Industri pelancongan agro : kajian kes di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor

Dublin Core

Subject

Tourism -- Terengganu

Description

Abstrak
Pelancongan agro adalah sebuah produk pelancongan yang semakin diminati oleh para pelancongan domestik dan antarabangsa. Pelancongan jenis ini adalah berkonsepkan pertanian serta tumbuhan-tumbuhan semulajadi. Ianya sedang giat diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama pelbagai pihak dari agensi-agensi pelancongan. Kampung Sungai Haji Dorani, sungai Besar yang terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan merupakan sebuah kampung yang indah dan mojariti penduduknya adalah kaum Melayu. Bidang pertanian adalah sumber ekonomi utama di kawasan ini yang mempunyai sawah padi, kebun kelapa, ladang ternakan, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan serta aktiviti perikanan di persisiran pantai. Lokasi kampung ini amat sesuai dijadikan kawasan pelancongan agro yang berkonsepkan pertanian. Aktiviti pelancongan agro yang dijalankan di kawasan-kawasan desa dapat memberi yang positif terhadap pembangunan dan sosioekonomi di kawasan tersebut. Para penduduk kampung dapat menikmati faedah ke atas pelaburan mereka. Ini dapat dilihat daripada hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk tempatan yang pada mulanya hanya untuk kegunaan sendiri tetapi dengan wujud pelancongan agro tanaman tersebut dapat dikomersialkan dan seterusnya memberi pulangan yang lumayan kepada para pengusaha. Kawasan kampung yang mempunyai tarikan alam semulajadi yang indah dapat menarik lebih ramai kedatangan pelancongan untuk berkunjung. Dengan peningkatan kedatangan pelancongan ianya dapat meningkatkan pendapatan penduduk tempatan hasil daripada perbelanjaan para pelancongan yang mengikuti program-program pelancongan agro yang terdapat di kawasan itu. Justeru, ianya dilihat sebagai medium dalam meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi khasnya kepada penduduk tempatan.

Creator

Siti Suhaidah Mohd Nasrudin

Source

PL5065 2011 Sitsmn

Date

2011

Contributor

fieda
niam

Type

Academic exercise

Citation

Siti Suhaidah Mohd Nasrudin, “Industri pelancongan agro : kajian kes di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20181.