Kajian terhadap ilmu perubatan tradisional dalam masyarakat melayu : Satu penelitian terhadap tokoh perbidanan Kampung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Dublin Core

Subject

Malays (Asian people) -- Social life and customs
Traditional medicine -- Pulau Pinang.

Description

Abstrak
Ilmu mencerminkan tahap ketamadunan dan pemikiran sesuatu bangsa. Masyarakat Melayu secara umumnya sangat kaya dengan pengetahuan yang melibatkan pelbagai jenis disiplin ilmu. Antara salah satu bidang yang dapat menarik perhatian umum adalah ilmu yang berkaitan dengan perubatan tradisional perbidanan. Kajian ini dilakukan untuk memaparkan mengenai ketokohan seorang wanita yang dikenali sebagai bidan. Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui dan meninjau berkenaan latar belakang sejarah hidup bidan kampung dengan mengambil dua orang bidan kampung sebagai rujukan khusus. Nama bidan ini tidak asing lagi dalam dunia perubatan tradisional yang masih diguna pakai oleh masyarakat Melayu tradisi. Bidan ini merupakan seorang yang telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat kerana mempunyai keistimewaan dalam mengendalikan sebarang perihal yang berkaitan dengan wanita bersalin. Dengan demikian, bidan telah dianggap sebagai “doktor pakar” dalam hal penjagaan ibu dan bayi yang mana sentiasa sedia memberikan khidmat. Pelbagai upacara, amalan dan pantang larang yang telah dilakukan oleh bidan ini terhadap kaum hawa yang turut memperlihatkan hubungannya dengan menjadi sahabat dan teman rapat kepada anak-anak gadis. Walau bagaimana pun, peranan bidan kampung kini dilihat semakin terhad disebabkan oleh polisi kerajaan dan faktor sosioekonomi yang semakin baik dari segi kemajuan sains dan teknologi. Namun begitu masih terdapat golongan wanita melayu di Malaysia yang menggunakan khidmat bidan kampung terutama menerusi nasihat dan tatacara penggunaan herba tertentu bagi tujuan mendapatkan perawatan dan pemakanan wanita sewaktu mengandung dan juga selepas bersalin.

Creator

Maizatul Akmal Mohd Jamil

Source

PL5065 2017 Maiamj

Date

2017

Contributor

fieda

Type

Academic exercise

Citation

Maizatul Akmal Mohd Jamil, “Kajian terhadap ilmu perubatan tradisional dalam masyarakat melayu : Satu penelitian terhadap tokoh perbidanan Kampung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19713.