Serunai Kelantan : teknologi dan aplikasi

Dublin Core

Subject

Musical instruments--Kelantan
Malays (Asian people)--Malaysia--Kelantan--Music
Music--Kelantan--History and criticism

Description

Abstrak

Serunai Kelantan ialah sejenis alat muzik tradisional Melayu yang digunakan di dalam persembahan muzik Wayang Kulit Kelantan dan muzik Gendang Silat. la merupakan satu Teknologi Melayu yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu yang tinggal di negeri Kelantan, Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini kini di ambang kepupusan. Kedatangan muzik dari barat telah menyebabkan masyarakat mula mengabaikan kesenian tempatan khususnya kesenian Melayu. Ini secara tidak langsung menyebabkan alat muzik tradisional Melayu seperti Serunai Kelantan ketinggalan dari segi perkembangan dan pembangunan. Aspek teknologi adalah salah satu kunci untuk memastikan warisan bangsa ini terus dipelihara. Menyedari hakikat ini kajian Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi dijalankan untuk mengkaji aspek teknologi yang wujud pada Serunai di samping membincangkan aspek aplikasi dan peranan alat muzik tersebut di dalam masyarakat yang mendukungnya. Teknologi pembuatan Serunai Kelantan di bengkel-bengkel pembuatan alat muzik di sekitar negeri Kelantan di dokumentasi oleh penyelidik. IImu Sains Fizik yang menggunakan pendekatan kaji gelombang bunyi digunakan bagi melihat aspek teknologi yang ada pada Serunai Kelantan manakala pendekatan ilmu muzik digunakan bagi melihat aspek aplikasi dan peranan alat muzik tersebut di dalam masyarakat. Kajian Serunai Kelantan: Teknologi dan Aplikasi ini mampu membuka mata ramai pihak bahawa alat muzik ini adalah warisan bangsa Melayu yang unik dan berpotensi untuk dimajukan.

Creator

Azhar Abdul Latiff

Source

PL5065 UM 2007 AZHAL

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Azhar Abdul Latiff, “Serunai Kelantan : teknologi dan aplikasi,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23465.