Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16323 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
budaya dan agama
pendidikan gadis melayu
...2 more
The Education on Malay Girls: A Brief History
Sejarah ringkas pendidikan bagi anak gadis Melayu, khususnya dari zaman penjajahan hingga ke awal abad ke-20. Meneliti cabaran sosial, budaya, dan agama yang mempengaruhi akses pendidikan untuk perempuan Melayu.
Text
ekonomi pertanian
kedah
...2 more
A Study of the Rice Trade in Kedah Before and During the Japanese Occupation
Perdagangan beras di Kedah sebelum dan semasa pendudukan Jepun (1941–1945). Meneliti bagaimana sistem pengeluaran dan pengedaran beras berubah akibat dasar-dasar Jepun serta kesannya terhadap petani tempatan dan keselamatan makanan.
Text
Gerakan Thondar Pandai
kedah
...1 more
The Thondar Padai Movement of Kedah 1945-1947
Gerakan Thondar Padai yang berlaku di Kedah antara tahun 1945 hingga 1947.
Text
Komuniti india malaysia
ladang-ladang
...1 more
A General Survey On Education amongst the Malaysian Indian Plantation Community
Mengkaji keadaan pendidikan dalam kalangan komuniti India yang bekerja di ladang-ladang di Malaysia. Meneliti cabaran dan peluang yang dihadapi oleh komuniti ini dalam mengakses pendidikan serta impaknya terhadap mobiliti sosial dan pembangunan komuniti.
Text
pentadbiran british
perlombongan
...2 more
History of Serendah 1880-1940
Sejarah pekan Serendah dari tahun 1880 hingga 1940, menyorot perkembangan ekonomi, sosial, dan demografi kawasan tersebut.
Text
ekonomi malaysia
perindustrian
...2 more
Social Changes among Skills in Peninsular Malaysia
Perubahan sosial yang dialami oleh golongan terampil di Semenanjung Malaysia. Mengkaji bagaimana perkembangan ekonomi, pendidikan, dan perindustrian telah mempengaruhi struktur sosial dan mobiliti dalam kalangan pekerja mahir.
Text
Hakka Chia-ying
Komuniti hakka
...1 more
The Chia-ying Hakka in Penang 1786-1941
Sejarah komuniti Hakka Chia-ying di Pulau Pinang dari tahun 1786 hingga 1941. Membincangkan bagaimana kumpulan ini berhijrah, menyesuaikan diri, dan memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi, sosial, dan politik tempatan.
Text
ekonomi kolonial
masyarakat cina
...2 more
Chinese Sugar Planting and Social Mobility in Nineteenth Century Province Wellesley
Penglibatan masyarakat Cina dalam penanaman tebu di Province Wellesley pada abad ke-19.
Text
penjajahan british
sastera kolonial
...1 more
The Gentle Hugh: Some Preliminary Thoughts On His Literature and Life in British Malaya.
Sumbangan sasterawan Hugh Clifford dalam menggambarkan kehidupan dan budaya di Tanah Melayu semasa era penjajahan British.
Text
penjajahan british
residen jeneral
...2 more
Carcosa An Outline of its History
Kediaman rasmi Residen Jeneral British di Kuala Lumpur semasa zaman penjajahan. Lady Ruth Hawley merakamkan peristiwa penting yang berkaitan dengan pembinaan, penggunaan, dan peranan bangunan tersebut dalam pentadbiran kolonial British di Tanah Melayu.
Text
arca gangsa
sejarah melayu awal
...1 more
Treasure Trove Among The Tapioca: An Eleventh Century Malay in Bronze
Penemuan sebuah arca gangsa dari abad ke-11 di Selatan Thailand yang dipercayai menggambarkan seorang Melayu kuno.
Text
dinasti ming
hubungan china-melayu
...1 more
Malacca in 1403
Hubungan diplomatik antara Dinasti Ming dan Melaka mula terjalin, serta bagaimana ia membantu membentuk Melaka sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama di Asia Tenggara.
Text
bunga mas
kedah
...2 more
The Last Kedah Bunga Mas
Membincangkan tradisi terakhir penghantaran Bunga Mas oleh Kedah sebagai tanda hormat kepada Kesultanan Melayu yang lain. Artikel ini mengulas sejarah dan makna adat tersebut, serta faktor-faktor yang menyebabkan tradisi itu berakhir.
Text
bunga mas
hadiah diplomatik
...2 more
Bunga Mas - Golden Flowers: Gift or Tribute
Membincangkan makna dan fungsi tradisi Bunga Mas dalam hubungan diplomatik dan sosial di Alam Melayu.
Text
budaya melayu
gaya hidup moden
...1 more
The Three Million Dollar Wedding
Mengisahkan satu majlis perkahwinan mewah yang menelan belanja tiga juta dolar, sebagai simbol status sosial dan kekayaan dalam masyarakat tertentu. Artikel ini mengupas latar belakang budaya, sosial dan ekonomi yang melatarbelakangi penganjuran majlis sebegini, serta implikasi terhadap nilai-nilai tradisional dan perubahan gaya hidup masyarakat Melayu moden.
Text
Perang Dunia kedua
Rejiman Melayu Pertama
...1 more
The First Malay Regiment
Sejarah penubuhan Rejimen Melayu Pertama, pasukan tentera Melayu rasmi yang dibentuk semasa era Perang Dunia Kedua.
Text
industri tembikar
kraf tradisional
...1 more
Malay Potting Industry at Pasir Durian
Membincangkan perkembangan industri tembikar tradisional di Pasir Durian, yang merupakan pusat penting penghasilan barang-barang tembikar Melayu.
Text
Makam muslim
Pekan Pahang
...2 more
Two unidentified Muslim Graves at Kampung Permatang Pasir, Pekan District, Pahang
Membincangkan penemuan dua makam Muslim yang tidak dikenali di Kampung Permatang Pasir, daerah Pekan, Pahang. Artikel ini mengkaji ciri-ciri makam tersebut dari segi seni bina, bahan, dan simbol agama yang digunakan, serta cuba mengaitkannya dengan sejarah tempatan.
Text
masyarakat Melayu
pendidikan di Malaya
...2 more
Education in Malaya 1900-1941
Membincangkan perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu dari awal abad ke-20 hingga Perang Dunia Kedua.
Text
Konsep animisme dalam kehidupan masyarakat Melanau, Sarawak : kajian perubahan
Abstrak
Kaum Melanau merupakan kaum pribumi yang kelima terbesar di Sarawak selepas Iban. Cina, Melayu dan Bidayuh. Mempunyai kebudayaan dan adat resam yang unik dan menarik. Pada asalnya, masyarakat Melanau mengamalkan amalan Pagan dan tidak menganuti sebarang doktrin agama. Kemasukan agama ke dalam komuniti Melanau bermula daripada penjajahan pada zaman dahulu. Kesannya, komuniti Melanau telah terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Pagan. Masyarakat Melanau percaya kepada makhluk halus dan kuasa ghaib yang menguasai kehidupan. Kepercayaan ini menjadi panduan dan amalan kepada mereka dalam mencapai kehidupan yang lebih baik. Kuasa yang ada pada makhluk halus ini telah menimbulkan perasaan takut, hormat dan kagum kepada mereka. Bagi menghormati makhluk halus ini, mereka mematuhi pantang larang, melakukan upacara pemujaan, dan persembahan kepada kuasa ghaib ini. Analisis kajian mendapati faktor agama merupakan faktor dominan dalam berlakunya perubahan ke atas kepercayaan masyarakat Melanau berbanding faktor lain seperti penjajahan, perkembangan sains dan teknologi, perkahwinan campur, perubahan penempatan dan pendidikan. Sehingga sekarang kesan perubahan ini masih lagi dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat Melanau. Kaedah temu bual menjadi pendekatan utama dalam mendapatkan maklumat kajian. Seramai lima belas orang responden telah ditemu bual yang terdiri daripada orang tua yang berpengalaman dan mempunyai pengetahun tentang kepercayaan tradisional masyarakat Melanau. Selain temu bual, kaedah pemerhatian dan keperpustakaan juga telah banyak membantu dalam menghuraikan hasil kajian. Justeru, tidak hairanlah, masyarakat Melanau telah meletakkan kepercayaan dan adat resam ke tahap tertinggi dalam kehidupan berasaskan kepada penilaian mereka.
Text
artikel sejarah
indeks sejarah
...2 more
Index Malaysia In History 1954-1979
Himpunan indeks komprehensif bagi artikel-artikel yang telah diterbitkan dalam jurnal Malaysia in History sepanjang tempoh 1954 hingga 1979.
