Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19322 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Antara hasrat pengisian Kemerdekaan
Kertas ini disediakan untuk membentangkan betapa lemahnya kaum Bumiputera dan sekaligus memberi kejutan kepadanya, supaya dengan segera mengambil langkah untuk mengatasi kelemahannya...
Text
budaya luar
kepercayaan
Angka 4 dianggap sial oleh orang Korea
Kepercayaan orang Korea terhadap angka.
Text
Sekolah pondok moden
Globalisasi dan Cabaran Budaya Melayu
Kesan globalisasi terhadap budaya Melayu serta cabaran yang dihadapi dalam mempertahankan identiti budaya tempatan.
Text
Morfemik dialek Melayu Kelantan
Abstrak
Disertasi ini merupakan satu pengkajian mengenai dialek Melayu Kelantan, iaitu dari aspek morfemik. Morfemik adalah pengkajian terhadap morfem-morfem dalam sesuatu bahasa atau dialek, dan pengkajian meliputi juga tentang cara-cara penyusunan morfem-morfem dalam pembentukan kata.
Text
Islam dan kebahasaan melayu
Pada pendapat saya Bahasa Melayu, telah takdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi satu daripada Bahasa Islam yang utama di dunia termasuk Bahasa Arab sebagai Bahasa ibunda...
Text
Ke arah pengajaran TITAS dan hubungan etnik yang holistik
Kemunculan abad ke-21 dan Alaf atau Millennium Ketiga telah mencetuskan minat yang begitu mendalam terhadasppengajian ilmu ketamadunan di seluruh dunia, baik di Amerika , Eropah, Asia maupun di Afrika ...
Seni dan Kosmologi
"Seni pada diri manusia ialah cetusan perasaan pemikiran, tutur kata, ungkapan dan perbuatan yang menggambarkan keindahan kebenaran dan kesempurnaan."
Islam dan pengucapan seni
" Seni dalam pengertian yang paling mudah ialah segala kegiatan dalam melahirkan sesuatu yang indah,... "
Text
PJJ: revolusi sistem pendidikan
Text
Melayu wajar pikul tugas sambung tamadun Islam
Text
brunei
keris
...1 more
Bagi pengusaha pembuatan keris, menjadikan...
"Bagi pengusaha pembuatan keris, menjadikan perusahaan itu sebagai sumber mata pencarian mereka. Keris yang mereka buat dan hasilkan akan dijual. Hasil daripada penjualan keris itu pula akan digunakan untuk membeli keperluan harian yang lain, serta keperluan dalam pembuatan keris (walaupun sebahagian besar peralatan dan perkakas membuat keris pada mulanya didapatkan dengan percuma, iaitu dengan cara membuat atau mengambil sendiri dalam hutan)."
Text
brunei
keris
...1 more
Pada masa sistem barter digunakan...
"Pada masa sistem barter digunakan dalam aktiviti ekonomi masyarakat Melayu Brunei, keris juga dijadikan sebagai alat atau bahan pertukaran, khususnya antara penduduk Kampong Ayer dengan masyarakat pedalaman."
Text
brunei
keris
...1 more
Masyarakat Melayu atau orang Melayu mempunyai...
"Masyarakat Melayu atau orang Melayu mempunyai berbagai-bagai cara untuk memastikan sama ada keris berkenaan membawa untung atau bencana. Antaranya dengan cara mengukur bilah keris, mengukir ayat-ayat Al-Quran di atas bilah keris dan menyerapkan semangat ke dalamnya (Gardner, 1973: 53-62)
Text
brunei
keris
...1 more
Dengan mengambil kira keistimewaan atau kuasa...
"Dengan mengambil kira keistimewaan atau kuasa atau 'mana' yang terdapat pada keris (kadang-kadang disebut sebagai keris berkeramat) oleh sebilangan kecil masyarakat Melayu Brunei daripada golongan bomoh, dukun atau orang yang pandai 'menawari', menggunakan keris berkenaan sebagai alat dalam upacara pengubatan mereka (atau meminta pesakit mereka menyediakan sebarang keris sebagai 'pikaras' atau pengeras)."
