Skip to main content
Advanced Search
Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu
Browse Items
Browse Collections
Browse Exhibits
About
Collection Tree
Open menu
Close
Browse Items (16337 total)
Browse All
Browse by Tag
Search Items
Item Type: Text
Sort by:
Title
Creator
Date Added
Text
Pembinaan identiti budaya bangsa : penyusunan idea dalam membina imej Melayu dalam masyarakat Melayu tradisional
Setiap masyarakat mewarisi tradisi budayanya, dan telah menjadi kelaziman, anggota-anggota masyarskat menganggap budaya mereka yang paling baik dan bersesuaian berbanding masyarakat dan budaya lain...
Text
Perbandingan ciri-ciri perumahan bugis di Sulawesi selatan dan di tanah melayu sebagai alat untuk mengerti perkaitan orang bugis dengan tamadun melayu
Tamadun, atau kebudayaan, meliputi segala aspek kehidupan manusia bermasyarakat ; tidak hanya aspek rohani, mental dan sosialnya, melainkan juga aspek jasmaninya...
Text
Pendidikan seni budaya dan warisan - satu gagasan dan perjuangan
Disiplin Sains Sosial amat penting dijadikan panduan untuk kita menjalankan penyelidikan berkaitan warisan seni budaya, politik, agama dalam sesuatu masyarakat...
Text
Kelainan dalam penceritaan cereka melayu : realisme zonder idealisme
Bilamana nouveau roman dibenihi di bumi Perancis oleh beberapa orang sasterawan disana seperti, antara lain, Michel Butor, Robbe-Grillet dan Nathalie Sarraute...
Text
Posisi sistem matrilineal minangkabau dalam kebijaksanaan penguasa bangsa Indonesia
Ketika di mana saja di belahan bumi ini orang, khususnya kaum perempuan mulai bahkan sampai sekarang memperjuangkan hak-haknya supaya supaya disamakan dengan kaum lelaki, maka pada suku bangsa Minangkabau...
Text
Narrative of prejudice : insights into stereotype in singapore malay literary works
This paper seeks to highlight, discuss and critically evaluate the prejudices portrayed in Singapore Malay literary works. Our focus will be the type of prejudices and stereotypes that are highlighted literary works...
Text
The federal constitution perspective (Perspektif Perlembagaan Persekutuan)
Penulisan menjelaskan beberapa peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam soal perpaduan nasional. Pada umumnya, Perlembagaan Persekutuan menyediakan kerangka untuk pentadbiran negara...
Text
Keluarga proses sosialisasi dan perubahan sikap
Sa-saorang itu daripada awal lagi (peringkat bayi) di-kawal dan di-lazimkan (conditoned) oleh masharakat-nya ya'ani keluarga atau penjaga-nya...
Text
Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat johor corporation berhad (Jcorp): satu tinjauan
Bagi sebahagian besar orang di Malaysia, bandar ialah destinasi di mana mereka menetap untuk bekerja, memiliki rumah, membesarkan anak-anak, berseronok dan mati...
Text
Liputan berita mengenai Indonesia dalam akhbar-akhbar di Malaysia: analisis kandungan Utusan Malaysia dan Berita Harian
Media massa khusus surat khabar harian di Malaysia didapati menyiarkan banyak berita luar negara pada setiap hari...
Text
Pemetaan konsep dan pentakrifan peristilahan makanan dalam perindustrian kecil dan sederhana (PKS) di Selangor
Abstrak
Kajian ini meneliti bidang peristilahan dalam industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan. Bahan kajian ialah istilah bahasa Melayu dan istilah bahasa Jawa dalam PKS. Masyarakat yang menetap di sekitar kampung Bukit Bangkong ini terdiri daripada mereka yang berketurunan Jawa dan bertutur dalam bahasa Jawa. Kajian ini juga akan meneliti hubungan sistem konsep dan hubungan istilah-konsep. Kedua-dua kajian konsep ini telah diperkenalkan oleh Wuster pada tahun 1931, berdasarkan Teori Umum Peristilahan (TUP). Pengkaji turut melakukan analisis pentakrifan berasaskan model kajian yang diperkenalkan oleh Juan C. Sager (1995). Pendekatan ini mentakrif istilah melalui pelbagai kaedah antaranya, seperti takrif analisis, takrif sinonim, takrif parafrasa, takrif sintesis, takrif implikasi, takrif denotasi, dan takrif demonstrasi. Dapatan daripada analisis takrifan ini menunjukkan hubungan sistem konsep yang dominan, iaitu konsep alat, manakala penelitian istilah-konsep tertinggi, iaitu keunivokalan. Bagi klasifikasi pentakrifan, dapatan tertinggi yang diperolehi ialah takrif analisis, parafrasa dan campuran. Kajian ini telah dapat mengetengahkan istilah dalam bidang perusahaan makanan. Malahan, istilah yang bersumberkan bahasa Melayu dan bahasa Jawa ini merupakan khazanah penting dalam perkembangan istilah bahasa Melayu.
