Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
keluarga melayu
Rogol anak, isteri jangan diam
Seorang bapa dihukum penjara 428 tahun dan 240 sebatan oleh Makhamah Sesyen di Melaka atas 28 pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandung pada bulan lalu.
Text
Internat punca belia lesu
Text
Empowerment and the oppressed : Joe Sacco's footnotes in Gaza
The conflicts of Palestine-Israel in Gaza have produced many strong political and historical writings...
Text
Keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani dari perspektif teksdealisme
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai keunggulan kepengarangan Faisal Tehrani berdasarkan novel-novel terpilihnya. Keunggulan yang diraih akan meletakkan dirinya pada kedudukan tersendiri dan membezakan dengan pengarang yang lain. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menganalisis tujuh buah novel, iaitu Perempuan Politikus Melayu (2000), 1515 (2003), 1511 h [Kombat] (2004), Surat-surat Perempuan Johor (2005), Tunggu Teduh Dulu (2008), Bahlut (2010) dan Bagaimana Anyss Naik Ke Langit (2016). Kaedah kajian yang dijalankan adalah bersifat kualitatif yang menganalisis teks dan kerja lapangan. Teori yang digunakan ialah Teori Teksdealisme (2006) yang digagaskan oleh Mana Sikana. Teori ini menetapkan empat prinsip bagi menganalisis keunggulan, iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme. Semua prinsip Teori Teksdealisme diaplikasikan bagi menilai tahap keunggulan Faisal Tehrani. Pencapaian keunggulan terbahagi kepada tiga tahap, iaitu rendah (lemah), separa (sederhana) dan tinggi. Dalam prinsip kehadiran menunjukkan bahawa novel-novel kajian bersumberkan kehadiran daripada pengalaman, pengembaraan, pengkajian, pembacaan dan isu-isu semasa. Bagi prinsip perlanggaran menunjukkan perlanggaran dari aspek tema, watak, latar, aliran dan teknik penceritaan. Prinsip pengukuhan pula menunjukkan pengukuhan dari aspek pemikiran, subjek, watak, isu mini naratif, aliran, teknik penceritaan, latar, penggunaan fakta dan sumber sokongan. Prinsip individualisme yang membina identiti kepengarangan adalah aspek subjektiviti, stail individu, kedirian individu dan tindakan individu. Kajian mendapati, terdapat satu lagi aspek yang membina individualisme pengarang, iaitu sensitiviti dan kreativiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, Faisal Tehrani mencapai tahap keunggulan yang tinggi berdasarkan novel-novel kajian. Namun begitu, tahap keunggulan tersebut akan mengalami perubahan kerana akan ditentukan oleh karya-karya seterusnya.
Kata kunci : Keunggulan, kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme.
Lamb shank padu di Tazyeen Arabic & Mughlai cuisine
Lamb shank adalah salah satu hidangan yang sering mendapat perhatian di restoran yang menyajikan masakan Arab dan Mughlai. Di Tazyeen Arabic & Mughlai Cuisine, lamb shank padu mungkin merupakan hidangan yang istimewa dan beraroma dengan daging yang lembut dan rempah yang kaya.
Text
Sajak,
Santubung
Text
Sajak,
Entikong II, Entikong III
Text
Sajak,
Entikong
Text
Surat buat Ilmin
Text
Sajak,
Rajah Court
Text
Sajak,
Kuching
Text
Sajak,
Lukisan kecil Sarawak
Text
Bahasa Melayu
Analisis teks ucapan politik dari segi retorik : Satu kajian struktur paralel
Abstrak
Kajian ini adalah satu usaha untuk meneliti retorik dari aspek isocolon ataupun dikenali sebagai struktur paralel dalam frasa, klausa ataupun ayat dalam teks-teks ucapan politik. Kajian ini akan menggunakan tiga teks daripada parti politik UMNO. Tujuan utama kajian ini ialah mengenal pasti bentuk-bentuk isocolon dan seterusnya menganalisis secara sistematik dari segi alternatif dan kuantitatif.
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan. Model retorik yang digunakan ialah model yang diketengahkan oleh Ward Farnsworth (2011). Model tersebut akan digunakan untuk menganalisis teks ucapan politik UMNO yang telah dibentangkan semasa perhimpunan UMNO pada tahun 2013. Dalam menganalisis aspek isocolon, terdapat sebelas bentuk isocolon yang telah digunakan dalam dunia retorik. Dalam pada itu, kajian ini juga akan menemukan kekerapan beberapa bentuk isocolon dalam teks ucapan politik yang telah dipilih. Setengah bentuk isocolon akan lebih dominan berbanding dengan bentuk isocolon yang lain. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan keindahan bahasa Melayu dalam menggunakan retorik khususnya dalam bentuk isocolon.
