library Building Fund and Club Permainan Guru-guru Melayu Ipoh. Pementasan itu mendapat bantuan, nasihat dan restu dari Encik E.C Hicks."
Showing 5601 to 5650 of 16666 results
Page
of 334
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->