Text
Hikayat Char Darwis : kajian berdasarkan teori puitika sastera Melayu
Abstrak
Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih genre manuskrip Melayu lama sebagai bahan yang ingin dikaji dengan menggunakan teori Puitika Sastera Melayu hasil pemikiran sarjana setempat, iaitu Professor Dr. Muhammad Haji Salleh. Teks Hikayat Char Darwis (HCD) ini telah ditransliterasikan oleh pengkaji berpandukan buku Transliterasi Kata Arab, Parsi dan Turki oleh Muhammad Bukhari Lubis dan Ali Haji Ahmad, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd tahun 2006. Segala keralatan ejaan disesuaikan dengan sistem ejaan yang terkini. Selepas itu baharulah penelitian dibuat mengikut halaman muka surat. Fokus kajian ini ialah melihat isi kandungan utama teks HCD dari aspek estetik. Teks HCD ini mengandungi 290 halaman dan terbahagi kepada empat bab yang berbeza. Pengkaji hanya memberi penumpuan terhadap aspek estetik pada teks HCD melalui Prinsip Perkataan Yang Indah-Indah dan Prinsip Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu. Dalam melakukan kajian ini, pengkaji telah membahagikan kajian ini kepada enam topik besar, iaitu Bab Pertama Pendahuluan yang merangkumi aspek Pengenalan, Latar Belakang Kajian, Permasalahan Kajian, Tujuan Kajian, Bahan Kajian, Batasan Kajian, Metodologi Kajian, Kajian Lalu, Kepentingan Kajian, Teori dan Unjuran Bab. Dalam Bab Kedua pula berkaitan dengan Filologi, konsep estetika Braginsky dan Muhammad Haji Salleh dan Teori Puitika Sastera Melayu. Prinsip-prinsip dalam Teori Puitika Sastera Melayu seperti Takrif dan Istilah, Fungsi Karya Sastera, Genre, Perkataan Yang Indah-Indah, Teks, Memperbaharui Pengarang, Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu dan Khalayak Di Serambi Pentas dijelaskan dalam bab ini. Dalam Bab Ketiga pula pengkaji menulis berkaitan dengan Naskhah Hikayat Char Darwis Sebagai Sebuah Karya Sastera Melayu Klasik. Pengkaji memulai topik dengan Pengenalan, Keterangan Naskhah, Keadaan Naskhah, Ukuran Naskhah, Tulisan yang digunakan pada naskhah, Pengarang Naskhah, Judul/Tajuk Naskhah dalam bahasa Melayu dan Parsi, Kolofon, Ejaan, Gaya Bahasa, Struktur Ayat, Penggunaan Bahasa Klasik, Penggunaan Bahasa Simile, Bahasa Pinjaman, iaitu bahasa Arab, Parsi dan Jawa, Teknik Penyampaian, iaitu Teknik Naratif, Teknik Dramatik, Teknik Imbas Kembali, Teknik Monolog dan Kesimpulan. Dalam Bab yang Keempat pula, analisis dilakukan untuk melihat unsur Perkataan Yang Indah-Indah dalam Hikayat Char Darwis. Bab ini didahului dengan Pengenalan, Alatan Bahasa Sastera, Sopan Santun dan Strategi Pengarang Merendah Diri, Patut dan Kata, Bahasa yang Sempurna dan Tidak Janggal dan Kesimpulan. Bab Kelima pula merupakan analisis Unsur Yang Indah-Indah: Estetika Sastera Melayu dan ianya didahului dengan Pengenalan, Hikayat yang Indah-Indah, Sastera Sebagai Pengajar, Dunia Nestapa, Yang Asli Itu Indah, Susunan Episodik, Seni yang Dramatik, Kesaktian/Keajaiban dan Kesimpulan. Topik yang terakhir merupakan Bab Keenam dan ia mengandungi Kesimpulan dan Saranan. Bab penutup ini merupakan kesimpulan hasil daripada perbincangan kajian. Pengkaji akan membuat kesimpulan secara menyeluruh terhadap kajian yang dilakukan ke atas teks HCD.
Text
Pending dalam koleksi Muzium Negeri Terengganu : kajian tentang penghasilan dan estetika motif
Abstrak
Seni menghasilkan pending merupakan sebahagian daripada produk hasilan Senikraf Logam. Pembuatannya memerlukan penelitian dan kesungguhan agar setiap hasil pending mempunyai nilai-nilai falsafah dan estetika yang tinggi. Kini pending hanya menjadi sebahagian alat kebesaran DiRaja dan dipakai dalam majlis dan adat tertentu sahaja. Dahulu ketika kegemilangan kesultanan Melayu di nusantara, pemakaian pending merupakan antara satu kebanggaan dari aspek kemahiran, ketinggian darjat si pemakai, simbol kemewahan dan simbol keluarga DiRaja yang masyhur dan gagah. Kajian ini memfokuskan penghasilan pending dari Negeri Terengganu khususnya yang berada dalam simpanan Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebagai subjek pengkajian. Beberapa isu boleh dikaitkan dengan perkembangan seni pertukangan logam emas dan perak di Kuala Terengganu yang suatu ketika dahulu merupakan antara lokasi perusahaan yang terkenal bagi produk kraf seperti perhiasan diri dan produk kegunaan harian berasaskan logam emas dan perak. Bab 1, memberi pengenalan kepada kepentingan kajian ini terhadap aspek budaya, cabang kesenian dan kemahiran pertukangan kraf. Bab 2, menyatakan pengenalan kepada subjek kajian iaitu 10 jenis pending sebagai kajian disertasi ini. Bab 3, membincangkan metodologi serta kaedah pengkajian seni pending secara analisis formalistik. Manakala Bab 4 menyatakan kajian ke atas pending secara analisis estetik dan, Bab 5 menyatakan hasil kajian serta dapatan kajian.
