Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19303 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
masyarakat tradisional
seni tradisional
Masyarakat tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu...
"Masyarakat tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan istana dan golongan rakyat."
Text
Masyarakat Temiar dan perubahan : kajian kes di rancangan pengumpulan semula orang asli, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku di kalangan Orang Temiar yang mendiami RPS Kuala Betis. Bermula dari tanggapan bahawa Orang Asli adalah masyarakat terpinggir, tetapi menjadi penting apabila negara menghadapi ancaman komunis dan pengaruh komunis telah menular di kalangan Orang Asli. Program pertama yang melibatkan Orang Asli ialah dasar Penempatan Semula Orang Asli yang telah menemui kegagalan dan berakhir dengan tragik sekali. Apabila darurat berakhir dan PKM mula meletakkan senjata, maka kerajaan mula memberi perhatian terhadap kebajikan Orang Asli. ni selari dengan pengwujudan PANDUAN TUGAS PEMBANGUNAN ORANG ASILI DI DALAM MASYARAKAT MALAYSIA MODEN. Matlamat dasar ini untuk integrasi Orang Asli dengan masyarakat kebangsaan melalui program-program pembangunan sosio-ekonomi supaya Orang Asli menikmati taraf hidup yang lebih tinggi sebagai asas untuk mereka berkecimpung di dalam segenap lapangan kehidupan di dalam masyarakat umum. Untuk tujuan pengkajian, kerja lapangan telah dijalankan di kalangan masyarakat Orang Asli dari suku kaum Senoi iaitu Orang Temiar yang menduduki kawasan RPS Kuala Betis. Orang Temiar banyak terlibat dalam program-program pembangunan yang dirancang oleh JHEOA tetapi banyak yang menemui kegagalan. Perbincangan mengenai program program pembangunan yang dirancang dan pelaksanaannya amat penting untuk melihat perubahan sikap Orang Temiar yang telah memberi kesan kepada corak hubungan mereka dengan agensi-agensi tertentu yang terlibat dengan program-progam pembangunan itu.
Text
Masyarakat sumber ilham seniman
Text
ilmu
masyarakat
...3 more
Masyarakat sukar lupakan UPSR kerana belum percaya PBS
Masyarakat masih belum percaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah mampu meningkatkan keupayaan murid sehingga sukar melupakan peperiksaan UPSR yang dimansuhkan secara rasmi pada 2021.
Text
Masyarakat Siam di Kampung Seligi
Text
bunuh diri
Masyarakat San Francisco berperang dengan bunuh diri
Fenomena kadar membunuh diri di San Francisco adalah kelihatan lebih ketara berbanding negeri-negeri lain di Amerika Syarikat. Kajian mendapati, minuman keras adalah pendorong utama kepada fenomena ini kerana ia membantu mendorong seseorang yang emosinya terganggu untuk melakukan perbuatan yang impulsive. Terdapat juga teori yang menggatakan, pendatang baru yang telah datang dari baratdaya ke Bandaraya San Francisco ,terbawa-bawa konflik dan perasaan frustrasi mereka, yakni sukar untuk ditinggalkan.
Text
Masyarakat prihatin mampu atasi jenayah
Text
Masyarakat perlu prihatin proses intergrasi penagih
Text
Masyarakat perlu kuasa cegah maksiat
Text
kraf tangan
Malaysia
Masyarakat perlu hargai kualiti kraf tempatan
penghasilan produk kraf lebih bertumpu kepada barang kegunaan harian misalnya bakul, tikar, tudung saji, tembikar dan arca, kini, fungsi dan kegunaannya diperluaskan merangkumi perabot, perhiasan diri, malah elemen dekorasi.
Text
Masyarakat perlu atasi salah laku pelajar
Text
Malaysia
orang asli
...1 more
Masyarakat peribumi di Malaysia terbahagi kepada dua...
