<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="20341" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/20341?output=omeka-xml" accessDate="2026-11-12T00:16:41+00:00">
  <collection collectionId="53">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117517">
                <text>Abstrak  Latihan ilmiah  Akademi Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="117524">
                <text>Haslan Tamjehi</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122352">
              <text>Islam dan proses penyesuaian budaya masyarakat pendatang Arab ke atas masyarakat Lembah Bujang, Kedah</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122353">
              <text>Abstrak&#13;
Lembah Bujang merupakan tempat bersejarah kerana telah mencatatkan sejarah awal Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Lembah bujang kira-kira 1000 tahun lalu merupakan pusat perdagangan  dan pemerintah kerajaan Hindu-Buddha di rantau Nusantara sebelum munculnya kerajaan Islam. Terdapat sebuah muzium arkeologi di sini yang menyimpan 1001 sejarah dan bukti awal tentang wujudnya pemerintahan Hindu-Buddha dan Islam di Kedah selain bukti kewujudan Lembah Bujang sebagai pusat perdagangan antarabangsa.&#13;
	Apabila membicara tentang permasalahan Lembah Bujang, masyarakat sering kali mengaitkannya dengan pengaruh Hindu-Buddha. Tetapi amat sedikit sekali yang cuba mendekatinya dari sudut yang lebih luas terutama yang berkaitan dengan tamadun Islam yang pernah wujud di Lembah Bujang. Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Buddha bertapak kukuh dalam setiap aspek kehidupan masyarakat setempat hingga berabad-abad lamanya. Agama dan budaya ini begitu kuat dan sangat jelas mempengaruhi kebudayaan masyarakat setempat misalnya didalam sistem politik, sosial, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu.Agama Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat khususnya golongan atasan seperti golongan istana kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri.&#13;
Kemasukan pedagang Arab ke  Lembah Bujang  yang turut membawa bersama agama Islam telah menyebabkan agama Islam mula tersebar luas. Masyarakat setempat telah mula mengenali Islam sebagai sebuah ajaran yang berteraskan akidah dan lebih rasional. Berpandukan kepada konsep rasionalisme inilah, menyebabkan masyarakat Melayu dengan  sendiri menolak kepercayaan  tahyul Hindu dan fahaman Animisme. Akhirnya Tamadun Islam sedikit demi sedikit telah berjaya meresapi  dan melunturkan kegemilangan tamadun Hindu-Buddha dan berlakunya proses penyesuaian diantara kedua-dua kebudayaan. Perubahan dan proses penyesuaian ini menampilkan suatu hakikat bahawa Islam telah berjaya membawa era di rantau ini dan meninggalkan era lama yang wujud sebelumnya.  &#13;
	Oleh itu, tesis ini antara lain akan membincangkan beberapa aspek pembaharuan dan perubahan yang dibawa oleh Islam, seperti dari segi sosial, budaya dan pemikiran masyarakat Melayu. Walaupun tamadun dan pengaruh Hindu tidak dapat dilenturkan sepenuhnya berikutan dari pertapakan dan perkembangan Islam, namun secara umumnya boleh dikatakan bahawa sebahagian besar Tamadun Islam berjaya mengatasi tamadun Hindu, malah dapat mengubah cara hidup mereka bersesuaian dengan ajaran Islam yang maha suci. Justeru, tesis ini bertujuan untuk membongkar, menyingkap, merekonstruksi dan menyusun kronologi sejarahnya.</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122354">
              <text>Siti Nur Farhana Ismail</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122355">
              <text>PL5065 2014 Sitnfi</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122356">
              <text>2014</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122357">
              <text>fieda</text>
            </elementText>
            <elementText elementTextId="126283">
              <text>niam</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="51">
          <name>Type</name>
          <description>The nature or genre of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="122358">
              <text>Academic exercise</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
</item>