Text
The aesthetic values of Masjid putra and Masjid Sultan : a study on style
Abstrak
Masjid adalah salah satu bergunan peribadatan yang terunggul dalam Islam yang dibina untuk menyampai kan keadilan, pengetahan, keberanian dan kebaikan dalam kalangan orang-orang Islam. Di Malaysia, pembangunan seni Islam dipengaruhi oleh faktor-faktor ekspresional, kebudayaan dan tempat yang boleh dilihat sama ada melalui kajian ke atas gaya seni dan dekorasi Masjid. Kajian ini dijalankan menggunakan kedua-dua metodologi kualitatif dan kuantitatif dengan tiga tujuan utama; pertama untuk mengesahkan gaya dan bentuk kaligrafi dan motif di masjid Putra dan Masjid Sultan Sulaiman. Dalam hal ini, majority in skripsi ditulis dalam gaya Thuluth di sebabkan oleh sifatnya yang menegaskan bentuk huruf yang unggul dan mudah dibaca. Tambahan pula, pengulangan pilihan bentuk motif pilihan dan kajian ke asal usul motif menunjukkan pengaruh negara-negara Islam lain ke dekorasi kedua-dua masjid tersebut. Tujuan kedua adalah untuk menganalisis bahan yang digunakan serta isi kandungan ayat dalam dekorasi kedua-dua Masjid. Dalam hal ini penggunaan meluas bahan plaster dalam kedua-dua kes sebagai bahan asas menunjuk kepada tiga faktor termasuklah ekspresi artis, impele gaya seni bina dan keadaan geographical. Apa yang menakjubkan adalah terdapat hubungan jelas antara pemilihan bahan dan isi kandungan ayat dengan konsep dan tema. Tujuan terakhir kajian ini ialah untuk menilai-nilai estetik gaya, yang mana data dianalisis pertamanya berasas kan empat prinsip estetik teori Zakaria Ali, dan mengkajinya mengikat tiga peningkat interpretasi seni visual oleh Erwin Panofsky. Hasil kajian membuktikan bahawa ekspresi estetik oleh nitis sebagai object meregangkan tema dan koncep. Analisis temu bual berstruktur yang di lakukan ke atas 50 informan membuktikan apresiasi seni Islam oleh masyarakat Muslim di Malaysia.
Text
Teater tradisional Main Peteri dan unsur-unsur 'Terapi'
Abstrak
Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada unsur-unsur terapeutik dalam teater tradisional Main Peteri yang mempunyai kesan penyembuhan terhadap jasmani, psikologi dan emosi serta penyakit psikosomatik seterusnya cuba mengangkat teater tradisional Main Peteri sebagai sebuah bentuk dramaterapi Melayu. Objektif kajian adalah untuk membandingkan rawatan Main Peteri dengan Dramaterapi, menganalisa unsur-unsur terapeutik yang terdapat dalam teater tradisional Main Peteri, seterusnya mensintesis maklumat untuk menghuraikan bagaimana unsur terapeutik yang ditemui berfungsi merawat gangguan psikologikal. Unsur terapeutik yang dikenalpasti di dalam Main Peteri iaitu Unconscious (Luar Sedar), Representasi (Ritual), Distancing (Katarsis), Spontaneity (Spontan) dan Interactive audience and witnessing (Khalayak Interaktif) digariskan sebagai Faktor Terapeutik Main Peteri berdasarkan analisa daripada konsepual dramaterapi iaitu "Therapeutic Factors of Dramatherapy' oleh Phil Jones dan 'Role Theory Model of Dramatherapy' oleh Robert J. Landy yang dijadikan kerangka teoritis kajian. Kaedah campuran iaitu gabungan di antara kajian kes dan kajian perbandingan di antara Main Peteri dan Dramaterapi telah digunakan untuk pengurusan data. Di akhir disertasi, penyelidik membuat formulasi yang dinamakan 'Mekanisme Rawatan Main Peteri' dengan membentangkan bagaimana setiap 'Faktor Terapeutik Main Peteri" itu berfungsi untuk mencapai matlamat terapeutik, iaitu Katarsis (Catharsis), Keseimbangan Rohani (Psyche balancing), Respon Relaksasi (Relaxation response) dan Aktualisasi Diri (Self-actualization). Kepentingan kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa perubatan tradisi menggunakan kaedah Main Peteri mempunyai nilai terapeutik daripada perspektif sains psikologi, justeru secara tidak langsung menafikan tanggapan bahawa entiti luaran seperti makhluk halus dan roh nenek moyang scbagai agen penyembuhan penyakit.
Text
Asal-usul penamaan padi basah di Semenanjung Malaysia
Sebagai satu kajian sejarah asal-usul sesuatu fenomena, peristiwa atau kegiatan yang diketahui fakta-faktanya tidak merupakan satu usaha yang sukar...
Text
Nilai dan norma masyarakat Malaysia : Nilai harian (bersih, cekap dan amanah) asas kemajuan
Seminar ini bermatlamat untuk membincangkan nilai-nilai dan norma-norma dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia yang boleh dijadikan asas kemajuan berdasarkan nilai Bersih, Cekap dan Amanah...
Text
Nilai, etika dan moral dalam masyarakat masa kini (keadaan masa kini)
Laporan ini adalah berasaskan perbincangan dari dua orang pembicara dan para peserta bengkel. Berasaskan panduan topik yang disediakan oleh pihak Kementerian maka peserta telah menganalisis pelbagai isu...
Text
Peranan dan cabaran Wartawan Malaysia
Sejarah telah membuktikan bahawa media dan wartawan memainkan peranan penting sebagai alat penyebar dan pembakar semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu....
Text
Pengalaman dan Pengertian Kemerdekaan
Secara spontan dalam ucapan penangguhan pada akhir persidangan Majlis Mesyuarat Agung Umno di Istana Kuala Kangsar, Perak tanggal 27, 28 dan 29 Ogos 1950...
