<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="20321" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20321?output=omeka-xml" accessDate="2026-11-12T15:37:25+00:00">
  <collection collectionId="53">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117517">
                <text>Abstrak  Latihan ilmiah  Akademi Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117524">
                <text>Haslan Tamjehi</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122217">
              <text>Perbandingan seni persembahan Tarian Barongan &#13;
di Bali Indonesia dan Parit Raja Johor Malaysia&#13;
</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122218">
              <text>Abstrak&#13;
Penghijrahan penduduk yang berlaku disebabkan oleh faktor penarik dan penolak yang mendorong mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah sedikit sebanyak membawa kebudayaan tradisi mereka meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat setempat. Penghijrahan  orang-orang jawa banyak dilihat bagaimana sebuah masyarakat itu berhijrah dan masuk ke dalam kebudayaan masyarakat terutamanya  masyarakat Johor. Dari situ, munculah sebuah  masyarakat yang baru di mana kedua-dua budaya itu saling melengkapi antara satu sama lain. Kebudayaan tradisional Jawa yang sememangnya di jadikan panduan dalam kehidupan masyarakat Jawa telah disesuaikan dengan kebudayaan masyarakat setempat. Kebiasaannya, kebudayaan yang dilihat yang dibawa oleh masyarakat Jawa ini ialah seni persembahan, adat resam, cara hidup, dan sebagainya.&#13;
	Seni persembahan telah menjadi satu sumber kuasa yang dapat membuat sesebuah tempat atau masyarakat itu menjadi sebuah kawasan atau budaya yang mempunyai unsur keseronokan, kebudayaan dan keharmonian. Ia juga dilihat menjadi daya tarikan dan tenaga yang dapat melindungi serta menampilkan keistimewaan manusia dan masyarakatnya. Di malaysia, dilihat mempunyai berbagai jenis kebudayaan dan seni persembahan yang menunjukkan masyarakatnya berjiwa seni dan harmoni. Kebanyakan seni persembahan ini terbentuk melalui peristiwa, sejarah, warisan dari nenek moyang yang dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekeliling, kepercayaan dan agama sesebuah masyarakat.&#13;
	Jika ingin dibandingkan di antara seni persembahan masyarakat dahulu dan sekarang, jelas menunjukkan perbezaan yang ketara kini seni persembahan dilakukan mengikut tuntutan agamanya iaitu agama Islam. Jika dahulu, seni persembahan di lakukan adalah bertujuan untuk upacara keagamaan atau ritual (Jawa), kini di Malaysia, ianya lebih kepada persembahan semata-mata bagi menghiburkan masyarakat setempat jika adanya majlis-majlis keramaian. Namun begitu, sama ada dahulu atau sekarang, seni persembahan merupakan identifikasi manusia kepada kehidupan mereka.&#13;
	Melihat kepada seni persembahan Barongan, ia merupakan satu kesenian yang di adaptasi dari seni Barongan Jawa, Indonesia yang dibawa oleh imigran-imigran yang datang ke Malaysia sewaktu ketika dahulu. Seni persembahan ini hanya didapati di tempat-tempat tertentu iaitu di negeri Johor dan Selangor. Di dalam persembahan yang dilakukan, memperlihatkan beberapa upacara yang sering dilakukan sebelum persembahan itu dilakukan. Namun, pengkaji ingin melihat apakah perbezaan yang ketara yang di lihat di antara kedua-dua masyarakat ini iaitu masyarakat Jawa di Johor dan masyarakat Jawa di Indonesia. Pelbagai jenis elemen, alat muzik, dapat dilihat dalam setiap persembahan yang dilakukan.&#13;
Akhir kata, penulisan ini ditulis  adalah bertujuan untuk melihat perbezaan di antara seni persembahan Barongan di Indonesia dan seni persembahan  dan seni persembahan Barongan di Malaysia. Selain itu, pengkaji ingin mengkaji secara lebih mendalam tentang bagaimana persembahan ini boleh wujud dalam masyarakat Indonesia dan apakah kaitannya dengan agama dan kepercayaan yang dianuti oleh mereka. Diharapkan agar latihan ilmiah ini dapat sedikit sebanyak membuka minda generasi anak muda akan sebuah kebudayaan tradisional masyarakat Jawa yang mempunyai asal-usulnya yang menarik dan unik.</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122219">
              <text>Nor Raihanah Naim</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122220">
              <text>PL5065 2014 Norrn</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122221">
              <text>2014</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122222">
              <text>fieda</text>
            </elementText>
            <elementText elementTextId="126292">
              <text>niam</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="51">
          <name>Type</name>
          <description>The nature or genre of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122223">
              <text>Academic exercise</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
  <tagContainer>
    <tag tagId="15">
      <name>Kesenian Melayu</name>
    </tag>
  </tagContainer>
</item>
