Kumpulan cerpen Peter Augustine Goh rahsia sebuah kasih sayang : Kajian terhadap unsur-unsur islam

Dublin Core

Description

Abstrak
Kajian cerpen-cerpen ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pengarang mengemukakan unsur Islam dalam karya-karya yang dihasilkan. Pengkaji cuba untuk meneliti teks kajian dengan lebih terperinci untuk mendapatkan hasil kajian yang baik seperti mana yang diingini.
Sebanyak lapan buah cerpen telah digunakan dalam menghasilkan kajian ini. Cerpen-cerpen ini didapati daripada kumpulan cerpen rahsia sebuah kasih sayang oleh Peter Augustine Goh.
Dalam bab pertama,pengkaji menyentuh tentang pendahuluan dan di dalam bab ini juga dibincangkan tentang pengenalan, tujuan kajian, permasalahan kajian, kajian terdahulu, batasan kajian, kaedah kajian, kajian awal dan juga bahan kajian. Dalam bab ini juga pengkaji telah menjelaskan tentang fokus kajian yang hanya tertumpu kepada unsur Islam sahaja.
Dalam bab kedua pula,pengkaji membincangkan tentang apa itu sastera Islam. Ini termasuklah maksud sastera Islam, konsep sastera Islam,ciri-ciri sastera Islam, sumber dan kandungan sastera Islam, tujuan sastera Islam serta konsep keindahan dalam Islam.
Seterusnya, dalam bab ketiga pula pengkaji memfokuskan kepada sejarah perkembangan sastera Islam di Malaysia. Ini bermula dari zaman pra-islam, zaman kedatangan Islam, zaman penjajah, penubuhan ASAS 50, dan juga tahun 1970an dan tahun 1980an. Selain itu dalam bab ini turut dibincangkan tentang pendekatan sastera Islam.
Dalam bab terakhir,iaitu bab lima, pengkaji telah merumuskan tentang hasil kajian yang diperolehi. Seterusnya pengkaji turut mengemukakan cadangan kepada pengkaji yang akan datang. Dalam bab ini turut dibincangkan tentang masa depan sastera Islam di malaysia.

Creator

Abdul Hisham Abdullah

Source

PL5065 2005 Abdha

Date

2005

Contributor

fieda

Type

Academic exercise

Citation

Abdul Hisham Abdullah, “Kumpulan cerpen Peter Augustine Goh rahsia sebuah kasih sayang : Kajian terhadap unsur-unsur islam,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19734.