Text
Harimau di alam Melayu: Antara mitos, mistik dan sejarah.
Mitos dalam pembentangan ini merujuk kepada kisah-kisah yang dipercayai oleh masyarakat sebagai benar-benar terjadi. Ia mempunyai kaitan dengan upacara-upacara ritual dan suci...
Text
Persempadanan utara - konsep dan takrif
Tulisan ini akan mengupas mengenai konsep dan takrif persempadanan di utara Semenanjung. Kawasan ini penting untuk diteliti kerana ia merupakan kawasan antarabangsa yang melibatkan sempadan Malaysia-Thailand...
Text
Patriotisme dan nasionalisme dalam novel melayu
Salah satu keistimewaan sifat kesusasteraan Melayu ialah keluasan horizon penciptannya yang tidak terbatas hanya kepada penglahiran karya seni seutuhnya semata-mata...
Text
Era pra Islam dalam sejarah Malaysia
Era Pra Islam dalam konteks kerja ini merujukkan kepada zaman pra-Kesultanan Melaka. Ini bukanlah bermakna Islam belum lagi bertapak di Malaysia...
Text
Proses morfologi dalam pembentukan kata bahasa Melayu dengan tumpuan kepada morfem dasar terikat
Abstrak
Salah satu tumpuan dalam bidang morfologi ialah pembentukan kata, iaitu langkah penciptaan perkataan baharu dalam bahasa, yang dapat dibahagikan kepada proses morfologi atau morfologikal dan submorfologi atau submorfologikal. Disertasi ini merupakan sebuah kajian morfologi yang bermatlamat untuk mencari satu huraian berkenaan proses morfologi bahasa Melayu yang tuntas dan menghasilkan satu model teori proses pembentukan kata morfologi bahasa Melayu tersendiri. Kajian ini menerapkan pendekatan cklektik yang mensintesiskan tiga teori proses morfologi sarjana bahasa Melayu terdahulu. Untuk menguji kemampuan serta keandalan model teori kajian, model teori proses morfologi tersebut telah diaplikasikan dalam penganalisisan data kajian yang terdiri daripada kata kompleks daripada morfem dasar terikat. Dalam waktu yang sama, kajian ini juga telah mengumpulkan morfem dasar terikat, iaitu morfem unik dalam bahasa Melayu, berserta kata kompleksnya, selengkap mungkin. Dapatan daripada analisis data menujukkan model teori kajian mampu menerangkan proses pembentukan kata yang telah dialami morfem dasar terikat schingga menerbitkan kata kompleks. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis proses morfologi dalam model teori kajian yang tidak dapat diuji kerana data kajian tidak terhasil daripada proses pembentukan kata tersebut. Selain itu, analisis data juga telah menemui beberapa proses pembentukan kata yang mencipta kata kompleks daripada morfem dasar terikat yang tidak terdapat dalam model teori kajian ini. Setelah modcl tcori dinilai semula dan diperbaiki berdasarkan analisis data dan penemuan penemuan baharu, maka dapat dirumuskan yang model teori proses morfologi pembentukan kata yang terdiri daripada pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengacukan ini mampu menjelaskan kejadian pembentukan kata dalam bahasa Melayu yang berlandaskan mekanisme penggabungan.
Text
Padi dan air sebagai tanda dalam peribahasa Melayu : pendekatan firasat
Abstrak
Peribahasa merupakan khazanah sastera tradisional yang sangat berharga bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu menggunakan kebijaksanaan pemikiran mereka dengan meneliti unsur alam dan melahirkannya dalam bentuk ungkapan yang indah sehingga melahirkan peribahasa. Disertasi ini melihat unsur alam, iaitu padi' dan 'air' yang menjadi tanda dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kedua-dua unsur ini mempunyai tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat. Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu sebuah teori sastera tempatan dengan berfokuskan kepada Pengkaedahan Alamiah dan Pendekatan Firasat digunakan sebagai kerangka teori. Perkaitan rapat antara hasil kesusasteraan dengan alam serta teori tempatan yang berteraskan pemikiran, budaya Melayu serta agama Islam membolehkan semua ini disatukan dalam disertasi ini. Proses ini akhirnya akan membawa matlamat kepada paksi Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu untuk mencapai kebajikan, ketakwaan dan kesusilaan. Dalam disertasi ini, pengkaji mengenal pasti tanda yang terdapat dalam unsur alam, iaitu air dan padi melalui buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai. Makna yang terdapat dalam peribahasa tersebut dianalisis dan merumuskan peranan air dan padi dalam kehidupan orang Melayu. Dalam kajian ini, dapat dirumuskan bahawa padi dan air dalam peribahasa Melayu memberikan tanda-tanda yang tertentu kepada masyarakat Melayu. Padi dalam peribahasa Melayu memberikan tanda hubungan persaudaraan dan kekeluargaan, tanda pembinaan akhlak yang baik dan tanda sumber rezeki. Manakala air sebagai tanda pula dilihat sebagai tanda penyucian yang dibahagikan kepada penyucian melalui tanda pendidikan dan tanda persaudaraan dan perdamaian. Berdasarkan tanda-tanda yang terdapat pada unsur padi dan air tersebut, dapat dibuktikan bahawa peribahasa merupakan suatu wadah dalam pembentukan masyarakat kerana tanda-tanda tersebut mengarah kepada pembinaan akhlak masyarakat. Peribahasa juga menjadi mekanisme yang mengawal masyarakat supaya mempunyai nilai dan norma.
