Kebangkitan Islam : Implikasinya terhadap Barat
Dublin Core
Subject
Kegemilangan Islam yang bermula sejak awal kurun ke-7 lenyap ditelan zaman pada awal abad ke-20 ekoran kehancuran empayar Uthmaniyah di Turki. Sejak itu hinggalah kini Islam berada dalam keadaan yang tidak memperlihatkan banyak kemajuan. Salah satu sebab mengapa terjadinya perkara ini adalah kerana jihad dan nilai-nilai Barat yang diserapkan ke dalam sistem pemerintah Islam. Hakikat ini terlaksana kerana terdapat golongan elit pemerintah, pegawai-pegawai, cendekiawan-cendekiawan dan ahli-ahli akademik negara-negara Islam yang terbelenggu dalam kerangka pemikiran Barat dari aspek fizikal dan psikologikal.
Barat maju dengan perkembangan teknologi yang memberangsangkan. Terdpat kemajuan yang mereka capai merupakan ciplak yang berasaskan dari kemajuan Islam. Mereka telah mencipta senjata dan bahan letupan yang mewujudkan kekuatan dalam bidang ketenteraan, yang mana kesempatan kemajuan ini digunakan untuk memerangi, menindas dan menakluki Empayar Islam.
Catatan sejarah memperlihatkan bagaimana umat Islam dianiaya oleh orang Kristian dan Yahudi sejak dari detik kemunduran Islam sehinggalah ke hari ini. Sebagai contoh pada tahun 1099 ketika orang Yahudi dan Kristian memasuki Baitulmukaddis, puluhan ribu umat Islam telah disembelih begitu juga apa yang berlaku di Sepanyol antara tahun 1150 hingga 1492, di Algeria pada tahun-tahun 1830 hingga 1963 dan 1945, di Libya antara tahun 1922 hingga 1932, di Afghanistan, Turki, Palestin dan Indonesia. Pada penghujung abad ini pula kita melihat bagaimana Mesir, Libya, Syria, Lebanon, Palestine, Algeria, Sudan, Maghribi, Bosnia-Herzegovina dan Chechnya menerima nasib yang sama.

Creator
Samsudin Bin Mohd Som (Mejar)
Source
Fakulti Sastera Dan Sains Sosial
Universiti Malaya
PL5065 1996 Samms
Universiti Malaya
PL5065 1996 Samms
Date
1996
Contributor
kelly
Format
Project Paper
Identifier
AA515612144
Collection
Citation
Samsudin Bin Mohd Som (Mejar), “Kebangkitan Islam : Implikasinya terhadap Barat,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/13958.