Pengurusan organisasi teater : kajian kes Majlis Teater Kebangsaan Malaysia

Dublin Core

Subject

Majlis Teater Kebangsaan Malaysia
Theater management--Malaysia--Case studies
Theater--Malaysia--Case studies

Description

Abstrak

Kajian ini melihat kepada pengurusan organisasi teater yang mengambil kes Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA) yang ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhan TEMA dikatakan sebagai penanda bermulanya era baru dalam pembangunan teater tanah air dekad tersebut. Justeru itu, kajian ini akan meninjau peranan TEMA serta struktur pengurusannya sebagai organisasi teater tidak komersil yang menguruskan aktiviti-aktiviti berkaitan teater, termasuk pementasan dan acara-acara yang bersifat akademik mahupun separa akademik. Pengurusan ialah kaedah, cara dan seni penyelesaian masalah secara sistematik dalam konteks kolektif, sementara organisasi bermaksud institusi atau kumpulan fungsian. Dengan kaedah dan skop yang dikemukakan, kajian ini melihat keberkesanan TEMA sebagai organisasi teater Melayu dalam konteks pengurusan dan pengorganisasiannya. Dalam masa yang sama, ia memperlihatkan tahap pengurusan dan pengorganisasian teater Melayu serta perkembangannya dewasa ini. Dalam melihat bentuk pengurusan teater yang sistematik, kajian turut melihat nilai-nilai profesionalisme berdasarkan empat (4) objektif pengurusan latu; pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan yang disesuaikan dengan kerangka teori SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis ini juga dikenali sebagai analisis situasi. Analisis SWOT atau analisis situasi ini merupakan salah satu cabang dalam teori perancangan strategik yang dikemukakan oleh Certo, Stoner, Wankel dan juga Kreitne. Tanpa mengenal pasti keempat-empat faktor ini secara jelas dan konkrit, pencapaian matlamat organisasi akan terhalang atau terganggu kerana keempat-empat faktor ini memberi definisi sebenar tentang realiti organisasi. Kesimpulannya, perancangan strategik adalah penting dalam menentukan masa hadapan sesebuah organisasi termasuk organisasi seni. Organisasi seni yang tidak berorientasikan keuntungan, walaupun berbeza dengan organisasi perniagaan, tetap perlu mengaplikasikan perancangan strategik dalam konteks menghasilkan kejayaan jangka panjang yang positif.

Creator

Zaiton Hussin

Source

PL5065 UM 2007 ZAIH

Date

2007

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation