Imej wanita dalam novel "Asam pedas untuk dia" dan "Ombak rindu" : kajian kritik feminis

Dublin Core

Subject

Feminism in literature -- History and criticism.
Women in literature -- History and criticism.
Malay fiction -- History and criticism.

Description

Abstrak

Kajian ini menggunakan genre novel sebagai bahan kajian untuk mengkaji kedudukan atau darjat wanita dalam kesusasteraan yang ditulis oleh penulis lelaki ataupun wanita vang menulis dalam sistem penandaan lelaki. Penulis wanita lazimnya akan meninggikan darjat watak wanita dan juga akan menyelami perasaan wanita dalam usaha menghasilkan sesebuah karya mereka. Tetapi penulis lelaki ataupun wanita yang memandang kaum Hawa dengan pandangan lelaki akan meruntuhkan imej dan emosi kaum Hawa dalam karya mereka. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri imej stereotaip wanita yang terdapat dalam novel "Asam Pedas untuk Dia'" oleh Nureen Mirza dan "Ombak Rindu" oleh Fauziah Ashari. Dua penulis wanita telah menghasilkan novel ini tetapi dalam sistem penandaan sebagai lelaki. Novel-novel ini telah dipilih sebagai bahan kajian kerana kedua-dua novel ini telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pembaca. Hal ini terbukti dengan keluaran drama dan juga filem dengan mengadaptasikan novel ini untuk tatapan khalayak. Bahan kajian ini digunakan untuk menggerakkan kajian berdasarkan Teori Feminisme yang menggunakan pendekatan Kritik Feminis oleh Elaine Showalter. Elaine Showalter telah memperkenalkan satu lagi pendekatan yang mengkaji karya tentang wanita oleh pengarang wanita, tetapi pengkaji menggunakan Kritik Feminis bagi mengkaji kedua dua novel sebagai medium mengukur kejituan objektif kajian. Hal ini demikian kerana, penulis memandang wanita dari sudut pandangan lelaki. Fakta ini terbukti melalui ciri ciri stereotaip yang terkandung dalam novel "Asam Pedas untuk Dia" dan "Ombak Rindu' ".

Creator

Sarojini Karuppiah

Source

PL5065 UM 2018 SAR

Date

2018

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Sarojini Karuppiah, “Imej wanita dalam novel "Asam pedas untuk dia" dan "Ombak rindu" : kajian kritik feminis,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23127.