Konseptual kata kunci terhadap konsep kemiskinan dan perjuangan dalam cerpen terpilih Norsiah Abdul Gapar

Dublin Core

Subject

Malay literature -- History and criticism.
Short stories, Malay -- History and criticism.

Description

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti konseptual Norsiah Abdul Gapar yang terdapat dalam tiga puluh dua cerpen yang diterbitkan sepanjang 1984 sehingga 2012. Semua cerpen ini merupakan cerpen-cerpen yang diterbitkan dalam antologi cerpen Hidup lbarat Sungai (1987), antologi cerpen Bunga Rampai Sastera Melavw Brunei (1984), antologi cerpen Awan Putih Berarak Damai (1988), Kumpulan cerpen T'sunami Di Hatinya (2009) dan lima buah cerpen dalam majalah Bahana terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei sepanjang tahun 2010 sehingga 2012. Teori Konseptual Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah diaplikasikan dalam kajian ini. Dengan menerapkan Teori Konseptual - Kata Kunci ini, sebanyak 32 cerpen dianalisis untuk mengenal pasti konseptual Norsiah Abdul Gapar berhubung dengan konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Hasil daripada kajian yan Kata dijalankan, membuktikan bahawa pengaruh penghasilan karya-karya Norsiah Abdul Gapar itu dipengaruhi oleh latar belakang Norsiah Abdul Gapar terutamanya dalam perkara-perkara yang berhubung dengan konsep kemiskinan dan konsep perjuangan. Dalam konsep kemiskinan, bentuk kemiskinan itu dikaitkan dengan kemiskinan yang berbentuk fizikal. Manakala, dalam konsep perjuangan, perjuangan itu dikaitkan dengan perjuangan kaum wanita. Justeru itu, konseptual Norsiah Abdul Gapar itu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ekstrinsik seperti latar belakangnya, pendidikan, budaya, kerjayanya, kepercayaannya, pengamatannya, ideologinya dan sudut pandangannya sebagai seorang penulis wanita. Secara kesimpulannya, teori Konseptual - Kata Kunci ini berjaya menganalisis konseptual Norsiah Abdul Gapar melalui karya-karyanya.

Creator

Aharul Hakimin Haji Metussin

Source

PL5065 UM 2018 AHAHHM

Date

2018

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Aharul Hakimin Haji Metussin, “Konseptual kata kunci terhadap konsep kemiskinan dan perjuangan dalam cerpen terpilih Norsiah Abdul Gapar,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23158.