Perubahan kebudayaan pada masyarakat Jawa di Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor

Dublin Core

Description

Abstrak
Setiap kaum atau bangsa mempunyai kebudayaan yang tersendiri tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Jawa dan sebagainya. Bagi masyarakat Jawa kebudayaan yang dipunyai dan dijalankan oleh mereka adalah berbeza dengan kaum-kaum yang lain terutama di Malaysia ini. Kebudayaan masyarakat Jawa di Malaysia adalah mempunyai hubungkait dengan kebudayaan masyarakat Jawa di Indonesia. Hal ini kerana masyarakat Jawa di Malaysia merupakan keturunan penghijrah yang telah datang ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu.
Kampung Bukit Bangkong ini merupakan salah satu perkampungan masyarakat jawa yang masih utuh sehingga ke hari ini. Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Jawa. kampung ini merupakan salah satu perkampungan yang telah dibuka oleh penghijrah daripada pulau Jawa pada Zaman penjajahan British. Kebudayaan masyarakat Jawa masih lagi dijalankan hingga ke hari ini. Antara kebudayaan tersebut adalah dari segi makanan, kesenian, adat dan sebagainya.
Terdapat pelbagai jenis makanan jawa yang masih lagi terdapat di Kampung ini antaranya adalah nasi ambeng dan getok lompang. Selain itu dari segi kesenian ialah seni cempolingan dan dari segi adat sinoman. Namun, kesemua kebudayaan ini telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Terdapat perbezaan yang dapat dikenalpasti dalam kebudayaan masyarakat Jawa di kampung ini. Bagi meneliti perubahan kebudayaan masyarakat Jawa ini, kajian telah menggunakan pendekatan daripada pelbagai disiplin dan memberi tumpuan khusus kepada perubahan yang berlaku dari dahulu hingga sekarang.

Creator

Nur Athirah Hamzah

Source

PL5065 2012

Date

2012

Contributor

fieda
niam

Type

Academic exercise

Citation

Nur Athirah Hamzah, “Perubahan kebudayaan pada masyarakat Jawa di Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20200.