Text
brunei
keris
...1 more
Terdapat segelintir masyarakat Melayu Brunei...
"Terdapat segelintir masyarakat Melayu Brunei yang percaya kepada kuasa atau keajaiban yang terdapat pada keris. Hal ini dikaitkan dengan keistimewaan besi yang digunakan untuk menghasilkan bilah keris berkenaan yang disebut sebagai 'tuah besi'. Pemilik keris seumpama ini akan berasa optimis bahawa dengan menyimpan keris itu boleh mendatangkan untung atau kebaikan kepadanya dan ahli keluarganya."
Text
brunei
keris
...1 more
Keris yang berperanan atau dijadikan...
"Keris yang berperanan atau dijadikan sebagai alat atau bahan perhiasan rumah adalah lumrah yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu Brunei pada masa ini. Hal ini mempunyai perkaitan dengan keindahan dan keunikan yang terdapat pada komponen-komponen (bilah, hulu dan sarung) keris secara keseluruhan."
Text
brunei
keris
...1 more
Kepentingan keris semasa majlis perkahwinan...
"Kepentingan keris semasa majlis perkahwinan atau upacara persandingan masyarakat masyarakat Melayu Brunei ialah untuk memperlihatkan identiti kelelakian pengantin lelaki, statusnya sebagai raja sehari dan menimbulkan rasa atau semangat kepahlawanan dan kegagahan pada dirinya selaku pelindung permaisurinya."
Text
brunei
keris
...1 more
Keris yang dipakai atau dimiliki...
"Keris yang dipakai atau dimiliki oleh setiap individu atau sesuatu golongan adalah berasaskan latar belakang status atau darjatnya dalam masyarakat. Umpamanya bagi golongan aristokrat, khususnya Wazir-Wazir, akan dikurniakan atau memakai keris peribadi masing-masing, seperti Pengiran Bendahara akan memakai keris Sasap Lantai, Pengiran Di-Gadong memakai keris Si Bongkok, Pengiran Pemancha memakai keris Talam Ilir dan Pengiran Temenggong memakai keris Si Jantung."
Text
brunei
keris
...1 more
Penggunaan keris dalam majlis-majlis beristiadat...
"Penggunaan keris dalam majlis-majlis beristiadat di Brunei memperlihatkan peranan pentingnya sebagai pelengkap dan penyeri istiadat berkenaan. Di samping ia adalah suatu warisan tradisi yang terus diamalkan sejak berkurun-kurun yang silam, walaupun formatnya mengalami beberapa pengubahsuaian kerana untuk disesuaikan dengan keperluan dan keadaan semasa. Ini bermakna nilai dan konsep peranan keris dalam konteks majlis-majlis beristiadat masih dikekalkan di Brunei."
Text
Selain menjadi lambang kemelayuan, keris juga...
"Selain menjadi lambang kemelayuan, keris juga dapat menggambarkan identiti negara di kalangan negara-negara Alam Melayu (termasuk Brunei) sendiri (Mingguan Malaysia, 24 Februari 1985), kerana setiap negara di rantau berkenaan mempunyai bentuk, jenis dan keunikan kerisnya yang berbeza dan tersendiri."
Text
brunei
keris
...1 more
Peranan keris dalam masyarakat Melayu Brunei dari aspek sosiobudaya
Dari aspek sosiobudaya orang Melayu, keris merupakan objek budaya benda yang mempunyai banyak peranan, sama ada berlaku secara langsung ataupun tidak langsung seperti menjadi identiti bangsa dan negara, alat kebesaran dalam adat istiadat diraja dan penanda status pemakai.
Text
Walaupun keris tidak begitu berperanan...