"Masyarakat peribumi di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu Bumiputera dan Orang Asli. Peribumi merujuk kumpulan etnik natif di sesebuah wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara (Hasan, 1998). Ramle (2007), menyatakan bahawa Orang Asli merupakan satu istilah yang diguna pakai ke atas sekumpulan masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia. Istilah peribumi menjadi label istimewa dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Nicholas (2000), emreka dikenali sebagai Orang Asli kerana mereka ditafsirkan sebagai orang asli atau terawal di semenanjung. Orang Asli juga dikenali sebagai Orang Hulu, Orang Laut, Orang Liar, Pangan, Orang Mawas dan Orang Jinak (Nicholas, 2000 dan Ratos, 2006)."
Text
orang asli
Pendidikan
Masyarakat Orang Asli termasuk suku...
"Masyarakat Orang Asli termasuk suku kaum Semelai di Pahang sering kali dilontarkan dengan pelbagai pandangan bersifat negatif terutama berkaitan persepsi mereka terhadapt pendidikan dan pembangunan secara amnya. Antara lain, mereka sering dikatakan sebagai kumpulan etnik yang tidak mementingkan pendidikan dan lebih mementingkan nilai-nilai tradisi."
Text
infrastruktur
orang asli
...1 more
Masyarakat Orang Asli sangat mengharapkan...
"Masyarakat Orang Asli sangat mengharapkan kemudahan infrastruktur sampai ke kampung mereka. Mereka mahu pihak kerajaan menyediakan prasarana-prasarana seperti jalan raya, kemudahan telefon dan sebagainya yang dapat memperbaiki kehidupan mereka. Sekiranya kemudahan infrastruktur ini dapat dipertingkatkan, sudah tentu kehidupan mereka bertambah baik."
Text
orang asli
Pendidikan
Masyarakat Orang Asli merupakan...
"Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti peribumi kecil di Malaysia. Mereka telah hidup dalam masyarakat yang terasing dan kurang mendapat perkhidmatan termasuk pendidikan suatu masa dahulu. Sebelum 1996, JHEOA telah mengelolakn sebanyak 45 buah sekolah rendah dan 47 buah asrama. Pada 19 Januari 1996, pihak JHEOA telah menyerahkan semua sekolah yang dikelolakannya kepada KPM dan pengambilalihan ini menjadikan sebanyak 93 buah Sekolah Rendah Orang Asli diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan KPM dengan harapan pelajar Orang Asli sama-sama dapat menikmati peluang pendidikan dari segi aksesibiliti, ekuiti dan kualiti seperti pelajar lain."
Text
antarabangsa
hak
...1 more
Masyarakat Orang Asal percaya...
"Masyarakat Orang Asal percaya bahawa pihak berkuasa haruslah menggunapakai dan mengaplikasikan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Deklarasi Hak Orang Asal Antarabangsa (UNDRIP) sebagai langkah pertama dalam pengiktirafan hak mereka. Komuniti Orang Asal berkeras bahawa dua prinsip utama UNDRIP - Keizinan Berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (FPIC) dan Hak Penentuan Nasib Sendiri - menjadi dasar untuk semua hal yang melibatkan Orang Asal."
Text
Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan...
"Masyarakat Melayu tradisi boleh digolongkan kepada dua kelas sosial yang utama. Golongan pertama meliputi golongan pemerintah serta bangsawan manakala golongan yang kedua ialah golongan yang diperintah atau rakyat."
Masyarakat Melayu muslim di Peth, Australia
" Ramai imigran yang berhijrah terdiri dari warga negara luar seperti..."
Text
Masyarakat Melayu malas berfikir
Text
Masyarakat Melayu malas berfikir
Text
masyarakat Melayu
pakaian
...2 more
Masyarakat Melayu lama terkenal dengan kehalusan...
"Masyarakat Melayu lama terkenal dengan kehalusan persembahan, pakaian dan peralatan yang menarik serta alat-alat muzik yang terkenal dengan ketinggian mutu budaya istana."
Text
Masyarakat Melayu kaya adat
Website
budaya melayu
Masyarakat Melayu di Malaysia
Laman tentang masyarakat Melayu di Malaysia
Text
Masyarakat Melayu dengan perkembangan seni lukis dan seni ukir / Ayah Ghani Hamid
Website
budaya melayu
Masyarakat Melayu dan kebudayaan Melayu
Laman tentang masyarakat Melayu dan kebudayaan Melayu
Text
brunei
keris
...1 more
Masyarakat Melayu atau orang Melayu mempunyai...
"Masyarakat Melayu atau orang Melayu mempunyai berbagai-bagai cara untuk memastikan sama ada keris berkenaan membawa untung atau bencana. Antaranya dengan cara mengukur bilah keris, mengukir ayat-ayat Al-Quran di atas bilah keris dan menyerapkan semangat ke dalamnya (Gardner, 1973: 53-62)
Text
Puasa
ramadan
Masyarakat Malaysia berhabis ketika Ramadan
Masyarakat harus bijak dalam membahagikan kewangan mereka pada masa kini ekoran peningkatan ekonomi kini
Text
Masyarakat keliru lahirkan pelampau
Text
Masyarakat Islam di Sabah : Isu dan Permasalahan Masa Kini
Sejarah Islam mencatatkan pembentukan generasi awal Muslim bermula apabila berlakunya proses penerimaan Islam oleh beberapa golongan sahabat Rasulullah s.a.w di kota Makkah...
Masyarakat islam di Indoneis dan pembinaan kebudayaan
" Tatkala saya diundang oleh Prof. Ismail Hussein di Jakarta bualan April yang lalu untuk berbicara tentang masyarakat Islam di Indonesia..."
Masyarakat Islam
" Islam merupakan landasan prilaku individu dan hubungan antara sesama dalam masyarakat."
Text
bahasa
jati diri
...1 more
Masyarakat Duano atau apa juga nama yang digelarkan...
"Masyarakat Duano atau apa juga nama yang digelarkan ke atas mereka seperti Orang Kuala, orang Laut mahupun Orang Asli, ternyata masih wujud dan terlindung dalam lingkungan geopolitik mereka yang tersendiri. Namun begitu, ciri-ciri jati diri mereka semakin hari semakin luntur kerana berhadapan denga perubahan dari pelbagai sudut. Sama ada mereka sendiri secara sukarela berubah, ataupun perubahan dipaksakan ke atas mereka, ancaman terhadap ciri-ciri tersebut tidak dapat dihindari."
Text
Masyarakat diajak menderma organ
Text
Masyarakat diajak menderma organ
Text
Masyarakat dan konflik di Kampung Tanjung Dawai
Abstrak
Ini adalah satu kajian komuniti mengenaik organisasi sosial di kampung nelayan dan proses konflik yang terdapat di dalamnya.
Text
masyarakat
Masyarakat berdisiplin apakah dia?
Masyarakat Berbilang Kaum Dalam Cerpen DS
Perbincangan mengenai hubungan etnik dan masyarakat majmuk Malaysia melalui karya sastera (cerpen)
Text
Masyarakat banjar johor
Text
Masyarakat Bajau pertahan budaya
Text
Masyarakat Badui
petempatan
...1 more
Masyarakat Badui tinggal di wilayah Banten...
"Masyarakat Badui tinggal di wilayah Banten Selatan di hujung bahagian barat pulau Jawa. Mereka hingga kini masih berpegang teguh kepada kepercayaan nenek moyang dan menghindarkan diri daripada pengaruh-pengaruh luar sama ada pengaruh Hindu mahupun Islam. Beberapa perbuatan yang mereka anggap moden dijadikan 'taboo', seperti menulis, menggunakan wang, menanam padi di sawah, menggunakan jendela cermin dan lain-lain."
Text
sejarah
Masyarakat Baba dan Nyonya
Text
Masuri S.N
"Masuri telah mulai menulis pada zaman pendudukan Jepun, dan sampai sekarang ada 3 antologi dari Masuri, iaitu Awan Putih, Warna Suasana dan Bunga Pahit mengandungi sajak-sajak dari tahun 1944-1951."
