Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16349 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
ilmu
Pendidikan
...2 more
NUTP dakwa peperiksaan tidak lagi relevan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(NUTP) berpendapat UPSR tidak perlu diperkenalkan semula kerana ia kurang relevan dengan transformasi pendidikan yang bakal dilaksanakan pada 2027,sebab murid diberi tekanan untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR tanpa dinilai perkembangan secara menyeluruh.
Text
ilmu
Kementerian Pendidikan Malaysia
...2 more
Tinjauan Berita Harian dapati 90 peratus setuju kembalikan UPSR
Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sudah memutuskan bahawa UPSR tidak akan dikebalikan, masih ramai yang berharap peperiksaan bagi murid Tahun Enam itu diadakan semula,berdasarkan tinjauan Berita Harian di Facebook sebanyak 90 peratus responden mahu pungutan suara atau referendum diadakan untuk mendapatkan pandangan umum sama ada peperiksaan itu perlu dikembalikan.
Text
bahasa inggeris
Bahasa Melayu
...3 more
PM mahu penguasaan bahasa Inggeris murid dipertingkat
Dalam membicarakan mutu pendidikan negara, Perdana Menteri menegaskan,bahasa Melayu adalah utama yang mesti dikuasai tanpa tolak ansur oleh semua murid,tetapi kaedah baharu harus difikirkan untuk meningkatkan mutu penguasaan bahasa Inggeris.
Text
Gerakan menentang komunis
Parti Komunis Malaya
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaya yang kedua: Analisa
Harapan rakyat dan pemimpin negara untuk mengecapi keamana yang berkekalan selepas zaman Darurat Pertama meleset apabila sekali lagi pemimpin dan kerajaan terutamany pasukan keselamatan terpaksa bekerja keras bagi menghadapi Zaman Darurat Kedua Malaysia. Niat dan tujuan pengganas komunis yang ingin mengambilalih tampuk utama pemerintahan negara sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat. Menyedari akan perkara ini maka pelbagai usaha dan aktiviti telah disusun atur dengan begitu rapi oleh kerajaan bagi menyelamatkan negara dari ancaman dan serangan pengganas komunis. Pasukan keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera, Pasukan Polis, Pasukan Sukarela serta pasukan dan kesatuan gabungan lain-lain telah bekerjasama dan berganding bahu untuk menentang keganasan yang telah dianjurkan oleh pengganas komunis dalam tempoh tersebut.
Pelbagai operasi dan gerakan ke atas seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah dilaksanakan oleh pasukan tentera dan polis dalam menentukan semua keerluan, kemudahan dan kekuatan pengganas komunis dapat dimusnah dan dihapuskan. Sebagai agensi kerajaan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan negara, bangsa dan agama serta diiringi dengan rasa tanggungjawab, maka pasukan keselamatan yang telah diamanahkan, mengambil berbagai-bagai langkah untuk menjaga dan mengekalkan keamanaan negara yang tercinta ini. Dengan semangat perjuangan yang amat tinggi serta rasa ingin melihat negara sendiri dalam keadaan aman, maka keamanan negara telah dapat dicapai apabila negara diisytiharkan bebas dari ancaman pengganas komunis pada 2 Disember 1989. Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah merupakan usaha oleh pasukan keselamatan semata-mata, sebaliknya ianya adalah merupakan usaha bersama oleh beberapa agensi kerajaan.
Text
bahasa inggeris
bahasa penghantar
...7 more
Cadangan Bahasa Inggeris jadi subjek wajib lulus SPM
Kerajaan disaran menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar tunggal di sekolah dan universiti di negera ini,manakala bahasa Inggeris pula diwajibkan sebagai bahasa kedua bagi pelajar.Setakat ini hanya bahasa Melayu dan Sejarah yang wajib lulus,jika bahasa Inggeris menjadi subjek yang wajib lulus ,pelajar yang gagal subjek bahasa Inggeris perlu ambil kertas peperiksaan ulangan.
Text
ilmu
sejarah
...1 more
Rakaman wajah Langkasuka dalam pameran seni
Sejarah kerajaan Melayu Langkasuka cukup terkenal dalam kalangan sejarawan,ia disebut dalam sejarah China, India, Eropah, Melayu dan Jawa namun sehingga kini kedudukannya dari segi geografi masih lagi diperdebatkan.