"Walaupun keris tidak begitu berperanan untuk digunakan sebagai senjata dan alat pertahanan dalam peperangan besar (lebih-lebih lagi masa kini), namun di arena persilatan Melayu, keris tetap berfungsi sebagai senjata dan alat bela diri yang paling sesuai (Tuan Ismail, 1991: 29)"
Text
brunei
keris
...1 more
Peranan keris dalam masyarakat Melayu Brunei dari aspek pertahanan
Sebagai senjata tajam, keris digunakan untuk mempertahankan diri dan menghadapi serangan musuh. Oleh sebab itu, keris dijadikan sebagai alat pertahanan tradisi orang Melayu di Nusantara.
Text
brunei
keris
...1 more
Selain memberi pengiktirafan kepada pertabalan...
"Selain memberi pengiktirafan kepada pertabalan seorang sultan dan bakal pengganti sultan, keris juga digunakan untuk mentauliahkan perlantikan seseorang pembesar di Brunei. Contohnya, dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Hasan (1582-1598), perlantikan 'Raja Duta', 'Penyurat' dan 'Penduta' diiktiraf dengan pengurniaan sebilah keris 'berpendok' dan berhulu emas."
Text
brunei
keris
...1 more
Di Brunei, keris Si Naga adalah...
"Di Brunei, keris Si Naga adalah lambang kekuasaan dan kedaulatan kerajaan Melayu Brunei. Keris Si Naga inilah yang mengangkat status politik sultan Brunei untuk memegang tampuk pemerintahan dan pentadbiran negara secara mutlak."
Text
brunei
keris
...1 more
Peranan keris dalam masyarakat Melayu Brunei dari aspek politik
Dalam konteks beraja menurut sejarah Brunei, pertabalan atau perpuspaan pengganti sultan atau menjadi sultan Brunei (yang baru) sudah berlaku beberapa kali. Setiap pertabalan akan dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja. Sebagai pengesahan kepada pertabalan itu, dua peralatan penting diperlukan yang juga menjadi alat kebesaran diraja Brunei, iaitu keris dan mahkota.
Text
brunei
keris
...1 more
Biasanya hulu dan dan sarung keris...
"Biasanya hulu dan sarung keris diperbuat daripada kayu dan gading gajah. Kayu yang selalu digunakan oleh pandai besi Brunei untuk membuat hulu dan sarung keris ialah 'jalutung', 'ranggu' atau kayu 'bawang', 'mangaris', 'impas', 'smala', 'rangas', 'kulimpapa', 'santul', kayu 'arang' atau kayu 'malam' dan kayu 'tayi'."
Text
brunei
keris
...1 more
Bilah keris adalah komponen paling...
"Bilah keris adalah komponen paling penting bagi keris. Bilah kerislah yang menentukan identiti keris supaya berbeza daripada senjata-senjata tajam yang lain."
Text
brunei
keris
...1 more
Komponen keris
Komponen keris terbahagi kepada tiga, iaitu bilah keris, hulu keris dan sarung keris.
Text
brunei
keris
...1 more
Pandai besi Brunei lazimnya membahagikan...
"Pandai besi Brunei lazimnya membahagikan kedudukan besi baik kepada beberapa darjat, antaranya raja, menteri, bendahara, temenggung dan budak. Besi raja adalah dianggap sebagai besi yang terbaik dan mempunyai darjat yang tertinggi. Sementara besi yang tidak baik disebut sebagai 'besi kafir' (Abdul Munap Jumahat, 1988: 49-50)."
Text
brunei
keris
...1 more
Tujuan mengukur keris ialah untuk...
"Tujuan mengukur keris ialah untuk memastikan baik atau tidaknya keris itu, iaitu dengan bersandarkan kepada 'tuah besi' yang digunakan. Waktu mengukur besi ialah setelah keris berkenaan siap ditempa dan dibentuk. Cara mengukur yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu Brunei yang tahu tentang keris ialah dengan menggunakan ibu jari kedua belah tangan secara bergilir-gilir."
Text
brunei
keris
...1 more
Antara petua dan pantang larang semasa...
