Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19292 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Peruntukan martabat bahasa Melayu dilulus
Peruntukan dalam akta dimansuhkan sejak 1976
Peruntukan dalam akta dimansuhkan sejak 1976
Text
Belanjawan
madani
Peruntuk RM15b untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan RM15 bilion untuk program Skim Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada 2026, menyaksikan peningkatan nilai bantuan kepada penerima sedia ada dengan sasaran manfaat lebih meluas.
Perundangan Islam selepas kemerdekaan
" Terdapat tiga institusi yang terlibat dalam perlaksanaan perundangan Islam iaitu Majlis Agama Islam, Mufti, dan Mahkamah Kadi (Mahkamah Syariah)."
Perundangan Islam dalam zaman penjajah
" Dalam memahami perlaksanaan hukum syarak di Malaysia, ia tidak boleh disamakan perlaksanannya dengan negara-negara Islam yang lain."
Perundangan dalam pekerjaan dalam kritikan sastera
'Perundangan dalam pekerjaan kritikan sastera tidak terbatas hanya pada pihak diri pengkritik sahaja, malah turut wujud dalam pengerjaan mengkritik itu sendiri.'
Text
Perundangan Adat dan Barat
"Inggeris tidak sahaja telah memberi intrepetasi sistem adat dilihat dari kacamata budaya mereka tetapi lebih lanjut mereka juga telah memasukkan elemen barat ke dalam peraturan hidup masyarakat Negeri Sembilan. Peraturan yang jelas sekali diubah agar sesuai dengan selera penjajah ialah pewarisan tanah."
Text
Krisis Makanan
Peruncit cadang apungkan harga beras putih tempatan
Demi mengatasi masalah kekurangan bekalan beras putih di pasaran, peruncit mencadangkan supaya mengapungkan beras putih .
Text
dusun
kadazan
...2 more
Perubatan Tradisional Orang-orang Kadazan/Dusun
Masyarakat Kadazan atau Dusun memang kaya dengan pengetahuan perubatan tradisional. Pengetahuan tentang dunia supernatural dengan kuasa-kuasa semangat dan ghaib yang begitu luas dalam keakraban dengan alam semulajadi fizikal telah menyebabkan mereka begitu 'ahli' dalam pengendalian cara perubatan yang begitu sistematik.
Website
perubatan Melayu
Perubatan tradisional Melayu
Laman tentang perubatan tradisional Melayu
Perubatan tradisional Melayu
"Dalam masyarakat Melayu, perubatan tradisional atau istilah yang lazim digunakan "perubatan kampung" mempunyai nilai-nilai yang tertentu."
Text
Perubatan tradisional : Satu kajian kes terhadap penggunaan khidmat bomoh di kalangan golongan berpendidikan tinggi di Kelantan
Abstrak
Latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Dalam bab yang pertama iaitu bab pengenalan terkandung objektif kajian iaitu melihat penggunaan khidmat bomoh di kalangan golongan berpendidikan di Kelantan. Juga dimasukkan permasalahan kajian skop kajian, metodologi kajian iaitu pengkaji menggunakan beberapa kaedah kajian dalam mengumpulkan maklumat bagi mencapai objektif kajian. Dalam bab satu juga terkandung takrif dan konsep-konsep yang berkaitan dengan kajian serta dimuatkan kajian-kajian lepas.
Bab dua pula mengandungi latar belakang kajian yang menjuruskan kepada asal usul perubatan tradisional Melayu, unsur-unsur yang mempengaruhi perubatan tradisional ini iaitu pengaruh animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Dalam bab ini juga disenaraikan jenis-jenis bomoh yang ada dalam bidang perbomohan ini, pendidikan di kalangan bomoh serta cara mendapatkan ilmu perbomohan iaitu dibahagikan kepada empat cara, yang pertama melalui pewarisan, kedua menuntut, ketiga melalui mimpi/ilham dan yang keempat melalui objek-objek tertentu. Dalam bab ini juga turut diselitkan tentang teknik-teknik pengubatan yang biasa digunakan dalam perbomohan, amalan-amalan yang dibenarkan dan dilarang dalam perbomohan ini.
