Kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi

Dublin Core

Subject

Politeness (Linguistics)
Motivational speakers--Malaysia--Language
Orators--Malaysia--Language
Malays (Asian people)--Malaysia--Language

Description

Abstrak

Kajian ini menganalisis kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi yang disampaikan oleh Mohd. Fadzilah Kamsah. Bab satu membincangkan sorotan kajian, tujuan kajian, bidang kajian, bahan kajian, kacdah dan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini. Bab dua pula membincangkan konsep kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu. Bab ini juga menghuraikan hubungan antara kesantunan bahasa dengan ceramah motivasi sebagai satu bentuk komunikasi awam. Bab ini turut memetik petikan Al-Quran yang berhubung dengan kesantunan bahasa semasa berkomunikasi. Bab tiga menghuraikan pembentukan model Kesantunan Pindaan dan Tambahan (KPT) untuk menganalisis data kajian. Model ini dibentuk melalui enggabungan tiga mnodel kesantunan terdahulu, iaitu Prinsip Kerjasama Grice (1975), Kesantunan Paling Luas oleh Sanat (2000) dan model Kesantunan Noriati (2005). Penggabungan ini dilakukan kerana sesuai dengan korpus kajian. Melalui enggabungan ini, terdapat tujuh kategori kesantunan dan 20 strategi kesantunan telah dibina. Kajian ini mendapati 83 unit ceramah atau inti pati yang disampaikan dalam ceramah tersebut. Bab empat pula ialah bab analisis dan dapatan kajian. Melalui analisis kajian, iaitu dari segi kategori kesantunan, kajian mendapati Kategori Relevan dan Kategori Cara mempunyai bilangan yang tertinggi, iaitu 83 unit (100%), diikuti oleh Kategori Kuantiti 80 unit (96.38%). Kategori Rujukan Sumber 40 unit, Kategori Berhemah 36 unit (43.3.7%), Kategori Ungkapan Rabbani 12 unit. Selain itu, subtajuk yang disampaikan semasa memulakan ceramah mematuhi tiga strategi kesantunan, manakala Kategori Penghargaan 3 unit sahaja. Analisis selanjutnya ialah strategi kesantunan. Strategi Berkaitan 83 unit, Strategi Mencukupi dipatuhi oleh 80 unit (96.38 %), Strategi Penjelasan 78 unit (93.97%), Strategi Pengulangan 72 unit (86.74%), Strategi Tertib 68 (81.92%), Strategi Penegasan 45 unit (54.21%), Strategi Rujukan Islam dan Rasul 34 unit (40.96%), Strategi Memberikan Contoh 30 unit (36.14%), Strategi Cadangan 18 unit (21.68%). Strategi Sapaan 17 unit (20.48%), Strategi Insya-Allah dan Strategi Harapan masing-masing 12 unit (14.45%), Strategi Rujukan Penceramah 10 unit (12.04%), Strategi Kecindan 8 unit (9.63%), Strategi Rujukan Kajian 4 unit (4.81%), Strategi Pujian 2 unit, Strategi Bismillah dan Doa pula diungkapkan sebanyak 3 kali dalam subtajuk. Strategi Terima Kasih l unit (1.20%). Strategi Syukur dipatuhi dalam subtajuk pertama sebanyak dua kali, manakala Strategi Salam diungkapkan sekali sahaja. Bab lima ialah bab penutup. Bab ini menyimpulkan bahawa kajian ini mencapai objektifnya. Ceramah motivasi yang disampaikan adalah santun kerana telah menggunakan pelbagai strategi kesantunan. Bab ini juga mencadangkan agar esantunan Islam iaitu KPL perlu dijadikan landasan kajian tanpa menolak model kesantunan Barat. Ringkasnya, KPL dapat 'mengislamkan' model kesantunan Barat yang tidak menitikberatkan hubungan manusia dengan Pencipta.

Creator

Abd. Ganing Laengkang

Source

PL5065 UM 2010 ABDGL

Date

2010

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Abd. Ganing Laengkang, “Kesantunan bahasa dalam ceramah motivasi,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23394.