Text
alam sekitar
cuti
...1 more
Temui damai di Indera Kayangan
Perlis adalah antara tempat yang paling sesuai untuk melarikan diri daripada kesibukan kota untuk percutian mendamaikan dengan suasana kampung.
Text
implikasi sistem sapaan
sistem kekeluargaan
Sistem sapaan masyarakat Rungus di daerah Kudat Sabah
Sistem sapaan adalah satu bentuk sistem untuk menyapa sesama manusia berdasarkan kedudukan status mereka. Sistem sapaan ini akan merujuk apakah sapaan kepada seorang ayah kepada ayahnadanya iaitu samalah ertiniya seorang anak misalnya anak lelaki menyapa bapanya. Begitu juga dengan seprang lelaki menyapa ibunya. Sapaan ini juga merujuk sapaan-sapaan yang akan dibina sesama saudara kandung misalnya seorang adik akan menyapa seorang abangnya ataupun kakaknya dan begitu juga sebaliknya. Inilah yang dimaksudkan dengan sapaa di dalam sesuatu keluarga itu.
Sistem sapaan ini bukan sahaja terdapat di dalam sesebuah keluarga tetapi juga terdapat di dalam kekeluargaan tidak kira kelarga luas dua generasi atau tiga generas. Ini termasuklah sapaan terhadap seseorang lelaki atau perempuan yang menyapa terhadap seorang pak cik atau mak ciknya. Ataupun sapaa terhadap sesama saudara sepupu sekali dua kali ataupun banyak kali.
Oleh yang demikian, hasil daripada kajian yang akan dibuat maka kita dapat melihat betapa pelbagainya istilah-istilah dalam sapaan kaum berkenaan. Oleh itu, sapaan-sapaan ini jga terus dihunakan oleh golongan-golongan tua dan berumur. Tetapi bagi generasi muda, ada di antara mereka langsung tidak memahami serta tidak dapat menulurkan istilah sapaan itu. Kajian sebeginiliah yang boleh sedikitnya sebanyak membantu pemeliharaan sistem sapaan berkenaan.
Text
ilmu
regatta
...2 more
Regatta Sarawak berusia 151 tahun
Acara perlumbaan perahu naga turut diadakan dengan penyertaan terbuka kepada pasukan antarabangsa antara negara yang pernah bersaing ialah dari China,Singapura,Australia,Britain,Sepanyol,Filipina,Kemboja,Brunei,Indonesia malah dari Qatar.
Text
COVID-19
ilmu
...2 more
Jangan cetuskan 'panik pandemic' baharu dari China
Pakar menasihatkan orang ramai jangan cetuskan 'panik pandemik' susulan peningkatan kes penyakit pernafasan di utara China,khususnya dalam kalangan kanak-kanak,sebab peningkatan jangkitan itu adalah gabungan virus yang sudah diketahui.
Text
ilmu
keselamatan
...2 more
Sekolah diarah perketat kawalan keselamatan
Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying, berkata pihak berkaitan akan memperketatkan lagi garis panduan sedia ada bagi menjamin keselamatan seluruh warga sekolah termasuk mengadakan ronda berkala.
Text
alam sekitar
ilmu
...3 more
Sasar kutip 90,000kg minyak terpakai akhir tahun
Program pengumpulan minyak masak terpakai dianjurkan Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan kerjasama PETRONAS bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau.
Text
faktor delinkuen
jenis perlumbaan
Daripada delinkuen kepada devian : Pelumba haram remaja Melayu di Kuala Lumpur
Bab pertama akan menyentuh pengenalan kepada kertas projek iaitu dari aspek skop kajian, kepentingan kajian dan tujuan kajian. Malah, kaedah penyelidikan dan masalah kajian turut dibincangkan.
Bab kedua akan membincangkan aspek-aspek teori yang meliputi teori delinkuen dan teori devian. Bab ini akan menyentuh aplikasi teori-teori ini serta penerangan mengenai teori tersebut. Perkembangan daripada delinkuen kepada devian juga akan dibincang.
Bab ketiga pula akan menyentuh segala aspek yang berkaitan dengan lumba haram. Aspek-aspek tersebut adalah dari segi identiti pelumba, tujuan perlumbaan, proses perlumbaan dan banyak lagi.
