Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (19328 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
ekonomi malaysia
Kewangan
OPR mungkin kekal 2026 susulan ekonomi kondusif
Maybank Investment Bank menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia kemungkinan akan dikekalkan sehingga tahun 2026 kerana landskap ekonomi kekal kondusif dan kitaran kenaikan kadar global dijangka berakhir. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan antara 4.5 hingga 4.7 peratus, disokong oleh pertumbuhan keuntungan perbankan yang stabil melalui peningkatan pinjaman pengguna dan industri. Pengekalan OPR dijangka membantu mengawal margin faedah bersih (NIM) bank dan mengurangkan persaingan deposit, manakala aliran menurun KLIBOR 3 bulan turut membantu menguruskan kos dana. Meskipun berlaku sedikit kenaikan Pinjaman Terjejas Kasar (GIL) kepada 3.6 peratus menjelang Oktober 2025, kedudukan modal bank kekal kukuh, dan sektor perbankan dijangka terus menawarkan pulangan dividen menarik, dengan kebanyakan bank diramal memberi pulangan melebihi 5.0 peratus kepada pemegang saham.
Dera
pelajar tahfiz
Paksa tidur dalam tandas
Pukul dan paksa pelajar tidur di dalam tandas di sebuah madrasah tahfiz sebab pelajar tersebut tidak derdaftar di Selangor sejak beberapa tahun lalu.
AI
Penipuan
...1 more
Mangsa terkini Accerx Fidelity
Dua warga emas kerugian keseluruhan RM1,679441 selepas menjadi mangsa penipuan terbaharu dalam pelaburan Accerx dan Fidelity dalam talian.
Buli ,Rogol, Bunuh
Apa Nak Jadi Sekolah Kita
Negara sekali lagi digemparkan dengan kejadian tragis di sekolah apabbila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam oleh seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, Selangor, pada Selasa.
Dera
keganasan
...2 more
Masih ramai tak lapor keganasan rumah tangga
Kebanyakan kes keganasan dilakukan oleh individu dikenali oleh mangsa seperti suami atau. teman lelaki menyebabkan kes tidak dilapor kerana dianggap sebagai masalah peribadi.
Tikaman Gila Di Dada, Leher
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan punca kematian pelajar perempuan berusia 16 tahun dalam kejadian tragik di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Petaling Jaya pada Selasa adalah akibat tikaman bertubi - tubi pada leher dan dada oleh rakan sekolahnya.
200 Kesan Tikaman
Ibu kepada Yap Shing Xuen, pelajar perempuan yang maut ditikam seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya Selasa lalu mendedahkan anaknya ditikam 200 kali, jauh lebih banyak daripada angka yang tular di media sosial.
Lagi Isyarat Bahaya Dari Sekolah
Satu lagi kes rogol berlaku dalam kelas tular
Dua Calon SPM Dituduh Rogol Junior
Tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun.
Dera
pekerja
...1 more
Kerah kerja 10 jam sehari
Bukan saja dipaksa bekerja hampir 10 jam setiap hari, malah pekerja warga asing sebuah kilang kitar semula barangan elektronik turut dibiarkan tidur dalam bilik 'sauna' beratap dan berdindingkan zink.
AI
Penipuan
Perara hilang wang pencen RM319,899 terperdaya skim pelaburan tak wujud
Pesara lelaki berusia 78 tahun kerugian RM319,899 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui Facebook.
Dera
Pengemis
...1 more
Bawa bayi dua tahun mengemis
Seramai 10 pengemis warga asing berusia dua hingga 41 tahun ditahan Jim kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah akta.
Pelajar Perempuan Maut Ditikam Di Sekolah
Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Damansara Utama pada jam 9.30 pagi, Selasa.
Institusi Pendidikan Terdedah Kepada Ancaman Jenayah - Pakar Kriminologi
Kejadian pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya membuktikan institusi pendidikan kini semakin terdedah kepada ancaman jenayah dan masalah disilpin yang membimbangkan.