Manakala dalam bab ketiga terkandung profil empat orang bomoh di Kelantan yang telah ditemubual oleh pengkaji. Seterusnya bab keempat merupakan bab analisis soal selidik berdasarkan borang soal selidik yang menyenaraikan soalan-soalan yang menjurus kepada objektif kajian yang telah ditandakan oleh 40 orang responden yang telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf. Bab kelima merupakan bab perbincangan yang telah dibuat berdasarkan kepada jawapan responden melalui soal selidik yang telah diedarkan. Bab terakhir adalah merupakan rumusan dan kesimpulan secara menyeluruh berdasarkan keseluruhan kajian ini.
Dalam kajian ini pengkaji memasukkan ilmu tentang perubatan tradisional Melayu yang menjuruskan kepada perbomohan. Kajian ini adalah khusus bagi melihat penggunaan khidmat bomoh di kalangan golongan yang berpendidikan tinggi di Kelantan. Pengkaji telah menggunakan kaedah-kaedah yang difikirkan sesuai bagi mendapat maklumat yang menjuruskan kepada objektif kajian. Hasil maklumat yang diperolehi telah dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca. Perbincangan juga telah dibuat bagi mengukuhkan dan menyokong objektif yang dibuat berdasarkan jawapan daripada borang soal selidik. Daripada borang soal selidik inilah pengkaji menganalisis maklumat dan membuat perbincangan bagi mendapatkan jawapan kepada objektif yang telah dibuat.
Secara keseluruhan, pengkaji telah mendapat maklumat sewajarnya berkaitan dengan bidang kajian membuktikan objektif yang telah dibuat. Namun, penyelidikan lebih mendalam boleh dilakukan dalam memperlihatkan signifikan kajian ini dengan masyarakat kini.
Perubatan Melayu tradisional
" Menyentuh mengenai definisi perubatan Islam, ahli perubatan Islam memberi penjelasan mengenai pengertian perubatan..."
Perubatan Herba Masyarakat Melayu Brunei
"Rawatan menerusi sistem tradisi atau berubat kampung merupakan satu alternatif di kalangan masyarakat Melayu. Keadaan ini wujud disebabkan oleh para dukun, pawang, bomoh dan orang pandai mengubati dalam konteks Brunei menggabungkan antara nilai budaya dan agama."
Text
Sosio budaya Melayu
Perubatan herba dan bomoh akar kayu : Kajian kes di Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah
Abstrak
Kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji ini adalah mengenai perubatan tradisional Melayu. Namun pengkaji telah mengecilkan skop kajian kepada tumbuhan herba dan bomoh akar kayu. Kajian kes dilakukan di Kampung Kubur Panjang, Pendang , Kedah Darul Aman. Melalui kajian ini pengkaji akan cuba untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan masyarakat yang tinggal di Kampung Kubur Panjang mengenai tumbuhan herba dan bomoh akar kayu.
Disamping itu, dalam kajian ini juga pengkaji cuba menghuraikan serba sedikit mengenai bomoh akar kayu yang tinggal kawasan kajian. Hal ini untuk membolehkan pengkaji memahami dengan lebih mendalam mengenai falsafah, kaedah perubatan, dan juga masa depan akar kayu. Selain itu pengkaji menghuraikan serba sedikit mengenai khasiat tumbuhan herba yang sering digunakan dalam kehidupan masyarakat tempatan dan penyakit yang boleh disembuhkan dengan tumbuhan tersebut.
Justeru, pengkaji mengharapkan melalui penulisan dalam latihan ilmiah ini, dapatlah memberi sedikit ilmu pengetahuan mengenai tumbuhan herba dan bomoh akar kayu. Walau ada segelintir kajian lepas yang membicarakan mengenai perubatan tradisional ini tetap kebanyakan daripadanya lebih cenderung berbicara mengenai rawatan wanita selepas bersalin dan urutan dalam masyarakat Melayu. Namun melalui kajian ini, pengkaji cuba mengkaji daripada perspektif masyarakat di kawasan kajian mengenai perubatan tradisional iaitu mengenai tumbuhan herba dan bomoh akar kayu.