Bab keempat adalah bab yang merangkumi aspek analisa data dan hipotesis. Analisa data dilakukan melalui hasil borang soal-selidik. Melalui data yang telah dianalisa hipotesis akan dilakukan.
Bab terakhir adalah bab kelima, iaitu bab ini akan menyentuh langkah-langkah yang sepatutnya diambil untuk membendung masalah ini. Malah bab ini juga meliputi kesimpulan yang dilakukan berdasarkan tajuk kajian.
Text
kecergasan
kesihatan
Program kecergasan
Program ini memberi manfaat untuk kecergasan fizikal dan kesihatan.
Text
alam sekitar
ilmu
...2 more
Pelajar MRSM kutip 600 kilogram sampah
MRSM mengadakan program pembersihan pantai di Kuala Perlis bagi memberi kesedaran mengenai isu sampah plastik kepada masyarakat.
Text
binaan
jenis rumah
...1 more
Rumah Melayu di daerah Jempul, Bahau : Dengan penumpuan khusus ke atas rumah tradisional Melayu
Daerah Jempul diwujudkan pada 1 Januari 1980 melalui warta kerajaan Negeri Sembilan nombor 523 bertarikh 29 November 1979. Ia merupakan daerah terbaru di Negeri Sembilan. Sebelum wujudnya daerah ini Jempul dikenali sebagai Bahau.
Rumah adalah satu keperluan dalam hidup manusia. Rumah jika ditinjau dari sudut fizikal merupakan sebagai tempat berlindung dari hujan dan panas sebagai pengakaln tempat bertolak, berlabuh dan pulang dan juga tempat aktiviti-aktiviti dan kemasyarakatan dijalankan.
Rumah juga adalah satu peralatan budaya yang dicipta oleh manusia bagi memudahkan kehidupan mereka. Sememangnya tidak dapat dinafikan rumah Melayu adalah salah satu artifak budaya yang begitu unik dan ideal sifatnya. Dengan yang demikian bentuk-bentuk rumah tradisional Melayu yang dibina sebegitu rupa bukan setakat memenuhi nilai guna masyarakat Melayu Ia merupakan satu perlambamgan yang dapat memberikan suatu gambaran tentang sikap, nilai-nilai pemikiran serta corak kehidupan masyarakat dan budaya Melayu.
Text
Army
Government Plan
...2 more
The roles of the security forces in the first Malayan emergency, An analysis
By the end of February 1948, the MCP began their offensive by conducting hostilities, strikes and the intimidation of the people. During this period the BMA were collecting evidence against the Communist activities to curb the insurrection. Finally the government decided upon the State of Emergency to fight against the insurgents on 16 June 1948 with the killing of three Europeans managers in Sungai Siput, Perak and other series of murders and acts of sabotage happening in Malaya. Various actions were taken by the government to boost the security forces strength including the forming of Home Guard and the expansion of the police force such as the Special Constable, the Auxiliary Police, the Jungle Squads and the Special Branch. The Royal Air Force was also diversifying its role with the introduction of helicopters and its employment had enhanced the deployment of troops and air transportation of foods and equipment deep inside the jungle.
The government through Lt Gen Sir Harold Briggs introduced the Briggs Plan to deter and control the population from giving supports to the insurgents in new settlement areas called 'New Villages'. In 1952, the ground operations were intensified when Sir Gerald Templer took over command as the Director of Operation. He emphasized on 'Hearts and Mind' operation to get the support from the population in fighting against the insurgents. During this period the security forces were able to kill nearly 2,340 communists while the security forces suffered 937 killed. Finally on 17 July 1960, the government officially declared the end of the first emergency in Malaya.
Text
ancaman komunis
darurat
...1 more
Peranan pasukan keselamatan semasa darurat Malaysia pertama: Satu analisa
PKM di bawah kepimpinan Chin Peng telah memulakan pemberontakan bersenjata pada 17 Mac 1948 dengan melancarkan serangan gerila ke atas ladang-ladang getah dan kawasan pedalaman. Peristiwa pembunuhan 3 orang pengurus ladang di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948 telah membawa perubahan kepada peranan Pasukan Keselamatan di dalam menghapuskan pemberontakan PKM. Darurat diisytiharkan pada 17 Jun 1948 di negeri Perak dan diperluaskan ke seluruh Tanah Melayu.
