<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<item xmlns="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5" itemId="23299" public="1" featured="0" xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance" xsi:schemaLocation="http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5 http://omeka.org/schemas/omeka-xml/v5/omeka-xml-5-0.xsd" uri="https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23299?output=omeka-xml" accessDate="2026-11-05T08:52:49+00:00">
  <collection collectionId="74">
    <elementSetContainer>
      <elementSet elementSetId="1">
        <name>Dublin Core</name>
        <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
        <elementContainer>
          <element elementId="50">
            <name>Title</name>
            <description>A name given to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="141859">
                <text>Abstrak Disertasi Sarjana  Perpustakaan Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="48">
            <name>Source</name>
            <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="141860">
                <text>Perpustakaan Pengajian Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="40">
            <name>Date</name>
            <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="141861">
                <text>2025</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="41">
            <name>Description</name>
            <description>An account of the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="141862">
                <text>Koleksi  abstrak dari  disertasi peringkat Sarjana  yang terdapat di Perpustakaan Pengajian  Melayu</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
          <element elementId="37">
            <name>Contributor</name>
            <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
            <elementTextContainer>
              <elementText elementTextId="143232">
                <text>Mohd Khalifah Idris</text>
              </elementText>
            </elementTextContainer>
          </element>
        </elementContainer>
      </elementSet>
    </elementSetContainer>
  </collection>
  <itemType itemTypeId="18">
    <name>Text</name>
    <description>A resource consisting primarily of words for reading. Examples include books, letters, dissertations, poems, newspapers, articles, archives of mailing lists. Note that facsimiles or images of texts are still of the genre Text.</description>
  </itemType>
  <elementSetContainer>
    <elementSet elementSetId="1">
      <name>Dublin Core</name>
      <description>The Dublin Core metadata element set is common to all Omeka records, including items, files, and collections. For more information see, http://dublincore.org/documents/dces/.</description>
      <elementContainer>
        <element elementId="50">
          <name>Title</name>
          <description>A name given to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143977">
              <text>Warisan masyarakat Iban dari perspektif pameran : kajian kes di Muzium Etnologi Sarawak</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="49">
          <name>Subject</name>
          <description>The topic of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143978">
              <text>Iban (Bornean people) -- Sarawak&#13;
Art and society -- Sarawak</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="41">
          <name>Description</name>
          <description>An account of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143979">
              <text>Abstrak&#13;
&#13;
Kaiian ini adalah sebuah kajian berkenaan warisan masyarakat Iban dari perspektif nameran: kajian kes di Muzium Etnologi Sarawak. Secara khususnya kajian dijalankan untuk menilai tahap kepuasan pengunjung terhadap maklumat yang disampaikan dan diperolehi ketika lawatan mereka ke bahagian pameran di bahagian koleksi pameran warisan budaya masyarakat Iban di Muzium Etnologi Sarawak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap gaya pameran dan mencari tafsiran atau diskripsi mengenai objek pameran warisan budaya masyarakat Iban yang belum mempunyai diskripsi atau tafsiran tetapi objek warisan budaya tersebut dipamerkan di Muzium Etnologi Sarawak. Manakala secara umumnya, adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepuasan pengunjung terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan dan sekaligus mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pengunjung bagi meningkatkan keberkesanan dalam menyampaikan maklumat, memperbaiki gaya pameran yang diamalkan sekarang dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung. Ini dapat diterjemahkan melalui survei yang dilakukan terhadap pengunjung yang datang berkunjung ke muzium tersebut dan disokong dengan fakta-fakta yang diperolehi hasil daripada temubual bersama pegawai Muzium Etnologi Sarawak dan informan yang pakar mengenai warisan budaya masyarakat Iban. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengunjung kurang berpuas hati terhadap keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat mengenai objek warisan budaya masyarakat Iban yang dipamerkan di Muzium tersebut. Ini berdasarkan kepuasan tertinggi yang diberikan oleh responden adalah SEDERHANA iaitu sebanyak 59.7% bersamaan dengan 163 orang responden. Berbanding dengan jangkaan, menunjukkan kebanyakkan pengunjung menjangkakan keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat mengenai objek yang dipamerkan adalah BAIK iaitu sebanyak 53.5% yang mewakili sebanyak 146 orang responden. Keputusan kajian juga menunjukkan kepuasan keseluruhan dengan pengalaman kunjung di bahagian pameran warisan budaya masyarakat Iban adalah kurang memuaskan berdasarkan peratusan kepuasan yang tertinggi yang diberikan adalah SEDERHANA iaitu sebanyak 93.8% yang mewakili seramai 256 orang responden. Berbanding dengan jangkaan pengunjung, menunjukkan peratusan tertinggi jangkaan adalah BAIK iaitu sebanyak 39.2% yang mewakili seramai 107 orang responden. Di samping itu, pengunjung juga kurang berpuashati terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan di muzium tersebut terutamanya dari aspek mengambil kira keperluan pelawat, sambutan dan keramahan. Rata-rata pengunjung lebih cenderung kepada jangkaan prestasi BAIK berbanding kepuasan yang lebih cenderung kepada prestasi SEDERHANA. Selain itu, keterangan bagi setiap objek warisan budaya masyarakat Iban yang tidak mempunyai diskripsi atau tafsiran tetapi dipamerkan di muzium tersebut juga telah diperolehi. Hasil kajian ini memberikan implikasi bahawa pihak muzium perlu memperbaiki kelemahan terutama pada bahagian teknikal yang dihadapi pada masa sekarang dan harus memastikan perlu adanya keterangan atau detail bagi setiap objek warisan budaya yang dipamerkan untuk meningkatkan lagi keberkesanan Muzium Etnologi Sarawak dalam menyampaikan maklumat kepada pengunjung. Selain itu, perubahan pada susun atur dan gaya pameran perlu dilakukan secara berkala dengan mempertingkatkan penggunaan teknologi terkini bagi menarik dan mengelakkan rasa bosan para pengunjung. Pengunjung mengharapkan agar teknik pameran secara hand-on diaplikasikan di dalam muzium tersebut untuk memberikan pengalaman yang konkrit kepada pengunjung setiap kali kunjungan dilakukan. </text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="39">
          <name>Creator</name>
          <description>An entity primarily responsible for making the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143980">
              <text>Alexander Ak Chelum</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="48">
          <name>Source</name>
          <description>A related resource from which the described resource is derived</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143981">
              <text>PL5065 UM 2014 CHE</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="40">
          <name>Date</name>
          <description>A point or period of time associated with an event in the lifecycle of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143982">
              <text>2014</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="37">
          <name>Contributor</name>
          <description>An entity responsible for making contributions to the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143983">
              <text>mki</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="47">
          <name>Rights</name>
          <description>Information about rights held in and over the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143984">
              <text>Universiti Malaya</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
        <element elementId="42">
          <name>Format</name>
          <description>The file format, physical medium, or dimensions of the resource</description>
          <elementTextContainer>
            <elementText elementTextId="143985">
              <text>Dissertation</text>
            </elementText>
          </elementTextContainer>
        </element>
      </elementContainer>
    </elementSet>
  </elementSetContainer>
</item>