Text
Analisis bentuk tari joget gamelan
Abstrak
Kajian ini bertujuan menganalisis proses penciptaan semula (reinvention) berdasarkan kepada perubahan dan perbezaan dalam persembahan Joget Gamelan di istana dan di luar istana. Joget Gamelan merupakan sebuah Tarian Klasik Istana yang dahulunya dipersembahkan sempena majlis rasmi di raja seperti perkahwinan, pertabalan, berkhatan dan bertindik. Untuk tujuan kajian, penciptaan (invention) dan penciptaan semula bentuk Joget Gamelan akan dijelaskan hanya melalui analisis terhadap tiga bentuk Joget Gamelan iaitu Joget Gamelan Perang Manggung. Kundang-kundang Mabuk dan Topeng. Pengkaji menggunakan manuskrip yang di tulis oleh Tengku Ampuan Mariam sebagai teks tarian, dan turut meneliti penciptaan semula struktur pergerakan Joget Gamelan sebagai gerak tari yang dipelajari oleh Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman. Penggunaan teori penciptaan oleh Eric Hobsbawm digunakan bagi melihat proses penciptaan dan penciptaan semula yang berlaku dalam ketiga-tiga bentuk Joget Gamelan tersebut. Secara emik dan diakroniknya, tesis ini akan meninjau sejarah dan latarbelakang Joget Gamelan Terengganu bagi melihat bagaimana proses penciptaan dan penciptaan semula berlaku seterusnya mengkategorikan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dalam versi Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman. Justeru itu, tesis ini menyenaraikan proses perubahan Joget Gamelan Perang Manggung, Kundang-kundang Mabuk dan Topeng versi Zaharah Abdul Hamid dan Wan Salmah Sulaiman telah melalui proses penciptaan semula dan kini berfungsi sebagai satu tuntutan pembelajaran.
Text
Gaya pembelajaran kanak-kanak lembam dalam pembelajaran bahasa Melayu : kajian kes di Kelantan
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembclajaran, tahap kefahaman pembelajaran dan kesediaan belajar kanak-kanak lembam. Lima orang subjek kajian dipilih berdasarkan laporan pakar perubatan yang mengesahkan subjek kajian mengalami masalah lembam dan ditempatkan di bawah seliaan PPKI. Kajjan ini menerapkan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky (1896-1934) dan gabungan kaedah penyelidikan kajian kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian diperoleh berdasarkan pemerhatian berstruktur serta ujian dan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratusan. Hasil kajian berdasarkan pemerhatian mendapati gaya pembelajaran visual sebanyak 30%, auditori 17% dan kinestetik 17%. Berdasarkan kefahaman pembelajaran bahasa Melayu, dari segi huruf sebanyak 75.3% (pemerhatian) dan 94% (ujian), suku kata menunjukkan sebanyak 66% (pemerhatian) dan 90.5% (ujian) serta dari segi perkataan menunjukkan sebanyak 12% (pemerhatian) yang dapat membaca dan menulis dengan baik dan 78.5% (ujian). Hasil dapatan berdasarkan pemerhatian terhadap kesediaan belajar menunjukkan kesediaan kognitif sebanyak 22.9%, kesediaan afektif 24.8% dan kesediaan psikomotor 29.7%. Kesimpulannya, gaya pembelajaran yang paling dominan dalan kalangan kanak-kanak lembam ialah gaya pembelajaran visual. Dalam aspek kefahaman, pemerhatian menunjukkan kanak-kanak berada pada tahap sederhana. Namun begitu, berdasarkan ujian aspek huruf dan suku kata boleh dikuasai oleh kanak-kanak lembam tetapi dalam aspek perkataan mereka berada pada tahap sederhana khususnya, dalam proses membaca dan menulis. Dari segi kesediaan belajar, kanak-kanak lembam mempunyai kesediaan belajar tetapi berada pada tahap sederhana sama ada dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh itu, penekanan terhadap gaya pembelajaran visual boleh membantu meningkatkan tahap kefahaman pembelajaran kanak-kanak lembam dalam aspek huruf, suku kata dan perkataan.
Text
Begendang Sarawak : kajian rekonstruksi kreatif dalam aspek bertandak
Abstrak
Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yang berlaku melalui kajian ini menunjukkan persembahan ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam konstruk strukturnya. Persembahan tradisi telah diamalkan sejak sebelum zaman British di kampung-kampung di Sarawak sebagai hiburan untuk memeriahkan keraian majlis-majlis terutamanya majlis perkahwinan. Hakikatnya persembahan tradisi ini perlu digerakkan oleh generasi muda sebagai menggantikan aktivis budaya yang telah tua dan tidak upaya untuk bergerak aktif lagi. Tesis ini mengkaji proses perubahan yang berlaku dalam konstruk struktur persembahan secara perbandingan antara kumpulan Indera Samudera Kenyalang di Kampung Tabuan Hilir, Kuching dengan Kampung Budaya Sarawak, (sebuah muzium budaya) di Santubong. Pendekatan rekonstruksi menjadi panduan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang diaplikasikan berbentuk kualitatif melalui teknik kajian etnografi secara temu bual dan pemerhatian ikut serta melalui kajian lapangan. Dapat dirumuskan daripada tesis ini bahawa persembahan tradisi mengalami perubahan secara berterusan untuk berkembang dan bertahan dalam masyarakat. Hakikatnya persembahan di Kampung Budaya Sarawak bahkan melalui proses rekonstruksi yang lebih nyata dan setelah di struktur semula, persembahan yang baharu itu menjadi repertoir utama persembahan.
