<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="19823" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19823?output=omeka-xml" accessDate="2026-11-13T00:31:33+00:00">
  <collection collectionId="53">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117517">
                <text>Abstrak  Latihan ilmiah  Akademi Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117524">
                <text>Haslan Tamjehi</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="118600">
              <text>Aspek kewanitaan dan feminisme : Satu analisis terhadap novel Perempuan politikus melayu&#13;
</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="118601">
              <text>Abstrak&#13;
Norhasnizawati binti Awang : Aspek kewanitaan dan feminisme: Satu analisis terhadap novel Perempuan politikus melayu, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Penulisan latihan ilmiah ini adalah untuk memenuhi syarat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.&#13;
	Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk membincangkan aspek kewanitaan dan feminisme yang terdapat dalam novel Perempuan politikus melayu karya Faisal Tehrani. Perbincangan yang akan dilakukan terhadap aspek kewanitaan dan feminisme ini diharap dapat memperlihatkan tentang kepentingan wanita dalam karya tersebut dan bagaimana pengarang novel menerapkan unsur-unsur tertentu dalam novel tersebut berkaitan dengan watak-watak  wanita yang ditonjolkan. Penyelidikan yang dilakukan ini menyentuh aspek kewanitaan dan feminisme yang terdapat dalam novel Perempuan politikus melayu dengan menggunakan teori feminisme sebagai pendekatannya.  &#13;
	Secara umumnya , penulisan ini dilakukan meliputi lima bab yang penting. Berdasarkan bab yang pertama, iaitu bab pendahuluan, pengkaji akan membincangkan tentang pengenalan kepada kajian yang dilakukan ini. Dalam bab pendahuluan, pengkaji menyatakan tentang tujuan kajian dilakukan dan cara atau kaedah yang digunakan semasa melakukan kajian ini. Pengkaji juga turut menyatakan skop kajian dan permasalahan yang menjadi perbincangan utama kajian ini.&#13;
	Bab yang kedua merupakan perbincangan yang berkaitan dengan latar belakang penulis novel Perempuan politikus melayu, iaitu Faisal Tehrani. Sebelum membincangkan aspek kewanitaan dan feminisme yang digarapkan oleh penulis novel dalam karyanya, maka perlulah dikaji serba sedikit tentang latar belakang penulis dan novel tersebut. Dalam bab ini, pengkaji membincangkan tentang serba sedikit latar belakang penulis dan juga sinopsis bagi novel Perempuan politikus melayu yang dikaji.&#13;
	Manakala dalam bab  yang ketiga, pengkaji akan memulakan perbincangan dengan membincangkan tentang aspek kewanitaan dan feminisme. Pengkaji akan membincangkan apa yang dikatakan sebagai wanita dan feminisme. Topik perbincangan dalam bab ini juga meliputi aspek kewanitaan yang terdapat dalam novel-novel di Malaysia dan novel Perempuan politikus melayu. Aspek teori akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam bab ini, iaitu  teori  feminisme. Pengkaji turut membincangkan konsep-konsep penting dalam bab ini dan akan dikaji dengan lebih meluas dalam bab seterusnya.&#13;
	Menerusi bab keempat, pengkaji akan membincangkan tentang aspek kewanitaan dan feminisme yang menjadi pokok persoalan kajian ini. Aspek kewanitaan dan feminisme yang dikaji adalah berdasarkan novel Perempuan politikus melayu. Aspek kajian meliputi beberapa kategori wanita yang  terdapat dalam novel, iaitu wanita dalam islam, wanita moden dan kini, wanita tradisional atau dahulu, wanita bekerjaya, wanita radikal dan perjuangan, serta wanita yang ditindas atau teraniaya. Selain itu, pengkaji juga membincangkan tentang eksploitasi wanita dalam novel tersebut berkaitan dengan eksploitasi media, eksploitasi politik dan juga  eksploitasi seks.&#13;
	Bab yang terakhir, iaitu bab kelima merupakan kesimpulan bagi keseluruhan kajian yang dilakukan dan juga saranan - saranan kepada pelbagai pihak yang berkaitan. Bab ini akan membincangkan tentang hasil dapatan kajian yang dilakukan terhadap aspek kewanitaan dan feminisme dalam novel Perempuan politikus melayu. Segala ulasan atau kesimpulan dari awal hingga akhir bab akan dibincangkan oleh pengkaji dalam bab ini.</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="118602">
              <text>Norhasnizawati Awang&#13;
</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="118603">
              <text>PL5065 2005 Nora&#13;
</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="118604">
              <text>2005</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="118605">
              <text>fieda</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="51">
          <name>Type</name>
          <description>The nature or genre of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="118606">
              <text>Academic exercise</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
</item>
