Haruman Kencana dan Hujan Sudah Teduh karya Zaharah Nawawi : penerapan teori feminisme

Dublin Core

Subject

Feminism in literature
Feminism and literature--Malaysia
Malay fiction--Criticism, Textual
Malay literature--Criticism, Textual
Feminist theory

Description

Abstrak

Kajian ini merupakan satu analisis terhadap dua karya feminis Zaharah Nawawi iaitu novel Hujan Sudah Teduh dan Haruman Kencana yang telah diterbitkan pada tahun 2004 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian dijalankan bagi meneliti perjuangan Zaharah Nawawi terhadap kedudukan dan martabat wanita serta membandingkan perjuangan Zaharah Nawawi terhadap kaum wanita melalui paparan cerita yang ditonjolkan dalam dua buah novel tersebut. Kajian ini meneliti penerapan feminisme yang terdapat dalam kedua-dua buah novel kajian. Penerapan teori feminisme yang digunakan adalah berdasarkan ciri-ciri yang disarankan oleh Cheri Register dalam menganalisis teks feminis. Ciri-ciri tersebut adalah yang paling sesuai kerana sifatnya lebih liberal dan dapat diterima pakai dalam mengukur watak wanita dalam konteks budaya Melayu dan Islam. Ciri-ciri penting yang harus ada dalam sesebuah novel bagi menepati ciri novel feminis ialah karya menjadi forum bagi wanita dalam mendedahkan pengalaman dan nilai hidup secara jujur, membantu mewujudkan persefahaman tentang pengalaman lelaki dan perempuan, memaparkan role model wanita yang mempunyai self-actualizing' untuk diteladani, memaparkan Semangat persaudaraan sesama wanita dan menimbulkan kesedaran melalui paparan perkembangan kendiri dan persepsi wanita terhadap cabaran yang akan datang. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua buah novel ini sarat dengan penerapan teori feminisme, berusaha mencari jati diri dan identiti kewanitaan serta menepati ciri-ciri karya berunsur feminis seperti yang disarankan oleh Cheri Register. Semoga kajian dapat membuka membuka minda pembaca untuk berfikir, memahami serta menyedari hakikat yang berlaku dalam dunia wanita.

Creator

Nor Azlia Mat Jaaffar

Source

PL5065 UM 2009 NORAMJ

Date

2009

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation