Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19615 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Di antara teks sastera undang-undang...
"Di antara teks sastera undang-undang itu Hukum Kanun Melaka adalah teks yang tertua sekali. Ia menjadi ikutan, rujukan dan juga ikon kepada sastera undang-undang yang muncul selepasnya. Hukum Kanun Melaka adalah merupakan Hukum Islam yang pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah."
Text
Dalam masa penggubalan undang-undang...
"Dalam masa penggubalan undang-undang ini terdapat pelbagai unsur telah masuk menyerap ke dalamnya antaranya ialah pengaruh Hindu dan Islam. Islam telah memberikan sumbangan besar dalam pembinaan genre sastera undang-undang yang berupa hukum kanun dan undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu."
Text
Sama banyaknya orang membicarakan syair...
"Sama banyaknya orang membicarakan syair sufinya, begitulah juga orang membicarakan kedudukannya sebagai popular sastera moden Melayu. Orang yang bertanggungjawab mengenahkan Hamzah Fansuri ialah Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Menurut beliau Hamzah Fansuri layak dianugerahkan sebagai gelar Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Hal ini kerana beliau seorang yang mistik dan sufistik dalam pembaharuan yang membawa pemikiran baharu dalam sastera Melayu."
Text
Telah banyak dilakukan kajian terhadap...
"Telah banyak dilakukan kajian terhadap kehebatan sufistik karya-karya Hamzah Fansuri. Syair -syair Hamzah Fansuri merupakan karya puisi Melayu yang tertua kecuali ' Syair Dagang'. Syair-syair beliau yang lain misalnya 'Syair Perahu' mempunyai unsur mistik dan melambangkan perhubungan Tuhan dengan manusia. Terdapat satu karangan yang merupakan gabungan bebarapa syair Hamzah Fansuri yang agung yang bertajuk Perintis Jalan'."
Text
Hamzah Fansuri sebagai sasterawan Islam...
"Hamzah Fansuri sebagai sasterawan Islam diterima oleh kawan dan lawan. Syed Muhammad Naguib Al-Attas menganggapnya sebagai sasterawan ulung Nusantara. R.O Winstedt menyatakan ia sebagai orang oertama menulis ilmu tasawuf dalam bentuk sastera iaitu syair."
Text
Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala ...
"Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala kesenian adalah cabang kebudayaan dan kebudayaan merupakan cabang Tamadun Islam. Peranan sastera kitab ialah membentuk 'worldview' Melayu, membina tradisi keilmuan, membina sistem nilai, membentuk budaya, media perpaduan, media pemikiran, dan pembentukan akhlak."
Text
Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala ...
"Kesusasteraan adalah cabang kesenian. Manakala kesenian adalah cabang kebudayaan dan kebudayaan merupakan cabang Tamadun Islam. Peranan sastera kitab ialah membentuk 'worldview' Melayu, membina tradisi keilmuan, membina sistem nilai, membentuk budaya, media perpaduan, media pemikiran, dan pembentukan akhlak."
Text
Sastera kitab yang berkembang di ...
"Sastera kitab yang berkembang di rantau ini meliputi pelbagai bidang seperti usulu'd-din, tasawwuf,fiqh dan sebagainya. Seawal zaman Melaka, masyarakat Melayu telah mengenal kitab-kitab seperti al-Durr al-Manzum dan al-Luma."
Text
Kebanyakan hasil sastera kitab bertujuan...
"Kebanyakan hasil sastera kitab bertujuan untuk jihad dan menyebarkan ilmu, bukan pelaburan atau kepentingan politik. Kebanyakannya merupakan terjemahan atau saduran. Kitab bermaksud buku suci yang mengandungi perkara-perkara keagamaan seperti hukum, ajaran dan lain-lain. Kitab dalm konteks sastera Islam ialah sebuah tulisan yang mengandungi berbagai bab tetapi membincangkan tentang satu topik yang besar."
Text
Teka-teki adalah suatu genre...
"Teka-teki adalah suatu genre yang telah muncul sejak zaman berzaman lagi. Orang Melayu sangat terkenal dengan genre teka-teki ini kerana terdapat unsur permainan, kecerdikan, kepantasan, hiburan, pendidikan dan sesuai dengan jiwa dalam budaya Melayu."
Text
Mengambil pengertian umum, bait ialah...
"Mengambil pengertian umum, bait ialah puisi yang sebaris (al-masrak) dan tentunya mempunyai dua kerat. Za'ba menjelaskan bait sebagai satu baris mana-mana syair Arab atau Parsi yang diambil dari mana-mana puisi panjang, tidak kira sama ada ia syair, masnawi,qasidah,ghazal atau apa saja. Ambilan sebaris inilah yang dinamakan bait."
Text
Ghazal bererti cinta atau puisi...
"Ghazal bererti cinta atau puisi berkasih sayang. Di tangan sastera Arab ia melambangkan puisi percintaan yang sangat mendalam yang membayangkan masyarakat Arab begitu setia pada persumpahan cintanya dan begitu mendalam curahan cinta sayangnya."
Text
Rubai bererti empat, ini kerana...
"Rubai bererti empat, ini kerana puisi ini empat baris empat baris , seperti pantun empat kerat. Genre ini adalah puisi Melayu boleh dikatakan tidak banyak bezanya dengan rubai Parsi. Malah boleh dikatakan sebagai peniruan yang bulat."
Text
Qasidah berasal daripada perkataan Arab...
"Qasidah berasal daripada perkataan Arab maknanya nyanyian. Bentuk qasidah sebenarnya ialah puisi syair yang telah menemukan bentuknya yang lengkap. Puisi Arab yang berasal dari saj menjadi rajaz dan akhirnya mencapai bentuk qasidah."
Text
Nazam satu lagi jenis puisi...
"Nazam satu lagi jenis puisi bawaan dari negara Arab, yang telah menjadi genre puisi sastera Melayu tradisional. Antara ciri nazam ialah mempunyai rima, suku kata tidak terbatas asal berimbang, setiap rangkap tidak sama barisnya, dinyanyi dan dilagukan."
Text
Gurindam pula puisi yang dibawa...
"Gurindam pula puisi yang dibawa oleh orang - orang India ke Alam Melayu. Perkataannya yang bersajak pada akhr pasangan, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangan sahaja. Baris pertama sebagai syarat, dan baris kedua sebagai jawab."
Text
Pantun ialah puisi tradisional Melayu ...
"Pantun ialah puisi tradisional Melayu yang paling popular dan dekat dengan orang-orang Melayu. Pantun adalah jiwa dan sejarah orang-orang Melayu. Ciri pantun biasa adalah mengandungi empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Setiap rangkap mempunyai pembayang dan maksud."
Text
Ada pandangan yang mengatakan bahawa...
"Ada pandangan yang mengatakan bahawa bahasa berirama sama tua dengan jampi mantera. Bahasa berirama pula ialah puisi yang mempunyai penyusunan kata-kata yang indah, tiada terikat pada rima, dan kaya unsur puitis."
Text
Mentera ialah puisi tradisional yang ...
"Mentera ialah puisi tradisional yang tertua sekali, ia dikatakan sebagai puisi magis iaitu hubungan dengan makhluk halus, supernatural, dan animisme. Untuk perbomohan, pakai diri, pertahanan, dan keselamatan."
Text
Sistem politik dan ekonomi yang ...
"Sistem politik dan ekonomi yang ditunjukkan dalam teks ini adalah hasil daripada struktur dan sistem sosialnya. Raja adalah simbol perpaduan dan menguasai kawasan istana dan sekitarnya atau negara kota. Di kawasan lain, pembesar negeri pula yang berkuasa. Ikatan antara pembesar dan sultan adalah berasakan kesetiaan."
Text
Golongan anak raja dan pembesar...
"Golongan anak raja dan pembesar negeri ini memiliki ciri dan perlambagaan yang hampir sama dengan golongan 'priyayi' di Indonesia. Pembesar negeri memilki ciri yang berbeza dengan kelompok yang lain .Ciri iitu meliputi adat sopan santun, dan bahasa."
Text
Apabila membaca Sejarah Melayu banyak...
"Apabila membaca Sejarah Melayu banyak orang merujuk pada suatu peristiwa yang paling menarik sekali dalam Sejarah Melayu iaitu perjanjian di antara Demang Lebar Daun dengan Seri teri Buana. Perjanjian ini menjadi dasar konsep daulat dan derhaka yang melatari perhubungan antara raja dengan rakyat yang berterusan dari zaman ke zaman hinggalah ke hari ini. "
Text
Tujuan sejarah Melayu yang disusun...
"Tujuan sejarah Melayu yang disusun semula adalah untuk memperbesarkan kedudukan dan sejarah silam raja-raja Melaka yang lebih tewas di takluki Portugis. Pelbagai unsur bukan sejarah dimasukkan sebagai dakyah untuk menguatkan pencapaian terhadap tujuan tersebut. Sejarah Melayu mempunyai empat sifat iaitu sejarah, saintifik, humanistik, rasional dan self-revealatory."
Text
Sejarah Melayu dianggap sebagai teks...
"Sejarah Melayu dianggap sebagai teks kanon dalam sastera Melayu klasik dan karya agung historiografi Melayu. Sejarah Melayu memberi ketenangan tentang keturunan raja-raja Melayu dan nasib kerajaan Melayu sehingga kehadiran orang Portugis. "
Text
Watak Hang Jebat selalunya bersaing...
"Watak Hang Jebat selalunya bersaing dengan watak Hang Tuah. Dari segi fizikal, Jebat dikatakan berkulit putih ,rambutnya ikal. dan kacak orangnya. Dia mempunyai suara yang merdu,pandai membaca hikayat. Dia memiliki ilmu seperti ilmu batin, ilmu sakti, ilmu firasat, dan ilmu pustaka. Oleh itu, kehandalannya lebih kurang sama dengan Hang Tuah kerana mereka sama-sama berguru di Bentan dan di Majapahit."
Text
Hang Tuah sebagai simbol kewiraan...
Hang Tuah sebagai simbol kewiraan Melayu dapat dilihat daripada sifat - sifatnya iaitu pertama berbakti dan taat setia kepada raja. Setiap peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah menggambarkan Hang Tuah sebagai tokoh yang sentiasa mencurahkan segala daya dan nyawa demi kesetiannya kepada raja."
Text
Dalam sejarah Islam ramai tokoh...
"Dalam sejarah Islam ramai tokoh-tokoh pahlawannya. Kegagahan dan perjuangan tokoh-tokoh ini terus hidup dalam bentuk dunia sastera. Apabila Islam masuk ke Alam Melayu, maka cerita-cerita pahlawan dibawa bersama sebagai salah satu pengembangaan dakwah Islam. "
Text
Dalam sastera epik Islam sesungguhnya...
"Dalam sastera epik Islam sesungguhnya sangat kaya dengan segala nilai-nilai murni . Dalam Hikayat Amir Hamzah nilai murni yang didapati ialah nilai tolong-menolong dan bersatu padu bagi menghadapi suasana yang genting kerana ancaman musuh."
Text
Syair Siti Zubaidah adalah sejenis...
"Syair Siti Zubaidah adalah sejenis sastera hikayat dalam bentuk puisi. Genre hikayat adalah genre terbesar dalam karya kesusasteraan. Sastera hikayat boleh dipecahkan kepada kepada sub-golongan yang lain. Sastera hikayat berfungsi sebagai alat hiburan orang Melayu. "
Text
Salah satu genre sastera bawaan...
Salah satu genre sastera bawaan daripada Arab Parsi yang dikaitkan dengan hikayat ialah sejenis penceritaan yang sambung bersambung dan berantai. Genre ini terkenal dengan nama Hikayat Berbingkai, kerana strukturnya sedikit berbeza dari hikayat yang umum. Cerita itu bersambung-sambung serta berkait dengan cerita pokok."
Text
Sewaktu membicarakan pengaruh Arab Parsi...
"Sewaktu membicarakan pengaruh Arab Parsi dalam bab yang lepas telah dihuraikan konsep sastera roman atau hikyat ini. Perkataan hikayat berasal dari bahasa Arab yang bererti 'cerita', tetapi ia banyak merujuk kepada cerita yang didasari daripada sejarah. Dalam konteks sastera Melayu, hikayat ialah suatu penceritaan yang panjang mengenai sesuatu kejadian, tokoh dan sebagainya. Roman dan hikayat selalunya dalam penggunaan yang sama."
Text
Menurut kronologis penyebarannya, sastera kreatif...
Menurut kronologis penyebarannya, sastera kreatif agak terbelakang kehadirannya dalam kesusasteraan Melayu. Risalah dan kitab telah mendahului dan berfungsi sebagai memberi pengajaran."
Text
Sastera Islam datang bersama kedatangan...
"Sastera Islam datang bersama kedatangan Islam ke Alam Melayu. Ia bertugas sebagai penyokong pendakwaan agama Islam itu sendiri, dan tidak hairanlah bahawa dalam sastera Islam yang berkembang dulu ialah Sastera Kitab. Kemudian barulah sastera berbentuk lagenda dan kisah nabi."
Text
Secara pendek, di dalam apa...
"Secara pendek, di dalam apa jua seninya tetaplah merujuk kepada pengertian Islam itu sendiri. Konsep sastera Islam ialah sastera yang memancarkan sikap hidup yang bertakwa sambil menekankan kepada kebaikan-kebaikan amalan masyarakat, yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi."
Text
Sastera pada zaman peralihan ini....
"Sastera pada zaman peralihan ini, hampir-hampir memiliki plot stoknya sendiri. Terdiri daripada tiga bahagian . Pada permulaan, ia bertujuan untuk menunjukkan kebesaran kerajaan, di samping menjelaskan situasi peristiwa yang akan dimulakan. Pada bahagian pertengahan, kita akan membaca perihal anak yang sudah membesar dan mendewasa. Seterusnya, pada bahagian akhir adalah bahagian penyelesaian."
Text
Menurut Ismail Hamid ( 1987, 1989 ) ...
Menurut Ismail Hamid ( 1987, 1989 ) sastera zaman peralihan itu ialah fenomena karya sastera berasal daripada sastera Hindu dengan wajah baru yang mengandungi unsur-unsur keislaman. Dihasilkan atau ditulis pada zaman bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu. Karya bersifat Hindu telah diubahsuai dengan sifat-sifat keislaman sesuai dengan prinsip dan pemikiran Islam."
Text
Kemudian kita menyaksikan orang...
Kemudian kita menyaksikan orang-orang Melayu mula memeluk Islam apabila sampai dakwah dan seruan. Kedatangan para pedagang Arab-Parsi dan India membawa bersama mereka agama Islam. Pengislaman Sultan Muhammad Shah dan pengikutnya merupakan satu faktor penarik saudagar dan pendakwah Islam ke situ."
Text
Menjadikan Islam sebagai agama rasmi...
"Menjadikan Islam sebagai agama rasmi, membolehkan Melaka mempunyai ramai sahabat. Ini kerana Melaka memang ada hubungannya dengan Pasai, Gujarat, Arab-Parsi dan China. Negara tersebut banyak menolong Melaka menyebarkan pengaruh Islam ke rantau ini. "
Text
Ravana telah dibuang negeri dan ...
Ravana telah dibuang negeri dan bertapa selama 12 tahun di Bukit Serendip. Akhirnya Allah menghantar Nabi Adam A.S kepada Ravana untuk bertanya akan tujuan dia bertapa. Dia ingin memerintah kerajaan. Peristiwa ini memperlihatkan penyelitan unsur agama Islam."
Text
Fungsi utama cerita jenaka ialah...
"Fungsi utama cerita jenaka ialah memberi hiburan kerana perkataan 'jenaka' itu sendiri membawa makna lucu dan membawa kesan menghiburkan atau orang tertawa. Sifat lucu itu memberi kesan menghiburkan atau orang tertawa. Unsur hiburan dapat dilihat pada sifat lucu yang dimiliki watak."
Text
Abu Nawas merupakan cerita yang ...
"Abu Nawas merupakan cerita yang sangat popular di beberapa daerah di Nusantara, terutama di kalangan orang-orang Santri. Abu Nawas juga merupakan tokoh historis. Abu Nawas merupakan sastera rakyat yang berasal dari rantau Melayu. Semua ceritanya membawa unsur lucu daripada sifat-sifat kepintaran dan kebijaksanaan Abu Nawas sendiri."
Text
Pak Pandir merupakan tokoh jenaka ...
"Pak Pandir merupakan tokoh jenaka yang terkenal. Beliau mempunyai watak yang disifatkan sebagai bodoh-pintar dan juga bersifat lurus atau naif. Cerita Pak Pandir ada persamaan dengan cerita-cerita jenaka di India."
Text
Cerita jenaka itu seluruhnya bukanlah ....
"Cerita jenaka itu seluruhnya bukanlah milik zaman sastera rakyat, tetapi juga berasal dari luar tanah air seperti India, Arab dan Parsi. Cerita ini tidak diambil bulat - bulat daripada yang aslinya tetapi telah diubah dan pelakon dan latar belakang ceritanya ditukar ganti untuk disesuaikan dengan masyarakat Melayu. "
Text
Jampi mempunyai dua bentuk dominan ...
"Jampi mempunyai dua bentuk dominan iaitu bentuk pantun dan pantun bebas. Bentuk pantun memperlihatkan adanya pembayang maksud. Di samping itu, ia digubah berkerat-kerat bagi menimbulkan keharmonian dan kuasa bahasa yang menunjukkan keghaibahan."
Text
Jampi yang pertama dan kelima ...
"Jampi yang pertama dan kelima adalah jampi jenis larangan . Jenis perubatan pula ada bagi yang kedua dan ketiga. Jenis engasih atau pujaan pula ialah yang keempat. Tiap jenis jampi diikuti dengan cara penggunaannya yang tersendiri."
Text
Cerita penglipur lara atau disebut ...
"Cerita penglipur lara atau disebut juga dengan cerita lipur lara bermaksud cerita yang menghibur orang yang dalam kesedihan atau berdukacita. Cerita penglipur lara mengandungi ciri-ciri setempat dan unsur-unsur luar yang mempengaruhi cerita. Cerita bertemakan pengembaraan, percintaan,dan peperangan."
Text
Cerita jenaka juga dikenali sebagai...
"Cerita jenaka juga dikenali sebagai merry tales, tall tales dan lain-lain. Cerita jenaka di seluruh dunia mempunyai persamaan dari segi motif atau isi ceitanya, maksud dan bentuk ceritanya. Ia mempunyai maksud hiburan, petunjuk dan sindiran seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang."
Text
Cerita dongeng ialah cerita yang...
"Cerita dongeng ialah cerita yang menggambarkan kisah hidup seseorang tokoh atau peristiwa, yang berlaku di dunia kenyataan , tetapi kejadiannya tidak semestinya berlaku sebenarnya. Ia lebih kepada cerita rekaan yang di dalamnya ada unsur mitos, lagenda, kesaktian, keajaiban dan sebagainya."
Text
Lagenda juga adalah sejenis cerita ...
"Lagenda juga adalah sejenis cerita prosa yang dianggap oleh penuturnya sebagai cerita yang benar yang berlaku dalam waktu tidak begitu lama. Lagenda dianggap sebagai suatu peristiwa sejarah. Contohnya, Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Hang Tuah, Tuan Puteri Sakdong di Kelantan dan lain-lain."
Text
Mitos merupakan sejenis cerita prosa...
"Mitos merupakan sejenis cerita prosa, yang dianggap oleh masyarakat bahawa cerita itu sebagai benar dan pernah terjadi pada masa yang lalu. Mitos juga merupakan cerita yang suci yang lahir daripada kepercayaan agama dan mempunyai pertalian erat dengan ritual. Mitos mengisahkan tentang dewi, asal mula kejadian alam, manusia dan kematian."
Showing 12401 to 12450 of 19615 results
Page
of 393
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2
!-- Matomo -->