Text
The methodology of Ibn Hazm in comparative religion with special reference to his Master Piece AI-Fasl Fi Al-Milal Wa Al-Ah' wa Al-Nihal
This paper attempts to study the methodology of classical scholar of...
Text
Kata kerja dalam slogan iklan kecantikan wanita : analisis semantik leksikal
Abstrak
Kajian semantik leksikal ini menganalisis kata kerja dalam slogan iklan kecantikan wanita di dalam Majalah Mingguan Wanita 2006". Bab satu membincangkan tentang bahasa, semantik leksikal, sorotan kajian, objektif kajian, bidang kajian, bahan kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian dan tatacara kajian, kepentingan kajian, konsep-konsep yang akan digunakan dalam kajian ini dan akhir sekali adalah unjuran bab. Bab dua pula, merupakan kerangka teoritis yang membincangkan tentang model analisis komponen makna yang diperkenalkan oleh penulis A. Nida di dalam bukunya Componential Analysis of Meaning (1975). Analisis komponen makna ini akan memperlihatkan fitur-fitur semantik yang membentuk komponen-komponen makna kata kerja yang dianalisis dalam konteksnya. Analisis komponen ini adalah proses pemberian fitur makna dengan menggunakan lambang binari (+) dan (-), iaitu masing masingnya merujuk pada memiliki dan tidak memiliki ciri makna yang dirujuk. Bab ini juga memaparkan prosedur analisis yang dilakukan. Bab tiga merupakan bab analisis yang menghuraikan kata kerja kecantikan muka (KKM) dengan menggunakan analisis komponen makna. Dapatan analisis memperlihatkan pemilihan penggunaan kata kerja yang dilabelkan sebagai Kata Kerja Bersifat Spesifik (KKBS) dan Kata Kerja Bersifat Umum (KKBU) yang digunakan di dalam slogan ini. Analisis kajian mendapati terdapat 44 produk kecantikan muka yang dianalisis dan terdapat 45 slogan yang digunakan dengan 66 kata kerja di dalannya Seterusnya terdapat 6 KKBS yang mewakili (9.09%) manakala terdapat 60 KKBU yang mewakili (90.9%). Bab empat juga merupakan bab analisis bagi kata kerja pelangsingan badan (KKPB). Dapatan analisis menunjukkan terdapat 27 produk pelangsingan badan yang menggunakan 27 slogan dan mengandungi 43 kata kerja yang digunakan. Seterusnya, terdapat 1 KKBS yang mewakili (2.32%) manakala terdapat 43 KKBU yang mewakili (97.6%). Seterusnya bab lima, merupakan bab perbandingan, iaitu penggunaan kata kerja dalam slogan KKM dan KKPB. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat persamaan penggunaan kata kerja bagi kedua-duanya. Didapati KKBU lebih dominan digunakan berbanding KKBS. Di dalam bab ini juga, dipaparkan kata kerja sama yang digunakan di dalam kedua-dua slogan bagi produk kecantikan wanita Bab enam merupakan bab penutup di dalam kajian ini. Bab ini menyimpulkan dan memperlihatkan bahawa KKBU lebih dominan digunakan berbanding dengan KKBS di dalam kedua-dua slogan produk kecantikan wanita.
Text
PKM seret orang Melayu ke hutan
Text
Keterjaminan makanan
Bekalan beras cukup hingga hujung tahun
Bekalan makanan negara kekal terkawal dan stabil bagi jangka pendek meskipun dunia berdepan krisis bekalan global
Text
cetak rompak
KPDN
Pengarah mangsa cetak rompak digital digesa buat aduan rasmi
KPDN memohon pengarah dan penerbit drama prolifik, Shahrulezad Mohameddin membuat aduan rasmi berhubung naskhah arahannya, Khunsa menjadi mangsa cetak rompak digital dan boleh ditonton di aplikasi Telegram dengan mudah.
Text
keluarga melayu
14 Jun pengesahan lafaz cerai Syamsul, Puteri Sarah
Perlu selesai isu dua kali talak di luar mahkamah sebelum sahkan status.
Text
aidilfitri
raya
...3 more
Nikmati tradisi Aidilfitri dua negara serumpun
Setiap negara mempunyai tradisi dan budaya berbeza dalam meraikan Syawal meskipun negara serumpun. Dan berpeluang merasai amalan berbeza jarang dinikmati.