Text
Pengajian Melayu Kemboja, Lao PDR dan Vietnam : matlamat dan cabaran
Terdapat pelbagai disiplin dan sub-disiplin dalam pengajian Melayu Kemboja, Lao PDR dan Vietnam. Pandangan ini dapat dilihat dalam seminar ini kerana isu Melayu Kemboja, Lao PDR dan Vietnam itu...
Text
Elu-eluan gubernur Riau
Saya mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada panitia 'Pertemuan Alam dan Pemikiran Melayu Sedunia'' yang telah bersusah payah mendatangkan sejumlah pemikir dan kaum intelektual dunia Melayu ...
Text
Falsafah melayu
Sesuatu bangsa itu dikenali melalui falsafahnya. Falsafahnya ini melukis pandangan alam dan kosmologinya, konsep ruang dan waktu, raut dan nilai individu yang diinginkan, masyarakat yang lestari, konsep keindahan dalam seni-seninya...
Text
Prospek Kerjasama Antara Rumpun Bangsa Melayu
Secara kronologis lembaran sejarah. bangsa Melayu dirujuk tokoh nilai utama yang bergelar Seri Teri Buana, Paduka Seri Pekema Wira, Seri Rama Kenna, Paduka Seri Maharaja dan Prameswara...
Text
Bahasa melayu dan cabaran kemunculan Era Kreasi abad ke 21
Pendahuluan
Era maklumat yang sedang kita lalui hari ini dijangka akan tamat pada awal abad ke 21...
Text
Kepelbagaian fonologi bahasa-bahasa serumpun
Bahasa serumpun yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Kertas kerja ini akan meneliti kepelbagaian fonologi yang terdapat dalam rumpun Austronesia, khususnya Bahasa Melayu serta bahasa-bahasa yang terdapat di Sarawak...
Text
Managing integrity : thai experiences
Brunei Darussalam as a Muslim nation honors everything which embodies Islam in a moderate way. The National Philosophy of Melayu Beraja (MIB), which translated as a Malay Muslim Monarchy...
Text
Malay traditional food technology
The idea of a Malay traditional food technology is very simple and straight-forward. However, any attempt to try and define such a technology encounters a variety of problems and contradictory...
Text
Etika pemakaian busana tari dalam festival tari Malaysia
Abstrak
Kaiian ini mengenai Etika Pemakaian Busana Melayu yang memberi tumpuan terhadap pemakaian dalam tari pergaulan Melayu (tarian rakyat) iaitu tarian inang, joget, asli dan zapin. Busana Melayu mempunyai adat yang tersendiri dalam cara pemakaiannya. Tari pergaulan Melayu merupakan satu platform dalam mengekalkan etika berbusana Melayu. Tari pergaulan Melayu yang terdapat dalam kelompok tari Melayu telah mengalami banyak perubahan dari segi pemakaian busananya sehingga menyebabkan adat pemakaian kurang mengikut aturan. Pengkaji membincangkan tesis ini dengan mengaitkan pengetahuan, umur, pengalaman, bangsa dan status yang dimiliki oleh pihak yang dikaji. Mereka terdiri daripada pengiat seni tari pergaulan Melayu yang mengambil bahagian dalam persembahan pentas secara terbuka sejak adanya pertandingan tari kreasi dalam Festival Tari Kebangsaan. Kajian ini memberi tumpuan kepada peniruan busana tari yang berlaku iaitu busana tari pergaulan Melayu meniru gaya busana tari kreasi dalam persembahan. Penekanan diberikan terhadap punca berlakunya perubahan tersebut. Pengkaji menggunakan pendekatan bidang antropologi budaya dan seni persembahan dalam membuat kajian. Penggunaan teori Homi Bhabha dalam konteks pasca-kolonial digunakan dan akan membuktikan hasil kajian yang menyatakan peniruan ialah penyamaran, bukan satu perkara yang mengharmonikan malah merosakkan. Homi Bhabha menyatakan peniruan akan merosakkan simbol sesuatu budaya, melahirkan bentuk budaya baharu yang samar dan menghilangkan nilai sesuatu budaya. Peniruan telah mengubah adab penari tari pergaulan Melayu terhadap adat pemakaian busana Melayu yang sebenarnya dan tidak secara langsung mengubah gerak tari itu yang boleh menyebabkan mereka tidak beretika. Hal ini disokong oleh Victor Turner yang menyatakan tentang simbol iaitu "Tari" dan "Busana Melayu" adalah simbol Melavu. Simbol dilihat dalam bentuk objek, kebendaan, perbuatan, tingkah laku, hubungan sOsial, kejadian, gerakan badan, ruang, tempat dan ucapan. Simbol ialah objek tindakan, konsep untuk kepelbagaian makna yang berbeza, instrumen suara yang membangkitkan sentimen emosi, komunikasi pengetahuan dan kawalan. Simbol berhubung kait dengan kepentingan, maksud, tujuan dan kemanusiaan. Maklumat kajian menggunakan rujukan sekunder dan membuat kajian lapangan. kajian diperolehi melalui penyelidikan secara kualitatif dan kuantitatif. Metodologi Di akhir kajian ini dapat membuktikan bahawa perubahan yang berlaku disebabkan oleh peniruan tanpa pengetahuan yang dilakukan oleh penata busana tari pergaulan Melayu.