Text
Pengurusan dan pentadbiran seni : kajian program citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003
Abstrak
Bidang kesenian dan kebudayaan mulai menjadi tumpuan di Malaysia. Pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh kerajaan untuk mengembangkan bidang tersebut Kekayaan seni dan budaya yang dimiliki oleh rakyat Malaysia, telah mengukuhkan lagi hasrat kerajaan ini. Oleh itu, program Citrawarna Malaysia yang diadakan dari tahun 1999 hingga sekarang menjadi platform untuk merealisasikan hasrat tersebut. Di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia, maka program tersebut dilaksanakan dengan lancar. Malah telah menggerakan pelbagai pihak untuk turut serta menjayakannya, seperti penglibatan agensi-agensi kerajaan, wakil swasta yang dilantik dan pihak-pihak tertentu. Kejayaan ini disebabkan pengurusan dan pentadbiran yang kemas dan teratur. Bagi memastikan kelancaran program Citrawarna Malaysia dilaksana dengan sebaiknya. maka pembahagian tugas dan tanggungjawab telah diagihkan kepada semua pihak yang terlibat. Disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu sama ada tersurat dan tersirat, maka pengkaji telah membuat satu kajian yang khusus secara mendalam berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran seni. Bagi mendapatkan pendedahan dan maklumat yang betul dan bermutu, maka pengkaji telah menyertai sendiri di dalam program Citrawarna Malaysia tahun 2002 dan 2003 secara keseluruhannya. Harapan pengkaji, semoga aspek pengurusan dan pentadbiran dapat diselidiki dengan lebih dekat dan mendalam. Bidang kesenian dan kebudayaan ini melambangkan nilai persembahan yang berbeza, ianya akan dirasai dengan sendiri sama ada sebelum, semasa dan selepas program.
Text
artifak batu
kelantan
...2 more
Gua Cha and The Malayan Stone Age
Membincangkan penemuan arkeologi penting di Gua Cha, Kelantan, yang memberikan bukti kewujudan masyarakat Zaman Batu di Tanah Melayu.
Text
Migrasi buruh Negeri Kelantan ke Singapura : kajian kes di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan
Abstrak
Kajian ini mengenai migrasi buruh penduduk ke luar negeri Kelantan, satu kajian kes dibuat di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Tujuan utama kajian ini untuk melihat faktor-faktor penolak dan penarik menyebabkan penduduk Mukim Kubang Chenok berhijrah untuk bekerja di Singapura pada pertengahan tahun 1970-an hingga awal tahun 1990-an, proses penghijrahan, kesan-kesan demografik dan sosio-ekonomi terhadap responden dan keluarga. Ketiadaan pekerjaan di kampung, upah rendah dan kesusahan kehidupan di kampung merupakan faktor penolak penting menyebabkan responden berhijrah untuk bekerja di Singapura. Faktor di atas disokong oleh ketiadaan komitmen di kampung untuk responden berhijrah. Faktor penarik penting adalah upah tinggi di Singapura, terjamin untuk mendapat pekerjaan, mempunyai saudara-mara, rakan-rakan atau, pencari pekerja yang sudah, biasa bekerja di Singapura. Faktor penarik yang menjadi sokongan adalah; terdapat banyak barangan berjenama dan bermutu, tidak susah untuk makan dan minum. Singapura, walaupun jauh jaraknya, responden dapat balik ke kampung dalam masa satu hari. Majoriti rsponden bekerja di Singapura melebihi 8 tahun. Jangka masa tersebut agak lama dan memberi kesan terhadap fertiliti dan sosio-ekonomi responden dan keluarga. Didapati purata jumlah anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri responden lebih rendah daripada purata penduduk Mukim Kubang Chenok secara keseluruhannya, dan lebih rendah lagi jika dibandingkan dengan purata bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri penduduk Mukim yang suami mereka tidak pernah bekerja di Singapura. Dari segi sosio-ekonomi pula, secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa pemergian responden ke Singapura telah dapat membantu mereka membiayai persekolahan anak-anak dan pencapaian akademik anak-anak mereka telah meningkat. Hasil responden telah pendapatan bekerja di Singapura, kebanyakan dapat membina dan membaiki rumah mereka. Segala kelengkapan rumah seperti televisyen, peti sejuk, telefon, kerusi set dan dapur gas telah dimiliki oleh keluarga responden. Di samping itu, majoriti responden juga telah dapat membeli motosikal, dan ada yang membeli motokar sebagai alat pengangkutan diri dan keluarga. Kemahiran yang responden dapati sangat berguna. Walaupun pada pertengahan tahun 1990-an, mereka sudah tidak lagi boleh pergi bekerja di Singapura, kemahiran mereka peroleh menyebabkan mereka boleh bekerja di Kelantan atau di negeri-negeri lain di Malaysia dengan kadar upah lebih tinggi sebagai pekerja mhir. Berdasarkan keadaan fizikal rumah dan pemilikannya, pemilikan harta harta lain, pekerjaan dan pendapatan semasa, taraf hidup responden dan keluarga boleh dianggap agak tinggi.