Kes Buli Di Sekolah Meningkat - KPN
Sebanyak 7681 kes dilaporkan pada tahun lalu, berbanding 6528 kes pada 2023
Bunuh
Dera
...1 more
Tembak anjing liar guna senapang angin
Ada individu sengaja membunuh anjing liar dengan menembaknya menggunakan senapang angin di Sungai Kapar Indah.
Emosi, media sosial cetus tragedi
Remaja lelaki berusia 14 tahun yang menikam seorang pelajar perempuan hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa dipercayai bertindak demikian akibat dorongan emosi dan pengaruh media sosial.
Realisasi teknologi kereta hidrogen
Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
belia
Media social
Manfaat media social perkasa potensi belia
Dalam mengejar arus pemodenan, media social dianggap sebagai alat memberi peluang positif dan kemudian kepada pengguna, terutama dalam kalangan belia
bayi
Bunuh
...1 more
Pasangan kekasih didakwa bunuh bayi
Pasangan kekasih didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh bayi perempuan.
Kertas Siasatan Kes Rogol Babit Empat Pelajar Dirujuk Kepada DPP
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung kes salah laku seksual membabitkan empat pelajar lelaki Tingkatan Lima dengan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah negeri ini kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.
Dera
Isteri
...1 more
Lelaki cederakan isteri kali kedua dipenjara 3 bulan
Pembantu penyelia yang pernah dipenjara kerana sengaja mencederakan isteri, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret atas kesalahan sama dengan menendang wanita itu hingga cedera.
Perak perkasa huffaz melalui TVET
Kerajaan Negeri Perak mengorak langkah dalam memperkasa golongan penghafal Al-Quran atau huffaz di negeri ini dengan menawarkan pengajian dalam bidang Pendidkan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
127 saksi sudah diambil keterangan kes pelajar dibunuh
Seramai 127 saksi termasuk rakan suspek sudah diambil keterangan masing - masing bagi membantu siasatan pembunuhan pelajar Tingkatan Tiga, Yap Shing Xuen, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara (4) pada Selasa lalu.
AI
dunia
...1 more
Filipina tahan 100 suspek sindiket penipuan dalam talian
Pihak berkuasa menahan sekira-kira 100 suspek dalam satu serbuan ke atas sindiket penipuan dalam talian yang disyaki beroperasi di Manila dan dipercayai menjalankan pemerasan terhadap mangsa.
AI
global
Kerajaan kaji impak DeepSeek
Aplikasi perlu diteliti sebelum disesuaikan untuk kegunaan tempatan
Fadhlina Jamin Keselamatan Di Sekolah Ditambah Baik.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan beliau bersama Timbalan-nya, Wong Kah Woh, mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan aspek keselamatan ditambah baik terhadap semua institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
AI
Dera
...2 more
UK larang guna AI hasilkan imej seksual kanak-kanak
United Kingdom (UK) bakal menjadi negara pertama memperkenalkan undang-undang melarang perkakasan kecerdasan buatan AI disalah guna untuk menghasilkan imej penderaan seksual, umum kerajaan
Larangan Telefon Pintar, Media Sosial Bawah 16 Tahun
Larangan penggunaan telefon pintar dan media sosial terhadap mereka yang berusia bawah 16 tahun adalah antara tiga langkah segera dicadangkan Jemaah Menteri bagi menangani isu keselamatan di sekolah, termasuk kes buli dan jenayah yang semakin membimbangkan kesan pengaruh media sosial dan permainan dalam talian yang boleh mencetuskan tingkah laku negatif. Banyak negara termasuk Australia, Perancis, Korea Selatan, Itali, Belanda sudah melaksanakan larangan serupa.
Ibu Lapor Anak Tahun Satu Cedera Kena Pukul
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian murid Tahun Satu cedera dipukul dua murid Tahun Tiga yang berlaku di kantin sekolah, dua hari lalu.
Text
Belanjawan
ekonomi malaysia
...1 more
Sabah dan Sarawak terima dana pembangunan tertinggi
Sabah dan Sarawak terima peningkatan dalam dana pembangunan sebagai komitmen dari kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan, khususnya dari segi prasarana asas antara Sabah dan Sarawak dengan negeri lain.