Text
Perubatan berteraskan Al-Quran
Text
Perubahan tidak boleh secara mendadak
Text
Perubahan tidak boleh secara mendadak
Text
Perubahan Struktur Famili : Perbandingan data sebelum dan selepas merdeka
Perubahan yang berlaku kepada struktur dan fungsi keluarga telah dapat dilihat sejak Revolusi Perindustrian, yang kemudiannya disusuri oleh urbanisasi, modenisasi dan pembangunan ekonomi dalam masyarakat...
Text
Perubahan sosioekonomi terhadap pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan Melayu di Kuala Lumpur
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan pemilihan pasangan dan pengendalian majlis perkahwinan orang Melayu Kuala Lumpur, disampai mengenal pasti impak faktor-faktor sosioekonomi terhadap perubahan yang telah berlaku. Lima faktor sosioekonomi, hasil daripada pembandaran yang difokuskan dalam kajian ini ialah, pendidikan, pendapatan, pekerjaan, kediaman dan kedudukan sosioekonomi keluarga. Kajian ini berpandukan kepada Teori Pemodenan dan kerangka konseptual yang diubah suai berdasarkan kerangka teori Edwards (1969a) dan Yaacob Harun (1991) dalam menganalisis implikasi pembandaran terhadap perubahan institusi perkahwinan dan keluarga Melayu bandar. Kajian ini menggabungkan dua kaedah penyelidikan, iaitu keadah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Kaedah kuantitatif dijalankan untuk mengumpulkan data-data berbentuk angka dengan menggunakan instrumen soal selidik. Disamping itu, kaedah kualitatif turut dilaksanakan untuk memperoleh data-data yang boleh menyokong hasil dapatan soal selidik dengan menggunakan instrumen kepustakaan, pemerhatian dan temu bual. Dalam kajian ini, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tempat kajian kerana bandar raya ini mempunyai tahap pembandaran yang paling tinggi di Malaysia. Terdapat 107 pasangan Melayu yang merangkumi 214 orang Kuala Lumpur dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik. Selain itu terdapat lagi 14 pasangan Melayu Kuala Lumpur telah ditemu bual secara terperinci.
Text
Sosio budaya Melayu
Perubahan sosio-ekonomi masyarakat Melayu : Satu kajian kes di penempatan sementara mangsa tsunami, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman
Abstrak
Pada 24 Disember 2004, telah berlaku satu bencana alam yang sangat dahsyat dan merupakan satu sejarah hitam yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat dunia dalam zaman yang moden ini. Dengan sekali letupan gunung berapi di dasar Lautan Hindi sahaja, telah mampu menghasilkan satu ombak yang besar, kuat, laju, dan deras menuju ke dataran. Ombak besar yang dinamakan ‘tsunami’ ini telah memusnahkan bukan setakat pelbagai jenis harta benda dan tempat kediaman sahaja, malahan turut mengorbankan ratusan nyawa manusia dalam masa yang singkat. Kerugian yang dialami mencecah berbilion dolar Amerika Syarikat. Ombak tsunami ini telah mendarat di pelbagai tempat sehingga menjejaskan struktur permukaan bumi dan turut mengubah peta geografi dunia.
Salah satu tempat yang menjadi sasaran ombak tsunami ini ialah kawasan di Kota Kuala Muda, Kedah Darul aman. Ombak tsunami yang merentasi Pantai Kuala Muda ini telah menjejaskan keadaan sosio-ekonomi masyarakat di kampung-kampung yang berhampiran dengan laut tersebut. Masyarakat di situ mengalami kemusnahan yang sangat teruk dan terjejas dari segi penempatannya. Justeru, mereka telah ditempatkan di suatu penempatan sementara yang dibina jauh daripada persisiran pantai, iaitu di kampung Permatang katong, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Penempatan ini dinamakan sebagai Penempatan Sementara Mangsa Tsunami atau Rumah Transit Mangsa Tsunami (RTMT).
