<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="20003" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20003?output=omeka-xml" accessDate="2026-11-13T02:57:18+00:00">
  <collection collectionId="53">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117517">
                <text>Abstrak  Latihan ilmiah  Akademi Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117524">
                <text>Haslan Tamjehi</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119849">
              <text>Sejarah perkembangan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dari Akademi ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119850">
              <text>Abstrak&#13;
Kajian ini tertumpu kepada sejarah perkembangan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang dahulunya dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Ia merupakan satu-satunya institusi yang fokus kepada bidang seni dan budaya semata-mata. Penulis akan memaparkan kronologi peristiwa yang dilalui sebalik penubuhan institusi tersebut. Tujuannya adalah mendedahkan kepada masyarakat, akibat kurangnya maklumat berkenaan aspek tersebut.&#13;
	Penulis juga akan menunjukkan peranan yang dimainkan Aswara sebelum dan selepas dinaiktarafkan menjadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Aswara ditadbir sepenuhnya oleh Kementerian Perpaduan Kebudayaan dan Kesenian Warisan (KPKKW). Inilah yang sering menjadi tanda tanya masyarakat. Pada kebiasaannya, sesebuah institusi yang berkaitan dengan bidang pendidikan akan dinaungi oleh kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penulis akan menghuraikan konflik yang dihadapi oleh Aswara dalam meneruskan peranannya.&#13;
	Di sebalik konflik yang dihadapi ini, Aswara terus giat berkembang. Ini dapat dibuktikan melalui pencapaian demi pencapaian yang diraihnya. Pencapaian yang diraihnya bukan sahaja di peringkat dalam negara, malahan turut melintasi sempadan antarabangsa. Keadaan ini amat membanggakan negara. Selain itu, tindakan Aswara yang mengetengahkan nilai seni budaya tradisional pelbagai kaum dalam pembelajaran dan pengajarannya merupakan tindakan yang wajar dipuji. Ini kerana, budaya warisan tradisional ini mempunyai nilai seni yang tinggi.&#13;
	Pendekatan yang diambil oleh Aswara dalam pengajarannya juga berbeza dengan kebanyakan IPT lain. Ini kerana Aswara lebih menekankan kepada aspek praktikal berbanding teori. Tujuannya ialah memberikan situasi sebenar kepada para pelajarnya dengan alam pekerjaan. Keadaan ini akan melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing dan berketerampilan. Pelbagai usaha telah diambil untuk memantapkan lagi pelaksanaan Aswara dalam memartabatkan bidang seni dan warisan ini. Usaha yang paling ketara ialah melalui Pelan Strategik Aswara 2008-2016 yang dilihat sebagai perancangan yang paling sistematik dalam merangka perkembangan Aswara.&#13;
	Diharapkan kajian ini berupaya membantu memberikan maklumat kepada masyarakat umum berkaitan Aswara yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan seni budaya warisan. Banyak manfaat di sebalik penubuhan Aswara ini. Oleh yang demikian, penubuhannya adalah wajar dan bersesuaian dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK).</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119851">
              <text>Nurul Zakiah Kamaruddin</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119852">
              <text>PL5065 2009 Nurzk</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119853">
              <text>2009</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119854">
              <text>fieda</text>
            </elementText>
            <elementText elementTextId="127109">
              <text>niam</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="51">
          <name>Type</name>
          <description>The nature or genre of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="119855">
              <text>Academic exercise</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
  <tagContainer>
    <tag tagId="15">
      <name>Kesenian Melayu</name>
    </tag>
  </tagContainer>
</item>
