The Malay defence system

Dublin Core

Description

Alan Renswick dan Ian Swinburn dalam buku mereka (K.Ramanathan, 1987), "Basic political Concept", membahagikan kuasa kepada tiga bahagian iaitu kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa ketenteraan. Kuasa politik ditakrifkan sebagai nadi penggerak utama dalam masyarakat dan tidak boleh digugat. Kuasa ekonomi pula disifatkan sebagai satu "compensatory power" di mana orang akan patuh kepada yang berkuasa dengan harapan mendapat satu ganjaran. Selanjutnya, kuasa ketenteraan adalah merupakan ukuran kepada kekuatan. Dalam konteks ini ketiga-tiga elemen di atas adalah berkait rapat antara satu dengan lain dan memberi sumbangan dan mempunyai pengaruh besar kepada Sistem Pertahanan sesebuah negara.

Menyentuh tentang masyarakat negara kita Malaysia, komunitinya adalah terdiri daripada berbagai kaum yang kini menuju ke arah negara-bangsa (nation-state) yang berorientasikan perkongsian secara bersama di bawah wadah yang dikenali sebagai Integrasi Nasional. Melalui bukunya "Pentadbiran Awam: Asas pemikiran dan falsafah" (Ahmad Atory Hussain, 1990) tidak menyentuh langsung tentang Polisi Pertahanan Negara dan sehingga hari ini polisi tersebut tidak jelas tetapi sekurang-kurangnya mampu ditafsirkan di dalam Dasar Pertahanan Negara.

Penerokaan terhadap kajian "Sistem Pertahanan Melayu: Mulai 1400 sehingga sekarang" tidak hanya dipandang kepada sudut keselamatan sahaja, tetapi juga turut merangkumi corak pemerintahan, kuasa politik dan sosioekonomi Melayu bermula dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka sehingga sekarang.

Creator

Mej Mohd Raffee Bin Maarof

Source

Faculty of Arts and Social Sciences
University of Malaya
PL5065 1999 Mohrm

Date

1999

Contributor

kelly

Format

Project Paper

Identifier

A515624377

Citation

Mej Mohd Raffee Bin Maarof, “The Malay defence system,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/14753.