<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="19702" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19702?output=omeka-xml" accessDate="2026-11-12T10:34:48+00:00">
  <collection collectionId="53">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117517">
                <text>Abstrak  Latihan ilmiah  Akademi Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117524">
                <text>Haslan Tamjehi</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117695">
              <text>Kosmologi melayu dalam seni persembahan ritual Mek Mulung</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="49">
          <name>Subject</name>
          <description>The topic of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117696">
              <text>Malays (Asian people) -- Social life and customs</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117697">
              <text>Siti Nur Zahidah Zainal Abidin </text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117698">
              <text>PL5065 2018 Sitnzza</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117699">
              <text>2018</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117700">
              <text>fieda</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="51">
          <name>Type</name>
          <description>The nature or genre of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117701">
              <text>Academic excercise</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117825">
              <text>Abstrak&#13;
Kajian ini adalah satu penerokaan terhadap sebuah persembahan kesenian warisan Kedah Tua yang merupakan lambang identiti unik negeri Kedah kerana ia dipercayai telah diwarisi sejak ratusan tahun dahulu. Sebagai sebuah persembahan rakyat, Mek Mulung adalah persembahan yang lengkap dengan gabungan elemen-elemen seperti nyanyian, cerita, tarian, muzik dan lakonan yang berfungsi sebagai hiburan kepada penduduk setempat. Selain berfungsi sebagai hiburan rakyat, Mek Mulung juga berfungsi sebagai ritual kerana ia melibatkan ritual perubatan yang merupakan bahagian terpenting dalam persembahan ini. Fokus utama kajian ini adalah berpandukan kepada tiga objektif iaitu, mengkaji ciri-ciri dan struktur persembahan yang terdapat di dalam  seni persembahan Mek Mulung; mengkaji unsur kosmologi Melayu yang terdapat di dalam seni persembahan Mek Mulung dan mengkaji proses-proses ritual yang terdapat dalam seni persembahan Mek Mulung. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada instrumen kajian seperti, kaedah temubual yang melibatkan informan yang terdiri daripada ahli kumpulan Mek Mulung. Selain itu, kaedah kepustakaan juga banyak digunakan dalam usaha pengkaji mendapatkan bahan-bahan bercetak sebagai rujukan. Seterusnya, kaedah pemerhatian digunakan untuk memerhatikan setiap ciri-ciri dan struktur yang terdapat dalam persembahan. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa ciri-ciri khusus Mek Mulung dapat dilihat dari segi busana dan props, lagu, tarian dan nyanyian, esembel-esembel muzik, watak dan perwatakan serta peringkat-peringkat persembahan. Namun dalam konteks yang lebih mendalam, kajian ini tidak sekadar menumpukan struktur persembahan sahaja,tetapi ingin menelusuri aspek kosmologi Melayu yang terdapat dalam persembahan Mek Mulung. Kosmologi berkaitan dengan kajian terdapat alam semesta (cosmos) yang mencakupi ruang lingkup mengenai alam nyata ( fizikal) dan alam ghaib ( metafizik ). Persembahan Mek Mulung banyak mengandungi unsur-unsur yang mempengaruhi dunia metafizik kerana mereka percaya akan kewujudan makhluk ghaib yang dipercayai sebagai roh leluhur nenek moyang mereka. Perkara ini membuktikan bahawa Mek Mulung merupakan persembahan yang menghubungkan manusia dengan kuasa ghaib. Sebagai satu persembahan, Mek Mulung juga berfungsi sebagai ritual malah dalam konteks seni persembahan upacara ritual lazimnya bertujuan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit khususnya penyakit akibat gangguan makhluk halus. Oleh itu, persembahan ritual perubatan Mek Mulung adalah suatu upacara yang terhasil daripada tindakan atau keinginan untuk mencari hubungan dengan dunia ghaib (metafizik). Kedudukan ritual merupakan simbolik yang menunjukkan rasa hormat kepada roh leluhur nenek moyang mereka yang dipercayai menjadi pelindung bagi persembahan ini, oleh itu ritual perubatan dalam Mek Mulung dianggap bahagian yang sangat penting.</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
</item>
