<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="19930" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/19930?output=omeka-xml" accessDate="2026-11-11T23:00:48+00:00">
  <collection collectionId="53">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117517">
                <text>Abstrak  Latihan ilmiah  Akademi Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117524">
                <text>Haslan Tamjehi</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119353">
              <text>Keberkesanan strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu peringkat Sekolah Rendah di Singapura</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="49">
          <name>Subject</name>
          <description>The topic of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119354">
              <text>Malay language -- Composition and exercises</text>
            </elementText>
            <elementText elementTextId="119355">
              <text>Malay language -- Study and teaching</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119356">
              <text>Abstrak&#13;
Kajian ini akan melihat bahasa Melayu sebagai pengandung dan penyampai ilmu pengetahuan serta pengertian pada konvensi sosial yang semestinya menepati situasi sosial masyarakat Melayu Singapura. Negara pulau Republik Singapura yang mana ekonominya berteraskan ilmu pengetahuan, sangatlah berpegang kepada konsep, prinsip dan kenyataan hidup dalam hakikat dan definisi bahasa yang telah disebut tadi. Dengan kata lain, kajian ini tidak akan berlegar pada aras bahasa sebagai sekumpulan bunyi yang diucapkan dan mengandungi komponen-komponen atau unsur-unsur seperti fonem, suku kata, morfem, perkataan, frasa, klausa, ayat dan wacana. Sebaliknya, kajian ini akan memperlihatkan bagaimana bahasa Melayu disampaikan  dan diterima, atau diajarkan dan dipelajari, melalui strategi pembelajaran kooperatif  dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan peringkat darjah enam di Singapura. Dalam pada itu, kajian ini juga akan memperlihatkan keberkesanan  strategi pembelajaran kooperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu peringkat sekolah rendah di Singapura.&#13;
Dalam membincangkan perkara -perkara yang berkaitan dengan pedagogi, istilah-istilah ‘pendekatan’, ‘kaedah’, ‘teknik’ dan ‘strategi’ sering kali disebut dan dipergunakan. Namun, sering timbul kekeliruan dan gejala tukar ganti yang membawa kepada konotasi yang berbeza istilah-istilah dan konsep-konsepnya. Oleh demikian, kajian ini akan menjelaskan istilah-istilah  tersebut bersama pengertian bagi konsep-konsep dalam wacana ini. Selain itu, bab ini juga akan membincang dan menjelaskan tentang konsep-konsep lain yang bersangkutan dan penting dalam  bidang dan kajian ini, seperti konsep ‘bahasa Melayu standard’, ‘bahasa ibunda’, ‘teori’, ‘kemahiran menulis’, ‘karangan’, dan ‘pengajaran dan pembelajaran’.&#13;
Selain daripada membincangkan pembelajaran kooperatif sebagai satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran penulis bahasa Melayu, ciri-ciri dan pembinaan SPK juga akan diteliti dalam kajian ini. Kajian ini juga akan membincangkan tentang berkaitan dan peranan Teori Konstruktivisme Sosial Vygotsky, sebagai kerangka teoritis pengajaran dan pembelajaran kajian ini. Pada masa yang sama, teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan  dalam SPK ini, teknik susun suai (jigsaw), turut diperjelaskan untuk memperlihatkan perhubungan dan peranannya dalam teori dan model pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan.&#13;
Seterusnya, kajian ini akan menggambarkan keberkesanan SPK dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan bahasa Melayu di peringkat darjah 6 sekolah rendah, menerusi dapatan penilaian kualitatif dan juga kuantitatif markah karangan responden (responden). Selain itu, kajian ini juga telah menggunakan jadual-jadual, rajah-rajah dan juga ilustrasi-ilustrasi bagi memperlihatkan lagi keberkesanan strategi ini. Selanjutnya,  kajian ini telah mengawal penilaian  dalam analisis kajian dari segi kesahihan (validity) kebolehpercayaan (reliability) pengukuran, dengan menggunakan skema pemarkahan yang sistematik dan teratur, untuk mengukur dan menilai karangan responden.&#13;
Akhir sekali, kajian ini telah merumuskan dapatan-dapatan kajian yang telah dijalankan, terutama sekali analisis kajian yang telah dibentangkan bagi memperlihatkan  lagi keberkesanan dan kepentingan SPK. Perspektif teori yang berhubungan dan berkaitan dengan strategi ini, dan juga kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam strategi ini, juga telah dirumuskan. Kajian ini diakhiri dengan mengalu-alukan sebarang usaha  untuk menyelidik tentang penerapan SPK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah tanpa menjejas liputan kurikulum atau sukatan pelajaran sebagai penyelidikan kajian lanjutan daripada kajian kecil ini demi kemaslahatan semua.&#13;
</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119357">
              <text>Mohamed Saddiq Mohamed Salleh</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119358">
              <text>PL5065 2007 Mohsms</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119359">
              <text>2007</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119360">
              <text>fieda</text>
            </elementText>
            <elementText elementTextId="127338">
              <text>niam</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="51">
          <name>Type</name>
          <description>The nature or genre of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119361">
              <text>Academic exercise</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
  <tagContainer>
    <tag tagId="20">
      <name>Bahasa Melayu</name>
    </tag>
  </tagContainer>
</item>
