Struktur sistem kebudayaan Naning dari aspek sejarah kebudayaan

Dublin Core

Subject

Adat perpatih.
Adat law -- Negeri Sembilan.
Ethnocentrism -- Negeri Sembilan.

Description

Abstrak

Naning merupakan sebuah rantau Minangkabau yang mempunyai hubungan kebudayaan langsung dengan Pagar Ruyong di Sumatera Barat. Penghijrahan orang Minang ke kawasan hulu Melaka pada abad ke-14 mewujudkan beberapa penempatan baru yang dikenali sebagai Nagari Nan Sambilan dan Naning merupakan sebahagian dari persekutuan ini. Interaksi sosial perantau Minang dengan orang asal mewujudkan sebuah asimilasi kebudayaan baharu. Naning adalah negeri yang mengamalkan sistem adat Perpatih dan konsep matrilineal dalam kehidupan sosial mereka. Penyelidikan ini merupakan usaha untuk mendalami sistem ilmu pengetahuan orang Naning mengenai konsep pemikiran mereka terhadap dunia untuk membentuk sebuah kehidupan lengkap. Berdasarkan penyelidikan lepas, maklumat telah dikelaskan dalam konteks konvesional sehingga mewujudkan sentimen etnosentrik. Kerangka corak dalam sistem kebudayaan Naning harus dibentuk mengikut sistem kebudayaan tempatan untuk memahaminya secara jelas. Justeru, kajian lapangan adalah kaedah utama yang digunakan dalam mengeksplorasi kebudayaan setempat. Perkara penting dalam kebudayaan Naning diberi perhatian dan dianalisis mengikut kaedah antropologi kebudayaan untuk membuat kerangka mudah dalam konteks akademik. Penghasilan struktur kebudayaan mampu meningkatkan kefahaman umum terhadap institusi Naning. Justeru, penyelidikan ini akan menjadi sebuah panduan umum mengenai Naning dengan mengurangkan nilai etnosentrik. Penghasilan struktur dan pola kebudayaan yang tersusun menunjukkan masyarakat Naning telah membentuk sebuah konsep pemikiran teratur dalam menjalani kehidupan mereka.

Creator

Luqman Nulhakim Harzamar

Source

PL5065 UM 2019 LUQNH

Date

2019

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Luqman Nulhakim Harzamar, “Struktur sistem kebudayaan Naning dari aspek sejarah kebudayaan,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23107.