Text
Johor
Kluang
...4 more
The Birth and Growth of Kluang, Johore
Mengupas sejarah penubuhan dan perkembangan bandar Kluang di Johor. Artikel ini menerangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan bandar tersebut, termasuk pembangunan pertanian, pengangkutan, dan pentadbiran. Ia juga menyorot peranan Kluang sebagai pusat ekonomi dan sosial dalam konteks sejarah Johor dan Malaysia.
Text
klang
kuala selangor
...2 more
Remembering History , at Klang, Kuala Selangor and Lukut
Membincangkan sejarah dan perkembangan penting di tiga kawasan utama di Selangor dan Negeri Sembilan, iaitu Klang, Kuala Selangor, dan Lukut.
Text
sejarah diraja
serangan hendap
...1 more
The Ambush of the H.R.H. Sultan Abu Bakar of Pahang
Mengisahkan peristiwa cubaan serangan hendap terhadap Sultan Abu Bakar dari Pahang semasa baginda dalam perjalanan di kawasan pedalaman.
Text
Cerita-cerita rakyat masyarakat Iban di Kapit, Sarawak : satu analisis
Abstrak
Pada asasnya penulisan ini adalah untuk membincangkan mengenai aspek kemasyarakatan serta world-view masyarakat Iban melalui cerita-cerita rakyat yang telah dihasilkan oleh masyarakat ini sendiri. Ini kerana setiap cerita rakyat yang terhasil dalam masyarakat ini adalah banyak dipengaruhi peristiwa dan pengalaman hidup mereka. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban. Saya telah merakamkan cerita rakyat masyarakat Iban ini ke dalam pita rakaman. Sebanyak sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban telah berjaya dikumpul oleh penulis. Keseluruhannya kajian ini telah mengkaji peranan dan aspek kemasyarakatan cerita rakyat masayarakat Iban ini. Pendekatan kajian seperti yang dikemukakan oleh Plummer iaitu seorang pengkaji Barat yang banyak menulis tentang peranan cerita rakyat terhadap masyarakat yang menghasilkannya digunakan dalam kajian ini. Keseluruhan kajian tertumpu kepada aspek kehidupan masyarakat yang melahirkan teks cerita rakyat tersebut. Teori sosiologi sastera seperti yang dikemukakan oleh Plummer telah digunakan dalam kajian ini. Analisis yang dibuat berdasarkan kepada enam aspek utama. Anataranya ialah berhubung dengan bila cerita rakyat ini telah wujud dalam masyarakat penciptanya, siapakah khalayak karya atau siapakah golongan yang mendengar cerita rakyat itu, hubungan karya dengan dunia sosial, situasi sosio-budaya dan politik masyarakat cerita rakyat itu, tanggungjawab sosial pengarang dan akhir sekali mengapa tema-tema tertentu dipilih. Hasil atau dapatan daripada kajian ini, kita telah mengetahui bahawa teori sosiologi mengikut Plummer amat sesuai bagi mengkaji kehidupan dan budaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Iban. Aspek yang telah dikemukakan oleh penulis dalam mengkaji cerita rakyat Iban ini begitu sesuai dalam mencari persoalan tentang hasil kesusasteraan masyarakat Iban yang semakin pupus ini. Melalui kajian terhadap cerita rakyat Iban ini, kita telah mengetahui tentang corak hidup orang Iban yang masih lagi teguh menjalankan aktiviti pertanian penanaman padi huma, berburu dan masih lagi mengekalkan corak hidup yang mendiami rumah panjang. Secara tidak langsung, melalui cerita rakyat masyarakat Iban, kita mendapati bahawa orang Iban masih lagi kukuh memegang adat serta kepercayaan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka sampai ke hari ini. Lantas, atas dasar ingin membongkar rahsia ketinggian nilai cetusan pemikiran masyarakat tradisi, pada pendapat penulis amat perlu untuk cerita cerita rakyat khazanah bangsa ini diberi perhatian wajar dengan meneliti dan memberi interpretasi terhadap fungsi yang tersembunyi dibalik keseronokkan cerita. Apa yang paling penting ialah cerita atau bahan-bahan yang bakal dikaji memaparkan eleman tentang nilai kehidupan atau nilai kemasyarakatan masyarakat yang menghasilkannya.
