Migrasi buruh Negeri Kelantan ke Singapura : kajian kes di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan

Dublin Core

Subject

Migrant labor--Kelantan--Pasir Mas
Malaysians--Singapore--Economic conditions
Malaysians--Singapore--Social conditions
Labor supply--Singapore

Description

Abstrak

Kajian ini mengenai migrasi buruh penduduk ke luar negeri Kelantan, satu kajian kes dibuat di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Tujuan utama kajian ini untuk melihat faktor-faktor penolak dan penarik menyebabkan penduduk Mukim Kubang Chenok berhijrah untuk bekerja di Singapura pada pertengahan tahun 1970-an hingga awal tahun 1990-an, proses penghijrahan, kesan-kesan demografik dan sosio-ekonomi terhadap responden dan keluarga. Ketiadaan pekerjaan di kampung, upah rendah dan kesusahan kehidupan di kampung merupakan faktor penolak penting menyebabkan responden berhijrah untuk bekerja di Singapura. Faktor di atas disokong oleh ketiadaan komitmen di kampung untuk responden berhijrah. Faktor penarik penting adalah upah tinggi di Singapura, terjamin untuk mendapat pekerjaan, mempunyai saudara-mara, rakan-rakan atau, pencari pekerja yang sudah, biasa bekerja di Singapura. Faktor penarik yang menjadi sokongan adalah; terdapat banyak barangan berjenama dan bermutu, tidak susah untuk makan dan minum. Singapura, walaupun jauh jaraknya, responden dapat balik ke kampung dalam masa satu hari. Majoriti rsponden bekerja di Singapura melebihi 8 tahun. Jangka masa tersebut agak lama dan memberi kesan terhadap fertiliti dan sosio-ekonomi responden dan keluarga. Didapati purata jumlah anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri responden lebih rendah daripada purata penduduk Mukim Kubang Chenok secara keseluruhannya, dan lebih rendah lagi jika dibandingkan dengan purata bilangan anak yang dilahirkan hidup oleh isteri-isteri penduduk Mukim yang suami mereka tidak pernah bekerja di Singapura. Dari segi sosio-ekonomi pula, secara keseluruhannya dapat dikatakan bahawa pemergian responden ke Singapura telah dapat membantu mereka membiayai persekolahan anak-anak dan pencapaian akademik anak-anak mereka telah meningkat. Hasil responden telah pendapatan bekerja di Singapura, kebanyakan dapat membina dan membaiki rumah mereka. Segala kelengkapan rumah seperti televisyen, peti sejuk, telefon, kerusi set dan dapur gas telah dimiliki oleh keluarga responden. Di samping itu, majoriti responden juga telah dapat membeli motosikal, dan ada yang membeli motokar sebagai alat pengangkutan diri dan keluarga. Kemahiran yang responden dapati sangat berguna. Walaupun pada pertengahan tahun 1990-an, mereka sudah tidak lagi boleh pergi bekerja di Singapura, kemahiran mereka peroleh menyebabkan mereka boleh bekerja di Kelantan atau di negeri-negeri lain di Malaysia dengan kadar upah lebih tinggi sebagai pekerja mhir. Berdasarkan keadaan fizikal rumah dan pemilikannya, pemilikan harta harta lain, pekerjaan dan pendapatan semasa, taraf hidup responden dan keluarga boleh dianggap agak tinggi.

Creator

Bhaludin Saleh

Source

PL5065 UM 2006 BHAS

Date

2006

Contributor

mki

Rights

Universiti Malaya

Format

Dissertation

Citation

Bhaludin Saleh, “Migrasi buruh Negeri Kelantan ke Singapura : kajian kes di Mukim Kubang Chenok, Pasir Mas, Kelantan,” Rimbunan: Pangkalan Data Pengajian Melayu, accessed February 3, 2026, https://rimbunan.nusa.my/rimbun/items/show/23521.