"Antara petua dan pantang larang semasa menempa keris bagi masyarakat Melayu Brunei ialah tidak boleh ditegur atau dipanggil apabila pandai besi sedang 'mengikir' (menghalusi) bilah keris."
Text
brunei
keris
...1 more
Menurut kebiasaan pandai besi dahulu...
"Menurut kebiasaan pandai besi dahulu, pembuatan keris sebaiknya dimulakan selepas sembahyang subuh hari Jumaat. Tempoh pembuatannya pula adalah bergantung kepada jenis keris yang ditempa. Jika keris biasa, untuk menghasilkan bentuk bilah keris yang sempurna akan hanya memakan masa paling singkat satu hari. Sementara jenis keris yang istimewa dan penting, akan memakan masa sampai berbulan atau bertahun untuk menghasilkannya."
Text
brunei
keris
...1 more
Ciri-ciri yang turut berperanan mencantikkan bilah keris...
"Ciri-ciri yang turut berperanan mencantikkan bilah keris ialah pamornya. Pamor dihasilkan atau ditimbulkan dengan merendam bilah keris berkenaan ke dalam campuran air limau, tanah bangar dan perahan buah nanas selama tujuh hingga 10 hari."
Text
brunei
keris
...1 more
Untuk menghasilkan keris yang cantik...
"Untuk menghasilkan keris yang cantik dan bermutu, pandai besi akan menggunakan arang dari kayu-kayu tertentu, seperti 'pulau-pulauan', 'tayi (tahi) kakang', 'piasau-piasau' dan 'tampoi paya'. Kayu-kayu ini dipilih kerana dapat menyalakan api dengan baik pada suhu yang sesuai dan tetap (konsisten)."
Text
brunei
keris
...1 more
Untuk menghasilkan sebilah keris...
"Untuk menghasilkan sebilah keris, bahan utama yang diperlukan ialah besi, sama ada besi pamor atau besi baja, atau campuran kedua-duanya. Mencampurkan besi disebut 'membalan'. Cara 'membalan' ialah sekeping besi dibelah, kemudian di celah-celah belahan itu dimasukkan besi lain."
Text
brunei
keris
...1 more
Perusahaan membuat keris ini dijalankan...
"Perusahaan membuat keris ini dijalankan oleh kaum lelaki dan boleh disifatkan sebagai perusahaan cottage. Menurut Mohd Taib Osman, 1984: 228), perusahaan cottage ditandai oleh empat kriteria, iaitu tempat kerja (di rumah atau kawasan rumah), pengendalian perusahaan (oleh ahli keluarga), penggunaan tenaga kerja (biasanya secara manual atau tradisional), peluasan dan cara pemasaran (dalam lingkungan masyarakat persekitarannya dan secara menempah tanpa sebarang cagaran atau wang pendahuluan kerana saling mempercayai."
Text
brunei
keris
...1 more
Dalam perusahaan membuat keris secara tradisional...
"Dalam perusahaan membuat keris secara tradisional di Brunei, pembuat keris dikenali sebagai pandai besi. Di tempat-tempat lain di Alam Melayu, pembuat keris juga dikenali sebagai empu (The Star, 4 September 1995), pandai keris (Abd. Ghafar Latip, 1997: 30) dan tuk tukang (Mustafa Kamal, 1989:30)."
Text
brunei
keris
...1 more
Brunei dipercayai sudah mengalami kemajuan...
"Brunei dipercayai sudah mengalami kemajuan (Mohd. Jamil Al-Sufri, 1997: 17-19) dalam pembuatan keris selewat-lewatnya pada abad ke-16 Masihi. Pernyataan ini adalah berasaskan laporan Antonio Pigafetta pada tahun 1521 yang menyebutkan bahawa keris adalah menjadi sebahagian daripada pakaian orang-orang istana di Brunei."