Strategi dan perancangan yang dilaksankan oleh kerajaan telah membolehkan Pasukan Keselamatan bertindak dengan lebih berkesan. Rancangan Briggs yang mempunyai serampang dua mata ternyata nerkesan membendung pergerakan dan pengaruh komunis malah memberi ruang yang lebih luas kepada Pasukan Keselamatan menggunakan strategi dan taktik ketenteraan di dalam operasi-operasi bagi menghapuskan gerila PKM. Struktur organisasi kerajaan melalui penubuhan Majlis Perang Persekutuan yang mengkoordinasikan semua tindakan yang diambil oleh Tentera, Polis dan Pihak Berkuasa Awam telah membolehkan Pasukan Keselamatan merangka rancangan gerakan secara bersepadu.
Pasukan Keselamatan akhirnya berjaya mematahkan pemberontakan PKM, malah telah memberi pukulan teruk sehingga memaksa saki baki gerila PKM melarikan diri jauh ke dalam hitan dan ke sempadan Thailand. Setelah membut perimbangan ke atas keupayaan PKM, akhirnya Darurat telah diisytiharkan tamat oleh kerajaan pada 17 Julai 1960. Dengan berakhirnya Darurat, operasi Pasukan Keselamatan diteruskan oleh pasukan Polis dan Tentera Persekutuan Tanah Melayu tanpa bantuan daripada Tentera British dan Negara-negara Komanwel. Pasukan Polis Khas dan "Home Guard" turut dibubarkan.
Text
ilmu
pelajar
...2 more
Usah kejar kemegahan,pendidikan bukan untuk dipertandingan
Manusia mempunyai pertimbangan yang berbeza-beza dalam menentukan arah hidup masa depan,sebagai pelajar ,pengarang berkata bahawa universiti adalah satu tempat bagi menimba ilmu, mengasah bakat dan memperkasakan keterampilan diri.
Text
ilmu
Kewangan
...1 more
Hanya terima RM50 duit ibu ketika di USM
Sepanjang pelajar ini belajar di USM(Universiti Sains Malaysia),pelajar ini hanya terima RM50 sahaja daripada emak sebab tidak mahu susahkan emak dengan masalah kewangan.
Text
ilmu
masyarakat
...4 more
Yakini PBS, lupakan UPSR
Masyarakat masih belum percaya Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mampu meningkatkan keupayaan murid sehingga sukar melupakan peperiksaan UPSR yang sudah dimansuhkan.
Text
military development
National development
...1 more
The military as an integrating force in nation-building: The case of Malaysia
The process of nation building in Malaysia started since its independence in 1957. The process of nation building involves the development of its members and communities, politically, economically and socially. This process of modernisation is not a mere and easy task to perform.
Malaysia has since then prosper and is moving forward toward a fully developed nation by 2020. It has managed to attain an impressive economic growth of above 8% for the last one decade. All this achievement has not come easy. Malaysia faced various threats and challenges both internally and externally in developing its nation. Therefore the process of nation building is neither autonomous in its dynamics nor free to select at random its goals.
Military in its professional entities is the provider of security and stability towards a nation. This condition is imperative in ensuring the economic growth and the process of nation building to proceed and developed. In this case the Malaysian Armed Forces has and will continue to contributes toward this process, especially with the future challenges which will be more complex in its dimensions.
Text
guru
ilmu
...3 more
Lebih 9000 guru baharu 2024
9000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan.
Text
ilmu
negara
...1 more
PLKN 3.0 hanya boleh dilaksana 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 hanya boleh dilaksanakan pada tahun 2025 selepas semua proses libat urus dan kajian terperinci mengenainya dijalankan.
Text
ilmu
pelajar
...3 more
Sokong kaji syor kembalikan UPSR
Sebahagian ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang meminta KPM meneliti semula cadangan pelbagai pihak supaya UPSR dikembalikan sebagai kayu ukur terbaik menilai prestasi pelajar sekolah rendah.
