<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="19727" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19727?output=omeka-xml" accessDate="2026-08-17T21:17:21+00:00">
  <collection collectionId="53">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117517">
                <text>Abstrak  Latihan ilmiah  Akademi Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117524">
                <text>Haslan Tamjehi</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117910">
              <text>Etnografi kampung : Tumpuan kepada kegiatan ekonomi pertanian penanaman getah di Kampung Desa Sri Haji Anuar 2, Batu 17 Air Hitam, Muar Johor</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="49">
          <name>Subject</name>
          <description>The topic of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117911">
              <text>Ethnology -- Malaysia -- Johor.</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117912">
              <text>Abstrak&#13;
Sejarah pembukaan tanah untuk pertanian di negara ini telah berjalan sejak zaman pra-penjajah lagi. Tetapi pembukaan cara besar-besaran hanyalah mulai kurun ke dua puluhan apabila permintaan untuk getah asli meningkat, iaitu dengan terciptanya kereta-kereta berenjin. Pada masa yang sama juga kopi telah merosot dan peladang-peladang ingin mencuba tanaman baru. Penanaman getah di negara ini dimulakan oleh peladang-peladang Eropah dan Cina. Bagi peladang Eropah, khusus British mereka perlukan bahan mentah iaitu getah untuk menampung permintaan kilang-kilang perindustrian di negara mereka.&#13;
	Selepas perang dunia pertama (1914-1918), industri getah telah mengalami kemelesetan akibat kejatuhan harga yang teruk. Keadaan ini merupakan satu rintangan kepada kemajuan industri getah itu sebagaimana dibayangkan dalam keadaan umum penjagaan tanaman, perparitan dan sebagainya. Banyak daripada estet mula mengehadkan keluaran getah mereka dengan mengubah sistem menoreh dan dengan tidak menoreh sesebuah kawasan tertentu dalam  sesuatu pusingan. Sebaliknya, banyak daripada kebun kecil telah ditinggalkan buat sementera waktu. Pemiliknya cuba mencari pekerjaan di tempat lain atau, sekiranya mereka merupakan pendatang, telah pulang ke tanah air asal mereka. Tetapi juga mereka yang berhijrah ke daerah lain dan menanam padi serta tanaman makanan yang lain.&#13;
	Pada awal pembangunan negeri, Johor tidak mempunyai satu dasar pertanian yang jelas lagi khusus. Pada masa itu apa jenis tanaman yang diberi tumpuan bergantung kepada tahap permintaan terhadapnya. Umpamanya, mulai tahun 1844 hingga ke akhir abad ke-19, tumpuan diberikan kepada kegiatan menanam gambir dan lada hitam dan kemudian diikuti oleh tanaman getah pada awal abad ke-20. Namun demikian, antara tahun-tahun 1921 dan 1930 kecenderungan Johor ialah ke arah pengembangan pesat sektor pertanian. Secara umum,boleh dikatakan bahawa asas kepada dasar pertanian pegawai penjajah Inggeris di Johor ialah kemajuan pertanian ladang atau estate yang amat berbeza daripada jenis kebun kecil peribumi. Kegiatan pertanian di Johor boleh dibahagi kepada dua iaitu ladang dan estet.&#13;
	Pada sebahagian besar abad ke-19, sektor pertanian telah didominasi oleh kegiatan menanam gambir dan lada hitam untuk eksport. Walau bagaimanapun, tanaman ini telah diganti dengan getah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.&#13;
	Kegiatan ekonomi pertanian penanaman getah yang dijalankan pada masa kini adalah tanaman daripada kesinambungan di zaman kolonial British. Kini tanaman getah masa kekal menjadi sumber ekonomi negara. Sejarah lepas menjadikan tanaman ini kekal dijalankan.&#13;
Bersesuaian dengan tujuan penulisan latihan ilmiah ini iaitu untuk melihat kegiatan ekonomi pertanian penanaman getah yang dijalankan di Kampung Desa Sri Haji Anuar 2, Batu 17 Air Hitam, Muar, Johor. Sejarah di zaman kolonial British telah menjadi bukti kepada kebenaran bahawa penanaman getah telah dijalankan semenjak dahulu lagi. Tumpuan kajian ini adalah dilihat daripada pelbagai aspek dalam kegiatan yang dijalankan berkaitan dengan pertanian getah. Ini termasuklah sejarah penoreh getah, cara penanaman getah dijalankan sehinggalah kepada pemasaran dalam hasil pengeluaran. Kajian juga diperluaskan kepada masalah yang dihadapi dalam pertanian tersebut.&#13;
Sejarah telah membuktikan bahawa kegiatan ekonomi pertanian getah yang dijalankan semenjak akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah meluas sehingga ke hari ini pertanian penanaman getah ini kekal di Kampung Desa Sri Haji Anuar 2.</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117913">
              <text>Suria Mohd Zin</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117914">
              <text>PL5065 2004 Surmz</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117915">
              <text>2004</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117916">
              <text>fieda</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="51">
          <name>Type</name>
          <description>The nature or genre of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="117917">
              <text>Academic exercise</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
</item>
