Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
SHIT sebuah novel pornografi
Text
Karya humor…memperlihatkan ketandusan
Text
Keinginan watak dalam novel Melayu terpilih dari perspektif lagan
Abstrak
Tesis yang bertajuk ‘’Keinginan Watak dalam Novel Melayu Terpilih dari Perspektif Lacan’’ ini dihasilkan untuk mengkaji kesusasteraan Melayu berdasarkan Teori Psikoanalisis Jacques Lacan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keinginan watak dalam novel-novel terpilih daripada karya Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah dan Anwar Ridhwan. Kajian ini dilakukan terhadap dua buah novel daripada setiap pengarang. Jumlah novel yang dianalisis dalam kajian ini adalah sebanyak enam buah novel. Novel-novel Shahnom Ahmad yang dianalisis ialah Ranjau Sepanjang Jalan (1966) dan Srengenge (1973). Karya-karya Azizi Haji Abdullah yang digunakan dalam kajian ini ialah harga Sebuah Maruah (2007) dan Seorang Tua di Kaki Gunung (1982). Manakala novel-novel Anwar Ridhwan pula ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) dan Penyeberang Sempadan (2012). Kajian ini diharapkan dapat memenuhi objektif-objektif berikut. 1. Mengenal pasti asal-usul keinginan watak dalam novel-novel terpilih berdasarkan Teori Psikoanalisis Lacan. 2. Menganalisis tahap kebangkitan keinginan watak dalam novel-novel terpilih menggunakan Teori Psikonalisis Lacan. 3. Merumuskan hasil keinginan watak dalam novel-novel terpilih dari perspektif Psikianalisis Lacan. Pada akhirnya, semua analisis tesis ini akan membuktikan dua cadangan terkenal Lacan, iaitu cadangan pertamanya ialah ‘’Ketidaksedaran adalah wacana yang Lain.’’ Dan cadangan keduanya pula ialah ‘’Keinginan manusia adalah keinginan yang Lain.’’ Menurut Lacan. Keinginan manusia berasal dari yang Lain, dan ketidaksedaran manusia terbentuk di bawah pengaruh yang Lain. Tiga peringkat keinginan yang ingin dianalisis dalam kajian ini, iaitu asal-usul keinginan, kebangkitan, keinginan, dan hasil keinginan, akan menjadi proses melihat sifat keinginan watak-watak terpilih. Selain itu, kajian ini turut memasukkan pandangan-pandangan daripada ahli psikoanalisis lain atau bidang lain seperti linguistik, antropologi, ideologi, dan falsafah bagi menganalisis keinginan watak yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Oleh itu, kajian akan menyatakan tafsiran baru analisis keinginan berbeza daripada kajian lepas. Melalui analisis keinginan watak ini, cadangan pertama Lacan terbukti bahawa ketidaksedaran watak tercipta di bawah pengaruh wacana yang Lain. Selain itu, cadangan kedua Lacan telah terbukti bahawa keinginan watak-watak yang terpilih dicipta oleh menginginkan keinginan yang Lain. Kajian ini merupakan kajian pertama dalam kesusasteraan Melayu yang menggunakan Teori Lacan. Melalui kajian ini, diharapkan agar hasil kajian ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang yang berminat untuk mengkaji karya-karya sastera Melayu menggunakan Teori Lacan.
Text
Buah buton di luak tanah mengandung, negeri Sembilan : hubung kait kosmologi dengan kehidupan masyarakat adat perpatih
Abstrak
Buah buton merupakan ukiran berbentuk tiga-dimensi yang diukir pada bahagian bawah sebatang kayu yang merupakan perlambangan terhadap masyarakat Adat Perpatih di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang menjadi permasalahan dalam penyelidikan ini seperti komplikasi dalam mendapatkan bahan tentang hubung kait antara kosmologi yang berpandukan falsafah alam terkembang jadi guru dengan buah buton yang mempunyai pengaruh daripada Adat Perpatih. Permasalahan ini bersangkut paut dengan penghuraian secara terperinci terhadap perlambangan kehidupan masyarakat adat ini dengan kosmologi yang dikatakan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Selain itu, tiada penyelidikan khusus terhadap visual buah buton berdasarkan kosmologi merupakan antara permasalahan lain dalam penyelidikan. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk menerokai kebudayaan dan nilai-nilai murni masyarakat adat ini berdasarkan kosmologi terkembang jadi guru. Selain itu, penyelidikan ini turut menganalisis reka bentuk serta kedudukan buah buton yang terdapat di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan bagi melihat persamaannya dengan unsur-unsur yang terdapat pada ukiran kayu Melayu sebagai bahan sokongan. Di samping itu, penyelidikan ini turut menilai kaitan subjek tersebut dengan kosmologi terhadap masyarakat Adat Perpatih.