Pengkaji telah memilih kawasan penempatan sementara itu untuk menjalankan suatu penyelidikan sosio-budaya terhadap penduduknya. Kajian yang dilaksanakan ini memberi tumpuan kepada perubahan beberapa aspek sosial yang dialami masyarakat itu selepas bencana tsunami ini. Untuk menjelaskan perubahan tersebut, pengkaji membuat sedikit perbandingan antara keadaan sebelum bencana tsunami dan selepasnya. Pengkaji turut meneliti perubahan ekonomi yang dialami penduduk kawasan kajian dengan mengambil kira aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang terlibat dalam memulihkan kedudukan ekonomi masyarakat ini juga turut terangkum dalam pemerhatian pengkaji.
Hasil daripada kajian ini, pengkaji telah mendapat gambaran tentang masalah-masalah yang dihadapi masyarakat di penempatan sementara ini. Masalah-masalah tersebut adalah berkaitan dengan soal kepimpinan, kedudukan ekonomi, dan usaha untuk mendapatkan sumbangan dan bantuan.
Text
Perubahan sosial dan budaya suku kaum Batak Toba di Bandaraya Medan : kajian kes di Kecamatan Simpang Limun, Medan Sumatera Utara
Abstrak
Tujuan kajian ini adalah membincangkan mengenai perubahan sosial dan budaya dikalangan kelompok pendatang Batak Toba yang berada di Simpang Limun, Sumatra Utara. Penyelidikan telah dilakukan dalam tahun 2001 kepada sembilan puluh isi rumah. Sebahagian besar masyarakat Batak Toba yang menetap di kawasan ini telah berhijrah daripada kampung halaman mereka di Kawasan Tapanuli Utara ke Bandaraya Medan sejak lima dekad yang lalu. Hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan diantara ahli keluarga khususnya hubungan generasi tua dan muda tidaklah begitu rapat. Kesannya, hubungan kekeluargaan mereka berpotesi akan menimbulkan tekanan, konflik dan terpisah dua. Namun demikian, komuniti Batak Toba masih tetap menggunakan bahasa Batak Toba, mengamalkan sistem kemargaan, adap resam dan kegiatan perayaan tradisi dalam kehidupan mereka sehari-hari moyang mereka. yang telah diwarisi darip
Text
Perubahan sosial dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah
Sinopsis
Kajian ini bertujuan mengesan dan menganalisis proses perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah, terutama meneliti hubungannya dengan kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah. Kajian ini cuba menunjukkan bahawa kolonialisme dan perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah telah mengakibatkan perubahan terhadap ekonomi tradisional atau ‘natural economi’ masyarakat Bajau, khususnya dari segi bentuk dan hubungan pengeluaran. Namun begitu, perubahan-perubahan tersebut tidak membawa pembangunan dalam erti yang sebenar kepada masyarakat Bajau. Masyarakat Bajau sebagai masyarakat pinggir tetap mundur atau miskin dan tidak membangun seimbang dengan masyarakat kapitalis di kawasan pusat.
Matlamat penyelidikan, kerangka teori (yang memberi panduan terhadap usaha menginterprestasikan data yang dibentangkan dalam kajian ini) dan metode penyelidikan dijelaskan dalam Bab 1. Ini diikuti oleh Bab 2 yang memberikan satu penelitian umum tentang orang Bajau dan daerah Kota Belud.
Perbincangan utama dalam kajian ini dilakukan dalam dua bahagian. Bahagian I kajian ini yang mengandungi Bab 3 dan Bab 4 memberi satu gambaran tentang masyarakat Bajau pada zaman tradisional dan situasi pada zaman pemerintahan kolonial. Tujuan utama Bahagian I ini ialah untuk menghuraikan ciri-ciri utama struktur politik dan sosio-ekonomi masyarakat Bajau pada zaman tradisional dan perubahan-perubahan penting yang dialami mereka pada zaman pemerintahan colonial, khususnya perubahan-perubahan yang berlaku akibat perkembangan ekonomi kapitalis di Sabah umumnya.