Text
dialek
Pengaruh dialek Perak di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Keli, Perak Darul Ridzuan
Bertutur adalah kegiatan melafazkan sederetan bunyi yang lahir daripada gerakan alat sebutan (artikulator) manusia. Oleh itu, penguasaan berbahasa yang baik biasanya menghasilkan kebiasaan berkomunikasi yang sempurna dan berkesan. Sungguhpun bahasa Melayu kini digunakan sepenuhnya dalam sistem pendidikan negara, timbul keraguan sama ada dialek-dialek Melayu turut mempengaruhi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran mereka.
Ajib Che Kob (1981:491) dalam satu simposium "Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan" di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ada dua golongan pendapat yang pro atau kontra mengenai pengaruh dialek dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Golongan pertama diwakili oleh pengkaji seperti Azman Wan Chik yang menganggap dialek sebagai satu unsur berfaedah dan bermanfaat. Beliau mengesyorkan supaya dialek itu diterangkan dalam beberapa aspek. Golongan kedua diwakili oleh pengkaji seperti Abd Hamid Mahmood, mereka berpendapat bahawa dialek memang mempengaruhi serta memberi gangguan terhadap pengajaran bahasa Malaysia. Golongan ini mencadangkan supaya penggunaan dialek seminimum mungkin terutama di sekolah-sekolah.
Text
bahasa
ilmu
...1 more
Sekolah vernakular boleh guna bahasa Mandarin, Tamil
Mahkamah Rayuan semalam memutuskan sekolah vernakular di negara ini boleh terus beroperasi manakala penggunaan bahasa Mandarin dan tamil sebagai bahasa penghantar di sekolah berkenaan.
Text
conflicts
regional perception
...1 more
Great power involvement in post Cold War Southeast Asia
The purpose of this paper is to highlight the political existing in Southeast Asia Region focusing on the past trend and future possibilities. Although, the Southeast Asia region is small as opposed to other continent, there are however many security and economic problem that influence the political stability. More importantly, it seems that Southeast Asia political stability is crucial in understanding on apparent transformation of the major power of the United States in this post cold war era.
Any assessment of the security dimension in Southeast Asia will be confined to discussion of the superpowers namely the United States, Soviet Union, China and Japan. The interaction between those powers defines the likely changes of the security configuration within this region that will further influence the political and economic stability.
As mentioned earlier, security dimension should not be understood only from the perspective of defence and military build-up because they also involve political and economic strategies. Economies such as free trade may be the most important agenda o national survival and therefore its security will determine the development of the political stability in the region. The roles of superpower such as the United States and the Soviet Union by no means extend the security issues as a power balance in the region.
Text
banjir
ilmu
...3 more
Banjir di Terengganu, Kelantan semakin pulih
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terangganu memaklumkan cuaca bertambah baik di kebanyakan tempat dengan hujan renyai di beberapa lokasi.
Text
ilmu
masyarakat
...3 more
Masyarakat sukar lupakan UPSR kerana belum percaya PBS
Masyarakat masih belum percaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah mampu meningkatkan keupayaan murid sehingga sukar melupakan peperiksaan UPSR yang dimansuhkan secara rasmi pada 2021.
Text
ASEAN
FPDA
...1 more
Five Power Defence in an ASEAN world
Text
ilmu
luar negara
...1 more
Kolam air pancut Vienna digelar paling hodoh
Sebuah kolam air pancut baharu di banda Vienna disifatkan sebagai paling hodoh walaupun pembinaannya menelan belanja lebih RM9.2 juta.
Text
diet
ilmu
...2 more
Lelaki tergemuk Russia meninggal dunia selepas umum mahu diet
Warga emas seberat 279.42 kilogram itu ditemui mati di rumahnya selepas memberitahu media tempatan tentang rancangannya memulakan diet baharu.
Text
politik Indonesia
Politik Malaysia
Tentera dan politik di Malaysia dan Indonesia: Perbandingan dua model
Pandangan dari pengkaji sains politik sistem politik yang dicampuri oleh tentera bukanlah sebuah negara yang sihat. Sikap penduduk negara tersebut sering digambarkan dengan ketakutan, berlakunya pemberontakan dan kudeta, mempunyai keadaan ekonomi yang meleset di mana pelabur dalam dan luar negeri takut untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Dari segi pertahnan pula, persepsi negara jiran sering dihantui oleh kuasa negara yang mengamalkan sistem pemerintah tentera. Mungkinkah ini berlaku kepada kerajaan Demokrasi Pancasila yang diamalkan oleh Republik Indonesia.