Text
Retorik pujukan : kajian kes ceramah Haji Hadi Awang
Abstrak
Kajian ini menumpukan teks ucapan politik oleh Abdul Hadi Awang dari segi retoriknya. Lima buah teks ucapan politik beliau telah dipilih sebagai bahan kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengupas keberkesanan penggunaan bahasa dan kepelbagaian teknik pemujukan yang digunakan oleh pemeran berdasarkan teori yang dikemukan oleh Gary T.Hunt (1987). Dalam Bab 2, dibincangkan konsep retorik, sejarah perkembangan retorik, retorik pemujukan, dan jenis-jenis retorik pujukan. Turut dibincangkan ialah elemen elemen pemujukan dan pemujukan dalam bidang politik, iaitu semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya. Perbincangan yang berkaitan dengan aspek kebahasan terdapat dalam Bab 3. Dua aspek bahasa yang paling menonjol dalam ucapan oleh Abdul Hadi ialah penggunaan unsur ragam bahasa dan bahasa kiasan dibincangkan dalam bab ini. Bab ini juga membincangkan aspek pemilihan diksi yang terdapat dalam teks kajian. Penggemblengan ketiga-tiga unsur bahasa ini bermatlamat untuk memberitahu, menjelaskan, mempertahankan, meluahkan hasrat, idea, darn perasaan penutur. Analisis Bab 4 pula tertumpu pada aspek kepelbagaian teknik pemujukan oleh Abdul Hadi. Antara teknik pemujukan yang digunakan seperti teknik pengukuhan, teknik mengumpan sokongan, teknik permintaan tindakan, teknik menakut-nakutkan. teknik membangkitkan semangat, teknik beranalogi sebagai sindiran, teknik humor, teknik penonjolan kesopanan, dan teknik penyisian. Bab 5 merumuskan semua dapatan kajian yang telah dibuat dalam Bab 3 dan Bab 4. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Abdul Hadi Awang telah mengadun pelbagai teknik pemujukan dan aspek kebahasaan dalam ucapan pemujukannya bagi menghasilkan sebuah ucapan politik yang berkesan dan menarik.
Text
kapitan cina
kuala lumpur
...1 more
The Tomb of The Fourth Capitan China of Kuala Lumpur
Membincangkan sejarah dan kepentingan makam Yap Kwan Seng, Kapitan Cina keempat Kuala Lumpur. Artikel ini mengupas peranan penting beliau dalam pembangunan awal bandar Kuala Lumpur, sumbangannya dalam bidang sosial, ekonomi, dan pendidikan, serta hubungannya dengan masyarakat Melayu dan penjajah British. Makam beliau dikenalpasti sebagai warisan sejarah penting yang mencerminkan kerjasama antara kaum di Tanah Melayu.
Text
Kitab Al-Hayawan karya Al-Jahiz sebuah karya kuasi-saintifik dalm tamadun Islam
Zaman Abbasiah merupakan zaman keemasan dalam sejarah tamadun Islam. Pdaa zaman itu, pelbagai aktiviti keilmuan dan kesusasteraan pesat dan meluas...
Text
sejarah pentadbiran
Selangor
...1 more
Royal Recollections: A Talk by the late Sultan Sulaiman of Selangor and the Government of Selangor Establishment in 1877
Mengandungi kenangan dan pandangan Almarhum Sultan Sulaiman berkenaan sejarah awal penubuhan pentadbiran moden negeri Selangor pada tahun 1877.
