Ekopelancongan : pengaruh terhadap ekonomi masyarakat Lun Bawang di Buduk Nur, Ba'kelalan, Sarawak

Dublin Core

Subject

Tourism -- Sarawak.
Murut (Bornean people) -- Economic condition.
Indigenous peoples -- Malaysia -- Sarawak.

Description

Abstrak

Disertasi ini berfokus kepada masyarakat Lun Bawang yang berada di Buduk Nur, Ba'Kelalan Sarawak dan mnembincangkan pengaruh kegiatan ekopelancongan yang sedang berjalan di kawasan ini terhadap ekonomi mereka. Perkara yang dibincangkan dalam disertasi ini meliputi aspek kegiatan ekonomi penduduk tempatan sebelum dan selepas ekopelancongan mula bergiat di kawasan ini. Kegiatan ekonomi utama penduduk tempatan adalah pertanian, khususnya penanaman padi. Selain itu, mereka juga melakukan kegiatan lain seperti menternak haiwan, mengumpul hasil hutan dan membuat garam. Setelah kegiatan ckopelancongan diperkenalkan, penduduk tempatan kini mempunyai banyak peluang untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi mereka. Antara kegiatan ekonomi baru yang muncul daripada ekopelancongan ialah perusahaan hotel dan rumah inap, kedai runcit dan kedai makan, menjadi pemandu pelancong dan pembawa barang serta berpeluang untuk memasarkan kebudayaan tempatan. Di samping itu juga, disertasi ini turut membincangkan faktor-faktor pendorong dan penghalang penduduk tempatan untuk terlibat di dalam kegiatan ekopelancongan. Kajian ini menggunakan pendekatan antropologi kebudayaan dan juga menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif melalui temu bual khususnya bersama pengusaha rumah inap, operator pelancongan, dan juga beberapa orang pengunjung ke kawasan ini. Hasil kajian mendapati bahawa faktor pendorong penglibatan masyarakat di dalam ekopelancongan bukanlah dari segi faedah ekonomi semata-mata, namun termasuklah peluang-peluang seperti pemulihan budaya tradisi, pemulihan alam sekitar, peluang pembangunan kendiri dan juga mengurangkan perpindahan penduduk ke bandar. Sementara itu, faktor penghalang penglibatan penduduk yang dominan pula ialah kekangan dari segi kemahiran dan pengetahuan dan juga sumber modal serta kewangan.

Creator

Steffi Ann Tabari

Source

PL5065 UM 2021 STE

Date

2021

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Steffi Ann Tabari, “Ekopelancongan : pengaruh terhadap ekonomi masyarakat Lun Bawang di Buduk Nur, Ba'kelalan, Sarawak,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23077.