Text
aidilfitri
Anna Jobling
...3 more
Anna rai Syawal tanpa Meerqeen
Sudah puas dua bintang yang mengukir nama menerusi drama rantaian popular, Melur untuk Firdaus, Anna Jobling, 23 dan Meerqeen, 22, menafikan menjalinkan hubungan istimewa, namun tetap dikaitkan sepanjang masa.
Text
keluarga melayu
Puteri Sarah failkan tuntutan balas nusyuz
Peguam belum terima makluman dua kali lafaz cerai, perintah injuksi halang beri kenyataan luar mahkamah.
Text
keluarga melayu
Diana tetap tolak, Farid terus pujuk
Aktres mahu cerai cara baik, suami ajak berbuka sebelum Ramadan berakhir.
Text
keluarga melayu
RM319,700 untuk Diana
Mahu selamatkan rumah tangga, Farid kemuka tawaran perdamaian kepada isteri.
Text
keluarga melayu
Jalan damai Syamsul, Puteri Sarah
Hubungan Syamsul dan Puteri Sarah yang sebelum ini agak tegang, namun kini sudah boleh berbincang secara baik selepas bertemu.
Text
keluarga melayu
Farid tekad selamatkan rumah tangga
Gembira bertemu Diana di mahkamah, fikir jalan terbaik capai perdamaian
Text
keluarga melayu
Hargai pengorbanan isteri
Neelofa sedang hamil anak kedua bersyukur Haris banyak bantu ringan beban urus keluarga.
Text
keluarga melayu
Nurul Shuhada tak kisah dituduh tagih simpati: Sokongan keluarga penguat semangat cari rezeki buat anak
Nurul Shuhada syukur menerima pelbagai tawaran mempromosikan produk rakan-rakan selebriti bagi membantunya mencari rezeki.
Text
keluarga melayu
'Jangan sentuh keluarga saya': Elisya tertekan dituduh bergaduh dengan ibu mentua hingga pindah rumah
Hanya sebab memilih untuk mendiami kediaman sendiri, pelakon Elisya Sandha terpaksa berhadapan tomahan menganggapnya mempunyai masalah dengan ibu bapa mentua yang juga pengarah dan penerbit, Shiela Rusly dan Azman Yahya.
Text
keluarga melayu
Tiada dendam, Ziana maafkan bekas suami
Penyanyi popular, Ziana Zain, 55 tidak menyimpan dendam atau marah terhadap bekas suami, Armin Zaharin Ahmad Zabri,58 setelah lima tahun kemelut rumah tangga berlalu. Zaian gembira dengan kehidupan sekarang biarpun bersendirian,
Text
keluarga melayu
Kemelut rumah tangga Farid Kamil, Diana Danielle: Jambangan bunga, cincin curi tumpuan
Text
Filem
kesenian
Michelle Yeoh calon Anugerah Golden Globe
Text
ramadan
Ramadan paling mencabar apabila ditinggal isteri
Ippo Hafiz telah menikah dengan isterinya pada tahun 2019 namun tahun ini isterinya telah keluar rumah tanpa izinnya selama lebih empat bulan
Text
kalori makanan
kesihatan
Fahami sumber, kalori makanan elak jejas kesihatan.
Pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi akan menyebabkan implikasi-implikasi buruk seperti kurang kecerdasan dan motivasi mental.
Text
Hikayat Raja Handak
Abstrak
Kajian ini pada dasarnya dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian satu mengandungi tiga bab. Bab I, di samping mengemukakan tentang tujuan dan bidang kajian, dibicarakan juga mengenai naskhah-naskhah yang telah di gunakan dalam usaha mengedit teks HRH, Selain daripada itu diberikan sedikit pandangan tentang latarbelakang cerita cerita mengenai Nabi Muhammad s. a. w. yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu.
Text
beras
Krisis Makanan
Polisi satu harga beras campur cetek, bahaya?
Beberapa naratif telah dibuat untuk menangani krisis beras campur, ketiadaan beras tempatan dan beras Madani tanpa perhitungan mendalam.
Text
Log Book
Laporan buku log: Bahagian Pengembangan Sastera,Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka
Buku log latihan amali, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, UM, 2009
Text
Pelancongan diraja : pelancongan budaya yang berasaskan institusi raja rumpun melayu di kemboja dan malaysia
Abstrak
Kertas kerja ini cuba memperkenalkan suatu pendekatan pelancongan budaya yang hanya berasaskan institusi raja sebagai tarikan pelancongan.