Text
Kesantunan berbahasa dalam buku pemimpin dalam ungkapan Melayu karya Tenas Effendy
Abstrak
Disertasi ini membincangkan kesantunan berbahasa yang terdapat dalam buku Pemimpin dalam Ungkapan Melayu (2000) karya Tenas Effendy. Kajian ini menyenaraikan sebanyak tiga objektif, iaitu mengenal pasti ciri-ciri kesantunan berbahasa yang terdapat dalam bahan kajian; menganalisis ciri-ciri kesantunan berbahasa dalam ungkapan Melayu; dan menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam bahan kajian. Prinsip Kesopanan Leech (1993) telah dipilih sebagai teori dalam menjalankan kajian ini. Leech (1993) telah menyenaraikan enam maksim yang terdapat dalam Prinsip Kesopanan ini, iaitu maksim santun, maksim kedermawanan, maksim sokongan, maksim kerendahan hati, maksim persetujuan, dan maksim simpati. Buku Pemimpin dalam Ungkapan Melayu (2000) karya Tenas Effendy telah digunakan sebagai bahan kajian dalam menjalankan kajian ini. Kaedah kajian teks dan kepustakaan digunakan dalam proses pengumpulan data. Analisis data secara kualitatif digunakan bagi mendapatkan hasil dapatan yang berkesan. Kajian ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat, khususnya generasi muda tentang aspek kesantunan berbahasa yang terdapat dalam ungkapan Melayu. Hasil kajian ini mendapati buku Pemimpin dalam Ungkapan Melayu (2000) karya Tenas Effendy mempunyai ciri-ciri kesantunan yang tinggi. Di samping itu juga, bahan kajian ini turut mengandungi nilai dan pengajaran yang berguna kepada pemimpin dan bakal pemimpin serta masyarakat.
Text
Generasi celik ilmu bermula dengan budaya membaca
Faedah daripada galakan membaca bukan sahaja dapat memperluaskan pengetahuan, malah mempertingkatkan kosa kata dan membina kemahiran berkomunikasi lebih baik. Budaya membaca perlu ditanamkan kepada anak-anak seawal usia sekitar sekolah rendah dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menjayakannya.
Text
Anjur lebih banyak pesta buku jana sumber pendapatan penerbit
Antara perkara menjadi buah mulut banyak negara adalah pemberian baucar buku. Mereka kagum dengan keprihatinan kerajaan yang sanggup memberikan dana besar hanya untuk memastikan rakyat di negara ini gemar membaca. Orang luar merasakan kita sangat beruntung mendapat kerajaan yang cakna dengan keperluan membaca rakyat.
Text
PBAKL merayakan buku, mencambah budaya membaca
Hari ini, tirai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lupur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur akan dilabuhkan selepas 10 hari berlangsung sejak 23 Mei lalu.
Text
Skrip filem terpilih P.Ramlee : bacaan kritik feminis
Abstrak
Kajian ini menganalisis skip filem sebagai satu genre kesusasteraan, seperti juga genre cerpen, novel,puisi dan lain-lain. Skrip filem meliputi pengolahan aspek cerita, tema dan pemikiran, watak dan perwatakan, plot dan gaya bahasa. Namun sehingga kini belum terdapat kajian yang mengaplikasi teori sastera dalam menganalisis skrip filem. Kajian ini memilih skrip filem komedi arahan Seniman Agung P. Ramlee, iaitu Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Masam-masam Manis sebagai data kajian. Untuk tujuan analisis, kajian ini menggunakan teori Kritik Feminis bagi membahaskan ciri-ciri stereotaip pada watak-watak wanita dalam skrip filem yang dikaji. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti isu-isu masyarakat yang berkaitan dengan wanita dalam skrip, untuk menganalisis sikap dan pandangan P. Ramlee sendiri terhadap kedudukan wanita dalam masyarakat menggunakan teori Kritik Feminis, di samping untuk menilai sejauh mana teori Kritik Feminis sesuai digunakan bagi membincangkan isu-isu wanita dalam skrip filem P. Ramlee, terutama daripada genre komedi. Berdasarkan analisis, didapati P. Ramlee adalah seorang seniman beraliran feminis yang mengangkat watak-watak wanita ke satu tahap yang lebih positif melalui skrip filemnya. Kajian ini juga merumuskan bahawa genre komedi adalah medium yang sesuai dan berhasil menyerlahkan kekuatan dan keupayaan wanita mengharungi cabaran semasa dalam masyarakat yang melingkungi mereka pada zaman karya tersebut dihasilkan.
Text
Analisis frasa keterangan bahasa Melayu dalam majalah Pelita Bahasa
Abstrak
Kajian tentang frasa keterangan dalam bahasa Melayu ini dilakukan ckoran darinada kurangnya penckanan terhadap binaan frasa oleh sebab lebih banyak tumpuan diberikan kepada aspek ayat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis frasa keterangan yang hadir dalam bahan kajian, iaitu majalah Pelita Bahasa. Terdapat lanan jenis frasa keterangan yang dikenal pasti dalam bahan kajian, iaitu keterangan tempat atau arah, keterangan waktu, keterangan cara, keterangan tujuan atau harapan, keterangan alat, keterangan penyertaan, keterangan hal dan ketcrangan bagai. Frasa keterangan tempat dan waktu mencatatkan jumlah yang paling banyak dalam dapatan kajian. Kebanyakan jenis frasa keterangan yang ditemui berbentuk frasa sendi nama menggunakan kata sendi nama yang berfungsi sebagai keterangan kepada frasa. Antara kata sendi nama yang digunakan ialah dengan, ke, di, dalam, daripada, sebagai, terhadap dan seperti. Selain itu, terdapat juga frasa keterangan berbentuk frasa nama dan frasa adjektif. Kajian ini juga menganalisis aspek binaan frasa keterangan dari segi jumlah perkataan, iaitu satu perkataan, dua perkataan, tiga perkataan, empat perkataan atau lebih dan bentuk deretan frasa. Binaan bentuk tiga perkataan dan deretan dua frasa merupakan binaan yang paling banyak ditemui. Di samping itu, turut dihuraikan ialah kehadiran frasa keterangan dalam dua keadaan, iaitu dalam subjek dan predikat. Seterusnya, kehadiran frasa keterangan dihuraikan dari segi susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang. Kajian ini berlandaskan pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif yang telah diaplikasikan dalam Tatabahasa Dewan (2010). Analisis penggunaan frasa dalam bahan kajian digambarkan melalui teknik rajah pohon. Kajian ini membuktikan bahawa binaan frasa keterangan merupakan satu aspek sintaksis yang wajar dikaji dengan lebih mendalam.