Text
pahang
sejarah tanah melayu
...1 more
Retracing The Penarikan Route
Mengkaji semula laluan bersejarah Penarikan, satu jalan air darat yang penting pada zaman silam yang menghubungkan Sungai Muar dan Sungai Pahang. Artikel ini menerangkan kepentingan strategik laluan tersebut dalam perdagangan, pergerakan orang dan barangan, serta peranannya dalam hubungan antara pantai barat dan timur Semenanjung Tanah Melayu.
Text
seni bina lama
tempat bersejarah
...1 more
Places of The Past: Part Two
Merupakan sambungan kepada siri penulisan yang mendokumentasikan lokasi-lokasi bersejarah di Malaysia. Artikel ini mengetengahkan tapak-tapak lama, bangunan bersejarah, dan tempat-tempat penting yang memainkan peranan dalam pembentukan identiti dan warisan negara. Mubin Sheppard menghuraikan nilai sejarah, seni bina, dan kisah di sebalik tempat-tempat tersebut, sambil menyeru agar usaha pemuliharaan dipertingkatkan.
Text
The significance of ibadah in building a balance personality in accordance to Al-Ghazali : a beyond solution for moral conflict
Al-Ghazali always stresses the inner aspects of every matter he discusses, this is especially true of his comments on the acts of devotion...
Text
kelantan
pejuang kemerdekaan
...2 more
Kebangkitan Tok Janggut menentang Jepun
Peranan Tok Janggut sebagai tokoh penentang pendudukan Jepun di Kelantan semasa Perang Dunia Kedua.
Text
penentangan penjajah
terengganu
...1 more
Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid [Haji Abdul Rahman Limbong] Terengganu
Membincangkan peranan dan perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai tokoh ulama dan pejuang tempatan di Terengganu pada awal abad ke-20.
Text
ekonomi melayu
perak
...1 more
Syarikat Kerjasama Melayu Perak: Usaha-usaha memperkenal dan mengembangkannya.
Sejarah penubuhan dan perkembangan Syarikat Kerjasama Melayu di negeri Perak. Artikel ini membincangkan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dan pemimpin tempatan untuk memperkenalkan konsep koperasi kepada masyarakat Melayu sebagai satu cara meningkatkan ekonomi dan memperkukuh semangat berjimat cermat.
Text
arkib sejarah
rumah rehat
...1 more
An Untapped Historical Source: Rest House Register Books
Membincangkan kepentingan buku daftar penginapan di rumah rehat (rest house) sebagai sumber sejarah yang kurang digunakan. Artikel ini menerangkan bagaimana rekod ini boleh memberikan maklumat berharga tentang pelancong, pentadbiran kolonial, dan perkembangan sosial di kawasan-kawasan tertentu. Ia menyorot potensi buku daftar tersebut dalam kajian sejarah tempatan dan kolonial.
Text
muzium selangor
pengeboman
...2 more
The Bombing of the Selangor Museum
Membincangkan peristiwa pengeboman Muzium Selangor yang berlaku semasa zaman perang. Artikel ini menerangkan latar belakang kejadian, kerosakan yang dialami oleh muzium, serta kesan peristiwa tersebut terhadap warisan sejarah dan budaya Malaysia. Ia juga menyorot usaha pemulihan dan kepentingan memelihara khazanah negara selepas insiden
Text
kolej melayu
pendidikan melayu
...1 more
The Malay College
Penubuhan dan peranan Kolej Melayu sebagai institusi pendidikan khas untuk melahirkan pemimpin Melayu yang berpendidikan tinggi
Text
bibliografi
Hang Tuah
...1 more
Hang Tuah: A Bibliographical Summary
Ringkasan bibliografi yang menghimpunkan pelbagai sumber dan kajian berkaitan tokoh legenda Melayu, Hang Tuah.
Text
bijih timah
perak
...1 more
Malay Mining Methods in Kinta in 1884
Membincangkan kaedah perlombongan bijih timah yang digunakan oleh pelombong Melayu di kawasan Kinta, Perak, pada tahun 1884. Artikel ini menerangkan teknik tradisional yang digunakan, peralatan yang terlibat, serta organisasi kerja dalam kalangan komuniti pelombong tempatan. Ia turut membandingkan kaedah Melayu dengan kaedah perlombongan yang diperkenalkan oleh pelombong Cina dan pihak kolonial, serta kesannya terhadap ekonomi dan pembangunan kawasan Kinta.
