Novel panggil aku Melaju : analisis psikologi watak dan pengarang

Dublin Core

Subject

Malay fiction -- History and criticism.
Identity (Psychology) -- Fiction.
Psychology and literature.

Description

Abstrak

Tesis ini merupakan kajian psikologi yang menggunakan novel Panggil Aku Melaju (PAM) Oleh Rahmat Haroun Hashim (2008) sebagai teks utama. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih novel ini untuk menganalisis mengenai kejiwaan watak-watak dan psikologi pengarang dengan menggunakan Teori Psikoanalisis Freud. Novel ini memperlihatkan elemen-elemen psikologi di dalamnya dan menjadikan novel ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan kajian. Masalah kejiwaan ini dilihat menerusi tindakan atau aksi watak, punca yang menyebabkan kejiwaan kepada watak dan penyelesaiannya. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti psikologi pengarang menerusi dialog oleh watak-watak, tindakan watak-watak dan deskripsinya (mekanisme helah bela diri). Novel ini merupakan novel psikologi kerana berkisarkan mengenai pesakit-pesakit jiwa di Institut Mental Negara (IMN) dan ketidakpuasan hati pengarang terhadap tindakan kerajaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Novel ini merupakan sebuah novel hasil ciptaan kreatif yang penuh dengan keintelektualan pengarang. Pengarang berjaya mengetengahkan pelbagai disiplin ilmu dan pelbagai konflik kejiwaan menerusi watak-wataknya sehingga menghasilkan sebuah novel yang cukup menarik untuk dikaji. Kajian kepustakaan, wawancara dan sumber internet menjadi sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat penting yang berkaitan. Kajian ini sangat penting sebagai rujukan mengenai teori psikoanalisis dan merupakan tambahan idea-idea baru yang ingin disampaikan.

Creator

Noor Azlin Ayuni Mohd Arshat

Source

PL5065 UM 2015 Nooaama

Date

2015

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Noor Azlin Ayuni Mohd Arshat, “Novel panggil aku Melaju : analisis psikologi watak dan pengarang,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23255.