Text
Kata adverba dalam karya Halis Azhan Mohd Hanafiah / Vijaya Letchumi Karuppiah
Abstrak
Kaiian ini bertujuan untuk meneliti kata adverba yang sudah lama menimbulkan orseslan dalam dunia bahasa Melayu. Ramai tokoh bahasa berbincang dan berdebat tentang gejala kata adverba. Namun, perbincangan tersebut tidak membawa kepada satu kata putus yang dapat menangani perSoalan tentang kata adverba. Maka, kajian ini menghalusi data kata adverba yang diperoleh daripada novel Azfa Hanani karangan Halis Azhan Mohd Hanafiah, terbitan edisi pelajar 2010. Reka bentuk kajian berbentuk deskriptif. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah kajian teks. Sebanyak 303 data kata adverba dikenal pasti daripada bahan kajian. Data kata adverba yang dikumpulkan dibahagikan kepada bentuk kata adverba menggunakan pendekatan sintagmatik dan paradigmatik. Empat bentuk kata adverba dapat diklasifikasikan berdasarkan data dalam kajian, iaitu kata adverba bentuk jati, kata adverba asalnya kata adjektif, kata adverba asalnya kata kerja dan kata adverba gandaan. Berasaskan pengertian dan huraian tokoh-tokoh bahasa Melayu, data kajian dikategorikan kepada tujuh jenis, iaitu kata adverba cara, kata adverba masa, kata adverba kekerapan, kata adverba kesungguhan, kata adverba sifat perasaan, kata adverba ketidakpastian dan kata adverba jarak. Bagi menganalisis kedudukan kata adverba dalam binaan ayat, teknik rajah pohon daripada teori Transformasi-Generatif yang diperkenalkan oleh Noam Chomsky digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa kedudukan kata adverba adalah dalam frasa subjek, frasa predikat dan bahagian bahagian predikat. Dapat disimpulkan bahawa kata adverba berfungsi sebagai penerang kepada kata nama/frasa nama, kata kerja/frasa kerja, kata adjektif/frasa adjektif, frasa sendi nama, kata adverba lain dan kepada ayat.
Text
Understanding the relationship between islam and reform : A Khaldunian Perspective
Muslim revival or resurgence or reform, as it variously know, is not peculiar to the modern period. The idea of reform in Muslim societies dates back to pre-modern times...
Text
Charismatic leadership in modern asia : Mao, Gadhi, and Khomeini
The modern history of asia has, to a large extent, centered around a series of national revolution. From Indonesia, China, and Vietnam to India, Pakistan, and Iran, the present nations...
Text
Tiga puluh lapan tahun arkeologi di Universiti Kebangsaan Malaysia
Cita-cita untuk memperkenalkan arkeologi di Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula dengan kelahiran UKM dalam tahun 1970...
Text
Sains dalam arkeologi
Tahun 1960an dan 1970an menjadi masa perubahan bagi arkeologi apabila muncul pelbagai kaedah dan teori yang menuntut kejituan dalam pengkajian masyarakat prasejarah...
Text
Proses pembentukan kata adjektif majmuk warna dalam majalah bidang dekorasi
Abstrak
Kajian mengenai kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, agak kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat, dengan lebih mendalam lagi, proses pembentukan kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna. Kajian ini dilakukan ke atas bahan yang diambil daripada majalah Impiana, sebuah majalah dekorasi. Pengupasan mengenai proses pembentukan kata adjektif ini dilakukan mengikut pendekatan teori Transformasi-Generatif, iaitu melalui teknik rajah pohon. Dalam menghuraikan proses pembentukan kata, pendekatan struktural turut digunakan, iaitu bagi melihat binaan perkataan dari segi hubungan sintagmatik dan paradigmatik. Hasil kajian mendapati bahawa bagi bentuk kata adjektif, hanya kata adjektif ganda yang tidak ditemui dalam bahan kajian selain bentuk kata adjektif tunggal, kata adjektif terbitan, dan kata adjektif majmuk. Sebanyak sembilan jenis kata adjektif yang ditemui, yang selaras dengan piawaian penjenisan yang dibuat oleh Tatabahasa Dewan. Bagi kata adjektif majmuk warna pula, hanya dua bentuk yang ditemui, iaitu kata adjektif majmuk warna dengan binaan dua perkataan dan kata adjektif majmuk warna dengan binaan tiga perkataan. Dari segi jenisnya pula, terdapat lima jenis kata adjektif majmuk warna yang boleh dikategorikan berdasarkan fungsi unsur yang nmenerangkan. Hasil dapatan yang terhad terhadap bentuk kata adjektif, terutamanya kata adjektif majmuk warna, menjadi asas bagi cadangan agar kajian yang lebih mendalam dilahirkan terhadap bentuk kata ini pada masa hadapan.
Showing 1951 to 2000 of 16337 results
Page
of 327
Output Formats:
atom
,
csv
,
dcmes-xml
,
json
,
omeka-xml
,
rss2