Text
Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)- peranan dan pencapaian : suatu tinjauan sejarah
Pendahuluan
Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita atau NCWO adalah satu gabungan petubuhan-pertubuhan sukarela wanita seluruh Malaysia yang berupa satu badan penasihat, perunding dan juga advokasi...
Text
Masalah pembantu rumah dengan majikan
Hubungan rakyat dengan proses dengan penciptaan karya sastra
Membincangkan mengenai visi penciptaan karya sastera
Text
Stilistik : Penelitian kata dalam lirik lagu nama tempat
Abstrak
Bab 1
Bab pendahuluan ini merupakan bab pengenalan yang hanya menyentuh tentang pemasalahan kajian, tujuan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, dan juga kaedah kajian.
Bab 2
Bab ini memperkatakan tentang definisi dan juga kajian-kajian lepas yang pernah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Setelah itu, turut dinyatakan tentang stilistik dan hubungan gaya atau laras bahasa. Selain itu, Diterangkan juga lirik dalam budaya dan bahasa. Stilistik lirik lagu yang ada nama tempat turut diperbincangkan dalam bab ini.
Bab 3
Pengkaji akan mengulas tentang cara penyampaian dalam lirik lagu. Cara penyampaian yang akan diperkatakan ialah dari segi pengguna kata nama tempat itu,sama ada penyampaian secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, cara penyampaian dari segi lirik lagu nama tempat itu sendiri. Adakah ianya jelas menunjukkan lagu nama tepat ataupun secara perlambangan semata-mata.
Bab 4
Dalam bab ini, pengkaji memperkatakan tentang kekreatifan yang wujud dalam sesebuah lirik nama tempat. Aspek kekreatifan ini menghuraikan dari segi perlambangan dan juga bahasa kiasan. Aspek kekreatifan ini penting kerana dari aspek inilah stilistik sesebuah lirik banyak ditemui. Aspek ini jugalah yang melahirkan nilai-nilai keindahan dalam sesebuah lagu.
Bab 5
Bab ini merupakan bab perbincangan. Bab in membincangkan tentang semua aspek kajian stilistik dalam lirik lagu nama tempat. Hal ini kerana, pengkaji yang juga seorang penilai mempunyai pandangan tersendiri sama ada dari segi penyelesaian atau dari segi pembaikan lirik-lirik yang dihasilkan. Dalam bab ini juga dinyatakan penghasilan lirik yang dianggap baik melalui kajian-kajian yang dilakukan.
Bab 6
Bab 6 merupakan bab kesimpulan. Bab ini menyimpulkan seluruh aspek kajian yang telah dilakukan dan juga saranan serta peringatan kepada mana-mana pengkaji yang ingin meneroka bidang ini dengan lebih lanjut lagi.
Text
Masalah semasa keluarga dan wanita melayu : analisis faktor menanganinya dari sudut pembangunan kemanusiaan
Masalah bermaksud sesuatu perkara atau keadaan yang memerlukan penyelesaian. Dalam hidup ini tiada insan yang tidak bermasalah. Masalah mendorongnya untuk berfikir bagi mencari jalan penyelesaian...
Text
Battling our shadows : One for all...some of the participants at the forum
Text
Peribahasa melayu-cam berkaitan dengan perkahwinan dan kekeluargaan : satu penelitian
Abstrak
Salah satu keistimewaan Bahasa Melayu ialah kekayaan bahasa kiasannya. Antara bahasa kiasan yang penting ialah peribahasa...
Text
Perubahan Struktur Famili : Perbandingan data sebelum dan selepas merdeka
Perubahan yang berlaku kepada struktur dan fungsi keluarga telah dapat dilihat sejak Revolusi Perindustrian, yang kemudiannya disusuri oleh urbanisasi, modenisasi dan pembangunan ekonomi dalam masyarakat...
Text
Preserving And Commercializing Heritage: MYTH and Reality At The Crossroad
Heritage products have always been viewed as boring and less valuable. Some regarded heritage products as nothing less than just a product of national interest to preserve the cultural values of a nation...
Text
Seni persembahan Melayu : satu kajian terhadap organisasi keusahawanan seni
Abstrak
Kejayaan sesebuah organisasi keusahawanan seni bergantung kepada corak pengurusan pengusahanya, sokongan yang diterima daripada institusi kerajaan yang berkaitan dan penontonnya. Berasaskan kepada pernyataan tersebut, kajian kes ini melihat secara deskriptif kaedah pengurusan organisasi seni cottage (Kumpulan Sri Temenggung), semi professional (Kumpulan Pura Tanjung Sabtu Centre – PTSCC) dan professional (Kumpulan Penang Cultural Centre – PCC) yang mengkomersialkan produk seni persembahan. Aspek-aspek pengurusan yang dikaji adalah berlandaskan kepada konsep umum dalam pengurusan sesebuah organisasi keusahawanan iaitu pengurusan personal, pemasaran, operasi dan kewangan.