MSU terajui TVET ASEAN
Management and Science University (MSU) sekali lagi membuktikan keunggulan apabila dinobatkan sebagai ASEAN' s Most Transformative & Impactful TVET University pada edisi ke-4 Malaysian Education and TVET Awards (META) 2025 baru-baru ini
Text
Belanjawan
madani
Pelepasan khas cukai hingga RM1,000 galak rakyat melancong dalam negara
Kerajaan memberikan pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM1,000 bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026)
4 Pelajar Antara 8 Didakwa Bergaduh Di Pusat Snuker
Empat pelajar antara lapan individu didakwa di Tangkak, semalam atas pertuduhan terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan dan dan mendatangkan kecederaan menggunakan topi keledar serta besi aluminium di hadapan pusat snuker Jalan Kemajuan, di sini, jam 10.33 malam,7 Oktober lalu.
Text
madani
Disiplin fiskal tegas bantu capai sasaran defisit 3.5 peratus
Kerajaan MADANI meneruskan komitmennya terhadap disiplin fiskal yang tegas dengan menyasarkan defisit negara akan menurun lagi kepada 3.5 peratus pada 2026.
Pelajar Disaring Alat Pengesanan Logam
Pihak sekolah mahu pastikan tiada bahan terlarang, bahaya dibawa masuk.
Text
ekonomi malaysia
madani
Pertumbuhan ekonomi 2026 diunjur lebih rendah
Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara berada pada kadar lebih rendah antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026.
Qunu' liman Ta'attafa: Pengenalan Karya Tentang Isu Halal dan Sembelian Abad ke-19 Masihi.
Aspek tentang sembelihan dan isu pemakanan halal adalah menarik untuk diperhatikan. Namun, hanya sebuah karya khusus sahaja yang dihasilkan mengenainya iaitu Qunu'liman Ta'attafa karangan Abbas Kuta Karang. Ini bertujuan memperkenalkan semula karya ini dan aspek perbincangan merangkumi asal-usul, pengarangan dan kandungannya di samping pengenalan ringkas mengenai pengarangnya.
Hikayat Shamsul Bahrain: Sebuah Penelitian Manuskrip Melayu Tentang Kerajaan Beruas, Perak.
Kajian ini difokuskan kepada Hikayat Shamsul Bahrain versi (Maxwell 3) berdasarkan kaedah-kaedah penelitian kajian manuskrip Melayu. Penelitian ke atas hikayat ini meliputi dari aspek proses pemilihan naskhah, kerangka konseptual, kaedah perbandingan, isu dan permasalahan dalam kajian.
Mohd. Said Sulaiman: Pujangga Melayu dan Kepengarangannya dalam Genre Sastera Sejarah Kesultanan Johor
Artikel ini akan membincangkan karya-karya seorang tokoh luar biasa iaitu Mejar Dato' Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman, cendiakawan terbilang dan tokoh pujangga berwawasan Johor.
Pelaksanaan Teori Ritorika Arab dalam Karya Puisi Melayu
Puisi Arab-Melayu yang dilakukan penelitian berbentuk kritikan teks ini merupakan salah satu karya Melayu yang mempunyai nilai estetika yang tinggi di samping menyimpan nilai sejarah yang penting. Artikel ini bertujuan menonjolkan aspek pelaksanaan teori Retorika Arab, iaitu kaedah al-Majaz al Mufrad, terhadap karya Rawd al-Amaniyang ditulis oleh Ahmad al-Fatani.
Salasilah Raja-raja yang Kerajaan Asal di Negara Berunai: Sebuah Karya Agung Melayu
Penelitian terhadap manuskrip masih menuntut usaha yang lebih besar daripada kalangan sarjana terutamanya bagi menemukan sebuah Karya Agung Melayu yang pernah lahir dalam sejarah persuratan dan ketamadunan negara Brunei Darussalam. Perbicaraan persoalan ini menumpukan khusus kepada naskhah Salasilah Raja-raja Berunai.
