Klausa pasif dalam wacana tulisan : analisis tatabahasa fungsional

Dublin Core

Subject

Azizi Haji Abdullah. Kecundang seorang petani
Discourse analysis, Literary
Malay fiction--Language--Style

Description

Abstrak

Tesis ini mengkaji klausa pasif dalam wacana tulisan. Tesis ini dibahagikan kepada lima bab. Pendahuluan kajian ini menyentuh latar belakang kajian, tujuan kajian, bidang kajijan, bahan kajian, kaedah kajian, hipotesis kajian dan beberapa konsep penting seperti pasif, tatabahasa fungsional, metafungsi ideasional, metafungsi interpersonal, metafungsi tekstual, jenis subjek, transitiviti, ergativiti, klausa, jenis klausa, partisipan, proses dan jenis proses. Tujuan kajian yang pertama adalah untuk menganalisis cii-ciri klausa pasif sebagaimana yang dicirikan oleh metafungsi eksperiensial, metafungsi logikal, metafungsi interpersonal dan metafungsi tekstual. Yang kedua adalah untuk membuat pebandingan antara metafungsi tersebut. Yang ketiga adalah untuk menunjukkan bagaimana klausa pasif mencirikan naratif. Dan yang keempat pula adalah untuk menguji Model Pasif Fungsional (MPF) Bahasa Melayu yang dibina dalam kajan ini. Kajan ini adalah dalam bidang tatabahasa fungsional dan tumpuannya adalah pada klausa pasif. Kajan mengenai klausa pasif ini, terutama sekali tentang cara mengenal pasti klausa pasif dalam teks, dilakukan dengan mengambil kira komponen tatabahasa fungsional, iaitu metafungsi ideasional, interpersonal dan tekstual. Menerusi tatabahasa fungsional ini juga, konsep transitif dan ergatif diambil kira bagi menentukan fungsi serta pelabelan unsur partisipan dalam klausa Bahan kajian yang dipilih ialah wacana tulisan jenis cerpen. Cerpen yang bertajuk "Kecundang Seorang Petani" ini merupakan hasil karya Azizi Haji Abdullah dalam Sayembara l: Cerpen Hadiah Esso-Gapena yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1987. Cerpen ini telah memenangi hadiah cerpen Esso-GAPENA 1980. Bagi tujuan kajian, teori Tatabahasa Fungsional oleh Halliday telah diguna pakai. Menerusinya, Model Pasif Fungsional (MPF) Bahasa Melayu telah dibina. Model tersebut dibina setelah terlebih dahulu membincangkan konsep pasif bahasa Melayu oleh ahli bahasa Melayu serta model-model pasif lampau yang ada. Dengan mengguna pakai MPF bahasa Melayu tersebut, ciri-ciri klausa pasif bahasa Melayu serta ciri-ciri klausa pasif dalam teks naratif dapat dikenal pasti.

Creator

Sahri Md. Salleh

Source

PL5065 UM 2006 SAHMS

Date

2006

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Sahri Md. Salleh, “Klausa pasif dalam wacana tulisan : analisis tatabahasa fungsional,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23483.