Text
Perubahan sistem sekolah dialukan
Text
Perubahan sistem pengairan sawah padi : Satu kajian kes di negeri Kedah.
Abstrak
Latihan ilmiah ini akan membincangkan tentang perubahan sistem pengairan Kedah yang berlaku terhadap penanaman sawah padi di Negeri Kedah. Penyelidikan ini dilaksanakan pada semester ke lima. 2017 dengan menggunakan kaedah keperpustakaan bagi mencari data yang diperlukan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan diseluruh Kawasan Negeri Kedah. Secara ringkasnya kajian ini mempunyai tiga bahagian yang penting iaitu sejarah Kedah, perubahan sistem pengairan dan analisis pengkaji terhadap dapatan kajian tersebut.
Latihan ilmiah ini mengandungi gambaran umum tentang sejarah Kedah dan sistem pengairan sawah padi yang terdapat di Kedah. Kajian ini juga mengandungi kajian mengenai perubahan yang berlaku di dalam sistem pengairan sawah padi yang dari tradisional ke moden. Perubahan dalam sistem pengairan sawah padi ini adalah disebabkan berlakunya perubahan penanaman padi huma kepada padi sawah yang memerlukan air yang lebih berbanding padi huma. Pengkaji memulakan kajian dengan mengkaji sejarah asal usul sawah padi di Kedah.
Text
Sosio budaya Melayu
Perubahan sistem kepercayaan masyarakat Brunei : Pantang larang
Abstrak
Kajian ini adalah mengenai pantang larang merupakan salah satu adat Melayu yang selalu digunakan oleh masyarakat zaman dahulu sebagai sistem kawalan sosial dan perhubungan di antara masyarakat. Ia digunakan untuk mendidik dan menasihati anak-anak serta cucu-cicit mereka dalam urusan sehari-hari supaya tidak membuat kesalahan terutama yang boleh membawa padah kepada mereka. Di dalam kajian ini juga telah menyatakan beberapa faktor yang telah menyebabkan terhakis sedikit demi sedikit budaya Melayu yang sangat kaya yang menunjukkan identiti Melayu itu sendiri. Ia dapat dilihat dari masa kedatangan British ke Brunei dengan membawa pelbagai bentuk sistem perekonomian yang telah mengubah segala bentuk struktur pentadbiran Melayu yang telah lama diwarisi sejak zaman dahulu lagi.
Text
Perubahan politik Malaysia
Text
Perubahan pertanian padi di Negeri Selangor Darul Ehsan : tumpuan khas ke atas daerah kuala Selangor
Pendahuluan
Golongan petani dalam sektor penanaman padi merupakan salah satu daripada beberapa kelompok sasaran kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan desa...
Text
Sosio budaya Melayu
Perubahan peranan wanita dalam masyarakat Melayu
Abstrak
Kajian ini merupakan satu kajian yang berkaitan dengan perubahan peranan wanita dalam masyarakat Melayu. Peranan wanita yang dahulunya terbatas sebagai seorang suri rumahtangga iaitu sebagai seorang ibu dan isteri tetapi kini dalam zaman yang serba moden dan mencabar ini, kaum wanita tidak hanya tinggal di rumah sahaja tetapi peranannya telah bertambah dan meluas. Secara keseluruhan kajian ini dibahagikan kepada lima bab. Kajian ini lebih menekankan kepada perubahan wanita dalam masyarakat Melayu yang dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Proses industrialisasi telah memberi kesan besar ke atas status dan peranan wanita dalam pertumbuhan ekonomi dan sosial masyarakat. Tenaga kerja wanita diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga dalam pasaran dan mengurangkan pergantungan tenaga asing dalam Negara. Dengan pendidikan yang ada, kaum wanita telah mula turut menyumbangkan tenaganya dalam meningkatkan ekonomi. Kajian ini juga turut membuat kategori iaitu wanita bujang, wanita berkahwin dan lelaki bujang dan berkahwin tentang perubahan peranan wanita dalam masyarakat Melayu.