Text
Hubungan etnik dalam novel-novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan terpilih berlandaskan model etika hubungan etnik
Abstrak
Hubungan etnik yang dinaratifkan dalam novel-novel remaja merupakan sebahagian daripada kenyataan sosial dan cerminan kepada kehidupan realiti masyarakat. Namun begitu, manfaat yang dapat diberikan oleh novel remaja dalam mengetengahkan isu berkaitan etika hubungan dan peranannya sebagai medium pemahaman dan penyatuan hubungan etnik kurang perhatian masyarakat terutamanya untuk mengangkat novel remaja sebagai bahan bacaan yang boleh digunakan oleh remaja bagi memantapkan pengetahuan tentang hubungan etnik. Kajian ini mendukung tiga objektif utama. Pertama menjelaskan representasi hubungan etnik dalam novel-novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) terpilih. Kedua, menganalisis hubungan etnik dalam novel-novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) terpilih dari perspektif etika seni, etika agama, etika sosibudaya, etika ekonomi dan politik berlandaskan Model Etika Hubungan Etnik (MEHE). Ketiga merumuskan hubungan etnik dalam novel-novel remaja HSKU berlandaskan MEHE. MEHE merupakan model yang dibangunkan hasil gabungan daripada Teori Etika dalam Sastera oleh Sugiarti & Eggy Fajar Andalas (2018) dan Perspektif Etika Ekonomi dan Politik oleh Mohd Rashid Md Idris (2011) untuk mengkaji hubungan etnik dalam novel-novel remaja HSKU terpilih secara menyeluruh. MEHE mengandungi empat perspektif Etika Seni, perspektif Etika Agama, perspektif Etika Sosiobudaya dan perspektif Ekonomi dan Politik.
Text
Penguasaan kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti Malaya
Abstrak
Kosa kata bahasa Melayu mempunyai peranan yang penting terutamanya kepada pelajar antarabangsa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Kekangan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa untuk menguasai bahasa Melayu disebabkan oleh kekurangan kosa kata kerana kurang menggunakan strategi pembelajaran kosa kata dengan sebaik mungkin semasa mempelajari bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis saiz kosa kata bahasa Melayu di samping menghuraikan hubungan kolerasi penggunaan strategi pembelajaran kosa kata yang diamalkan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini akan menilai faktor-faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penguasaan kosa kata bahasa Melayu dengan menggunakan Model Pemerolehan Bahasa KEDUA Ellis (1994) dan Taksonomi Schmitt (1977). Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan terhadap 30 orang pelajar antarabangsa ijazah tinggi yang sedang mengikuti kursus Bahasa Malaysia Asas di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Terdapat dua instrument kajian yang digunakan, iaitu ujian penilaian kosa kata dan borang soal selidik berkaitan strategi pembelajaran kosa kata bahasa Melayu.
Text
Amalan tradisi "kejawen" dalam seni pemainan kuda kepang di negeri Johor
Abstrak
Kuda kepang merupakan seni tari persembahan masyarakat Jawa yang terdiri daripada dua bentuk kegiatan iaitu tarian untuk tujuan hiburan dan permainan yang mempunyai upacara ritual. Amalan ritual yang dilakukan sebelum persembahan tarian bermula telah mengubah corak persembahan kuda kepang daripada bentuk seni tari kepada permainan. Kedua-dua bentuk kegiatan kuda kepang telah diharamkan oleh jawatankuasa mufti negeri Johor kerana amalan ritual yang dilakukan/dijalankan mengamalkan unsur khurafat dan syirik. Pengkajian berbentuk kualitatif dengan reka bentuk kajian ini menganalisis hubungan unsur ritual, mengesan unsur mabuk dan merumus amalan ‘’kejawen’’ dalam seni permainan kuda kepang yang membabitkan pendokong kegiatan yang beragama Islam di Johor. Fokus kajian terhadap kegiatan permainan ini membabitkan amalan kejawen masyarakat Jawa yang telah dikatakan wujud sebelum kedatangan Islam ke Pulau Jawa dan Nusantara pada sekitar abad ke tujuh. Hasil dapatan kajian memperlihatkan amalan kejawen yang diakukan ini mampu menyebabkan permain itu mabuk mengubah corak persembahan tarian kuda kepang kepada permainan upacara ritual. Kandungan data selari dengan teori Roy A. Rappaport yang menyatakan bahawa sesuatu tarian dikategorikan sebagai tarian ritual apabila berlakunya proses upacara tersebut sebelum persembahan dimulakan.