Text
Pemuliharaan Warisan
Seni Bina Bersejarah
Restoring the Temple on the River of Cut Stone
Jurnal ini membincangkan usaha pemulihan sebuah kuil bersejarah yang terletak di tebing sungai, termasuk kajian seni bina, bahan binaan, dan teknik konservasi yang digunakan. Ia menyorot kepentingan kuil tersebut dalam warisan budaya setempat serta cabaran yang dihadapi dalam memulihara struktur lama agar kekal untuk generasi akan datang.
Text
Arkeologi
Warisan Prasejarah
Rock Paintings near Ipoh
Jurnal ini membincangkan penemuan dan kajian terhadap lukisan batu purba yang terdapat di kawasan sekitar Ipoh, termasuk analisis motif, teknik lukisan, dan anggaran usia artifak tersebut. Ia menyorot kepentingannya dalam memahami budaya, kepercayaan, dan kehidupan masyarakat prasejarah di Lembah Kinta.
Text
sejarah ketenteraan
Warisan Selangor
The Forts at Kuala Selangor
Jurnal ini membincangkan sejarah dan fungsi beberapa kubu pertahanan utama di Kuala Selangor yang dibina oleh pemerintah Melayu serta diperkuat semasa interaksi dengan kuasa kolonial. Ia menyorot peranan kubu-kubu ini dalam strategi ketenteraan, pertahanan negeri, serta peristiwa penting seperti konflik dengan Bugis dan campur tangan British.
Text
Historiografi
sejarah malaya
The need for a reinterpretation of Malayan History
Jurnal ini membincangkan keperluan menilai semula penulisan sejarah Malaya yang selama ini banyak dipengaruhi perspektif kolonial. Ia menyorot kepentingan memasukkan suara tempatan, pengalaman masyarakat peribumi dan imigran, serta pendekatan baharu agar sejarah Malaya lebih seimbang dan menyeluruh.
Text
Senjata Tradisional
warisan melayu
A Royal Malay Keris in Baroda
Jurnal ini mengkaji secara mendalam sebuah keris diraja Melayu yang ditemui di Baroda, termasuk analisis gaya bilah, hulu, sarung, serta teknik pertukangan yang menunjukkan statusnya sebagai senjata bangsawan. Artikel ini menelusuri kemungkinan asal usul keris tersebut melalui hubungan diplomatik, perdagangan, atau hadiah rasmi antara dunia Melayu dan India. Ia turut menyorot makna simbolik keris sebagai lambang kedaulatan, martabat, dan identiti budaya Melayu dalam konteks serantau.
Penggunaan Bahan Dari Haiwan di Dalam Kitab Perubatan Melayu dari Perspektif Melayu dan Agama
Kajian ini akan meneliti sumber-sumber dari haiwan yang digunakan di dalam manuskrip perubatan Melayu, memaparkan perbahasan berkaitan dengan materia medika dan preskripsi yang digunakan dalam merawat penyakit serta menganalisa penggunaan bahan dari haiwan di dalam kitab perubatan Melayu dari perspektif budaya dan agama.
Ilustrasi dalam Manuskrip Melayu
Ilustrasi adalah lakaran atau gambar rajah pada suatu penulisan. Ia berperanan sebagai deskripsi, ringkasan dan pemudah kandungan teks. Dalam manuskrip Melayu lama, ilustrasi turut digunakan dalam beberapa bidang naskhah. Artikel ini akan membincangkan pelbagai jenis ilustrasi serta ciri-ciri dan corak ilustrasi dalam manuskrip Melayu.
Text
Gerakan Islah
Tokoh Ulama Melayu
Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki: Pelopor gerakan Islah Islamiyyah di Tanah Melayu
Jurnal ini membincangkan peranan penting Syeikh Tahir sebagai tokoh awal pembaharuan Islam yang membawa idea-idea islah dari Timur Tengah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Ia menyorot sumbangannya dalam pendidikan, penulisan, astronomi falak, serta pengaruhnya dalam memodenkan pemikiran umat Islam melalui majalah dan institusi agama. Artikel ini turut meneliti jaringan ulama serta impak gerakan pembaharuan terhadap masyarakat Melayu.
Showing 17901 to 17950 of 19328 results
Page
of 387
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2