Di era teknologi ini, campur tangan tentera bukan satu fenomena masyarakat antarabangsa. Kebebasan memilih kerajaan oleh rakyat dan mengarahkan kerajaan membuat polisi-polisi kesejahteraan adalah merupakan satu agenda utama. Badan-badan Bukan Kerjaan begitu sibuk dan berani dalam mempersoalkan hak asasi manusia.
Bagaimanapula dengan negara yang mengamalkan sistem demokrasi adakah mereka tidak mempunyai masalah dalam menangani jebuntuan negara. Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen adalah sering dihormati oleh negara sekitar.
Text
ilmu
negara
...1 more
China tawar kemasukan tanpa visa untuk Malaysia, Eropah
China akan mengecualikan beberapa negara daripada mendapatkan visa untuk melawat negara bagi meningkatkan pelancongan pasca pandemik di negara itu.
Text
alam sekitar
dunia
...1 more
Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 37 tahun
Gunung ais yang berukuran hampir 4000 kilometer persegi itu terpisah dari pantai Antartika.
Text
banjir
ilmu
...3 more
UMT santuni mangsa banjir
UMT melalui Pejabat Hal Ehwal Palajar dan Alumni mangadakan sesi turun padang bagi menyantuni pelajar luar kampus,kakitangan UMT dan komuniti sekitar yang terkesan dan terjejas banjir.
Text
bahan rujukan
perkembangan bahasa Melayu
Penggunaan bahan rujukan bahasa Melayu: Kajian khusus di fakulti undang-undang Universiti Malaya
Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (seterusnya disebut sebagai IPT) telah bermula sejak tahun 1983 lagi. Kini usaha pendaulatan bahasa Melayu telah berjaya menempatkan tarafnya selaras dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara. Namun status yang dimiliki oleh bahasa Melayu ini tidak boleh sekadar dimaktubkan di dalam akta mana-mana. Seharusnya, ia diamalkan dan menjadi pegangan setiap lapisan masyarakat Malaysia tanpa ragu-ragu. Sebaliknya, bahasa Melayu sering kali dibelenggu permasalahan sikap golongan tertentu yang masih enggan mengakui keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana pendidikan, terutamanya di IPT tempatan.
Bahasa Melayu seharusnya telah lama direalisasikan sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran di IPT selaras dengan pendaulatannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di Malaysia. Namun, fenomena yang berlaku adalah fungsi sebenar bahasa Melayu yang diberikan tempat sepenuhnya terutamanya di dalam bidang ilmu yang berteraskan sains dan teknologi serta profesional. Misalnya, IPT tempatan sendiri masih lagi mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajarannya. Bahan rujukan yang tersedia masih banyak yang bersumberkan bahasa Inggeris dan penguasaan bahasa Inggeris merupakan aset penting bagi mahasiswa untuk menimba ilmu pengetahuan.
Text
agama
ilmu
...2 more
150 sekolah agama di Johor kritikal
Banyak sekolah agama di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal dan perlu dibaik pulih.
Text
gaya bahasa
jenis-jenis ayat
...1 more
Kajian penggunaan bahasa dalam novel Syajar
Text
domestic conflicts
economic threat
...2 more
Sources of future domestic conflicts in Malaysia
Malaysia is a beautiful rain forest country. It is rich in terms of natural resources, its ethnic, cultures and colonial heritage. Presently, its people live in harmony, prosperity and have tolerance and understanding towards each other. However, will this situation last forever? Many Malaysian strategists believed that, Malaysia will not face any threat in the next few years but, is it true? It is with these predicament that this paper intends to explore.
The past history occasionally repeated as a reminder to us, whatever you have today, may not be available tomorrow. Conflict is part of human nature, where humans are always making trouble and dare to kill each other in order to fulfil their instinct as a scientist of Yale University reiterates that, 'in each human being there is a bad evil instinct'. After World War II, more than 150 conflicts have occurred in this world with most of them being internal conflicts. As has been witnessed, most of them have appeared in the third world countries with a few incidents being from western countries such as in the Former Republic of Yugoslavia and Former USSR. Conflict in psychological terms, "is the struggle that goes on in a person's mind when he or she has competing wishes and feelings or situations and goals. This condition causes the person to have increased tension or anxiety'. This tension and anxiety would escalate and affect this community or state.