Text
Keruntuhan Akhlak Dalam Novel-novel Melayu Terpilih Berdasarkan Model Elemen Keruntuhan Akhlak
Abstrak
Kajian ini merupakan sebuah penelitian berkaitan elemen keruntuhan akhlak yang melingkari kehidupan masyarakat Melayu berdasarkan novel-novel Melayu tempatan. Antara novel yang dikaji, ialah Salina (2016), Sungai Mengalir Lesu (1997), TIVI (2018), Patriarch (2010), Perempuan Politikus Melayu (2016) Profesor (2017), Permasalah kajian ini bertitik tolak daripada usaha untuk mengenal pasti serta memahami bentuk-bentuk keruntuhan akhlak yang diketengahkan menerusi karya-karya sastera dan kerterbatasan sumber rujukan di peringkat kajian ilmiah berkaitan perihan tersebut. Tiga objektif telah ditetapkan dalam penyelidikan ini, iaitu menjelaskan elemen keruntuhan akhlak berdasarkan Model Elemen Keruntuhan Ahklak (MEKA), menganalisis elemen keruntuhan akhlak dalam novel-novel terpilih berdasarkan MEKA dan akhir sekali menilai elemen keruntuhan akhlak yang dominan dalam novel-novel terpilih berdasarkan MEKA. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan analisis teks dengan mengaplikasikan Model Elemen Keruntuhan Akhlak (MEKA), iaitu hasil penyesuaian daripaada Teori Kajian Budaya, Chris Barker (2012) dengan Pendekatan Ihya ‘Ulumuddin, Al-Ghazali (2013). MEKA mengandungi tiga prinsip utama iaiatu Tindaan yang Memusnahkan, Bahasa yang merosakkan dan Kuasa yang Membinasakan. Prinsip Tindakan yang Memusnahkan menerangkan bentuk-bentuk keruntuhan akhlak yang dilakukan secara sengaja oleh pelaku dan perbuatan tersebut bukannya bersifat menyakiti atau merugikan pihak lain. Prinsip bahasa yang Merosakkan pula membincangkan bentuk-bentuk bahasa yang tidak wajar diamalkan dalam persekitaran hidup masyarakat Melayu hingga dikategorikan sebagai kelompok elemen keruntuhan akhlak dalam aspek bahasa.
Text
Penelitian kualiti kehidupan janitor melayu di lembah klang
Abstrak
Dasar pembangunan Mampan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia telah menggariskan beberapa matlamat yang perlu dipenuhi untuk memastikan kesejahteraan sejagat diperoleh masyarakat dunia. Matlamat ini bertujuan untuk memastikan semua individu mempunyai akses yang sama rata kepada hak sebagai seorang manusia dalam aspek meningkatkan kualiti hidup manusia. Begitu juga dengan hak yang perlu diberikan kepada kumpulan pekerja domestik janitor. Walaupun janitor terdiri daripada kumpulan kerja 3D, namun setiap janitor ini berhak menerima keperluan hidup dan akses kepada semua aspek kualiti hidup yang dinikmati oleh seorang individu. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis latar belakang pekerja janitor Melayu di Lembah Klang, menilai bentuk-bentuk kesukaran yang dihadapi oleh janitor Melayu di Lembah Klang serta merumuskan pandangan masyarakat terhadap sektor pembersihan di Lembah Klang. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kualitatif yang terdiri daripada temu bual terperinci, pemerhatian secara ikut serta dan pembacaan kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan penerimaan dan pelabelan kumpulan masyarakat kepada sektor pembersihan berbanding kajian-kajian terdahulu yang bersifat negatif.
