Dinamika nilai-nilai syariat dan nilai-nilai budaya : Satu kajian kes perkahwinan dalam masyarakat Melayu Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah

Dublin Core

Description

Abstrak
Perkahwinan merupakan sebuah ikatan yang suci dan murni bagi mengikat pasangan dan sebagai suatu perjanjian atau persefahaman yang kuat di antara kedua-dua pasangan tersebut. Selain itu, perkahwinan juga merupakan “satu kontrak” iaitu, apabila setiap pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan akan dikenakan syarat-syarat yang telah ditentukan sama ada daripada pihak berkuasa sivil mahupun oleh kepercayaan agama mereka.
Dalam Bab Satu, pengkaji membincangkan tentang pengenalan tentang budaya, adat istiadat, dan perkahwinan. Dalam bab ini juga, pengkaji membincangkan tentang objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, guna kajian, metodologi kajian, dan masalah kajian.
Dalam Bab Dua, pengkaji membincangkan perkahwinan menurut Islam. Dalam bab ini juga membincangkan hal - hal yang dibolehkan dan yang tidak boleh dijalankan oleh masyarakat Melayu yang umumnya beragama Islam serta unsur-unsur syariah dalam perkahwinan.
Dalam Bab Tiga pula, pengkaji membincangkan tentang perkahwinan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu. Hal ini termasuklah peringkat-peringkat perkahwinan yang dijalankan secara penuh dengan adat-istiadat seperti merisik, melamar, pertunangan dan sebagainya. Selain itu juga membincangkan tentang unsur-unsur yang berkaitan dengan syariah.
Dalam Bab Empat pula, pengkaji menganalisis hasil kajian yang telah dilakukan di kampung tersebut. Hal ini termasuklah adat-adat yang biasa diamalkan oleh penduduk di kampung tersebut semasa meraikan sesebuah majlis perkahwinan.
Bagi bab Lima, pengkaji membincangkan tentang rumusan ataupun kesimpulan secara menyeluruh terhadap perbincangan dalam bab-bab sebelumnya. Dalam bab ini juga pengkaji memberi beberapa cadangan bagi pembaikan adat-adat yang bersesuaian dengan masyarakat Melayu khususnya adat yang tidak bertentangan dengan agama Islam.

Creator

Nursharina Abdul Rahman

Source

PL5065 2010 Nurar

Date

2010

Contributor

fieda
niam

Type

Academic exercise

Citation

Nursharina Abdul Rahman, “Dinamika nilai-nilai syariat dan nilai-nilai budaya : Satu kajian kes perkahwinan dalam masyarakat Melayu Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20095.