Text
Perubahan pakaian tradisional melayu: kajian kes busana kebaya di Rumah Kebaya Bangsar, Kuala Lumpur
Abstrak
Kebaya merupakan pakaian tradisional yang terkenal dalam masyarakat Melayu Nusantara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti perubahan kebaya tradisional dari aspek pemilihan fabrik. Potongan, pemilihan warna, penggunaan corak dan motif, fungsi dan kegunaan kebaya pada masa kini dan meneliti pandangan penggiat kebaya dalam usaha mengekalkan kebaya tradisional. Pendekatan yang telah dilakukan iaitu sesi temubual bersama pengasas butik Rumah Kebaya Bangsar iaitu Puan Nursyuhada Md. Isa. Secara keseluruhannya kebaya keluaran Syus Couture sememangnya berlaku perubahan dalam aspek pemilihan fabrik, potongan, pemilihan warna, penggunaan corak dan motif serta fungsi dan kegunaan pemakaian kebaya. Hal ini memperlihatkan bahawa kebaya adalah pakaian tradisional yang mempunyai nilai warisan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Bahkan dengan sentuhan kontemporari pada kebaya moden, potongan “slimming effect” dan nilai praktikal yang terhasil dapat menarik minat golongan wanita pada hari ini untuk menggayakan kebaya untuk ke majlis formal atau tidak formal. Pakaian tradisional bukan sahaja pakaian yang melambangkan keunikan masyarakat Melayu malah ia menjadi satu cerminan masyarakat Melayu yang harus dipelihara dan diwarisi oleh generasi muda. Lantaran itu, Puan Nursyuhada Md. Isa, memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan mengekalkan warisan kebaya untuk kemaslahatan jangka panjang terutamanya kepada pengetahuan generasi muda tentang dunia kebaya.
Text
Perubahan nasib penulis di alaf baru
Text
Perubahan nasib penulis di alaf baru
Text
adat wanita Melayu tradisi
pakaian
...3 more
Perubahan kedudukan wanita Melayu tradisi
Penulisan kertas projek ini bertujuan untuk mengesan apakah perubahan kedudukan wanita Melayu tradisi akibat perkembangan dan kemajuan ke atas diri mereka. Seterusnya untuk meninjau pula kesannya ke atas diri dan masyarakat akibat perubahan kedudukan tadi.
Dalam bab satu, pengkajian hanya berkisar pada bidang pengkajian, masalah, tujuan dan metode kajian. Penulis turut menjelaskan teori kedudukan dan perubahan yang dinyatakan oleh beberapa ahli antropologi.
Bab kedua pula akan dibincangkan tentang latar belakang wanita Melayu tradisi. Ia meliputi peranan yang perlu dijalankan selaras dengan keadaan masyarakat dalam adat berpakaian, pergaulan, pekerjaan dan perkahwinan. Turut dibincangkan ialah perbexaan peranan serta kedudukan lelaki dan perempuan dalam masyarakat tradisi. Penulisan ini juga membawa bukti pentingnya peranan wanita hingga terbawa-bawa ke dalam pepatah, simpulan bahasa dan peribahasa Melayu.
Bab seterusnya memperlihatkan perubahan besar yang berlaku ke atas wanita dari zaman tradisi hingga ke dunia moden ini dalam aspek pekerjaan, pergaulan, perkahwinan, pendidikan dan pakaian. Disentuh juga sedikit tentang perubahan peranan wanita di arena politik dalam sistem pemerintahan negara. Perbincangan juga melibatkan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan ini berlaku.
Bab terakhir meninjau pula implikasi yang timbul ekoran perubahan kedudukan wanita tradisi. Ia dapat dilihat ke atas diri, proses sosialisasi anak-anak, institusi keluarga, masyarakat dan penduaan wanita Melayu. Seterusnya, penulis membuat kesimpulan daripada hasil kajian yang dijalankan sebagai penutup pengkajian ini.
