Strategi pembelajaran bahasa metakognitif bahasa Melayu sebagai bahasa asing oleh pelajar-pelajar asing

Dublin Core

Subject

Malay language--Study and teaching (Graduate)--Malaysia--Foreign speakers
Language and languages--Study and teaching
Second language acquisition

Description

Abstrak

Terdapat empat objektif utama yang dikenal pasti dalam penyelidikan ini. iaitu: (1) mengenal pasti dan mengupas sama ada pelajar-pelajar asing sedar,. mengetahui dan menggunakan strategi-strategi pembelajaran bahasa khususnya strategi pembelajaran metakognitif semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing, (2) meneliti strategi-strategi pembelajaran bahasa metakognitif yang digunakan oleh pelajar-pelajar asing semasa mereka mempelajari BM sebagai bahasa asing, (3) memerhatikan dan meneliti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) yang dapat dilihat dan diperhatikan apabila pelajar-pelajar asing menggunakan strategi-strategi pembelajaran bahasa metakognitif semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing. dan (4) mencadangkan dan menyarankan satu Model Strategi Pembelajaran Bahasa Metakognitf BM sebagai Bahasa Asing untuk membolehkan pelajar-pelajar asing khususnya untuk merangka strategi pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing. Penyelidikan ini melibatkan seramai 164 orang pelajar asing yang sedang mengikuti kursus mata pelajaran wajib MPW 1123 Bahasa Kebangsaan (B) di sebuah IPTS yang terletak di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Reka bentuk penyelidikan ini dirangka berdasarkan kepada tiga rangka utama, iaitu: (1) Skema Klasifikasi Asas Strategi Pembelajaran Bahasa Brown dan Palincsar (1982), (2) Taksonomi Strategi Pembelajaran Bahasa Oxford (1990) dan (3) penggubalan dan penstrukturan soal-selidik pengilhaman, menggunakan pendekatan 5W + 1H, iaitu apa, siapa, di mana, bila, mengapa dan bagaimana. Soal selidik digunakan sebagai metod penyelidikan utama celain daripada pemerhatian dalam bilik darjah dan temu bual. Data telah dikumpul dan dianalisa berlandaskan pendekatan analisa statistik deskriptif kekerapan dan analisa statistik deskriptif min dalam perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan-dapatan setelah diperolehi dan dianalisa ini dipaparkan melalui pendekatan menjawab soalan-soalan penyelidikan. Empat dapatan tersebut ialah: (1) para responden sedar, mengetahui dan menggunakan pelbagai strategi pembelajaran metakognitif semasa mempelajari BM sebagai bahasa asing. (2) para responden menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa metakognitif, strategi pemusatan pembelajaran, penyusunan dan perancangan pembelajaran serta pemonitoran dan penilaian pembelajaran BM sebagai bahasa asing, kecuali satu strategi pembelajaran bahasa metakognitif yang tidak digunakan oleh majoriti para responden, (3) pelbagai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman telah dikenal pasti apabila para responden menggunakan pelbagai strategi pembelajaran bahasa metakognitif BM sebagai bahasa asing. dan (4) suatu model (pindaan dan baru) pembelajaran BM sebagai bahasa asing telah dicadangkan sebagai satu langkah untuk memantapkan proses pembelajaran BM sebagai bahasa asing di kalangan pelajar-pelajar asing. Rumusan, kesimpulan, implikasi dan cadangan lanjutan penyelidikan telah dibincangkan pada bahagaian akhir penyelidikan ini.

Creator

Yao, Adrian Yong Tat

Source

PL5065 UM 2007 YAO

Date

2007

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation