Cerita-cerita rakyat masyarakat Iban di Kapit, Sarawak : satu analisis

Dublin Core

Subject

Masyarakat Iban
Kapit, Sarawak

Description

Abstrak

Pada asasnya penulisan ini adalah untuk membincangkan mengenai aspek kemasyarakatan serta world-view masyarakat Iban melalui cerita-cerita rakyat yang telah dihasilkan oleh masyarakat ini sendiri. Ini kerana setiap cerita rakyat yang terhasil dalam masyarakat ini adalah banyak dipengaruhi peristiwa dan pengalaman hidup mereka. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban. Saya telah merakamkan cerita rakyat masyarakat Iban ini ke dalam pita rakaman. Sebanyak sepuluh buah cerita rakyat masyarakat Iban telah berjaya dikumpul oleh penulis. Keseluruhannya kajian ini telah mengkaji peranan dan aspek kemasyarakatan cerita rakyat masayarakat Iban ini. Pendekatan kajian seperti yang dikemukakan oleh Plummer iaitu seorang pengkaji Barat yang banyak menulis tentang peranan cerita rakyat terhadap masyarakat yang menghasilkannya digunakan dalam kajian ini. Keseluruhan kajian tertumpu kepada aspek kehidupan masyarakat yang melahirkan teks cerita rakyat tersebut. Teori sosiologi sastera seperti yang dikemukakan oleh Plummer telah digunakan dalam kajian ini. Analisis yang dibuat berdasarkan kepada enam aspek utama. Anataranya ialah berhubung dengan bila cerita rakyat ini telah wujud dalam masyarakat penciptanya, siapakah khalayak karya atau siapakah golongan yang mendengar cerita rakyat itu, hubungan karya dengan dunia sosial, situasi sosio-budaya dan politik masyarakat cerita rakyat itu, tanggungjawab sosial pengarang dan akhir sekali mengapa tema-tema tertentu dipilih. Hasil atau dapatan daripada kajian ini, kita telah mengetahui bahawa teori sosiologi mengikut Plummer amat sesuai bagi mengkaji kehidupan dan budaya hidup yang diamalkan oleh masyarakat Iban. Aspek yang telah dikemukakan oleh penulis dalam mengkaji cerita rakyat Iban ini begitu sesuai dalam mencari persoalan tentang hasil kesusasteraan masyarakat Iban yang semakin pupus ini. Melalui kajian terhadap cerita rakyat Iban ini, kita telah mengetahui tentang corak hidup orang Iban yang masih lagi teguh menjalankan aktiviti pertanian penanaman padi huma, berburu dan masih lagi mengekalkan corak hidup yang mendiami rumah panjang. Secara tidak langsung, melalui cerita rakyat masyarakat Iban, kita mendapati bahawa orang Iban masih lagi kukuh memegang adat serta kepercayaan tradisi yang diwarisi dari nenek moyang mereka sampai ke hari ini. Lantas, atas dasar ingin membongkar rahsia ketinggian nilai cetusan pemikiran masyarakat tradisi, pada pendapat penulis amat perlu untuk cerita cerita rakyat khazanah bangsa ini diberi perhatian wajar dengan meneliti dan memberi interpretasi terhadap fungsi yang tersembunyi dibalik keseronokkan cerita. Apa yang paling penting ialah cerita atau bahan-bahan yang bakal dikaji memaparkan eleman tentang nilai kehidupan atau nilai kemasyarakatan masyarakat yang menghasilkannya.

Creator

Bija Empang

Source

PL5065 UM 2006 BIJE

Date

2006

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Bija Empang, “Cerita-cerita rakyat masyarakat Iban di Kapit, Sarawak : satu analisis,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23517.