Text
insaf
Puasa
...1 more
Masuk pertengahan Ramadan tetapi tiada berbekas insaf di hati
Salah satu tanda keimanan seseorang itu adalah bergembira dengan kedatangan bulan Ramadan yang merupakan tetamu dari ALLAH SWT. Pemberian dan kurniaan tetamu agung yang tidak ternilai kepada umat nabi Muhammad SAW.
Text
sastera Melayu
Masuk ke dalam cahaya : Satu analisis berdasarkan pendekatan Islam
Abstrak
Kajian terhadap novel Masuk ke dalam cahaya bertujuan mencari unsur Islam dan keislaman dalam karya dan sejauh mana kualiti karya memberi impak kepada masyarakat Islam khususnya dan lain-lain amnya. Kajian yang turut membincangkan secara terperinci dimanakah unsur Islam diterapkan dalam karya, bagaimanakah yang dikatakan aspek Islam dalam karya, bagaimana penulis mengulas tentang Islam dan melihat penulis mengaplikasikan kaedah penulisannya yang bercorak Islam itu sendiri dalam novel tersebut melalui pendekatan Islam dengan mengaplikasikan citra takmilah. Kajian ini juga melihat corak dan gambaran masyarakat yang terdapat dalam novel melalui pendekatan Islam.
Dalam kajian ini, jalan penceritaan, watak dan perwatakan serta beberapa aspek lain diambil, dikupas dan diolah dengan menggunakan pendekatan Islam dalam mencari gambaran nilai keislamanan sebenarnya yang terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu. Pengkaji melihat, pengarang sebagai ahli masyarakat yang terlibat secara langsung, menjadikan kehidupan masyarakat sebagai bahan menghasilkan karya. Melalui penggunaan bahasa masyarakat sebagai pengucapan batin untuk menyuarakan rasa hati atau kehidupan bangsanya serta merujuk fungsi sastera kepada masyarakat sebagai alat kawalan sosial untuk memelihara nilai dan norma masyarakat. Di sini pengkaji melihat bahawa tanpa masyarakat, sastera tidak dapat menemui bentuknya dan tanpa sastera masyarakat tidak dapat menemui kehidupannya. Ini disebabkan sastera dan masyarakat merupakan dua entiti yang saling berhubungan dan tidak dapat dipisahkan.
Kajian ini berlandaskan ‘Model Citra Takmilah’, iaitu gabungan Teori Takmilah dengan pendekatan citra. Dasar utama kajian ini menggunakan Teori Takmilah ciptaan Shafie abu Bakar. Teori Takmilah berdasarkan sifat ketuhanan yang Uluhiyyah (sifat kesempurnaan Allah S.W.T) dan Rububiyyah (sifat Allah S.W.T dalam hubungan dengan makhluk-nya). Sifat ini melambangkan kesempurnaan sikap pengarang, karya dan pembaca kepada Allah S.W.T. Manakala pendekatan citra pula menggabungkan gambaran masyarakat dan perwatakannya dengan tuhan, dengan alam, sesama manusia, dengan dirinya sendiri serta dengan seni sastera. Kelima-lima kategori citra takmilah ini dibuat secara sedar untuk melihat konteks manusia dalam novel bercorak Islam, khususnya novel Masuk ke Dalam Cahaya karya Abdullah Hussain.
