Karya Ahmad Khalid Yusof : kajian formalistik

Dublin Core

Subject

Artists -- Malaysia -- 20th century -- History and criticism.
Painters -- Malaysia -- 20th century -- History and criticism.
Art, Malaysian.
Painting, Malaysian.

Description

Abstrak

Penyelidikan berfokus kepada penelitian dan penilaian terhadap karya seni tampak iaitu karya catan dan cetakan yang dihasilkan oleh Allahyarham Ahmad Khalid Yusof. Kepentingan dalam mengkritik dan mengapresiasi seni di Malaysia khususnya seni tampak masih dianggap baru untuk dipersoalkan. Melihat kepada kepentingan seni ini, tercetusnya ilham untuk melakukan penyelidikan ini kerana masih terdapat ketandusan bahan informasi, sumber dokumentasi serta pendedahan mengenai dunia seni tampak Malaysia. Dengan menggunakan metode penelitian deskriptif-kualitatif, pengumpulan data dilakukan melalui literatur dan pemerhatian. Sebanyak 152 karya telah didokumentasikan, hanya tiga puluh buah karya dipilih sebagai sampel kajian, berdasarkan enam buah siri pameran perseorangan Ahmad Khalid. Kesemua sampel akan dianalisis secara khusus, dengan menggunakan pendekatan formalistik serta ikonografi bagi menjawab persoalan bentuk dan makna (ikonografi) yang diperkenalkan oleh ahli sejarah seni Erwin Panofsky (1862-1968). Selain itu, bagi membantu mencapai objektif kajian disertakan dengan ilmu formalistik dari pandangan seni Islam yang diperkenalkan oleh Al-Faruqi. Ternyata Ahmad Khalid berjaya menterjemahkan makna alam semula jadi, jati diri dan budaya Melayu serta memanifestasikan makna kelslaman dalam karyanya. Kepelbagaian konsep dan teknik menjadikan variasi dalam dunia seni tampak khususnya dalam catan yang subject matter huruf Jawi atau diklasifikasikan sebagai seni Jawi semakin meriah walaupun Ahmad Khalid telah meninggalkan dunia alam seni lukis Malaysia. Keadaan ini dapat dilihat pada karya Alif Ba Ta, dipilih mewakili stail atau gaya Ahmad Khalid di atas beberapa persamaan gaya pada karya seniman yang sealiran dengannya.

Creator

Mariana Janeri

Source

PL5065 UM 2011 MARJ

Date

2011

Contributor

mki

Format

Dissertation