Text
Adat
Johor
...2 more
Justar di-Raja: A Royal Bridegroom's Headdress from Johore
Mengupas tentang justar, iaitu sejenis tanjak atau perhiasan kepala diraja yang dipakai oleh pengantin lelaki dalam kalangan kerabat diraja Johor. Artikel ini membincangkan asal usul, fungsi, reka bentuk, serta simbolisme justar dalam konteks adat istiadat perkahwinan diraja. Ia juga menyorot peranan justar sebagai lambang status, warisan budaya, dan identiti diraja Johor yang unik.
Text
Francis Light
Puteri Melayu
...1 more
Francis Light and The Malay Princess
Mengisahkan hubungan antara Francis Light, pengasas penjajahan British di Pulau Pinang, dengan seorang puteri Melayu yang dikenali sebagai Puteri Jawi atau Martina Rozells. Artikel ini meneliti aspek sejarah, politik dan sosial hubungan mereka, serta peranan Puteri Melayu tersebut dalam kehidupan Light dan dalam konteks masyarakat tempatan ketika itu. Ia turut membincangkan kesan hubungan ini terhadap kedudukan British di Tanah Melayu dan bagaimana ia dilihat dalam naratif sejarah.
Text
jata kelantan
lambang negeri
...2 more
The Kelantan Coast of Arms
Membincangkan jata negeri Kelantan, termasuk asal usul, elemen-elemen dalam reka bentuknya, serta makna simbolik di sebalik setiap lambang. Artikel ini menerangkan bagaimana jata tersebut mencerminkan identiti, sejarah, dan nilai-nilai tradisional negeri Kelantan. Ia juga menyentuh tentang pengaruh Islam dan sistem pemerintahan beraja dalam pembentukan jata tersebut, serta evolusi reka bentuknya dari masa ke masa.
Text
bunga mas
hubungan kedah-siam
...1 more
The Last Kedah Bunga Mas
Mengisahkan penghantaran terakhir bunga mas oleh Kesultanan Kedah kepada kerajaan Siam pada abad ke-19. Bunga mas, sebagai simbol penghormatan dan hubungan diplomatik, melambangkan hubungan tradisional antara negeri-negeri Melayu dengan Siam. Artikel ini membincangkan latar belakang sejarah, kepentingan politik dan budaya penghantaran bunga mas, serta faktor-faktor yang membawa kepada pengakhirannya, termasuk campur tangan kuasa penjajah British
Text
kelantan
penjajahan
...2 more
Kelantan during World War 1
Membincangkan keadaan negeri Kelantan semasa Perang Dunia Pertama (1914–1918). Artikel ini menerangkan kesan perang terhadap politik tempatan, pentadbiran kolonial British, serta ekonomi dan masyarakat Kelantan. Ia juga menyentuh tentang ketegangan antara pihak British dan penduduk tempatan, termasuk isu keselamatan, cukai, dan pemberontakan kecil yang berlaku akibat ketidakpuasan rakyat terhadap pentadbiran kolonial semasa zaman peperangan.
Text
China
chinese maritime history
...1 more
An Early Chinese Visitor to Kelantan
Meneroka perjalanan seorang utusan China yang melawat Kelantan (di Malaysia kini) pada awal abad ke-15, mungkin semasa Dinasti Ming di bawah pelayaran Laksamana Zheng He. Artikel itu meneliti catatan sejarah daripada sumber Cina, khususnya kisah Ma Huan, seorang penterjemah dan penulis sejarah, untuk memberikan gambaran tentang keadaan politik, ekonomi dan budaya Kelantan pada masa itu. Ia menyerlahkan interaksi awal antara China dan Asia Tenggara dan kepentingan misi diplomatik ini.
Text
pahang
sejarah Melayu
...1 more
Lake Chini: A Lost Settlement in Pahang
Tasik Chini adalah sebuah tasik semula jadi yang terletak di Pahang dan pernah menjadi lokasi penempatan lama masyarakat Melayu. Penempatan ini kini hilang dan menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan budaya tempatan. Tasik Chini juga terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan keunikan ekosistemnya yang kaya.
Showing 1651 to 1700 of 16323 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2