Text
Pertemuan penuh makna
Text
Kritikal bukan menafikan kelemahan
Text
Kikis prejudis terhadap sastera tradisional
Text
Mencari identiti bersama S Panit
Text
Shahnon munasabahkan yang tidak munasabah
Text
Ke mana menghilang khalayak sastera kita
Text
Wujudkan karya bodoh dalam sastera Melayu?
Text
Garis pemisah Wilkinson dipertikai
Text
Sastera masih boleh diselamatkan
Text
Sasterawan perlu perbetul matlamat
Text
Sasterawan sokong langkah kementerian
Text
Sokongan padu sastera merentas kurikulum
Text
Hipermodenisme tidak datang mendadak
Text
Drama, filem ke novel bantu perkembangan sastera
Text
Serambi Makkah dalam dua versi
Text
Calon penulis perlu kuat semangat
Text
Penggubalan kurikulum sastera perlu telus
Text
Kedah perlukan tempat simpan bahan sastera
Text
Pelita perkenal skim perangsang
Text
Penulis mesti bijak buat adunan
Text
DBP saran guna 50 karya sastera
Text
Tingkat usaha terjemahan
Text
Kerjasama penulis pelbagai bangsa
Text
Tiada lama, tiada baru
Text
Sekolah guna karya sastera tahun depan
Text
MPPKM…martabatkan sastera Malaysia
Text
Penggubalan kurikulum baru sastera perlu lebih terus
Text
Singapura hargai novel Salina
Text
Hikayat ditulis oleh ramai pengarang
Text
Penggubal subjek sastera perlu lebih peka
Text
Budi…pada kaca mata Usman Awang
Text
Pengantar ke djalan ilmu dan pengetahuan
Buku ini membincangkan asas ilmu, falsafah, dan kaedah memperoleh pengetahuan secara kritis
Text
Tiada paip air tersembunyi: Lantai Masjidil Haram marmar Thasos dengan pantulan cahaya tinggi
Teknologi penyejukan lantai Masjidsil haram untuk keselesaan jemaah Haji
Text
Bangun teknologi geospatial hadapi malang tidak berbau.
Teknologi geospatial mengintergrasikan pengukuran dan pemprosesan data ruang untuk memahami fenomena di permukaan bumi. Dalam pengurusan bencana, teknologi ini berkembang pesat dengan kemajuan teknologi dan sumber data masa nyata.
Text
Tugas ilmu sastera yang utama...
"Tugas ilmu sastera yang utama adalah mengupas sistem sastera itu, yakni menentukan konvensi sastera, baik yang paling umum,mahupun yang lebih spesifik untuk jenis sastera masing-masing, dalam sebuah sistem yang bertingkat-tingkat sesuia dengan kenyataan sastera itu"
Text
silat
Hampir setiap kelompok masyarakat dunia...
"Hampir setiap kelompok masyarakat di seluruh dunia mempunyai mitos, lagenda, dan epik yang berkaitan dengan kepahlawanan masing-masing"
Text
drama
kesenian
...1 more
Perlakuan yang dilakonkan sebagai drama...
"Perlakuan yang dilakonkan sebagai drama kerap kali akan berhubungan dengan kejadian sebenar atau kehidupan seharian"
Geoekonomi
silat
Dalam Silat Titi Batang, terkandung dua perkara...
"Dalam Silat Titi Batang, terkandung dua perkara asas yang berbeza iaitu kesenian dan pertempuran"
Text
Geoekonomi
Sentimen pelabur tak menentu.
Malaysia Venture Capital Managment Bhd (MAVCAP) dalam landasan tepat mencapai pelaburan sebanyak RM1 bilion, sekali gus mampu memberikan impak besar kepada perniagaan di negara ini.
Website
Geopolitik
Malaysia Perlu Ada Polisi Pragmatis Depani Cabaran Geopolitik Semasa
Menteri Luar, Zambry Abd Kadir, menekankan keperluan Malaysia untuk mengamalkan dasar luar yang pragmatis dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa, termasuk persaingan kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat serta kerjasama keselamatan seperti AUKUS.
Text
Geopolitik
Malaysia mampu harungi risiko perdagangan global.
Ketidaktentuan global, termasuk konflik geopolitik dan ketengangan perdagangan, dijangka tidak memberi tekanan besar kepada ekonomi Malaysia, kata penganalisis.
Showing 16301 to 16350 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2