Text
ilmu
undang-undang
...1 more
Perlu fakulti undang-undang di universiti Sabah, Sarawak
Keperluan untuk menubuhkan fakulti undang-undang di universiti Sabah, Sarawak.
Text
laras bahasa
morfologi
...1 more
Syair Siti Zubaidah Perang China: Kajian dari aspek morfologi
Syair Siti Zubaidah merupakan salah satu bentuk puisi Melayu lama. Puisi dalam bahasa Belanda disebut sebagai "Poezie" manakala dalam bahasa Yunani dan Latin ia disebut sebagai "Poietes". Dalam Kamus Dewan (1996:1063) puisi didefiniskan sebagai karangan yang berbentuk sajak (syair, pantun dan lain-lain). Dalam bahasa Inggeris pula ia disebut "Poetry". Puisi adalah merupakan karangan berangkap yang disusun mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kata-kata yang digunakan di dalam sesebuah puisi amat mementingkan unsur irama, bunyi, rima dan kiasan. Adakalanya pengarang menggunakan puisi sebagai satu satu cara meluahkan perasaan. Syair merupakan sebuah puisi yang mementingkan nilai-nilai keindahan dan ia merupakan salah sebuah karya sastera yang terhasil daripada gabungan perasaan dan fikiran yang indah dan bernilai. Syair biasanya dapat membangkitkan berbagai perasaan dan pengalaman dan digunakan dalam susunan kata-kata yang indah.
Text
analisis teks
kosa kata
...1 more
Syair merpati, syair ma'rifat, syair nasihat : Analisis, sinopsis, anotasi dan transliterasi sebuah manuskrip Melayu
Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu dengan tamadun yang tinggi telah meninggalkan sejumlah besar pusaka ilmu yang amat bernilai, iaitu dalam bentuk kitab atau manuskrip lama. Dengan tersebarnya agama Islam di Alam Melayu, terutamanya pada zaman Kerajaan Acheh Darussalam (1511-1605), banyak manuskrip Melayu-Islam telah dihasilkan oleh para ulama sejak abad ke-15 hinggalah ke abad 19.
Karya-karya kesusasteraan klasik seperti kitab-kitab jawi lama, kitab undang-undang lama atau kanun-kanun di negeri Melayu telah berjaya disebarkan dengan meluas sama ada dalam bentuk manuskrip bertulisan dtangan atau pun pengucapan lisan. Oleh kerana naskhah-naskhah Melayu lama ini ditulis dalam tu;isan jawi, maka agak sukar bagi masyarakat Melayu Islam pada abad ke-20 untuk membaca teks-teks jawi yang ditulis oleh ulama-ulama silam ini. Akibatnya sebahagian besar daripada masyarakat Melayu sekarang kurang berminat untuk membaca teks-teks klasik apatah lagi mengkajinya. Kesulitan membaca manuskrip-manuskrip ini disebabkan tiadanya satu sistem tulisan jawi yang baku pada zaman itu. Setiap pengarang atau penulis mengeja mengikut fahaman masing-masing.
Sebagaimana yang diketahui, sebahagian besar masyarakat Melayu pada abad ke-19, belum pandai membaca dan menulis. Oleh itu untuk mereka membaca kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulama adalah suatu yang payah bagi mereka. Justeri itu, kemunculan syair agama bukanlah untuk mengambil alih kitab-kitab agama malah ia berfungsi sebagai pelengkap kepada kitab-kitab agama.
Text
ilmu
kerjaya
...1 more
Manfaat pendemokrasian ilmu wakaf, lahir pengurus hartanah profesional
Ilmu wakaf dalam kalangan pengurus hartanah.
Text
askar wataniah
ATM
...1 more
Konsep pertahanan menyeluruh di Malaysia pasukan simpanan menuju tahun 2020
Text
CERPEN
kemahiran
...1 more
Penggunaan bahan cerpen dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, bahan merupakan faktor penting yang akan menentukan kejayaan proses itu. Penggunaan bahan dalam pengajaran dapat menggerakkan proses pembelajaran dan menimbulkan rangsangan serta keinginan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu. Penggunaan bahan yang berkualiti juga akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Kenyataan ini menjelaskan bahawa penggunaan bahan dalam proses pengajaran bahasa begitu penting kerana bahn yang sesuai mampu mewujudkan rangsangan kepada proses pembelajaran. Ini seterusnya akan dapat memperkembangkan kecerdassan minda, memperkayakan pengalaman pelajar dan seterusnya membentuk sikap yang baik kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam menyusun dan merancang aktivti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta membuat pemilihan terhadap bahan yang akan digunakan.