Text
brunei
keris
...1 more
Keris di Brunei dan peranannya
Bagi masyarakat Melayu Brunei, keris dengan peranannya adalah saling berkaitan dan peranan keris ini tidak dapat diganti dengan budaya benda lain kerana mempunyai fungsinya masing-masing.
Text
brunei
keris
...2 more
Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan
Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei ini ditubuhkan pada tahun 1975 di bawah pentadbiran Jabatan Muzium-Muzium Brunei yang memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan, mempertahankan dan melanjutkan kesinambungan kewujudan budaya benda dan industri tradisi Brunei.
Text
brunei
keris
...1 more
Muzium, sebagai gudang atau institusi...
"Muzium, sebagai gudang atau institusi yang mengumpul, memelihara dan mempamer pelbagai khazanah negara yang berharga, memainkan peranan penting dalam mempertahankan kewujudan budaya benda-benda tempatan."
Text
brunei
keris
...1 more
Langkah kerajaan Brunei dalam mengekalkan warisan bangsa
Usaha-usaha kerajaan yang dimaksudkan adalah dengan menubuhkan beberapa institusi yang relevan dengan hasrat untuk mengekalkan kewujudan dan fungsi budaya yang unik dan berharga. Institusi-institusi tersebut termasuklah Muzium, Bangunan Alat Kebesaran Diraja dan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei.
Text
brunei
keris
...1 more
Seni mempertahankan diri orang Melayu
Seni silat mempunyai hubungan secara langsung dengan budaya Melayu, maka seni bela diri Melayu juga mempunyai hubungan yang saling berkaitan dan disepasangkan dengan penggunaan keris.
Text
brunei
keris
...1 more
Amalan tradisi lain tentang keris...
Amalan tradisi lain tentang keris yang masih dikekalkan sehingga kini ialah menyimpan dan memelihara keris sebagai kepuasan. Seolah-olah menjadi suatu hobi kepada yang mengamalkannya. Kadang-kadang keris sedemikian juga dijadikan alat atau bahan perhiasan rumah, sesuai dengan nilai-nilai keistimewaan yang terdapat padanya."
Text
brunei
keris
...1 more
Selain menjadi alat-alat kebesaran dan perhiasan...
"Selain menjadi alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja, keris juga dijadikan sebahagian daripada pakaian dan perhiasan pembesar-pembesar negara yang menghadiri sesuatu majlis beristiadat, seperti Istiadat Berkhatan Diraja, Istiadat Perkahwinan Diraja, Istiadat Menggelar, Istiadat Perpuspaan dan Istiadat Mengadap sempena Hari Keputeraan Sultan."
Text
brunei
keris
...1 more
Kenyataan yang memperakui bahawa keris...
"Kenyataan yang memperakui bahawa keris adalah identiti bangsa dan budaya Melayu ialah seperti yang dikatakan oleh Edward Frey, "Keris merupakan satu senjata masyarakat Melayu yang unggul. Ia juga lambang budaya masyarakat itu yang terpenting." Beliau menambah, "bentuk, ukiran dan kegunaan keris memaparkan betapa kaya dan berkuasanya senjata itu di kalangan masyarakat Melayu." Malah, menurut beliau, jika ditanya kepada orang Barat tentang lambang budaya dan bangsa Melayu, mereka akan dengan penuh yakin menjawab "keris dan batik" (Berita Harian, 1988)
Text
brunei
keris
...1 more
Masa depan keris di Brunei
Kewujudan keris dan peranannya dalam masyarakat Melayu Brunei pada masa hadapan akan berterusan dan mungkin akan lebih dipelbagaikan walaupun dalam masa yang sama berlaku juga kepupusan terhadap sebahagian kecil daripada peranan-peranan asalnya.
Text
Keistimewaan keris
Keistimewaan keris dapat dilihat dari tiga sudut yang berlainan, iaitu dari segi keunikan objek keris itu sendiri, keluarbiasaannya dan dari segi fungsi serta peranannya.
Showing 14601 to 14650 of 19322 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2