Kesimpulan dari pengkajian ini, pengkaji mendapati novel Masuk ke dalam cahaya karya Abdullah Hussain mempunyai pelbagai citra manusia. Jalan penceritaannya berlandaskan kesedaran tauhid dengan mendukung seruan tauhid, iaitu mengajak manusia menyempurnakan diri dengan beriman kepada Allah S.W.T. Pengarang mengajak manusia memahami segala fenomena yang berlaku dan mengambil hikmah daripada fenomena tersebut. Pengkaji melihat hal ini bersesuaian dengan Teori Takmilah. Pengkaji juga menemui bahawa hubungan sastera dan masyarakat adalah saling bersangkutan. Sastera dapat memberi gambaran nyata, baik mengenai imej manusia mahupun struktur sosial masyarakatnya. Dalam Islam, citra sastera yang dituntut ialah karya yang berpaksikan kepada ilmu. Ilmu yang bersifat amar makruf dan nahi mungkar. Ilmu yang dapat mendidik jiwa manusia kepada mencintai kebenaran dan kebenaran merupakan satu ciri keindahan yang menjadi faktor penentu kepada sesebuah karya. Dalam kajian, terdapat pelbagai citra manusia seperti huraian bab 3 kajian ini yang mana citra manusia sebagai teladan kepada manusia lain. Oleh yang demikian, pengkajian citra manusia dalam novel merupakan salah satu genre kesusasteraan yang popular, banyak merakam fenomena dan perilaku manusia. Dengan melihat kepada tujuan atau objektif kajian ini juga, kesemua tujuan adalah bertitik tolak daripada hipotesis bahawa novel, cerpen, puisi, atau karya-karya sastera mencerminkan citra masyarakatnya dan menjadi media dakwah pengarang untuk mengajak masyarakatnya mentauhidkan Allah S.W.T.
Text
Mastera erat hubungan penulis tiga negara
Text
Mastera erat hubungan penulis tiga negara
Text
war
Master Catalog Nakshah-Naskhah Nusantara by I MADE Suparta
Discusses the development of a master catalogue for Nusantara manuscripts. It highlights the importance of systematic documentation, classification, and preservation of manuscripts from the Malay-Indonesian world to support philological research and protect cultural heritage.
Text
cina
masjid
...1 more
Masjid-masjid tua di Melaka seperti...
"Masjid-masjid tua di Melaka seperti Kampung Hulu, Kampung Hulu, Kampung Keling dan Tranquerah mempunyai pintu gerbang yang dipengaruhi oleh pintu gerbang Cina dan hiasan-hiasan dinding yang diperbuat daripada tembikar Cina. Semuanya itu membuktikan adanya pengaruh Cina terhadap seni bina tempatan."
Text
kesenian islam
masjid
Masjid yang pertama didirikan di Semenanjung...
"Masjid yang pertama didirikan di Semenanjung Tanah Melayu ialah Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri, Kelantan. Berhubung dengan pembinaannya, setengah pendapat mengatakan, ia dibina oleh alim ulama dari Jawa. Dari segi bentuknya ia mempunyai dinding tiga tangkup dan bertiang sama seperti Masjid Agung Demak."
Text
Masjid Wilayah Persekutuan : a study of interior design
Abstrak
Ever since the rise of Islam in Malaysia many mosques of various architectural forms, and styles from vernacular to colonial, traditional Middle Eastern and modern with varieties of interior designs from austere and plain to highly decorated and eclectic rectangle and square spaces rooted in many cultural and ethnic groups, have been erected to serve the Muslim community and to create an Islamic architecture identity. Heavy rainfall and high rate of humidity; varying ethnic groups; and the migration of different nations including Indians, Middle Eastern, Arabs, and the Westerns to the region have left their inevitable marks on the architecture and the interior design of mosques in Malaysia throughout her history. The aim of this research is to establish an understanding of mosque interior design evolution process from the earliest stage of its appearance in the form of vernacular mosque to the present status as the in Masjid Wilayah Persekutuan which is a true eclectic example of the latest Islamic architectural marvel in Malaysia. In order for us to get a glimpse of this process a background and the effect of local pre-Islamic designs, the history of Islam in the region, geographical, socio-cultural, and even the political factors that have influenced the scope of the usage of the Islamic art and architectonic elements to accomplish the interior designs of the mosques in Malaysia will be reviewed. In the end the interior design of the Masjid Wilayah Persckutuan will be examined and analyzed for its relationship with the Islamic art and architectonic concepts of vermacular mosques and other genres as well as its adaptability with the cultural and the climatic condition of the region.
Showing 9351 to 9400 of 19303 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2