Text
Sosio budaya Melayu
Perubahan kebudayaan pada masyarakat Jawa di Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor
Abstrak
Setiap kaum atau bangsa mempunyai kebudayaan yang tersendiri tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Jawa dan sebagainya. Bagi masyarakat Jawa kebudayaan yang dipunyai dan dijalankan oleh mereka adalah berbeza dengan kaum-kaum yang lain terutama di Malaysia ini. Kebudayaan masyarakat Jawa di Malaysia adalah mempunyai hubungkait dengan kebudayaan masyarakat Jawa di Indonesia. Hal ini kerana masyarakat Jawa di Malaysia merupakan keturunan penghijrah yang telah datang ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu.
Kampung Bukit Bangkong ini merupakan salah satu perkampungan masyarakat jawa yang masih utuh sehingga ke hari ini. Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Jawa. kampung ini merupakan salah satu perkampungan yang telah dibuka oleh penghijrah daripada pulau Jawa pada Zaman penjajahan British. Kebudayaan masyarakat Jawa masih lagi dijalankan hingga ke hari ini. Antara kebudayaan tersebut adalah dari segi makanan, kesenian, adat dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis makanan jawa yang masih lagi terdapat di Kampung ini antaranya adalah nasi ambeng dan getok lompang. Selain itu dari segi kesenian ialah seni cempolingan dan dari segi adat sinoman. Namun, kesemua kebudayaan ini telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Terdapat perbezaan yang dapat dikenalpasti dalam kebudayaan masyarakat Jawa di kampung ini. Bagi meneliti perubahan kebudayaan masyarakat Jawa ini, kajian telah menggunakan pendekatan daripada pelbagai disiplin dan memberi tumpuan khusus kepada perubahan yang berlaku dari dahulu hingga sekarang.
Text
Keterjaminan makanan
Perubahan iklim, cuaca ekstrem ancam kestabilan ekonomi negara
Malaysia semakin terdedah kepada perubahan cuaca ekstremlebih kerap yang memberi tekanan terhadap infrastruktur dan menjejaskan keterjaminan makanan.
Text
Perubahan hidup keluarga luar bandar
Website
Perubahan geopolitik beri kelebihan pelancongan Malaysia
Malaysia kini berada pada kedudukan strategik untuk terus memanfaatkan perubahan trend dalam pelancongan global, kata penganalisis. Keseluruhan pakej yang ditawarkan Malaysia, termasuk gabungan nilai, aksesibiliti dan kemudahan perjalanan, menjadikan negara ini pilihan utama dalam kalangan pelancong serantau dan antarabangsa.
Text
cukai
Ekonomi
...1 more
Perubahan Di Dalam Kos Pengeluaran
Menceritakan tentang kesan cukai ke atas harga dan keluaran. Juga disertakan graf harga menentang keluaran bagi pemahaman yang lebih baik.
Text
dadah
Perubahan corak penyalahgunaan penagihan dadah makin berbahaya.
Pihak berwajib seperti Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM perlu sentiasa proaktif dalam mengawal dan menghentikan aktiviti penyeludupan methamphetamine di negara ini.
Text
Kesenian Melayu
Perubahan corak kerja kreatif bangsawan: Satu kesinambungan identiti
Kajian mengenai bangsawan yang merupakan sebuah bentuk Opera Melayu yang berkembang pada akhir abad ke-19 melalui pengaruh dan percampuran budaya India, China, dan Barat, yang disesuaikan dengan cita rasa Melayu oleh Mamak Mashor dan Mamat Pushi, dan diterima serta dipraktikkan di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
Text
Perubahan budaya mampu bentuk Melayu Baru
Text
Perubahan budaya mampu bentuk Melayu Baru
Perubahan Budaya Malaysia
Mengulas kesan globalisasi terhadap perubahan budaya Malaysia dan peranan tamadun berteraskan nilai murni
Text
Perubahan aras laut masa lampau dan tapak arkeologi Lembah Bujang dan sekitarnya
Sejarah geologi bumi menunjukkan banyak episod kenaikan dan penurunan aras laut relatif kepada daratan pada masa lampau...
Text
Perubahan arah kiblat berlaku pada Syaaban
Text
Geoekonomi
Perubahan aliran dagangan jad penampan perang tarif.
Kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap China dijangka mengubah aliran perdagangan global, sekali gus berpotensi memberi kelebihan kepada negara ASEAN, termasuk Malaysia. Menurut CGS Internasional dalam nota ekonominya, meskipun ketegangan ini boleh menyebabkan gangguan sementara, ia juga membuka peluang kepada pengeksport Malaysia untuk mengisi jurang dalam rantaian bekalan global
Text
Perubahan Alam Sekitar Yang Menerbitkan Dampak Terhadap Habitat Manusia: Fokus Malaysia
Manusia mula hadir di rantau Asia Tenggara kurang daripada seratus ribu tahun silam. Dalam jangkamasa sesingkat ini berlaku sejumlah perubahan kepada alam sekitar yang pasti juga mempengaruhi nenek moyang...
Text
Perubahan agama dan sekularisme
Text
Perubahan adat pengebumian Punan Bah
Abstrak
Kajian ini menjelaskan perincian perubahan adat pengkebumian yang berlaku dalam kebudayaan Punan Bah. Perubahan adat terpilih sebagai isu pokok kajian ini kerana pentingnya adat dalam kehidupan manusia dan dengan berubahnya adat menunjukkan akar umbi kehidupan sebuah masyarakat itu telah mengalami perubahan. Untuk itu, kajian ini akan menjelaskan pola perubahan adat yang berlaku dengan meneliti tatacara yang dilakukan semasa berlakunya kematian sehingga pelaksanaan adat pengkebumian dan meneliti setiap proses pembinaan setiap tapak pengkebumian yang digunakan. Penelitian dibuat berpandukan teori konflik yang dikemukakan oleh Ralf Dahrendorf (1929-2009). Teori ini menekankan beberapa elemen utama yang menimbulkan konflik seperti peranan pemerintah yang menggunakan kuasa dan kedudukan mereka terhadap masyarakat sehingga menuntut perubahan berlaku. Penemuan ini penting untuk menjawab pernyataan yang dikemukakan oleh lda Nicolaisen (2015) yang menyatakan kesedaran generasi muda Punan Bah terhadap perubahan yang berlaku di Sarawak bukan sahaja mengubah cara hidup mereka malah akan menyebabkan kebudayaan tradisional mereka hilang. Pernyataan tersebut memberi gambaran kritikal terhadap perubahan yang berlaku dalam adat asal Punan Bah, termasuklah adat pengkebumian. Dengan menjelaskan secara menyeluruh perubahan yang berlaku dalam adat pengkebumian Punan Bah akhirnya, membentuk satu sintesis penolakan dan penerimaan sifat kebudayaan sebagai fenomena yang sering beradaptasi dengan keadaan semasa. Seterusnya, pendekatan kualitatif menerusi kerja lapangan yang telah dijalankan daripada awal bulan Januari hingga pertengahan bulan Jun tahun 2014 beserta dengan teknik persampelan bebola salji merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mendapatkan data kajian. Untuk itu, data dikumpul melalui pemerhatian tidak turut serta. pemerhatian turut serta dan temu bual bersama tokoh yang arif tentang adat asal Punan Bah. Pengesahan data daripada responden utama telah dibuat dengan lawatan semula ke kawasan kajian pada 25 Disember 2017. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis menggunakan pendekatan relativisme budaya dan holistik berpandukan teori konflik yang telah ditetapkan. Kajian ini mendapati adat asal pengkebumian Punan Bah tidak lagi diamalkan dan perubahan yang berlaku bukan sahaja dari segi bentuk fizikal malah nilai yang terkandung dalam adat turut berubah. Perubahan yang berlaku sekaligus mengubah kepentingan komuniti kepada kepentingan organik. Akhir sekali, maklumat penting yang terhasil daripada rekabentuk kerangka konseptual dapat menyemai minat untuk mendalami dan menghargai kebudayaan asal masing-masing kerana dengan pengetahuan budaya yang ada, kebudayaan tradisional akan kekal terpelihara sejajar dengan arus pemodenan dan globalisasi dunia.
Showing 5751 to 5800 of 19292 results
Page
of 386
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2