Warisan tradisi joget gamelan Terengganu : Tarian dan muzik
- Subject
- Gamelan Terengganu dianggap sebagai satu persembahan tradisi Melayu yang tergolong dalam tradisi persembahan istana. Ini adalah disebabkan faktor tempat dan persekitaran perkembangannya di istana. Persembahan gamelan Terengganu ini hanya untuk golongan tertentu sahaja terutama golongan raja, pembesar dan tetamu asing. Gamelan dipersembahkan sebagai satu bentuk hiburan di istana untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan diraja, berkhatan, bertindik, ulang tahun keputeraan dan majlis jamuan istimewa.
Di dalam persembahan ini terkandung beberapa aspek yang unik. Ini dapat diperhatikan daripada tarian dan cara alat-alat muzik dimainkan. Dengan mengenali seluruh aspek dalam gamelan Terengganu akan membolehkan kita lebih menghayati dan menghargai tradisi tinggalan nenek moyang kita. - Creator
- Zulkefli Bin Ibrahim
- Source
- Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
PL5065 1995 Zuli - Date
- 1994/1995
- Contributor
- kelly
- Format
- Project Paper
- Identifier
- A515624598
Dublin Core
Collection
Citation
Zulkefli Bin Ibrahim, “Warisan tradisi joget gamelan Terengganu : Tarian dan muzik,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed November 13, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/13912.