Text
guru
kemahiran bahasa
...1 more
Penggunaan Pusat Sumber dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Matlamat Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi mencapai hasrat ini, KBSR dan KBSM berperanan untuk mengembang dan memajukan sistem pendidikan di negara ini. Perubahan-perubahan perlu dilakukan dari segi isi pelajaran, matlamat, konsep dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Perubahan-perubahan ini tidak sahaja dibebankan di bahu guru sekolah, malahan semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ini tercapai. Kaedah pengajaran terkini memerlukan pelajaran menggunakan pelbagai sumber. Menurut klasifikasi sumber oleh G.O Chan (1980:1-114), guru hanya merupakan salah satu daripada sumber-sumber media.
Pendapat ini menjelaskan bahawa sikap terlalu bergantung kepada guru bukanlah satu langkah yang baik kerana guru bukan merupakan sumber tunggal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, amat wajar untuk kita mengenal pasti dan menilai semula peranan dan perkhidmatan professional Pusat Sumber Sekolah dalam konteks KBSR dan KBSM.
Text
alat muzik
Bhangra
...2 more
Bhangra : Tarian kaum Sikh di Malaysia
Bhangra telah menjadi sebuah tarian yang popular di Malaysia. Sebarang pesta kebudayaan atau majlis perayaan tidak lengkap tanpa iringan tarian kaum Sikh ini. Kini, Bhangra tidak menjadi asing lagi kepada masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai tarian yang penuh dengan aksi dan pergerakan fizikal yang hebat Bhangra telah menarik perhatian rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mengenali tarian tersebut.
Kertas projek ini akan mengkaji tarian tradisional kaum Sikh di Malaysia. Tujuan unggul kajian ini adalah untuk memberi satu pengenalan kepada masyarakat majmuk di Malaysia mengenai Bhangra. Tidak terdapat banyak bahan tulisan mengenainya di Malaysia mahupun di Punjab. Mungkin selama ini tarian Bhangra hanya menjadi milik sebuah 'masyarakat tertutup' sahaja. Dua puluh tahun yang lalu Bhangra hanya ditarikan semasa majlis perkahwinan kaum Sikh. Kini kaum Sikh ingin menengahkan kebudayaan mereka dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
Bhangra sudah menjadi tarian kegemaran masyarakat dan diminati orang ramai. Permintaan untuk persembahan Bhangra kian meningkat. Ia menjadi kegemaran masyarakat Sikh dan bukan Sikh. Lagu-lagu Bhangra juga dimainkan di kelab-kelab disco.
Text
bahan lagu
guru
...1 more
Penguasaan lagu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
Pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) membawa perubahan yang besar terhadap corak pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, peranan guru bahasa dalam bilik darjah turut berubah daripada penyampaian pengetahuan seperti yang biasa diamalkan dalam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM) menjadi perancang, pembimbing dan pemudah cara. Dalam hal demikian, pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih berfokus atau berpusat kepada pelajar-pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran bahasa yang lebih berpusat kepada pelajar adalah corak pengajaran bahasa yang memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan bahasa seluas-luasnya. Di sini, jelas bahawa peranan guru amatlah penting untuk merancang bagi mewujudkan suasana pembelajaran yabg dikehendaki dan berkesan. Kaedah ini menjadikan pelajar-pelajar lebih aktif melalui aktiviti yang dirancang sesuai dengan tujuan, minat, bakat, kebolehan dan latar belakang mereka.
Kebijaksanaan guru merancang pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih berkesan jika bersesuaian dengan penggunaan alat atau bahan bantu mengajar. Bahanlah yang menggerakkan pembelajaran, menimbul rangsangan dan keinginan belajar untuk mengetahui sesuatu. Penggunaan bahan jugan akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.
Showing 8401 to 8450 of 16349 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2