Objektif utama kajian ini ialah unutk mengkaji dan membandingkan kaedah pengurusan dalam tiga kategori organisasi seni persembahan dari sudut keusahawanan, peranan dan sokongan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan (KKKP) dalam seni persembahan dan kehendak penonton masa kini.
Text
sastera Melayu
Analisis tema lirik kumpulan 2D dari Singapura : Kajian Semantik Leksikal
Abstrak
Bidang semantik merupakan salah satu cabang dari lingkungan bidang ilmu linguistik yang mengandungi teori permaknaan. Seseorang pengkaji itu tidak seharusnya tertumpu pada aspek saintifiknya sahaja, bahkan saling melengkapkan keperluan secara keseluruhan dalam disiplin ini. Semantik juga memayungi segala permaknaan yang terkandung dalam semua aspek bidang komunikasi manusia. Kajian ini diskopkan kepada semantik leksikal yang dirujuk dengan konsep perubahan makna, iaitu ameliorasi, metafora, hiperbola dan litotes.
Sejumlah 9 buah lirik lagu telah dianalisis. Kesemua lirik lagu tersebut telah dibahagikan kepada dua tema utama, iaitu subtajuk Tema Cinta Hidup yang mengandungi 6 buah lirik dan subtajuk. Tema Cinta Hidup yang mengandungi 3 buah lirik.
Dalam bab pengenalan secara ringkasnya diberikan latar belakang kajian tentang bidang semantik secara amnya dan bidang semantik leksikal secara khususnya. Aspek-aspek kajian seperti tujuan kajian, bidang kajian, bahan kajian, kaedah kajian, kepentingan kajian dan konsep-konsep penting kajian.
Seterusnya dalam bab 2 pula dikemukakan kerangka teoritis. Bab ini membincangkan konsep-konsep utama yang berkaitan dengan bidang semantik, konsep perubahan makna dan konsep lirik lagu.
Bab 3 merupakan bab analisis yang meneliti penggunaan konsep-konsep perubahan makna, iaitu ameliorasi, metafora, hiperbola dan litotes. Bab ini berfokus kepada Tema Cinta Hidup. Kajian dalam bab ini memperlihatkan kecenderungan dan kekerapan jumlah yang dicatatkan oleh konsep perubahan makna dalam tema tersebut. Analisis yang dilakukan mendapati konsep ameliorasi mencatatkan penggunaan jumlah kehadiran paling tinggi, iaitu 154 atau 50.83% berbanding dengan jumlah paling rendah dalam litotes, iaitu sebanyak 18 atau 5.94%. Konsep metafora mencatatkan jumlah kedua tertinggi, iaitu 79 atau 26.07%. Ini diikuti pula ketiga tertinggi dalam hiperbola, iaitu sebanyak 52 atau 17.16%.
Dalam bab 4 pula, analisis berfokus kepada subtajuk Tema Cinta Tak Hidup. Konsep perubahan makna ameliorasi juga mencatatkan kecenderungan paling tinggi, iaitu 108 atau 58.06%. Konsep metafora pula mencatatkan kedua tertinggi, iaitu 41 atau 22.04%. Sementara itu, hiperbola pula mencatatkan ketiga paling tinggi, iaitu 26 atau 13.98%. Konsep litotes mencatatkan jumlah penggunaan paling rendah, iaitu 11 atau 5.92%.
Bab 5 merupakan analisis perbandingan di antara tema cinta hidup dan tema cinta tak hidup dalam penggunaan keempat-empat konsep perubahan makna. Perbandingan kajian dilakukan berdasarkan kepada peratusan julat kecenderungan dan kekerapan penggunaan konsep perubahan yang hadir.
Akhir sekali, bab 6 merupakan kesimpulan daripada kajian ini dan cadangan kepada kajian lanjutan.
Text
pelancongan
Shakespeare
Pekan Shakespeare menarik minat pelancong
Sungguhpu sudah lama berlalu, sejak kelahirannya dalam tahun 1564 sehinggalah kematiannya pada tahun 1616, namun Shakespeare tetap dikenang bukan saja di Britain tetapi juga di seluruh dunia.
Showing 15301 to 15350 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2